Tambahkan Ilmu Emas Anda di www.kitco.com

logoAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.

Saya kat sini Alhamdulillah sihat sahaja. Baru balik dari kunjungan ke Kelantan dan Terengganu.

Tujuan utama ke sana ialah untuk buat kajian mengenai industri emas, perak dan batu permata.

Saya telah meluangkan masa pusing-pusing sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Terengganu mencari kedai emas dan tokey emas 🙂

Memang best.

Kalau takder aral melintang, saya akan kongsikan dengan anda pengalaman saya disana.

Baiklah, untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat terkenal dengan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain iaitu www.kitco.com

Saya akan menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan maklumat dan servis yang ditawarkan oleh kitco. InsyaAllah pengetahuan anda mengenai emas, perak dan komoditi  akan lebih mendalam selepas membaca artikel ini.

Apa itu kitco.com?

Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.

Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.

tn_kitco_website

laman web kitco.com

Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:

1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)

Ok, mari kita lihat satu persatu ilmu-ilmu ini:

1. Bagaimana mengetahui kenapa harga emas naik atau turun?

Setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? Contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.

Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco.

contoh_graf_harga_kitco

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:

1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia

Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu.

1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran

Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.

huraian_kenapa_harga_naik

Bila USD lemah maka harga emas naik.

 kitco_price2

Bila USD kuat maka harga emas turun.

Jadi, kalau ada orang bertanya kepada anda “Eh, kenapa harga emas naik or kenapa harga emas turun ye?” Maka anda tengok ajer kat kitco untuk jawapannyer 🙂

2. Sejarah harga emas/perak.

Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.

Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.

chart

chart2

Anda boleh check kat sini.

http://www.kitco.com/charts/ 

Anda boleh melihat pergerakan harga emas harian, bulanan, tahunan, 3 tahun dan 10 tahun.

chart_yearly

Contoh graf harga emas yang dipaparkan (harga tahunan)

Data yang diberikan sangat menarik dan bermanfaat. Jadi, jika anda melihat sendiri bagaimana kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, sudah pasti anda akan kagum dengan trend kenaikan harga emas ini 🙂

3. Mendapat graf harga emas.

Jika anda mempunyai blog atau laman web dan berminat untuk meletakkan graf harga emas (macam kat blog jutawanemas nie) maka anda boleh menggunakan kod html yang disediakan oleh kitco.

free_chart

 Graf ini adalah percuma 🙂

Ini adalah contoh banner yang boleh anda gunakan.

tn_bannner
contoh banner

bannner2
contoh banner

Anda boleh ambil kod tersebut di sini dan copy paste ajer kat blog anda.

http://www.kitco.com/price/ (banner)

http://www.kitconet.com/ (carta)

4. Forum perbincangan mengenai pelaburan logam berharga.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di web kitco ialah forumnya.

Ini adalah link untuk ke forum kitco (https://www.kitcomm.com/index.php)

kitco_forum 

Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.

Saya sarankan anda untuk mengujungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.

Kesimpulan:

1. Laman web kitco sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat mendapatkan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain.
2. Anda boleh melihat sendiri sejarah kenaikan harga emas kat kitco.

p/s: Jika anda masih baru mengenai pelaburan emas, sila baca semua artikel
  saya disini (klik sini)
2. Jika anda berminat untuk mendapatkan ilmu pelaburan emas di Malaysia
  dengan pantas, sila dapatkan ebook saya yang bertajuk
  "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" (klik sini)
3. Jika anda berminat untuk mendapatkan emas fizikal Public Gold untuk
  tujuan pelaburan, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran
  dengan tempat anda (klik sini)
4. Langganlah newsletter jutawanemas.com. Anda akan menjadi orang pertama
  mendapat update daripada blog ini. Ianya percuma. Selain itu
  anda akan menjadi orang yang pertama mendapat special offer saya :)
  Cuma masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.

Ok then.. selamat membaca n selamat memburu ilmu 🙂

.

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.