Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank
Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.
Di Malaysia terdapat 2 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:
1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)
Saya telah pergi ke Public Bank dan Maybank untuk mendapatkan maklumat mengenai skim simpanan emas dan ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.
Mari kita lihat satu persatu:
1. Public Bank Gold Investment Account.
Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).
Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.
Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.
Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram
Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa. Untuk melihat rate harian anda boleh tengok link ini:
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.
Contohnya.
Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)
Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475
Mengeluarkan emas fizikal.
Berdasarkan website Public bank, pelanggan akaun pelaburan emas ini boleh mengeluarkan emas tetapi mesti dengan nilai 100g, 500g dan 1000g Namun pelanggan terpaksa membayar kos insurans, penghantaran dan servis tax (jika ada).
(update: Public Bank tidak lagi menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal. Sila rujuk laman web public bank untuk maklumat lanjut)
Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.
Semasa saya ke Public bank untuk melihat harga emas (dalam lingkungan 13-23 Jun 2008)
Saya dapati harga jualan dan belian emas Public Bank adalah seperti berikut:
harga jualan = RM95.96 / gram
harga belian = RM 92.96 / gram
Ini adalah perbezaan RM3 antara harga belian dan harga jualan.
Perbezaan ini kecil dan menguntungkan pelabur.
2. Maybank Gold Savings Passbook Account.
Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.
Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).
Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.
Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.
Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?
Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.
Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.
Pengeluaran emas fizikal.
Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.
Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
1. Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.
Contohnya:
Pada 9 Jun 2008 semasa saya ke Maybank untuk melihat harga emas, saya dapati harga belian dan jualan emas Maybank adalah seperti berikut:
harga jualan = RM99.81 / gram
harga belian = RM92.36 / grambersamaan 7.464% ! agak tinggi bagi saya.
Justeru itu, saya mencadangkan agar anda membuka akaun simpanan emas dengan Public bank berbanding Maybank.
1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank.
2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.
3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.
1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.
2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.
3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.
4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.
Kesimpulan.
Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli wang dengan kaedah ini pun ok juga.
Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas.
Laman web rujukan:
1. Public Bank Gold Investment Account (GIA):
2. Maybank Gold Saving Passbook:
.
Bacaan berkaitan:
1. Pengalaman membuka akaun Public Bank GIA
2. Bagaimana memaksimakan keuntungan keuntungan GIA anda
3. Membuat keuntungan lumayan dengan membeli/menjual emas.




Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

128 Responses to “Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank”
By ImanMuhriz on Jul 1, 2008 | Reply
salam..
very good info…explanation yg sgt simple & mudah faham..keep on writing bro..;-)
jawapan: Thanks for your comment
By john on Jul 5, 2008 | Reply
teruskan niat yg murni ini
jawapan: terima kasih
By lani on Jul 7, 2008 | Reply
Salam… penerangan yang sangat berguna. Terima kasih atas usaha dan kegigihan anda menyumbang untuk kemajuan ummah. keep on working. well done
Jawapan: terima kasih
By hempedu on Jul 7, 2008 | Reply
pertanyaan-
1.adakah keuntungan menyimpan emas berdasarkan kenaikan harga emas dan keuntungan diperolehi apabila kita menjual semula
2.kelebihan antara cara ini dengan asb.
tq
Jawapan:
1. ya. betul
2. Berdasarkan analisa saya, kenaikan harga emas adalah lebih tinggi berbanding asb. Baca artikel saya tentang ‘mengapa emas?’
By happychronics on Jul 9, 2008 | Reply
nih kalau ikut islam halal ke boss?takde unsur riba ke?any website for reference?
jawapan: pelaburan emas berdasarkan emas tak ada riba atau interest yang terlibat.
By zue hamid on Jul 10, 2008 | Reply
salam. Alhamdulillah diketemukan dengan website anda ketika saya mencari maklumat tentang dinar emas kedah yang baru dilancarkan. Saya mula berminat dengan pelaburan dinar emas sejak harga emas makin meningkat . Sebelum ini, saya melakukan pelaburan dengan membeli perhiasan emas. Bila memerlukan wang, saya ke AR RAHNU di Bank Rakyat. Terbaru, saya tertarik dengan GOLD INVESTMENT Public Bank tapi was-was pula Halal ke tidak. Memang sentiasa mencari maklumat lengkap tentang cara dan kebaikan serta kelemahan melabur emas ini. Terima kasih kerana memberi penerangan yang cukup mudah untuk difahami. Semuga usaha anda diberkati.
reply: Terima kasih atas sokongan anda
By mirej on Jul 15, 2008 | Reply
Sebelumni saya menyimpan emas perhiasan dan menyedari kos upah emas menarik turun nilai emas saya. Sekarang saya mula membuat penyimpanan melalui passbook public bank. Kaedah yg saya rase begitu mudah dan praktikal untuk gaya hidup saya. Kurang sikit kerisauan utk simpan emas fizikal di rumah. Untuk membuka Gold Saving Account di PublicBank, perlu ade saving account PublicBank terlebih dahulu. Duti setem rm10.00 dikenakan utk buke akaun emas.
PublicBank akan membuat auto debit dr saving account utk charge berikut (jika ade):
1) Caj tahunan RM10.00 jika emas simpanan kurang drpd 10gm selama setahun. Jika lebih, caj dikecualikan.
2) Cukai tahunan atas simpanan emas yg bernilai lebih dr RM100 000.00. Nilai cukai bergantung kepada declaration oleh Bank Negara dan LHDN.
Jika tiada wang dalam simpanan biase, pihak bank akan memaklumkan melalui surat/panggilan.
reply: Terima kasih atas makluman
By ana_lia on Jul 15, 2008 | Reply
mana yang lebih menguntungkan
buka akaun emas di maybank atau di public bank
Gold Savings Passbook 15 – Jul – 2008 (maybank)
SELLING (RM/g) BUYING (RM/g)
1 gram 106.24 98.41
perbezaan= RM7.83
Gold Investment Account (15/07/08 12:23 PM)-Public Bank
Selling Price Buying Price
1 gram RM102.8400 RM99.8400
Perbezaan=RM3.00
mengikut pemahaman saya, maybank adalah lebih menguntungkan kerana perbezaannya yang lebih tinggi…atau sebaliknya??
jawapan: Public Bank lebih untung kerana perbezaan belian dan jualan yang rendah.
Selling price = Harga emas yang bank jual kepada kita
Buying price = Harga bank beli bila kita nak jual emas kita pada bank.
semakin tinggi perbezaan buying and selling, semakin rugi customer.
By irwan on Jul 15, 2008 | Reply
kalau kita simpan dalam gold saving passbook ni kalau sistem kapitalis runtuh dan hancur boleh ke kita keluarkan emas yang disimpan dalam bank?
jawapan: terlalu advance soalan nih. saya pun tak boleh nak jawab. cuba encik tanya pihak bank sendiri. bagi pendapat saya kita mungkin akan ada problem keluarkan emas dari bank sekiranya bank itu sendiri yang bankrap
By irwan on Jul 16, 2008 | Reply
tapi saya rasa baik kita simpan emas betul.puas hati.bila-bila boleh jual kalau perlukan duit.Lagi pun sekarang kapitalis sedang menuju kehancuran.
reply: betul
By mirej on Jul 16, 2008 | Reply
Salam Irwan,
Ngeri betul soalan, tp sebenarnye logik juga. Saya pon beralih kpd simpanan emas pasal keadaan sistem kapitalis skarang yg tak stabil. Perlu penjelasan pihak bank jugakni.
By wantaiko on Jul 19, 2008 | Reply
helo kalau saya Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank atau kedai emas boleh tak saya jual dekat bank lain ? kalau boleh berapa caj akan kena ?
jawapan: Kijang emas beli kat maybank, jual balik pun kat maybank.
By mambo on Jul 19, 2008 | Reply
saya pun baru aje beli emas poh kong…beli 20g aje…sebelum duit bonus ni habis, baik aku beli emas..heheh…nak tanya awak..kenapa harga emas pergram dekat poh kong lebih mahal dari harga kijang emas??..td cina tu dah explain, tp x fhm la pelat cina die..yg saya faham sebab pohkong bagi harga retail..emas komoditi yg maybank publish lebih murah pastu ada depreciation if kita nak jual balik..apa maksud die ye..kenapa ada depreciation..awk boleh further explain tak apa maksud cina tu?tq
Jawapan: cuba baca posting saya kat sini, pasal cammana nak kira harga emas:
http://jutawanemas.com/v1/?p=129
By Nana on Jul 24, 2008 | Reply
saya masih nak belajar mengenai Gold Account ni.
Investing in gold lebih baik dari simpan RM in ASB ke?
tq
Reply: Kedua-dua investment adalah baik. Saya sendiri ada buat loan ASB. Cuma berdasarkan pengiraan saya kenaikan harga emas adalah lebih tinggi daripada ASB dalam jangka masa panjang.
By wan on Jul 25, 2008 | Reply
Tahniah diatas usaha anda mewujudkan web ini!
Saya ada persoalan serba ringkas.Jika membuka akaun di PB,selain dari yearly tax RM10 tu ada lagi tak sebarang hidden cost semasa jual beli nanti?Berminat juga nak melabur di PB ni.
Reply: Soalan tersebut telah dijawab oleh saudara zul dibawah sana. Thanks zul
By zul on Jul 25, 2008 | Reply
I dah bukak akaun ni, betul tu cuma RM10 saja yang dikenakan PB. Lain-lain tak ada.
reply: Thanks zul sbb tolong jawabkan
By wan on Jul 27, 2008 | Reply
Satu lagi kemuskilan..tentang duit yang kita labur beli emas ini ada pihak bank benar2 beli emas @ guna utk invest ke arah lain?Erti kata kalu investment tu melibatkan halal/haram.Ada sesiap yg boleh bagi clarify?TQ
Jawapan: Saudara Wan,
sebenarnya bukan bank tapi syarikat yang terlibat dengan jual beli emas nie yang akan ambil duit pajakan utk rolling dalam business emas nie. Berdasarkan pengalalaman dan temubual saya dengan orang-orang yang terlibat dengan industri emas ini, memang mereka akan terlekat dengan industri emas sahaja. Dengan duit yang mereka ada, mereka boleh buat untung lebih banyak dengan cara membeli dan menjual emas terpakai, membeli surat pajak gadai, membekalkan emas kepada kedai emas dan juga membeli emas pada harga borong dan menjual dengan harga runcit (kadang-kadang bagi diskaun sedikit). Sebagai orang yang membuat kajian mengenai industri emas di Malaysia, saya banyak mendapat ilmu dan pendedahan tentang industri emas nie. Mereka nie bukannya celik IT, cuma celik emas sahaja
Jadi, saya yang celik IT nie akan berkongsi ilmu dengan anda melalui http://www.jutawanemas.com ini.
By Mohamad on Jul 28, 2008 | Reply
Boleh bincangkan tentang pelaburan emas dengan Etika Emas Estate Sdn Bhd.
Reply: Saya diminta utk membuang artikel pasal Etika Emas oleh pengurusan Etika Emas, justeru itu saya tak dapat nak bincangkannya disini.
Saya mencadangkan encik menghubungi pejabat Etika Emas sekiranya ada soalan.
contack kat sini: http://etikaemas.com/contact.html
By wan on Jul 29, 2008 | Reply
Alhamdulilah arini saya dah open acc dgn Pbank ni.
. saudara cuma perlu sabarrrrrrrr…..
Saya nak tambah serba sedikit..
Disebabkan saya belom ada any saving acc dgn Pbank so kne add up another rm250 plus rm 10 utk gold passbook.Rugi sikit sebab x beli emas masa below rm100/g aritu…mintak2 terus naik ke rm110 ke…
reply: Tahniah sbb mulakan pelaburan emas anda. Actually jangan risau… in long term harga emas akan naik
By Bollok on Jul 30, 2008 | Reply
Terima kasih kerana sudi berkongsi banyak maklumat berkaitan pelaburan emas. Artikel2 saudara telah membuka mata saya berkenaan pelaburan emas. Cuma saya ingin bertanya berkenaan Public Bank Gold Investment Account. Saya belum berkesempatan untuk ke Public Bank. Boleh ke kalau kita jadikan Public Bank Gold Investment Account macam kaunter saham/forex. Contoh, kita beli dengan harga murah dan selepas 2 hari harga naik dan kita jual. Lepas tu beli semula pada harga rendah. Ataupun ada had masa untuk menjualnya selepas kita membeli. Contoh kena jual selepas 14 hari dari masa membeli.
Reply: Saya tak menggalakkan anda buat camtu utk akaun public bank. sebab beza harga RM3. nanti Public Bank yang untung daripada saudara
Kalau nak buat camtu baik saudara bukak akaun forex. Lebih untung. Contohnya kat http://www.fxopen.com
By comel on Jul 31, 2008 | Reply
Salam, saya ada pertanyaan. Saya dah baca artikel2 saudara berkaitan dinar emas ini. jadi soalan saya mana yang lebih menguntungkan dan selamat (terutama semasa utk jual balik) dengan membeli dinar emas kelantan atau dinar emas atau kijang emas atau buka saving account dgn Pb atau Mybk tu? harap dapat bantu. pendapat anda sangat saya hargai.
reply: Sekiranya comel takder masalah nak simpan emas fizikal dan modal besar, saya cadangkan beli kijang emas 1 Oz. kalau modal kecil, beli dinar emas kelantan.
kalau ada masalah nak simpan emas, takut hilang, saya cadangkan buka akaun gold saving public bank
By roslanbinshaari on Aug 1, 2008 | Reply
salam,
sya sungguh teruja dgn penerangan yng diberikan tentang jual beli emas, cuma saya ingin bertanya memandangkan harga emas turun RM96.42 pd 31.7.08, adakah ini masa yg baik untuk saya buka akaun simpanan emas dan cadangan dari pihak tuan public bank atau maybank, kerana saya baru dalm pelaburan emas dan saya akn terus menhubungi tuan untuk tujuk ajar selanjutnya,
wassalam
roslan
reply: Sekarang ialah masa terbaik utk membeli emas, sbb harga tengah jatuh. Saya cadangkan saudara buka akaun gold saving dengan Public Bank.
By wantaiko on Aug 1, 2008 | Reply
kalau macam unit trust ..keuntungan dia setiap tahun naik…kalau pelabur tuh tak ambik dividen dia.. dia akan re-invest balik macam mana dengan emas ? andai kata dalam masa 1 tahun harga emas naik saya jual balik kesemua emas tersebut . lepas tuh beli balik emas tuh.
berkenaan dengan public bank gold saving atau maybank..
soalan saya: adakah public bank atau maybank akan buat kiraan Akhir tahun dividen keuntungan tersebut ? atau setiap tahun kita jual semula ambik untung ( kalau naik ) beli balik ( time turun ) emas tersebut ..atau pon bank uruskan macam public mutual , asb , dll… tak pon kalau dalam masa 2 – 3 bulan emas naik kita jual lepas tuh untung jual balik re-invest balik boleh ker buat macam tuh. harap dapat penerangan yang jelas tq
reply: Kalau wantaiko baca artikel pasal gold saving passbook, saya mentioned yang akaun gold saving passbook nie tak memberikan sebarang faedah. keuntungan akan diperolehi apabila harga emas meningkat. itu sahaja.
By wantaiko on Aug 1, 2008 | Reply
tertingal soalan pulak berkenaan dengan public bank gold saving atau maybank..
Soalan : kalau kita open buku acc masa nak beli emas tuh. bank tuh jual emas dekat kita dia ikut harga pasaran emas dunia ker ? ada apa apa caj tak ? kalau macam public mutual kena caj 5.5%
macam mana kita nak jual balik kat bank apa yang saya baca comment di atas public bank akan ambik caj …sebagai contoh
harga jualan = RM95.96 / gram
harga belian = RM 92.96 / gram
dia dah ambik rm 3 / gram
kalau maybank
harga jualan = RM99.81 / gram
harga belian = RM92.36 / gram
dia dah ambik 7.464% !
tolong betul kan kalau saya silap TQ
reply: Emas yang dijual ikut rate dunia. walau bagaimanapun emas nie bukan barang kawalan, so harga berbeza dari satu institusi dan institusi yang lain.
Waktu bukak akaun gold saving bank tak cas apa-apa. bank ambil untung daripada perbezaan harga beli dan jual sahaja. Dari segi pengiraan, public bank ambil untung 3 ringgit segram. maybank lebih tinggi iaitu 7% ++
By entahler on Aug 1, 2008 | Reply
Gold price hari ni 910.40 —> ni kira macam mana ni 1 gram ker ? bersamaan dengan berapa tuh ajo sikit bleh.. maklumlah baru nak blajo…harga pasal emas
turun lah pulak 2.90%
reply: Harga USD 910.40 ialah utk 1 Oz emas, iaitu 31.10 gram
By fiq on Aug 1, 2008 | Reply
entahler,
harga tu ambik dari mana?
kalau dari kitco harga yang ditunjukkan adalah bagi satu oz=30.105g
lepas tu kena convert ke RM = X 3.2 (lebih kurang, taktau brp rate sbenar lately)
tp pelu igt, harga runcit memang tak sama..
kena campur misc cost spt insuran, pembuatan (klu fizikal), shipping cost dsb
so bergantung pada kompeni yang kita pilih
kalau 910 per gram mmg takdela orang nak beli
tih…tih…tih
By Gold Investment on Aug 12, 2008 | Reply
Salam, aku ade persoalan sikit mengenai PB Gold Investment Account:
1)Harga buying and selling ni mengikut harga yg ditentukan oleh PB(aku ade contact PB 03-21638082), tp yg menjadi persoalan, kalaulah harga pasaran meningkat, PB tidak akan meningkatkan harga Buying and Selling ni berdasarkan harga pasaran semasa, mcm mana ia dpt memberi jaminan kepada pembeli di atas keuntungan pelaburan mereka?Katakan harga pasaran pada hari tersebut RM100/g tp buying PB hny RM90/g, dan pembelian kita dulu RM93/g.Kita still xuntung lagi walau harga pasaran naik krn PB yg tentukan harganya bkn mengikut current market price…So mcm tak selamat investment kita tu..
2)Berapa keuntungan tahunan bg pelaburan ini mengikut pandangan saudara?berdasarkan forecast harga sebelum ini..
tq
reply: Utk gold saving passbook, memang public bank kena ikut rate harga emas sedunia. tapi mereka ada pengiraan mereka sendiri.
berdasarkan pengiraan jangkamasa panjang, setahun kenaikan harga emas boleh mencecah 26%.
By Electrichead on Aug 12, 2008 | Reply
Saya membuka account GSPA di Maybank pada bulan May lepas.
Saya dapati beza harga di PB RM3 tetapi di Maybank berubah-ubah yang mana makin tinggi jika harga naik. Seperti ada peratusan yang tetap yang membezakan harga belain dan jualan. Saya tidak dapat pastikan berapa peratus tapi saya anggarkan dalam 7.4%. Maka saya hendak tanya orang lain untuk kepastian. betul ke saya kira ni. Bukan apa, Maybank (even PB) pun tidak bagi tahu berapa dan kenapa nilai perbezaannya itu dikenakan.
reply: Perbezaan rate memang ditentukan oleh bank. Untuk Public Bank, saya nampak harga diorang nie adalah 2% lebih dari harga Kitco. Rate maybank lebih tinggi dari public bank.
By Gold Investment on Aug 12, 2008 | Reply
Bollok,
1)Aku rasa cadangan ko tu pun boleh dipakai.Kita pun blh jd trader utk emas yg kite beli.Untuk pengetahuan, aku ade jmp orng yg bt kijang emas sebagai mata pencarian sampingan.Dia akan buat pelaburan dengan membeli pada masa harga rendah n jual pada harga tinggi. Proses dia aku xtaula cm mn tp dia boleh buat untung paling kurang RM400 sebulan…Bg PB Gold Investment, aku rasa kalu kita buat urusniaga beli-jual, keuntungan dia lebih dr kita beli n simpan…any comment??
2)Aku nak tau psl pelaburan VC Gold- Ar Rahnu.Sesiapa boleh tolong?Kenapa sebelum2 ni aku ade baca yg korng lbhkn Estet Emas sedangkan ganjaran dr VC Gold lebih bnyk dr Estet Emas…
reply: Cuba saudara gi interview orang tu. tanya cammana dia buat. utk public bank gold investment, memang boleh buat untung. cuma kena pandai baca timing utk beli dan jual.
Pasal vcgold, saya pun tengah menunggu maklumat dari informer saya
By Bollok on Aug 12, 2008 | Reply
Gold Investment
Cadangan saya itu terpakai untuk semua, tetapi menjadi satu kelebihan bagi sesiapa yang dapat analisis berkenaan harga dunia kerana kita dapat membeli pada harga terendah. Dan untuk mendapat lebih keuntungan, sebaiknya dibuat dalam 100G ke atas dan sudah pasti bukan shortterm target. Mungkin 2 minggu ke atas. Kalau berpeluang belajar berkenaan analisis, boleh buka metatrader yang ada gold seperti contoh diatas iaitu FxOpen. Pada pendapat saya, cara ini lebih untung daripada pendapatan hibah tetap . So cuba2 ler usha2 cara analisis, Insyaallah tidak merugikan.
reply: hehe… memang menarik cadangan tu.. cuma ilmu utk trading gold dalam forex nie agak advance. kalau takder ilmu, kejap jer burn
By Joel on Aug 12, 2008 | Reply
Tengok UOB and Habib, both have PAMP gold bar. Sama ke tak dia punya gold bar? I rase Habib punya price mahal skit…
reply: Ya, sama
habib memang mahal sikit.
By ssbc on Aug 20, 2008 | Reply
Setelah 2 minggu permohonan ( masalah, sebab ada orang pernah guna IC aku untuk tujuan lain. HQ Public Bank perlu approvekan. Sapa punya kerja le tu….) hari ini dapat kelulusan.
Untung jugak, sebab 2 minggu lepas, 1 gram = RM94.58.
Tadi 20.08.2008, 3.20PM, 1 gram = RM89.57…. jimat RM5.01 setiap gram.
ps: Hati2 kalau bagi fotocopy IC…
ps: Kena bayar duit aggrement GIA RM10.00. cash.
ps: Actually kena juga ada saving/current account kat Public bank sebelum buka GIA ni. Sebab, pada setiap awal tahun, akan di tolak dari saving akaun RM10.00 jika dalam GIA kurang dari 10 gram. Kalau lebih, tak kena apa2….
Sebelum aku open tadi, chaser tu cakap, ada orang beli 500 gram. Dia pun beli jugak… teruja dia dengan harga belian tu…
ps: minimum tambahan, 5 gram.
By HERYPORTER on Sep 2, 2008 | Reply
sye dah melabur di dalam pblic bank..n setelah itu sye beli emas kt poh kong…bab modal kecik..adakah cik rase ia berbaloi sye buat cm nie..
reply: ye! memang berbaloi.
By linda on Sep 3, 2008 | Reply
salam dan selamat berpuasa…
apakah ada syarat tertentu untuk membuka akaun pelaburan emas di public bank atau maybank? sebagai contohnya :
1. mempunyai CCRIS
2. blacklist
reply: Syarat buka akaun
1. Umur 18 tahun
2. Ada duit utk beli 20 gram emas
3. blacklist atau CCRIS tak apa. takde kena mengena pun
By CIKGU EKO on Sep 3, 2008 | Reply
TAK PERLU BAWA DUIT BELI 20GRAM EMAS IKUT HARGA SEMASA BANK DAN BUKA AKAUN SEMASA ATAU SAVINGS. ITU SAJA
By satu on Sep 4, 2008 | Reply
dlm 3..4..hari ni hrga emas sdikit merosot..kang beli lagi kang,,kang beli lagi kang..
By Anie suhanah bte omar on Sep 12, 2008 | Reply
Assalamualaikum saya berminat dengan akaun pelaburan gold investment tapi saya ada kemusykilan nak bertanya tentang bagaimana cara nak menjual dan membeli yang boleh mendapat untung dan kalau dibiarkan sahaja akaun tersebut tanpa dijual adakah akaun tu boleh mendapat keuntungan atau kekal sahaja pada bentuk asal ( duit pokok ).Terima kasih
By hery on Sep 14, 2008 | Reply
adakah pembelian emas di kedai emas menjanjikan keuntungan yang banyak pada jangka masa yang panjang…kate la dlam 4 tahun..
reply: Ya, saya rasa banyak… kalau emas naik 25% setahun. 4 tahun dan 100% untung. tolak 15% ke 20% so untung bersih boleh cecah 85% dari harga asal.
By afees on Oct 11, 2008 | Reply
ok..sori..kurg faham..kalau diperhatikan, harga selling sentiasa lebih tinggi dari harga buying..ini bermakna, harga kita nak jual balik kat bank, senantiasa lg rendah dari harga kita beli dari bank..so, bila masa nak dapat if mcm tu?
reply: Kalau nak faham, cuba baca artikel nie kaedah ketiga.
http://jutawanemas.com/v1/?p=728
By nurul on Oct 22, 2008 | Reply
saya nak bertanya sikit..
buka GSPA di maybank.. boleh tukar kepada emas fizikal.
adakah emas fizikal itu adalah emas kijang atau emas lain?
sbb berat emas fizikal maybank tak sama dgn berat emas kijang..
kalau buka GSA di PBB, boleh juga tukar kpd emas fizikal ke?
By amir on Oct 23, 2008 | Reply
nurul, mmg tak sama… emas fizikal maybank bentuk gold wafer 10g/20g/50g/100g…
nak emas fizikal kena bayar ekstra rm25 utk (setiap wafer) 10g, rm30 utk 20g, rm40 utk 50g dan rm50 utk 100g. maybank takder stok pun wafer 50g dan 100g ni, tinggal 10g dan 20g…
(bila tanya balik, diorang kata ada stok sebenarnya, tp serial number pada emas dah pudar, jadi diorg tak berani nak jual pd customer sbb nanti diorang nak jual balik pada maybank tak diterima…)
public bank awal2 nya kata plan nak offer emas fizikal jugak, tp tak buat2 pun… tak jadi la kot…
By Mni on Oct 27, 2008 | Reply
baru2 ni saya ada terbaca mengenai pelaburan emas kat blog ustaz zaharuddin . pelaburan kat PB meragukan ? kerana tiada emas fizikal ? bole kah terangkan bab ni kerana da melbatkan hal halal n haram?
Reply: Saya cadangkan saudara melawat forum jutawanemas.com yang membincangkan perkara ini. Klik sini strong>
By mee on Oct 27, 2008 | Reply
Saya sangat berminat untuk membeli Suisse gold bar 100 gm dari habib. U rasa masa macam ni sesuai untuk melabur kah? Atau tunggu beberapa hari untuk harga turun lagi? Need ur expertise in this. TQ
reply: Kalau ada duit, beli ajer… gold is a good long term investment
By KASIH on Nov 11, 2008 | Reply
SALAM..
ADAKAH SETIAP KALI NK JUAL,KENE G KT BANK?KLU TERLMBT SKITHARGA PUN DH TURUN… CAMNE?FRUST LA KN?
By john on Nov 22, 2008 | Reply
Salam. Jika sy bukak akuan GIA PB dan beli secara berkala. mgkn sbln 10g dgn harga yg berlainan. adakah harga belian di catat dlm akaun kita?
By payid on Nov 22, 2008 | Reply
Ya..en john. Bagi akaun GIA, setiap kali urusniaga jualan dan belian emas dibuat ianya akan dicatatkan di dalam GIA passbook.
By rusle bin ahmad on Nov 24, 2008 | Reply
Bro,kalau saya nak membeli emas dipublic bank dengan nilai rm15 ribu keesokan hari ok tak.Tq chef rusly
reply: Ya, memang ok.
By rien on Nov 29, 2008 | Reply
saya berminat nak join GIA, sy tgk harga emas dah 97++ per gram. harga tu consider murah ke mahal?sbb sy tgk ada yg bli pada harga 80 lebih je. Perlu ke saya tunggu dulu?
By yus on Dec 9, 2008 | Reply
saya berminat utk menyertai pelaburan emas ni tp masih sangsi. baru2 ini ade syk etika emas estet mengdr rslh tp saya tak faham sbb ade komsn bulanan sebyk rm300 klu membeli dan menyimpan emas dgn maybk.kontraknye selama 6 bln. boleh jelaskan.
reply: Pelaburan emas dengan syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan emas mempunyai risiko yang tersendiri. Jika nak invest, gunakan duit yang lebihan atau simpanan.
Tentang etika emas, better yus dapatkan penerangan dari opis atau agen mereka.
By Magiclamp on Dec 17, 2008 | Reply
Saya baru terbuka website ni….tertinggal lah pulak..nak tanya sikit…sekarang ni hujung tahun…bagus ke nak buka akaun emas dekat PB atau saya patut tunggu thn depan je? TQ
reply: Kalau ada duit, beli jer. Tak payah tunggu.
By abu ammar on Dec 22, 2008 | Reply
saya masih tertanya-tanya… halalkah kita membeli emas tapi tak dapat emasnya…hanya dalam bentuk tulisan atas buku????
reply: Saya pun confuse, dulu memang Public Bank offer withdrawal in gold. Tapi opsyen itu telah dihentikan buat sementara. Pembeli cuma boleh withdraw dalam bentuk nilai emas (Ringgit malaysia) sahaja. Tapi nasihat saya, kalau ragu-ragu.. tinggalkan..
By lina on Dec 22, 2008 | Reply
adakah harga emas kini mahal, saya check dekap PBB, harga hari ni RM96.95 dan RM93.04? Mungkinkah harga emas akan turun memandangkan ekonomi dunia makin merosot ? Adakah harga emas juga dipengaruhi oleh ekonomi sedunia ?
By undertaker on Feb 15, 2009 | Reply
Assalammualaikum,
Saya pun tak tahu macamana saya terjumpa laman web tuan, tapi saya sangat salute pada tuan dengan mewujudkan banyak informasi berkenaan dengan pelaburan emas. Secara kebetulan saya memang berminat pada pelaburan emas. Semuga usaha murni tuan ini diberkati Allah serta diberi ganjaran.
reply: Waalaikum salam. terima kasih atas penghargaan saudara. ilmu ini adalah untuk dikongsikan bersama-sama
By Juan on Feb 26, 2009 | Reply
Hai..saudara,,banyak betul info emas ni..
cuma kat sini u ada kata purata emas untung dlm 25% setahun…
adakah dgn melabur di public bank pun boleh dapat
keuntungan anggaran 25% setahun atau rendah dari kadar tersebut..
t.kasih
By SIN on Mar 3, 2009 | Reply
Article yang bagus !!!
Saya menghargai analisis anda dan ini membantu saya untuk membuat keputusan.
By frenz on Apr 6, 2009 | Reply
very good info..sy br nak berjinak2 dgn gold investment..so sy nak tanya skit pasal pelaburan yg mana plg sesuai bg org yg modal skit around rm3k?tq
By dian on Apr 6, 2009 | Reply
3k bleh beli 20gm PG and 1 dinar kot
By syafiqhazwan on Apr 18, 2009 | Reply
setelah membuat perbandingan di antara pelaburan akaun simpanan emas, saya mendapati pelaburan di maybank adalah HALAL di sisi ISLAM. Kerana emas boleh di tukar kepada bentuk fizikal.
untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.zaharuddin.com
banyak fakta dan dalil bedasarkan nas AL-QURAN di sana
By harris on May 4, 2009 | Reply
pagi ini saya melayari harga emas maybank gspa.. melalui notebook harga masih lagi pada tarikh 30/04/09 tetapi melalui HP harga telah di update pada 8.22 a.m. 4/5/2009. . dan selling price jatuh sebanyak rm1.40 .. ada sesape boleh bagi komen kenapa tarikh update berlainan?
By Abdullah on May 4, 2009 | Reply
Kepada syafiqhazwan dan para jutawan emas sekalian. Ustaz zaharuddin tidak memberikan sebarang hukum ke atas GIA. Beliau hanya menggariskan perkara yang membuatkan sesuatu jadi haram. Beliau sendiri pun tidak pasti utk menjatuhkan hukum kerana masih belum jelas dengan GIA. Beliau meminta para pembaca mengkaji sendiri berdasarkan garis panduan yg beliau beri. Jika diperhalusi panduan yang diberi, hukum kita membayar LOCK PRICE pun akan jadi haram kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis’ (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah. Jadi jika ada percanggahan pendapat tentang sesuatu hukum dan perkara itu sukar utk dielakkan saya lebih cenderung mengikut Fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi mengenai keharusan bermuamalat “umum al-balwa” – Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang.
By Gold Investment on May 8, 2009 | Reply
Dear All,
Berita mendukacitakan, VC Gold Sdn Bhd(www.vcgold.net) syarikat yang menjalankan urusan pelaburan emas bersama KOJUTA(www.kojuta.com) telah dihentikan operasinya. Oleh itu, diharapkan semua berhati-hati sebelum melaburkan wang anda walaupun syarikat tersebut disokong oleh syarikat-syarikat yang ternama, keluar majalah dan bermacam-macam lagi. Ini kerana selepas VC Gold ditutup, KOJUTA mengeluarkan keyataan mereka tidak bertangungjawab diatas urusan syarikat VC Gold walaupun sebelum ini syarikat tersebut beroperasi diatas Ar-Rahnu KOJUTA, berkongsi pintu masuk yang sama, nombor telefon yang sama dan urusan pinjaman diuruskan sepenuhnya oleh KOJUTA. Lebih mendukacitakan, pengurusan tertinggi syarikat VC Gold adalah orang kanan KOJUTA. Sehingga kini, syarikat tersebut tidak menjalankan operasi dan wang pelaburan yang dijanjikan bersama keuntungan langsung tidak dibayar kepada pelabur.Berhati-hatilah!!!
reply: Adalah amat mendukacitakan apabila mendengar berita seperti ini. Ia sedikit sebanyak menghancurkan kepercayaan pelabur terhadap syarikat yang kononnya membuat pelaburan emas. Apapun.. berhati-hatilah.. kalau dia nak tipu.. akan tipu jugak..
By Burhan on May 8, 2009 | Reply
Saya ingin bertanya melabur emas dlm Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA) atau 1. Public bank – Gold Investment Account (GIA) katakan sebanyak RM80,000.00 jika harga emas turun adakah jumlah modal pelaburan saya akan berkurangan. Dapat kiranya tuan terangkan untuk pengetahuan saya.
Terima kasih.
reply: Konsep GIA ialah kita membeli berat emas pada harga semasa. Jadi kenaikan dan penurunan harga emas akan mempengaruhi nilai emas kita (dalam RM), namun berat emas yang kita beli di dalam akaun GIA still sama.
By taufik on May 8, 2009 | Reply
jumlah xturun.. tp nilai jer y turun.. berat emas tetap sama.. mcm gak beli emas fizikal.. berat tetap sama.. kalau harga ema turun.. turun la nilai ringgit emas 2
reply: Terima kasih atas jawapan
By vieya on May 16, 2009 | Reply
kalau saya beli sekarang ni harga dh 108+++ , berbaloi tak? takut nti
dah beli harga jatuh. lagi pown orang yang dulu2 beli dengan harga 80++ & 90++ cam tu
reply: Ya, berbaloi… beli jer..
By mm on May 24, 2009 | Reply
soalan: dlm maybank2u atau public bank…..ade bahagian gold investment acct…makne nyer ade kemudahan beli cara internet ke???…sape penah guna?
By d.perba on May 24, 2009 | Reply
where is better??pelaburan yang terbaik dan selamat…sye dah bace semua..tp semuanye ok..so sye nk melabor dengan cara yang berhemah..public gold tu selamat x??
By ID 76 on Jun 1, 2009 | Reply
salam tuan tanah, alhamdullilah saya ucapkan utk site ni. syabas saya ucapkan
By nasir on Jun 23, 2009 | Reply
salam…sy nak bertanye mcm mane kte dapt keuntng dengan Gold Investment Account (GIA)..kte menjual blek or tiap2 bulan kte dapt faedah??????
reply: Untung apabila beli ketika harga emas rendah dan jual apabila harga tinggi. Tiada faedah yang dapat tiap2 bulan.
By simpunkpark on Jun 23, 2009 | Reply
salam semua…
saya ada soalan…kalau beli emas kijang di maybank A la contohnya…boleh tak kita jual emas kijang tu di maybank lain?
reply: Should be no problem asalkan ada resit belian.
By mj_zai on Jul 16, 2009 | Reply
saya confiusla nak masuk mana sbb lates rate lain dah.. boleh bg cadangan???
Gold Investment Account
Gold Investment Account as at 15/07/09 3:50 PM
1 gram:
Selling Price:RM 109.0100
Buying Price:RM 104.7300
Gold Saving PassBook
Gold Saving PassBook Account as at 15/07/09 3:49 PM
1 gram:
Selling Price:RM 109.3900
Buying Price:RM 104.39100
reply: Better masuk Public Bank GiA. Spread lebih rendah.
By elis on Jul 21, 2009 | Reply
interested nak bukak gold saving tapi public punya minimum adalah 20gm…i don’t have that much cash so terpaksa la opt for maybank coz minimum 5gm…camne ni? should i wait sampai ada 20gm?
reply: Beli dinar emas Public Gold seketul.. or better don’t invest yet. kumpul duit dulu.
By chenoi on Aug 10, 2009 | Reply
Salam…Tn…alhamdulillah….ntah keberpa kali site tn ini membantu saya dalam mendalami ilmu urusan emas nie…
saya tak invest lg …tp insyaAllah dalam masa terdekat nie akan membuat langkah pertama dalam gold investment.
1. beli emas PB via GIA , spread kecil RM3 – keuntungan hanya dari kenaikan harga emas dipasaran. (betulke?)
reply: betul
2. beli PublicGold (fizikal) -keuntngan lebih baik dr GIA (betulke)
reply: betul
3. jadi agen PG -bagaimana?
reply: Kena ada modal RM30k, lepas tu contact saya melalui email admin@jutawanemas.com . Saya akan tolong register sedara jadi agen PG.
dengan harga sekrang….adakah sesuai saya membeli …walaupun saya tau jawapannya sebb harga emas akan naik walupun ade turunnye…tetapi kenaikan lebh tinggi dari turun…ape pendapat tn.
harap dapat membantu saya yg newbies nihh….
reply: Ya, sesuai. beli ajer..
TQ
By hafiz on Aug 24, 2009 | Reply
salam..saya nk beli kijang emas ok time ni?harga skrg ni rendh atau tinggi ea berbanding dulu..
reply: Nak beli emas fizikal nie beli ajer.. tak perlu tengok harga. then simpan elok-elok.
By yus on Sep 7, 2009 | Reply
Salam…
Hrg emas skrg dh mencecah rm 12++..
saya ada modal utk beli dlm 20g. berbaloikah kalo saya beli dgn pbank skrg?
ada kemungkinankah hrg emas akan jatuh dlm masa terdekat ni? saya ingat nk tngu hrg jatuh dlm rm 110 baru beli..
apa pendapat tuan..
tq
reply: Emas nie pelaburan jangka masa panjang. kalau ada duit beli ajer. kalau boleh beli emas fizikal. lebih bagus dari GIA.
By ismad on Sep 14, 2009 | Reply
Terima kasih atas usaha anda dan info yang sangat murni ini.Barula saya paham ckit
By ismad on Sep 14, 2009 | Reply
baru2 ni saya dapat info mayban ada wat tawaran harga emas istimewa sehingga 13/10/09.Adakah ini masanya untuk membeli?Advise..TQ..
By aloha on Sep 14, 2009 | Reply
saya nak tanya..kalo lelong bank rakyat akan lelong dgn current price – 10%..kalo saya ada duit baik bagi lelong or tebus sebab harga nak jual kat pasaran utk gold bar rendah dlm 20% below market price.
By kongsi on Sep 14, 2009 | Reply
aloha…
apa pun tebus la yg terbaik kalau ada duit.
By norul on Sep 18, 2009 | Reply
ass’kum……… saya nak tanya berapa harga untuk 20g emas di PBB tu saya ingat nak buka acc kat sana
By shawn on Sep 23, 2009 | Reply
nak tanya, untuk public bank @ maybank ni boleh berurusan secara online tak utk beli emas? gne maybank2u @ pbebank?
By keroteen on Sep 23, 2009 | Reply
salam..ni baru nak mula langkah pertama nih tp lg confuse nak buka account ke with simpanan bekala atau beli emas kat kedai…initial rasanya nanti insya allah 1-2 k lepas tu monthly rasa2 nak set aside 500..beli kedai ke( fizikal) atau buka account?thank you
By Azad on Sep 25, 2009 | Reply
Saya mempunyai fizikal sekitar 305 gram patutkah saya membuat trading dlm waktu yg terdekat ini.
By azmanor on Sep 25, 2009 | Reply
saudara azad,
klu dah blh dapat untung , jual je la …tq
By azmanor on Sep 25, 2009 | Reply
sdr keroteen,
beli emas fizikal lagi baik….tq
By dian on Sep 26, 2009 | Reply
harga emas sedang jatuh.peluang untuk membeli.tukarkan duit raya anak kepada fizikal gold dan gold dinar.hubungi 0133422330
By farid on Oct 16, 2009 | Reply
kadang2 lawak gak soklan bila sistem kapitalis runtuh, tak boleh kuarkan duit…walhal semakin banyak institusi perbankan Islam memperkenalkan konsep pelaburan emas…fikir-fikirkan lah betapa dinamiknya sistem kewangan dunia tanpa bergantung pada kapitalis.
By wawa on Oct 25, 2009 | Reply
saya nak tanya, sekarang ni harga emas tgh naik atau turun?
saya tgk harga emas skrg RM118 segram.
By sml on Nov 11, 2009 | Reply
nak tny. kalau beli emas kat PB, apa keuntungan yg sy dpat atas emas yang duduk kat PB.
By afham on Nov 25, 2009 | Reply
semakin tinggi perbezaan buying and selling, semakin rugi customer.
boleh saudara terangkan lebih lanjut mengenai fakta ini..
By cikjune on Nov 26, 2009 | Reply
salam afham…spread jual beli yang semakin tinggi pelabur tak rugi…
hehe… kat dalam posting kat atas nie pun takde fact nie…cuma tempoh atau jangkamasa untuk pelabur memperoleh keuntungan selepas membeli emas tu yang akan jadi lambat atau cepat… spread kecil untung cepat… spread besar untung lambat sikit….
so memang tak rugi……cuma lambat atau cepat jer…..
By insan keliru on Dec 3, 2009 | Reply
salam..saya nak melabor dalam pelaburan emas..tapi saya masih kurang memahami cara2 handak join dlm pelaburan ini..saya ingin mencuba..tetapi masih was2..
By linn on Dec 6, 2009 | Reply
kepada inasn keliru.
kalau awak baca artikel en syukur di jutawanemas awak akan dapat banyak info.
By dan on Dec 6, 2009 | Reply
pelaburan emas vs pelaburan unit trust….pada pendapat saudara…mana lebih menguntungkan memandangkan pelburan emas tidak memberi dividen pun setiap tahun…tq
By jml on Dec 10, 2009 | Reply
Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.
Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
soalan:
1-emas fizikal tu kijang emas ke atau jenis lain?
2- jika dah withdrawn emas fizikal ni boleh jual balik ke maybank ke jika harga emas dah naik?
3- mana bagus, withdraw dlm bentuk wang atau emas fizikal ?
tq
By ateh on Jan 9, 2010 | Reply
Warning:
The returns of Gold Investment Account are subject to the gold price fluctuation. The customer is reminded that this product is not insured by Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html
reply: Itulah kelemahan GIA. dah ler emas fizikal tak dapat, kalau bank collapse pulak takder insurans. so better beli emas fizikal.
By ateh on Jan 14, 2010 | Reply
cemane ngn Maybank GSPA? ader insurans x? sy xnampk statement mcm Public GIA tu kat Maybank2u. Emas fizikal bahaye simpan kat umah. Tu yg berbelah bagi nih.
By lela on Jan 16, 2010 | Reply
salam.
katalah sy ada wang 50k so apa perlu sy buat? beli emas dikedai emas, dinar, kijang atau buat gold saving di pb or maybank? need advise. TQ
By erin on Jan 16, 2010 | Reply
salam. sy ada byk brg kemas yg tidak digunakan. untuk membuat pelaburan emas ini, perlukah sy jual atau leburkan? bagaimana ya? TQ
By dinarakyat on Jan 16, 2010 | Reply
erin: bagusla byk barang kemas yg tak pakai….kalau nak invest..masukkan jer dlm arrahnu..65% nilai pinjaman tu bleh beli fizikal gold mengikut bajet yg ada….(spread rendah sbg cth) ..
my advise duit dari 65% nilai pinjaman tu elok asingkan upah simpan arrahn utk tempoh setahun dimana (6 bln + 6bln) dan upah simpan 6 bln tu simpan trus kat ASB belen caj 6bln tu tukar ker fizikal gold.
By Iman Laquisha on Jan 20, 2010 | Reply
salam…bole sy tau..mana lagi bagus buka akaun simpanan emas atau beli emas fizikal?
By mydanglang on Jan 20, 2010 | Reply
salam…
rasenya dah byk penerangan mengenai sistem pelaburan emas ni..tlg bace dlu sebelum tanye soalan yang berulang kali dah d jawab…
By Mai on Feb 1, 2010 | Reply
hai kawan2.. nampaknya dah lama tak aktif website ni kan.. kenapa agaknya ya..
adakah bro kita ni.. dah ada web lain..
saya hanya nak berkongsi sedikit info yg saya baru dapat dari maybank..regarding servis charge pembelian emas…
setakat hari jumaat 29hb jan 2010 Harga emas…..Selling Price RM121.62 and Buying Price RM116.62… so diff RM5.00 masih lagi tinggi berbanding Public Bank…
Tapi still Public rendah berbanding Maybank kan… yang pelik kenapa bank negara tak control servis charge ni.. sepatutnya standard kan…
By sham on Feb 1, 2010 | Reply
psssttt….
Beliau tengah sibuk nak buat jadual kot.
Pernah diberitahu pada saya beliau akan jumpa, turun ke padang buat seminar untuk agen2 nya pada bulan Feb.
Beliau pun dah full time di PG. So senanglah.
Tahniah!!!
Warga johor menunggu…
Salam.
By pedagang on Feb 8, 2010 | Reply
mai, harini 8/2/2010 difference utk maybank lagi rendah banding pbank..
tapi tktau la pandangan pakar di sini camne, sbb masa berbeza (bukan rate semasa)..
jam 1.58 rate maybank beza sebanyak 4.92
jam 3.45 rate pbank beza 5.41..
By wan on Feb 10, 2010 | Reply
saya dah terbeli maybank punya gold saving…masa tu harga emas mahal…rm130++…nak tunggu untung lama la lagi
By tapa on Feb 21, 2010 | Reply
salam
kepada semua asyik ghairah nak untung emas je……..tak ramai pun tanya HALAL/HARAM nya akaun ni.
anda semua tahu tak 2 akaun ni sebenarnya konvensional.kalau public bank tu lagilah haram hukumnya pasal beli emas tak ada fizikal.dalam islam beli benda kena dapat@ nampak dan pegang.ni pb siap bagitau lagi x ada fizikil@ketul jongkong.mak ai.. memang sahlah islam x ajar. maybank lak korang tgk web ustaz zaharudin.net kata apa. taraddud gak tu.tapi jongkong boleh ambik jika nak. bolehlah cuma sistem konvensional ni semua dia sapu lah.tak tau duit kita masuk p mana.entah2 genting kasino tu tetap dah……fikir lu wei ana pun mula nak invest gak tapi hati syak ni memang x terungkai lah.
By amin on Feb 22, 2010 | Reply
mengenai apa yg tapa ckpkan betul ke?
halal or haram pelaburan ni?
saya perlukan kepastian.TQ
By barubelajar on Mar 10, 2010 | Reply
salam..
nak tanye..kalu saya ada modal RM 20 ribu pastu labur ke GIA PB tak de risiko ke?
Bila baca byk maklumat yg ada rasa tak sabat nk mlabur..takut pun ader..tolong beri pndangan..
By barubelajar on Mar 10, 2010 | Reply
sebenarnyer takut kaitan HALAL & HARAM…mcmmana ni???UNTUNG nak BERKAT pun jugak….tolong….
By naz on Mar 14, 2010 | Reply
saya berminat nak join GIA n beli 2 emas kijang 1oz.. nak ty kalau kita invest dalam GIA nie dapat dividen tahunan tak?..
reply: tak dapat dividen GIA nie.
By atin on Mar 16, 2010 | Reply
saya ada kijang emas, then emergncy nak pakai duit.. nak jual kijang tue sayang..soalan sy..
1. boleh dan sesuai tak kalau pajakkan di arrahnu?
2. kalau boleh dipajakkan, mcm mane nak dapatkan semula kijang
tue?
2. tlg bagi jalan kuar..manalah tau kalau ada cara lain..
reply: Kijang boleh pajak n dapat duit. kalau nak dapat semula kena bayar duit pinjaman + upah simpan.
By The Crunch Time Blogger on Mar 24, 2010 | Reply
tell me how to invest in Gold Saving Passbook with such high spread if put in 100k lost 4k immediately if sell tomorrow? I need someone to convince me putting it in Maybank or Public Bank. And the last time I check, Oanda.com offers gold spread of only 0.03%.
reply: Gold investment is for long term ( 1 year onward) so it is not advisable to buy it today and sell it tomorrow. the spread will make you lose money. To convince yourself, pls read all my article in this blog or get my ebook. About oanada, it is a forex trading platform. It is not related to gold investment.
By shany on Apr 9, 2010 | Reply
salam..tq la bgi info untuk org baru mcm saya ni. selama saya mencari maklumat dlm internet pasal emas ni, br hr ni saya dapat info yang saya rasa paling tepat.
Reply: sama-sama
By arief on Apr 16, 2010 | Reply
salam tuan, sy ingin bertanya mana lebih untung melabur di public mutual atau GIA?
reply: Saya tak boleh komen sebab keduanya ada kelebihan dan kekurangan.
By ebookemas . on Jul 4, 2010 | Reply
Salam saudara..
Saya ada berminat dengan PG tu berlabur RM 30K pastu leh jadi Egen…. so kawasan kedah nie ada tak bukan pe nak belajar dulu sebelum melabur dan kalau jadi aegen apa faedah yang boleh saya dapat?
reply: kalau jadi agen boleh jadi tokey emas. bila jual dapat 1.5% komisyen.