Pengalaman memajak emas di Ar-Rahnu

ar-rahnu-public-gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? harap-harap anda akan sihat dan ceria semua.

Nampaknya kita sudah menghampiri hujung tahun 2008. Tak lama lagi tahun 2009 akan tiba.

Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak keberkatan, kekayaan dan juga kebahagiaan.

Ok! sekarang mari kita bercakap pasal emas pula 🙂

Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.

Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank.

Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:

1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00

Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.

So saya tak recommend lah….

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.

Memandangkan saya pernah memajak emas di kedua-dua bank, maka saya akan tumpukan kepada bank-bank ini.

1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:
Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu 

2. Ar-Rahnu Agro Bank:
Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711

Pengalaman memajak emas di Bank Rakyat.

Saya ada memajak 6 ketul emas PAMP Suisse 100 gram di Bank Rakyat Melaka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis rate pajak iaitu barang kemas dan juga gold bar.

Jika anda hendak pajak gold bar, anda perlu membawa sijil gold bar berkenaan atau resit pembelian gold bar tersebut. Tapi untuk barangan kemas, tak perlu bawa sijil.

gold_bar_PAMP_Suisse
Emas PAMP Suisse 100gram yang digadai

Memajak emas di Bank Rakyat sangat mudah.

Dalam 15-20 minit aje dah selesai.

Apa yang perlu dibawa ialah emas dan kad pengenalan.

Kalau ada resit pembelian emas, saya cadangkan anda membawanya. In case pegawai Bank Rakyat minta tengok.

Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K)


Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas.

Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas.

Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran.
kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak.
Anda akan dapat diskaun jika menebus awal.

Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu.

Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum).

Macam kes saya nie, nilai emas (marhum) ialah RM64,500.

Jadi, saya boleh pinjam 65% daripada nilai marhum iaitu bersamaa RM41,900.00

Memandangkan nilai gadaian melebihi RM5000, ia dah masuk kategori Az-Zahab
(Az- Zahab adalah skim lanjutan kepada Ar-Rahnu. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu. Ar-Rahnu untuk nilai marhum RM5000 ke bawah)

Pengiraan:

Nilai emas yang disimpan = RM64 500.00

Nilai pinjaman yang diberikan  = 65% x RM64 500.00
= RM41 925.00  (dibundarkan jadi RM41 900.00)

Upah simpan = 0.75% x RM64 500.00 (nilai marhum)
= RM483.00 sebulan (tapi kena bayar RM485.08)

Jumlah upah simpan 6 bulan = RM485.08 x 6
= RM2910.45

.


Ini adalah resit pajakan emas di bank Rakyat.

 Kebaikan:

1. Proses gadaian mudah dan cepat
2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000
3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak
4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut

Kelemahan:

1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu
ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak.
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan

Pengalaman memajak emas di Agro Bank.

Saya ada memajak emas PAMP Suisse 50gram (plastik biru) dan Kijang Emas 1Oz di Agro Bank Melaka.

Ini kerana Agro Bank boleh menerima gold bar yang ada gambar untuk dipajakkan.


PAMP Suisse 50gram yang digadai

Kijang emas yang digadai

Prosesnya pun mudah juga. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas. Pegawai Agro Bank meminta saya sertakan resit pembelian emas untuk disimpan.

Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.

Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Bagi kes saya, saya ambil 70% 🙂

Ini adalah resit gadaian emas Agro Bank


Klik untuk besarkan

 Kebaikan:

1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:

1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.

Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi 🙂

Lain-lain fakta:

Institusi lain yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu (setahu saya):

Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas, jemput ke forum jutawanemas.

Sekian terima kasih.

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.