Sejarah wang USA: Ianya adalah emas dan perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi satu fakta yang menarik mengenai wang. Apa itu wang dan mengapa wang mempunyai nilai. Untuk memahami perkara ini kita kena belajar daripada sejarah. Ini kerana sejarah tidak pernah menipu.
Untuk itu, kita perlu menonton satu video yang sangat menarik. Ianya berkisar tentang sejarah matawang USA. Ia menarik kerana ianya membuktikan bahawa wang yang sebenar ialah emas dan perak.
Ia juga membuktikan bahawa penggunaan wang fiat (wang yang tidak disandarkan pada aset bernilai) akan merosakkan ekonomi sesebuah negara dalam jangka masa panjang.
Money – A Brief History Of The American Dollar
Daripada video ini kita dapat belajar beberapa fakta berharga:
1. Wang yang sebenarnya ialah emas dan perak.
2. Wang kertas yang dikeluarkan dahulu sebenarnya disokong oleh emas dan perak.
3. Wang kertas yang disandarkan dengan nilai emas dan perak adalah sangat stabil.
Inflasi tidak akan berlaku kerana bilangan emas dan perak yang terhad.
4. Apabila wang kertas tidak lagi disandarkan dengan emas dan perak,
maka nilai wang akan jatuh. Ini kerana wang kertas boleh dicetak
sewenang-wenangnya menyebabkan banyak wang kertas yang akan masuk
kedalam pasaran.
5. Penggunaan wang fiat memang akan memudaratkan ekonomi dan masyarakat
dalam jangka masa panjang.
Oleh yang demikian, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas.
Oleh sebab itu, saya menyeru pembaca sekalian untuk menyimpan emas. First choice, beli emas fizikal dan simpan. Kemudian, baru buat simpanan melalui gold investment account. Kalau anda pembaca yang baru kat blog nie, rajin-rajinlah membaca artikel-artikel terdahulu berkenaan pelaburan emas di Malaysia.
Dengan menyimpan emas, kita sebenarnya menyimpan kekayaan sebenar.
Jika ada komen, sila letakkan di bahagian komen atau pun kita boleh berbincang di dalam forum jutawanemas.com
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com Anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini. Terima kasih

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

5 Responses to “Sejarah wang USA: Ianya adalah emas dan perak”
By Hasbullah Pit on Dec 3, 2008 | Reply
Emas dan perak tak boleh diikat kepada 1 matawang kertas yang sama.
Harga emas dan perak berbeza, boleh ditukar2 pada kadar berbeza mengikut waktu.
Bila mereka menetapkan penukaran emas dengan perak maka mereka membuka ruang bagi orang supaya mengambil keuntungan.
reply: Isk! saya tak faham komen nie. Sedara sebol tolong huraikan dengan lebih terperinci. Thanks
By abang97 on Dec 4, 2008 | Reply
tq kerana memberi saya ilmu tentang pelaburan emas.kalau emas fizkal yg mana yg baik utk dibeli?
reply: Saya cadangkan
1. Kijang Emas
2. Syiling emas UOB Bank
3. Dinar Emas Kelantan.
By shamx on Dec 4, 2008 | Reply
utk makluman klu nk membeli dinar kelantan sy cadangkn beli yg 1 dinar..tak begitu tuan..
reply: Ya, betul. Kalau boleh beli 1 dinar.
By Hasbullah Pit on Dec 4, 2008 | Reply
minit 2:21 video itu
dia dah tetapkan 1 dollar = 1/10 eagle
Dollar ialah perak, Eagle adalah emas.
Eagle (1/2 aunce emas) = 10 Dollar
Tapi dalam dunia ini, permintaan dan penawaran emas dan perak tidak sama.
Dia boleh linkkan Dollar dengan perak, tapi dia tokleh linkkan dollar juga kepada emas.
kalau dia nak ada duit yg link pada emas, kena guna duit lain.
reply: Ooo… ok, faham
By emasmuda on May 25, 2009 | Reply
saya sebenarnye macam nk bukak pelaburan emas guna akaun..em ok ke ??sbb saya baca tadi simpan dulu emas fizikal..baru bukak akaun emas..akaun emas tak bagus ke???