Ebook

Seminar Dinar dan Emas sebagai Pelindung Kewangan 4 Disember 2010 (dan hadiah untuk anda yang hadir)

Ditulis pada 29 November 2010 – 5:15 pm | oleh syukor |


Seminar ini telah selamat disempurnakan.
Terima kasih kepada semua peserta ūüôā

Jika anda berminat mendapatkan slide presentation saya (powerpoint)
Tajuk: Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas.
Sila klik sini untuk download  (download slide)
_______________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat ceria selalu ūüôā

Baiklah, di sini ada satu pengumuman menarik.

Ia sangat bermanfat untuk mereka yang ingin mengetahui rahsia emas dan baru hendak mengenali emas. Ini adalah peluang yang datang setahun sekali.

Untuk pengetahuan anda pada 4 Disember 2010 nanti (Hari Sabtu) Public Gold akan menganjurkan satu seminar akademik:

Tajuk: Dinar dan Emas sebagai Pelindung Kewangan.

Di dalam seminar ini anda dapat mempelajari banyak maklumat berkenaan emas, sistem kewangan, peranan dinar emas dan banyak lagi ilmu-ilmu menarik yang sewaktu dengannya.

Pada awal tahun ini, Public Gold juga telah berjaya menganjurkan seminar seumpama ini yang bertajuk Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas.

Anda boleh baca mengenainya di sini (klik sini). Memang sangat berilmu dan bermanfaat.

Maklumat lanjut berkenaan seminar ini adalah seperti berikut:

Tempat: Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor
Tarikh: 4 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Yuran pendaftaran: RM60 seorang.

Siapakah penceramah-penceramah seminar ini?

Untuk seminar ini, terdapat 5 penceramah yang diundang khas untuk berkongsi ilmu dengan anda.

Mereka adalah:

1. Dr. Umar Ibrahim Vadillo
2. Assoc. Prof. Dr. Mahamad Hakimi Ibrahim
3. Prof. Dr. Zuhaimy Ismail
4. Assoc. Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera
5. En. Syukor Hashim

Apakah kelebihan datang ke seminar ini?

Untuk pengetahuan anda, majlis ilmu seperti ini sangat jarang-jarang ditemui. Ia akan memberikan anda ilmu yang tidak ternilai harganya. Mungkin ia akan memberikan anda satu perubahan paradigma mengenai keistimewaan emas, peranan emas dan apa yang berlaku di dunia pada hari ini.




Senarai barisan penceramah

.

Tajuk pilihan saya:

Sebagai salah seorang penceramah seminar ini, saya akan berkongsi satu topik yang bertajuk:

Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Di dalam topik ini, saya akan berkongsi ilmu dengan anda mengenai sejarah emas, peranan emas daripada dahulu kini dan akan datang serta sebab-sebab mengapa anda perlu menyimpan emas.

Bagaimana cara mendaftar ke seminar ini?

Untuk hadir ke seminar ini anda perlu membeli tiket penyertaan.

Harganya ialah RM60 untuk seorang (termasuk makan dan minum).

Untuk membeli tiket anda boleh membuat bayaran ke akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

Setelah membuat pembayaran, anda boleh sms saya 013-3819901 atau menggunakan contact form (klik sini)

Untuk SMS taipkan format seperti ini:

Daftar seminar (nama anda) (IC anda) (email anda) (jumlah bayaran) (nama bank) dan (waktu pembayaran)

Contoh SMS:

Dafftar seminar¬†‚Äď Ahmad Amin, 781023-02-5693, ahmad@yahoo.com, RM60, Maybank, 12 tengahari.

 

Kemudian sila tunggu SMS jawapan daripada saya mengenai penerimaan pendaftaran anda.

So, mudah sahaja.

p/s: Sila bawa bukti pembayaran (slip bank in, internet transfer, cash deposit etc. ) semasa sewaktu pendaftaran masuk seminar pada 4/12/2010.

Hadiah bonus dari saya kepada peserta seminar.

Kepada mereka yang membeli tiket seminar ini daripada saya, saya akan memberikan hadiah yang istimewa kepada anda.

Apa hadiahnya?

1.  Tiga orang pembeli tiket terpantas ini akan mendapat tiket VIP seat daripada saya
     (anda akan duduk di antara barisan hadapan.
      p/s: setiap penceramah dapat 5 tiket VIP seats,
      jadi saya offer 3 tiket kat sini untuk mereka yang pantas mengambil tindakan.

2. Saya akan menghadiahkan anda ebook yang bertajuk:
     Menyingkap Rahsia Celik Emas.  (FREE)

Di dalam ebook Menyingkap Rahsia Celik Emas saya akan berkongsi maklumat dengan anda tentang cara-cara dan kaedah yang boleh membantu anda menjadi lebih arif mengenai emas dan cara-cara membuat keuntungan dengan emas.

Ebook ini masih lagi dalam proses penulisan dan dijangka selesai ditulis pada penghujung bulan Disember.

Ia akan dijual bersama-sama ebook saya yang lain. Tetapi bagi mereka yang membeli tiket seminar ini daripada saya. Anda akan dapat ebook ini secara PERCUMA ūüôā

Memang best.

Sesiapa yang membeli tiket seminar ini daripada saya, sila sertakan emel anda semasa membuat pembelian.

Ini akan memudahkan saya menghantar hadiah ini kepada anda setelah siap menulisnya.

Jumpa disana.

Saya pasti seminar yang bakal berlangsung pada 4 Disember 2010 ini akan memberikan manfaat kepada anda. Anda akan mendapat banyak ilmu-ilmu menarik mengenai emas, peranan emas, dinar emas dan sistem kewangan dunia.

Ambillah peluang ini kerana seminar seumpama ini hanya diadakan setahun sekali.

Sekali terlepas peluang ini, susah nak jumpa lagi seminar seperti ini.

Ok then, jumpa anda di seminar ūüôā

Syukor Hashim
Admin Jutawanemas.com

.

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas