Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Tambahkan Ilmu Emas Anda di www.kitco.com

Ditulis pada 21 April 2010 – 5:43 pm | by syukor |


logoAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.

Saya kat sini Alhamdulillah sihat sahaja. Baru balik dari kunjungan ke Kelantan dan Terengganu.

Tujuan utama ke sana ialah untuk buat kajian mengenai industri emas, perak dan batu permata.

Saya telah meluangkan masa pusing-pusing sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Terengganu mencari kedai emas dan tokey emas :)

Memang best.

Kalau takder aral melintang, saya akan kongsikan dengan anda pengalaman saya disana.

Baiklah, untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat terkenal dengan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain iaitu www.kitco.com

Saya akan menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan maklumat dan servis yang ditawarkan oleh kitco. InsyaAllah pengetahuan anda mengenai emas, perak dan komoditi  akan lebih mendalam selepas membaca artikel ini.

Apa itu kitco.com?

Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.

Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.

tn_kitco_website

laman web kitco.com

Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:

1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)

Ok, mari kita lihat satu persatu ilmu-ilmu ini:

1. Bagaimana mengetahui kenapa harga emas naik atau turun?

Setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? Contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.

Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco.

contoh_graf_harga_kitco

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:

1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia

Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu.

1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran

Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.

huraian_kenapa_harga_naik

Bila USD lemah maka harga emas naik.

 kitco_price2

Bila USD kuat maka harga emas turun.

Jadi, kalau ada orang bertanya kepada anda “Eh, kenapa harga emas naik or kenapa harga emas turun ye?” Maka anda tengok ajer kat kitco untuk jawapannyer :)

2. Sejarah harga emas/perak.

Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.

Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.

chart

chart2

Anda boleh check kat sini.

http://www.kitco.com/charts/ 

Anda boleh melihat pergerakan harga emas harian, bulanan, tahunan, 3 tahun dan 10 tahun.

chart_yearly

Contoh graf harga emas yang dipaparkan (harga tahunan)

Data yang diberikan sangat menarik dan bermanfaat. Jadi, jika anda melihat sendiri bagaimana kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, sudah pasti anda akan kagum dengan trend kenaikan harga emas ini :)

3. Mendapat graf harga emas.

Jika anda mempunyai blog atau laman web dan berminat untuk meletakkan graf harga emas (macam kat blog jutawanemas nie) maka anda boleh menggunakan kod html yang disediakan oleh kitco.

free_chart

 Graf ini adalah percuma :)

Ini adalah contoh banner yang boleh anda gunakan.

tn_bannner
contoh banner

bannner2
contoh banner

Anda boleh ambil kod tersebut di sini dan copy paste ajer kat blog anda.

http://www.kitco.com/price/ (banner)

http://www.kitconet.com/ (carta)

4. Forum perbincangan mengenai pelaburan logam berharga.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di web kitco ialah forumnya.

Ini adalah link untuk ke forum kitco (https://www.kitcomm.com/index.php)

kitco_forum 

Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.

Saya sarankan anda untuk mengujungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.

Kesimpulan:

1. Laman web kitco sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat mendapatkan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain.
2. Anda boleh melihat sendiri sejarah kenaikan harga emas kat kitco.

p/s: Jika anda masih baru mengenai pelaburan emas, sila baca semua artikel
  saya disini (klik sini)
2. Jika anda berminat untuk mendapatkan ilmu pelaburan emas di Malaysia
  dengan pantas, sila dapatkan ebook saya yang bertajuk
  "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" (klik sini)
3. Jika anda berminat untuk mendapatkan emas fizikal Public Gold untuk
  tujuan pelaburan, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran
  dengan tempat anda (klik sini)
4. Langganlah newsletter jutawanemas.com. Anda akan menjadi orang pertama
  mendapat update daripada blog ini. Ianya percuma. Selain itu
  anda akan menjadi orang yang pertama mendapat special offer saya :)
  Cuma masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

Ok then.. selamat membaca n selamat memburu ilmu :)

.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 8 Responses to “Tambahkan Ilmu Emas Anda di www.kitco.com”

  2. By NaimRahim on Apr 21, 2010 | Reply

    Artikel yg sgt bagus…Xramai orang yang amek peduli ttg Kitco di malaysia ni..walhal kitco ialah sumber informasi yg sgt bagus ttg market emas,silver termasuk perkembangan ekonomi semasa dunia.

    reply: Terima kasih atas komen :)

  3. By hilmi haniz on Apr 21, 2010 | Reply

    TQ, Sifu. Semoga kita semua dpt manfaat.

    reply: Terima kasih atas komen

  4. By fir on Apr 22, 2010 | Reply

    saya mmg selalu bukak kitco ni tgok spot gold, history ngan news, asal bkak tenet je mesti 1st @ 2nd tab bkak kitco. tapi saya tengok banyak jugak promosi untuk trade gold online. apa pendapat en syukor dengan promosi beli emas online dengan penjual dekat website kitco tu? mcm mana emas diorang? ada x gold wafer/bullion yang boleh dibeli less than 100g?

    reply: Saya tak galakkan. better beli kat pasaran Malaysia sahaja. Bayar duit terus dapat emas. Better that way.

  5. By fi on Apr 22, 2010 | Reply

    Terima Kasih kpd En Syukor dia atas maklumat semasa seminar di kt tempoh hari. Paparan maklumat kico ni juga dah satu cara nak promosi maklumat emas yang bagus. Tahniah.

    reply: Sama-sama. semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua.

  6. By marzuqi on Apr 22, 2010 | Reply

    terima kasih en.syukor atas maklumat ini yg sangat berguna kpd semua.sama-samalah kita rebut peluang keemasan dlm pelaburan emas yg hasilnya sgt berbaloi.

    reply: Terima kasih atas komen. Memang Ilmu emas sangat penting sebelum membuat pelaburan emas.

  7. By zackza on Apr 28, 2010 | Reply

    terima kasih encik syukur,apa yang saya lihat trend harga emas meningkat,adakah betul kerana saya masih baru dlm hal pelaburan emas ini.

    reply: Ya, betul

  8. By metho on May 3, 2010 | Reply

    askm en.syukur.saya ade pertanyaan ni.
    1)adakah gold price change due to weakening US dollar nilainya sama iaitu 0.70?

    reply: Harga emas naik USD 0.70 itu adalah ketika gambar screenshot tu diambil. Ia akan berubah setiap masa ikut pergerakan harga emas.

    2) nilai gold price change due to prodominent buying nilai ape,adakah nilai ini berubah-ubah?

    reply: Ya, akan berubah-ubah ikut harga pasaran.

  9. By metho on May 5, 2010 | Reply

    askm.en.syukur.sy nk blja lebih lanjut berhubung kitco ni tp x tahu dimana dgn siapa hendah belaja.lokasi skrg di kota bharu.harap en.syukur dapat menbantu.

    reply: Belajar dengan Ahmad, agen KB – 012-9081323

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Dari Syukor Hashim - Admin Jutawanemas.com
E-mail: admin@jutawanemas.com / SMS: 013-2126 999

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas