Ebook

Kombinasi pelaburan ASB dan emas.

Ditulis pada 27 December 2008 – 12:27 pm | by syukor |


Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar? Saya harap anda semua ceria-ceria belaka.

Nampaknya tahun 2008 akan meninggalkan kita. Tahun 2009 pula akan datang. Selamat datang tahun 2009!

Bagi saya, semoga tahun 2009 akan memberikan lebih banyak ilmu yang berguna dan bermanfaat dan boleh dikongsikan di blog ini :)

Setiap kali tiba hujung tahun, salah satu perkara yang hangat dibincangkan ialah berkenaan pulangan ASB betul tak? Dekat bahagian sembang-sembang emas nie pun saya tengok ASB nie ada dibincangkan. Maklumlah… peram duit kat situ dekat setahun… then bila hujung tahun… tunggu pengumuman berapa dividen ngan bonus…

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua, bagaimana membuat pelaburan jangka masa panjang menggunakan kombinasi pelaburan ASB dan juga emas. InsyaAllah, akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.

Pelaburan ASB + emas.

Memandangkan teknik ini saya sendiri telah mencubanya, maka ada baiknya saya berkongsi dengan anda semua. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

Sejarah dividen & bonus ASB dari tahun 1991-2008.

Setelah setahun menunggu akhirnya diumumkan… dividen ASB bagi tahun 2008 ialah 7 sen manakala bonus pulak 1.75 sen seunit. Alhamdulillah… tapi bagaimana prestasi pelaburan ASB tahun-tahun sebelumnya?

Jadual dibawah menunjukkan pulangan ASB daripada tahun 1991-2008. Bagi pelaburan yang dijamin oleh kerajaan, ASB memang sesuai bagi pelabur yang ingin pulangan yang menarik dengan risiko yang paling minimum untuk jangka masa panjang.

 
Sejarah pulangan dividen dan bonus ASB 1991-2008

Hukum pelaburan ASB

First sekali, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus .

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

Jadi ia sedikit sebanyak melegakan hati pelabur yang risau status pelaburan ASB ini.

Kelebihan ASB

Saya mendapati ASB mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:

1. Termasuk di dalam pelaburan kategori selamat
2. Pelaburan dijamin kerajaan
3. Rate pulangan yang tinggi berbanding fixed deposit
4. Bank sanggup memberikan pinjaman ASB sehingga maksima RM200,000 
5. Ada bank yang menawarkan skim pinjaman ASB secara Islamik
6. Pinjaman ASB boleh disertakan perlindungan insurans (macam MRTA),
    jadi kalau sesuatu tragedi terjadi, maka loan tersebut tidak perlu dibayar
    dan menjadi milik kita sepenuhnya.

Teknik memaksimakan keuntungan ASB.

Secara ringkasnya, untuk mendapat simpanan ASB yang maksimum anda perlu:

1. Buat personal loan dalam lingkungan RM30,000
    (sebagai leverage untuk membayar ABS loan selama setahun)
2. Buat ASB loan RM200,000 kat Maybank Islamic
3. Balance personal loan dilaburkan di dalam Public Bank GIA untuk 
    menjana keuntungan tambahan.


Kalau penerangan dalam bentuk grafik, ini gambar nyer :)

.

Membuat pelaburan ASB secara pinjaman.

Berdasarkan pengiraan saya, mengambil pinjaman untuk pelaburan ASB adalah baik.

Ini kerana ia adalah pinjaman yang mengkayakan peminjam.

Memang ada faktor risiko, tetapi memandangkan faktor pulangan tahun sebelum-sebelumnya, adalah berbaloi untuk mengambil risiko ini. Ini kerana risikonya adalah rendah.

ASB Loan dari Maybank Islamic

Maybank Islamic ada menawarkan pinjaman ASB. Cuba tengok gambar kat bawah.

Kalau anda buat pinjaman maksimum RM200,000 selama 20 tahun maka bayaran bulanan ialah RM1406.00 sebulan.

Dalam setahun anda kena bayar RM16,872.00


Pinjaman ASB Maybank Islamic (klik untuk besarkan)

Strategi.

Selepas setahun, ASB akan memberikan dividen dan bonus. Jadi dividen dan bonus tu boleh rolling untuk bayar loan daripada tahun ke-2 dan seterusnya… sehingga 20 tahun.

Andaian yang dibuat ialah pulangan ASB adalah di sekitar 9.00 peratus setahun.

Soalan: Saya tak ada duit RM16 872.00. Kat mana nak cekau?

Jawapan: Guna personal loan :)

Saya sendiri pun asalnya takder modal RM16 872.00. Jadi saya buat personal loan RM30,000 dengan Bank Rakyat.

Tempoh 10 tahun. Kena bayar RM394.00 sebulan.

Lepas tolak kos pinjaman, saya terima bersih around RM28,000. Daripada jumlah tu saya dah reserved duit bayaran setahun ASB dalam akaun.

Dengan kata lain, saya tak perlu membayar RM1406.00 sebulan untuk ASB loan, tetapi hanya membayar RM394.00 sebulan untuk personal loan.

Jadi, personal loan menjadi leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar di dalam ASB loan RM200,000.00

Baki personal loan tu invest kat Public bank GIA.

Bakinya RM10,000 ++ tu saya cadangkan anda simpan kat Public Bank GIA. Kalau anda main strategi beli waktu murah, jual waktu tinggi, insyaAllah keuntungan melebihi 10%.

Untuk maklumat lanjut tentang strategi tersebut, refer kat posting nie. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-emas-gia-anda/

Bukti pelaburan saya sendiri:

Pulangan tahun 2006.

Pada tahun 2006 saya try buat loan ASB sebanyak RM100,000.
Tiap-tiap bulan kena bayar RM630.00 selama 20 tahun.

Dividen dan bonus 2006 dapat RM7501.82 memang boleh cover bayar loan tahun depan.. kena topup RM58.18 aje.


Statement ASB tahun 2006 (RM100,000)

Pulangan tahun 2007

Lepas tu.. pada tahun 2007 saya tambah lagi ASB loan menjadi RM200,000.
Installment bulanan pulak RM1362.00 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Selepas setahun, pulangan ASB pada tahun 2007 ialah RM15,135.96

Jadi untuk tahun 2008, saya cuma kena topup lagi RM1208.04 (bersamaan RM100.67 sebulan).


Statement ASB tahun 2007 (RM200,000)

Dengan melabur baki personal loan ke dalam emas, saya boleh generate keuntungan RM1208.04 nie.

Dengan mengulang-ulang proses ini selama 20 tahun, maka ASB loan RM200,000 itu akan menjadi milik anda sepenuhnya :)

hehehehe…. best tak?

Pulangan tahun 2008

Setelah mengemaskini akaun ASB, saya dapati dividen dan bonus tahun 2008 ialah RM15,527.33 :)

Erm.. memang best..

Loan nak bayar tahun nie ialah RM16,344.00
Jadi saya kena top-up lagi RM816.67 bersamaan RM68.05 sebulan untuk cover ASB loan nie sepanjang tahun 2009.

Ok, that’s a very good investment.

Kebaikan:

1. Berdasarkan jadual pulangan ASB diatas, didapati pulangan ASB mampu cover
    sebahagian besar duit loan ASB anda.
2. Dengan menggunakan strategi ASB + pelaburan emas, anda boleh menjana 
    keuntungan tambahan untuk cover sebahagian lagi installment loan tersebut.
3. Duit ASB nie boleh guna untuk cover pendidikan anak-anak, atau
    bayar hutang rumah sekali gus setelah 20 tahun
4. Dengan menggunakan strategi personal loan sebagai leverage,
    anda boleh memiliki pelaburan ASB semaksimum RM200,000
5. Kemudahan pinjaman ASB Islamik dan personal loan berkonsep Islam
    memudahkan orang Islam membuat pelaburan ini.
6. Pinjaman ASB nie baik untuk memenuhi matlamat kewangan jangka panjang
    contohnya untuk pendidikan anak-anak, melangsaikan hutang rumah
    sekali gus.
7. Dengan perlindungan insurans, amount yang dipinjam tidak perlu dibayar sekiranya
    terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada peminjam contohnya
    kematian dan kecacatan kekal

Keburukan:

1. Membuat pinjaman untuk pelaburan adalah sesuatu yang berisiko.
    Tidak semua orang sesuai untuk mengambil risiko pinjaman untuk pelaburan
2. Prestasi ASB boleh berubah-ubah. Mungkin ada risiko pulangan rendah
3. Pinjaman ASB akan ditukar dalam bentuk sijil dan disimpan oleh pihak bank
4. Jika gagal membayar installment, maka bank akan menjual sijil ASB

Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin membincangkan perkara ini secara lanjut, sila buka topik di forum jutawanemas.com. Saya akan membantu menjawab persoalan anda.

Sama-samalah kita menjana kekayaan :)

Disclaimer: Posting ini bukanlah merupakan nasihat pelaburan. Cuma ikhlas nak berkongsi maklumat semata-mata. Anda dinasihatkan membuat pengiraan dengan teliti sebelum mengambil keputusan untuk mengambil loan ABS. Pendapatan ASB pada masa lepas tidak menjamin pendapatan pada masa hadapan.
.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 105 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 120 Responses to “Kombinasi pelaburan ASB dan emas.”

  2. By albert on Nov 18, 2009 | Reply

    susah betul diorang ni mau faham….simple matematik saje tu…hehehe…

  3. By boyer on Nov 20, 2009 | Reply

    salam…setahu saya loan untuk pinjaman asb boleh dibatalkan….so kepada yang dah mencuba kaedah menarik ini, dah xmampu nak jelaskan bulanan…stop aje loan tersebut…anda akan dapat deviden n jumlah bayaran bulanan anda setakat yang anda bayar…dan setelah di tolak interest…ini info saya dapt dari pengawai bank…betulkan kalu silap…

  4. By amysya on Nov 24, 2009 | Reply

    tp dimana kta ble npk dividen dgn bonus tu??? sy da start 100k bln 11 ni..agaknya lau dividen 7% brapa sy dpt bln jan? sy masi x tau duit diveden tu msk dlm bank apa. maybank2u atau buku asb??? tlg terangkan pls..

  5. By aman on Nov 24, 2009 | Reply

    A'kum, tumpang lalu.

    Best betul la tuan admin nie. Cadangkan loan kat Maybank Islamic. Sesetengah org, asal nampak untung skit… main sebat ajer, tak kisah halal atau tak.

    Kita nak berjaya dunia dan akhirat….

    Tapi pelaburan emas…..memang best…heheheheee

  6. By upsis on Nov 25, 2009 | Reply

    masuk dalam asb akuan…..

  7. By masstongkol on Dec 12, 2009 | Reply

    Salam,

    Saya baru di gerakkan hati oleh Allah snt untuk tahu lebih lanjut pasal bisnes mas ni… dah banyak buat bisnes tapi banyak yang ada unsur syubahaah… la ni nak try to change everything yang ada syubahaah dari akaun, loan and everything to islamic , baru tukar loan asb maybank from conventional to islamic nak kata rugi tak lah banyak but untuk akhirat yang di kira, Okay back to bisnes – gold really interesting but just simply do not know where to start, minta bro pimpin ke jalan yang benar

    TQ

  8. By Mohd Fa'ad on Jan 13, 2010 | Reply

    saya cadangkan pada yang rasa berat nak byr instalmet, ikat je 25 tahun, murah sikit nak bayar. masa muda ni la kita larat lagi nak bekerja, nak buat saving. jangan dah tua nanti yang suami kena kerja guard, yang isteri kerja cleaner. masa tu dah tak sempat nak menyesal,

    klu bole tak payah la nak pinjam bank rakyat utk starting loan, kalau rasa berat sgt nk byr. buat je yg rm50,000 pastu tiap2 bulan byr la. kalau ikut kadar skrg ni klu pinjam rm50.000 instalment cuma rm265 x 25thn je. klu bole dividen tak yah la kacau. so dividen cepat beranak pinak. kalau nak buat rolling pun tunggu la tahun ke 5 atau 6. masa tu walau kita rolling duit cuma shot setahun je. klu ikut perkiraan skrg lbh kurang bole dpt total rm330.000 setelah 25 tahun ( kalau pinjam rm200.000 ianya akan jadi 1.3 juta) setelah tolak 1 tahun ( tahun yang digunakan untuk rolling ).

    P/s; jangan rolling pada tahun pertama kerana ianya tak menjadikan dividen beranak pinak.

    P/s; duit adalah permainan nombor, pandai2 lah nak menolak atau mencampur. membahagi atau mendarab.

    P/s; biar susah ketika muda, ketika kita sihat. kalau dah tua terlambat nak menyesal.

  9. By Mohd Fa'ad on Jan 13, 2010 | Reply

    untuk penulis blog ni sy cadangkan untuk dividen tahun ni kalau boleh tak payahla rolling full dividen tu. contoh kalau instalment rm1,000. gunakan rm500 dari dividen plus rm500 dari gaji sndri.

    cuba buat fully rolling setelah 6 tahun, baru terasa mudahnya pinjaman asb ni. kalau tak kita akan berterusan rolling duit je tapi tak dpt nak rasa dividen. saya buat rm100k je, tiap2 tahun bayar dah 3 tahun tak pernah rolling. saya cadang nak rolling pada tahun ke 7 atau masa dah tak larat nak bayar.

    bini saya buat rm50k je pun sama, cuma pernah guna dividen utk emergency je.

    p/s: klu boleh jgn rolling tahun pertama & tak perlu pinjam dlm jumlah besar kalau x dpt nk jelaskan instalment. rugi jangka masa panjang.

    hehehe.. kdg2 seronok juga bincang hal duniawi ni. jgn lupa byr zakat harta..

  10. By napi on Jan 17, 2010 | Reply

    best gak dgr psl investment ni.tp dgn keadaan ekonomi neg skrg blh ke kalau sy nk join.ada apa2 komen atau tjk ajar…

  11. By sham on Feb 6, 2010 | Reply

    Saya ada membuat loan asb ni 100k selama 20 thn dengan Maybank , bulanan bayaran RM628. dan RM100K selama 20thn di CIMB, bulanan bayaran RM617. Pinjaman ni saya buat pada tahun 2009.

    Bagi tahun 2010 ni kita boleh dapatkan pinjaman RM100k dengan bayaran bulanan serendah RM300 lebih aje.

    Ketereangan lanjuk boleh klik nama saya.

  12. By mohd fauzi on Mar 9, 2010 | Reply

    Salam,

    saya amat teruja dan minat baca tentang komen tuan/puan..tapi nak tanya, ape hukum pinjaman atas pelaburan ASB ye?maksud saya loan atas loan tadi tu.Maaf ye,TQ

    #ingatlah, yang halal itu jelas dan yg haram itu juga jelas tapi yg lebih bahaya ialah sesuatu yg WAS-WAS. WallahuA'lam

  13. By GOLDnGINCU on May 21, 2010 | Reply

    Masa dulu2 saya buat kira2 antara pinjaman ASB & simpan sendiri, simpan sendiri lagi untung. Tapi la ni, buat kira2 balik, rupanye lagi untung pinjam. Tapi perlu di ingat BLR baru je naik dari 5.8% ke 6.05%. Sendiri kene ingat la. . Cuma perlu bayar 12 bulan pertama, bulan seterusnya bayar pakai dividen & bonus, siap dapat lebihan 1 bulan yg anda bayar setiap tahun. Contoh anda buat pinjaman 20K, tiap2 bulan bayar RM110 selama 25thn. Dividen dapat 7.5% (contoh je, bonus tak kira sebab susah nak kira & sket sgt) dapat la 1.5K. Bayar untuk bulan seterusnya RM RM110x12=1,320. Lepas tolak bayaran tahunan, dapat lebih RM180 boleh joli katak. Kalo pinjam lebih, boleh joli katak lebih.

    Kalo nak buat pinjaman ASB yg pantas & efisen saya bleh tolong jalankan, kejap je bleh approve tak perlu slip gaji. Nak IC ngan potostet buku ASB je

  14. By ADIWIRA on Sep 20, 2010 | Reply

    Salam, Tuan Jutawan..

    Saya nak minta pandangan/pendapat berkenaan kewangan saya..

    sy kije gov. gaji dalam 3300.00 dan ada buat personal loan dgn bank rakyat sebanyak rm35K selama 12 tahun dengan bayaran 413.00 sebulan dan tiada hutang kenderaan kereta dll (cuma hutang kecil2 ajer)

    hasil simpanan gaji sebelum ini, saya ada buat ODASB dgn nilai 90% iaitu rm45K pada bulan 4 ari tu dan telah disburst wang pada bulan 7 (ada masalah cikit, tu yg lama masuk) ..

    pada awal tahun ni, sy ada buat loanASB dgn maybank rm100K selama 25 tahun dgn bayaran bulanan rm538.00 dan minggu ni sy ada buat tambahan loanASB maybank rm50K selama 25 tahun lagi dgn bayaran bulanan sebanyak rm292.00 untuk genapkan 200K.. bayaran bulanan lebih kurang 830.00 sebulan..

    masalah sy, berbaloikah sy buat overlape Pl dgn bank rakyat utk hapuskan PL 35K (yg ambil tempoh masa 10 tahun lagi utk habiskan) dan tambah jumlah PL kepada rm100K pada tempoh 6 tahun dengan bayaran bulanan sebanyak rm1587.00 (sy kira2 interest yg perlu di bayar ada 33K++ sahaja) ?

    harapan sy dapat langsaikan hutang PL 100K bank rakyat yang baru tu dalam tempoh 3 atau 4 tahun akan datang dgn dividen loanASB yg diperolehi (l/kurang 14K setahun) dan pada masa yang sama terjejaskah permohonan loan kenderaan yang sy mahu dapatkan daripada bank sebanyak rm120K ?

    betul ke kira2 ni? atau sy tangguhkan pembelian kereta nilai 120K dan teruskan usaha simpan wang sahaja?

    terima kasih pd yg beri pandangan…

  15. By AZMANOR72 on Oct 10, 2010 | Reply

    saudara adiwira,

    rasenye soalan ni x brp sesuai tanye tuan admin tu sbb admin senyap j he3…..

    pandangan saya tangguhkan dulu pembelian kereta … simpan asb n beli emas fizikal ….tq

  16. By egusra on Sep 23, 2013 | Reply

    En. Shukor, kalau melabur di GIA, memang mesti untungkah? Apa risikonya?

  17. By syukor on Sep 27, 2013 | Reply

    risiko pelaburan ialah anda boleh rugi. contohnya harga emas tak naik dan tetiba anda nak pakai duit. terpaksa jual pada harga rendah. rugi. lagi satu, GIA nie tak patuh syariah. kurang sesuai bagi orang islam.

  18. By hana on Nov 9, 2013 | Reply

    bagus asb loan ni..sy ada kawan yg boleh refer utk mereka yg nak buat contact no ni 0146441609

  19. By syukor on Mar 3, 2015 | Reply

    terima kasih atas perkongsian.

  20. By Mr Anthony Dave on Jan 7, 2016 | Reply

    * Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Bayaran balik bulanan bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
    *** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan. daripada anda Hubungi kami sekarang
    E-mel: trustloan87@gmail.com

     
    BEST REGARD,
    Mr.Anthony Dave.
    Trust Loan Company
    Email trustloan87@gmail.com

  1. 1 Trackback(s)

  2. Feb 6, 2010: PublicJewellery.com » Blog Archive » Loan RM100K Bayar RM300++/Bulan

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan RSS

Dapatkan panduan PERCUMA tentang pelaburan emas! Klik gambar.


Dapatkan panduan PERCUMA pelaburan emas fizikal. Klik gambar.


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas




Facebook saya

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca