Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Temui Dato’ Salleh Majid di Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas – 16 Januari 2010

Ditulis pada 29 December 2009 – 5:39 am | by syukor |


Nota admin: Seminar ini telah selamat dijalankan. Terima kasih kepada
mereka yang hadir.
________________________________________________________________________

tn_seminar_adsAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya kat sini, macam biasa lah.. sibuk dengan membaca, research dan aktiviti seminar peluang perniagaan emas Public Gold.

Sambutan orang ramai terhadap seminar dari Putrajaya, Sungai Petani, Butterworth, Kota Bharu dan Kuala Terengganu sangat menggalakkan.

Klik sini kalau nak tengok gambar (klik). So, saya penat sikitlah sekarang nie.. tapi happy :)

Baiklah, untuk pengetahuan anda, salah satu daripada rancangan TV yang berjaya memberikan kesedaran mengenai kepentingan pelaburan emas ialah rancangan Bijak Wang yang ditayangkan di TV3 (tayangan  pada 7 November 2009)

Topiknya ialah pelaburan emas.

Panel istimewa yang diundang  bagi  menjelaskan topik ini ialah Dato’ Mohd Salleh Abdul Majid (www.sallehmajid.com).

dato_salleh_bijak_wang

Beliau merupakan bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (sekarang dipanggil Bursa Malaysia). Dato’ Salleh Majid telah menjadi presiden BSKL selama 19 tahun ( daripada tahun 1984 sehingga 2003).

Di dalam rancangan tersebut Dato’ Mohd Salleh menyebut harga emas telah mengalami kenaikan harga sebanyak 250% sejak 5 tahun lepas.

harga_emas_5_tahun

Harga emas pada 4/1/2005 = USD426.80/Oz
Harga emas pada 6/11/2009 = USD1095.00/Oz
sumber rujukan: http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Jadi, sekiranya pelabur boleh membuat perbandingan antara pulangan amanah saham/fixed deposit dengan emas maka emas dilihat lebih menguntungkan.

Walaupun pulangan daripada pelaburan emas adalah tinggi, namun kesedaran terhadap pelaburan emas di kalangan rakyat Malaysia masih begitu rendah.

Dato’ Salleh turut menceritakan mengenai emas pelaburan yang terbaik iaitu wafer/jongkong 999.9 dan waktu terbaik membeli emas ialah pada bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu harga emas turun.

Pelabur juga perlu mempunyai ilmu yang betul bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian. Ini boleh terjadi jika seseorang menjual emas/barang kemas kepada kedai emas dan akan dipotong sehingga 40% daripada harga emas semasa.

Nak jumpa Dato’ Salleh Majid?

me_and_dato_salleh
Gambar saya dan Dato’ Salleh Majid

Untuk pengetahuan anda saya telah mendapat peluang berjumpa face to face dengan Dato’ Salleh Majid. Jadi saya ambil peluang ini untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pandangan mengenai masa depan emas, situasi ekonomi dunia dan juga pasaran saham.

Memandangkan Dato’ Salleh merupakan pakar di dalam bidang pelaburan dan juga saham, memang best dapat berjumpa beliau :)

Nanti saya akan tulis satu artikel pasal pengalaman saya berjumpa dengan Dato’ Salleh Majid.

Bila anda boleh berjumpa Dato’ Salleh Majid?

Anda berpeluang berjumpa beliau pada 16 Januari 2010 nanti. Ini kerana Dato’ Salleh Majid akan menjadi penceramah di dalam seminar yang dianjurkan oleh Public Gold.

seminar_ads

Tema seminar tersebut adalah: Krisis Kewangan dan Peranan Emas.

Dato’ Salleh Majid akan membuat pembentangan yang bertajuk  “Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan”

Anda akan berpeluang mendengar dan bersoal jawab dengan Dato’ Salleh.

Maklumat lanjut seminar ini adalah seperti berikut:

seminar_emas_ads

 

 

 

 

.

Bagi mereka yang minat mendapatkan ilmu mengenai emas. Saya nasihatkan anda menghadiri seminar ini.

Jika anda berminat menghadiri seminar ini, sila hubungi saya melalui contact form disini (klik sini) atau sms 013-2126999/013-3819901. Untuk maklumat pembayaran, sila rujuk kat cara-cara mendaftar seminar kat bawah.

Memandangkan tempat yang terhad kepada 500 tempat, maka sesiapa yang berminat perlu mengambil tindakan cepat untuk booking tempat.

Senarai penuh penceramah dan topik seminar.

Selain daripada Dato’ Salleh Majid, terdapat ramai lagi pakar-pakar yang akan turut hadir memberikan ceramah di dalam seminar ini.

Antaranya ialah:

dato_salleh
YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

 

dr_kameel
Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Faculti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 Dan Emas

 .
.

louis_ng

Louis Ng.
Pengerusi Eksekutif,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

 
.

nik_mahani
Nik Mahani Mohamed
Pengarah Eksekutif,
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini

 

syukor
Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com 
Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

 

 Cara-cara mendaftar seminar ini.

Jika anda berminat menyertai seminar ini, sila ambil langkah-langkah berikut:

1. Bank-in yuran pendaftaran RM50 ke dalam salah satu akaun berikut:

1. Maybank 554110101693 Jutawanemas Trading
2. CIMB 04060067201528 Syukor bin Hashim
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

2.  E-mailkan bukti pembayaran kepada admin@jutawanemas.com ataupun melalui
     contact form ini (klik sini) . Sertakan nama penuh, nombor telefon/email anda.

3. Selepas menerima bukti pembayaran, saya akan berikan pengesahan
    pendaftaran anda.

4. Selesai. Itu sahaja.

Kesimpulan:

1. Seminar yang julung kalinya dianjurkan ini sangat bermanfaat.
   Anda mesti menghadiri seminar ini jika berminat untuk mengetahui mengenai
   situasi ekonomi dunia dan juga peranan emas.

2. Bayaran RM50 nie memang sangat murah jika dibandingkan dengan jumlah
    ilmu yang anda akan perolehi. Berbaloi sangat.

3. Jika anda terlepas seminar nie… memang rugi sebab susah nak dapatkan
     penceramah-penceramah yang hebat-hebat ini ini dalam satu masa.

Ok then, semoga kita dapat berjumpa di dalam seminar ini :)

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.
Cuma masukkan emel anda ke dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
Ianya adalah FREE.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 57 Responses to “Temui Dato’ Salleh Majid di Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas – 16 Januari 2010”

  2. By ex-customer EEE on Dec 29, 2009 | Reply

    apa kaitan dato saleh majid dgn Etika Emas? kalau tgk laman web koperasi etika emas, dato saleh majid salah seorang ahli lembaga.

    reply: saya tak tahu tentang hal nie. mungkin sedara boleh email/tanya dato Salleh. tengok info kat webiste http://www.sallehmajid.com

  3. By aman on Dec 30, 2009 | Reply

    aisyeh man and women…

    koje la pulak masa tue…..

  4. By Anonymous on Dec 31, 2009 | Reply

    Nak hantar ayah sy pegi seminar ni. Tahun depan die dh bersara.

  5. By shman on Jan 1, 2010 | Reply

    1 jan 2010, Boleh beli dinar kelantan, harga 1 dinar cuma rm 33.00. (Rujuk laman web dinarkelantan), Boleh menyebabkan krisis kewangan macam ni.

  6. By fahmi on Jan 3, 2010 | Reply

    biar betul dinar kelantan. 1 dinar kelantan cuma RM33.00 tapi 1 dinar public RM556.00. mungkin RM533 kut? esok kena call la…

  7. By fahmi on Jan 3, 2010 | Reply

    kalau ikut website tu dato saleh majid jadi penasihat korporat, bukan management. mungkin sebab tak ikut nasihat lah yg lingkup tu…

  8. By anon on Jan 4, 2010 | Reply

    1 dinar 33.00??? info yg salah tu. aku dh tgk web dinar klate. ari ni 524 selling…..467 buying……murahnyaaa.

  9. By roos lenda on Jan 6, 2010 | Reply

    salah tu….aritu masa nak pi beli dinar kel, saya tgk dlm website hrga 33….saya tahu mmg salah hrga tu….apa2pun call dulu….masa saya beli hrga 554

  10. By aman on Jan 6, 2010 | Reply

    Salam,
    Tuan Admin/ En mustafakamaljebah/ En-Pn otai-otai yg budiman,

    Kalau Si UOB decide tak nak beli balik emas, eg: AUST NUGGETS yg kita beli dari dia sebelum nie, kat mana kita boleh jual selain kedai emas?

    Berapa spread dia plak?

    Bukan apa, saya naik moto singgah kat Bank Negara. Tanya, kalu jual semula macam mana? Budak kaunter tue cakap, oh…. kami hanya beli face value sahaja. kalu maybank tak terima, encik kena jual murah-murah kat kedai emas atau org lain yg nak beli……….

    Betul ker?

  11. By azmanor on Jan 6, 2010 | Reply

    salam ,

    rasanye setakat ni xde masalah untuk jual produk2 UOB tu , ramai yg berminat if nak jual la……tq

  12. By shman on Jan 6, 2010 | Reply

    Produk2 UOB tu slalu habis stok kat bank, ramai peminat, mcm kat k.trg hanya yg kecil2 dan terhad, kalu ada stok awal bulan, jgn haraplah ada lagi di tengah bulan, tambah plak org negeri ni mmg minat dgn emas mcm negeri jiran dia jugak, bagi peminat mcm sy ni mmg belilah kalu ada org perseorangan nak jual, rasanya takde masalah nak jual balik dgn pengunjung laman nie, saudara iklan aje.

  13. By mie on Jan 6, 2010 | Reply

    Mmg ramai yg tak menyedari mengenai emas, mereka boleh bergembira
    dgn keuntungan ASB 8% setahun sdgkan Emas naik 25%.

    Fungsi emas sebenarnya adalah wang yg menyimpan nilai. Jika satu pulangan kurang dr 25% menunjukkan nilai RM telah berkurang almost 15% dr sudut kuasa beli.

    Ramai yg bergembira dgn duit RM yg diterima melalui bonus & dividen sedangkan kuasa beli mereka sedang merosot, mereka tidak menyedari.

    Apa yg menarik adalah ramalan 2 & 3 thn akan datang iaitu Amerika & dunia yg bergantung kepada dolarnya akan mengalami hyperinflasi kesan belanjawan defisit Amerika bertahun-tahun dgn hutangnya berjumlah 2 trillion dollar, ini tidak termasuk hutang persaraan rakyatnya, program medicare & medicate berjumlah RM50 trillion.

    Dollar diramalkan tidak akan bernilai sama sekali kesan perbelanjaan defisit ini…Kita tunggu dan lihat jela…

  14. By mustafakamaljebah on Jan 6, 2010 | Reply

    UOB mmg beli balik productnya…
    jangan risau k…

  15. By aman on Jan 6, 2010 | Reply

    Bukan apa, saya nie niat buat pelaburan untuk anak-anak. a.k.a long term player la nie konon-konon…..

    Masa krisis baru-baru nie, si Citibank pong kena bailout ngan Amereka gomen, tak mustahil masa krisis 2017 nanti (he..he..he…pandai-pandai ajer buat ramalan) UOB boleh bungkus atau merge ngan bank lain.

    Memang la emas nie akan tetap ada value (Insya – Allah) dan org akan beli balik, tapi persoalannyer berapa spread yg kena tanggung?

    So, berdasarkan feedback, emas UOB jual kat
    1. UOB – selagi ada hayat/maintain policy – spread 2-3%
    2. Kedai emas – spread 20-25%
    3. Org ramai – spread ikut perbincangan….

    Secara official, ada lagi tak tempat lain?

    Kalu jual kat Public Gold, korang amik tak? Berapa spread dia yer….?

    Terima kasih atas bantuan otai-otai….

  16. By shman on Jan 7, 2010 | Reply

    Kalu kijang emas tercalar boleh jual balik kat Public Gold, (Sila rujuk artikel kijang emas tercalar) sebab PG nie bukan sekadar pengantara jual beli emas semata2 seperti Mybank dan OUB, tapi PG ada kilang sendiri yang boleh lebur balik emas terpakai utk dijadikan produk diorang, rasanya sama gak kijang emas dgn produk OUB, bleh jual kat PG.
    Kalu saudara long term player toksah risaulah pasal spread, fungsi emas kan penyimpan nilai jangka panjang, US Dollar mmg akan jatuh teruk dan emas naik, sila rujuk komen ramalan mie diatas, w’pun ramalan tapi mmg ada asas.
    Simpan dululah emas tu sehingga ramalan tu berlaku.

  17. By aman on Jan 7, 2010 | Reply

    ok En shman dan otai-otai yg lain, terima kaseh bebanyak…

  18. By shman on Jan 7, 2010 | Reply

    Saudara aman bleh rujuk terus laman web Public Gold, klik bahagian “Contact Us/Hubungi”, emailkan soalan saudara kat situ, nanti dia bagilah jawapan melalui email saudara.

  19. By fahmi on Jan 7, 2010 | Reply

    dinar kelantan lebih murah dari PG, tak pasti kenapa. beli gold bar boleh kurangkan perbezaan harga tu.

    % kenaikan harga emas tinggi sgt bagus. katalah setahun naik 30% maknanya kalau emas RM100k akan bernilai RM130k!. jual sebahagian utk dapat RM30k tahun depan. 30k bahagi 12 = RM2,500 sebulan! kira gaji sebulan la tu… kalau jual sikit-sikit tiap2 bulan lepas setahun lagi untung

    reply: Ya, betul tu. tapi kalau dah cukup setahun kena bayar zakat emas ye :)

  20. By yie on Jan 7, 2010 | Reply

    dinar kelantan dah x der stok skrg ni..kawe baru jah pegi ar-rahnu kb pg td

  21. By shman on Jan 8, 2010 | Reply

    Saudara yie, dinar klantan cuma ditempa sebanyak 300,000 keping , terhad byk tu yang beredar dlm pasaran mulai sep 2006, hari demi hari ar-rahn makin kurang stok, skang pun byk ar-rahn dah xde stok, kalu bernasib baik dpt beli yang orang lain baru jual dinar dioarng, nanti try saudara tgk time harga tinggi skit, mungkin ada sekeping dua yang org baru jual kot.

    Saudara fahmi, sy sendiri pun terkedu dan terkesima (apa tu) dgn beza harga dinar klantan yg jauh lebih murah dr PG, nak kata dinar klantan ditempa dgn emas klantan tak jugak, mmg kualiti 916 (22K). Tertanya2 jugak sy pasal nie.

    Saudara azmanor, sy xde blog, eerr.. blog tu apa (He..he..he)
    man_shahman@yahoo.com

  22. By Reimei on Jan 9, 2010 | Reply

    to sdr shaman, memang dari segi harga dinar kelantan lebih murah berbanding dinar PG, kalau nak kira dinar kelantan dgn dinar muslim (NUBEX) lebih kurang sama jer. Tetapi jika di ambilkira faktor spread dan stock ada perbezaan.
    1. Dinar kel spread (12%), dinar PG(6%) = dinar Muslim (6%). nak kira mudah beza belian jualan. DK (RM50++), PD (public) (RM30++) = DM (NUBEX).
    2. Stock Dinar PG, sentiasa ada, DM tgk tempahan, DK semakin kurang/susah nak dapat.

    Jika ditelitikan faktor2 di atas, sekiranya keinginan utk menyimpan dinar dlm kuantiti yg byk dan kemudahan mendapatkan stock, serta jualan balik, maka pilihan buat masa ini, saya pilih Dinar PG atau DM (nubex).

    Sekadar memberi pendapat.

    reply: Ya, betul tu. faktor spread akan menentukan secepat mana pelanggan akan mendapat keuntungan. jika spread kecil, maka cepat buat untung. jika spread besar, maka lambat sikit buat untung. Selain itu stock availability juga penting. kalau harga murah tapi tak boleh beli emas.. rugi jugak.

  23. By Mohd Nor Zolkifali on Jan 12, 2010 | Reply

    ruginya..sy bekerja hari sabtu.kalau hari ahad..sy mesti pergi..rugi2..

  24. By fahmi on Jan 14, 2010 | Reply

    bila PG nak buka branch si sg petani ni. tak sabar nak beli emas, nak ke bukit jambul rasa jauh + kena bayar tol highway dan tol jambatan

  25. By Suri on Jan 15, 2010 | Reply

    Jika Bank Rakyat tidak terima gold bar untuk di arrahnukan buat masa sekarang ni, saya ingin tahu di mana lagi tempat arrahnu yang baik. tk.

  26. By niksawo on Jan 16, 2010 | Reply

    saya tidak faham kenapa apabila berkaitan dgn dinar kelantan,spread yg tinggi jd persoalannya?spread tinggi digunakan ar-rahnn krn ramai pembeli dinar mula mnjual balik apabila brlaku kenaikan emas.ini mnjadikan asas pengenalan dinar sudah trsimpang dr tujuan asal yg mahukan masyarakat menyimpan dinar.sementelahan dgn konsepnya ’1 dinar 1 rumah’.Jadi kenapa bercakap berkaitan keuntungan pd perbezaan spread?memang lah kita kurang untung kalau jual balik kpd ar-rahnn tetapi kalau jual pd umum (warga JE) hrg selling juga digunakan malah lbh tinggi krn barang semakin sukar d pasaran.Dinar kelantan memang murah dgn purity yg sama mcm dinar lain krn ia diwujudkan bukan berasaskan perniagaan berbanding dinar lain.Ia d prkenalkan lbh kpd pengenalan dinar sbg mata wang islam dan pengenalan dinar lain adlh sbg kesinambungannya walaupun dlm bentuk perniagaan.tk

  27. By mddy770 on Jan 17, 2010 | Reply

    salam

    kilauan emas memancar didepan
    tinggal usaha petik dan simpan
    Konsep satu dinar dah diperkenalkan
    tapi ada tamak tak kesudahan

    satu dinar telah lama diujudkan
    khalifah kedua memberi ketetapan
    tujuan adalah untuk simpanan
    jauh sekali untuk diniagakan

    Yaah….. saya setuju niksawa… mungkin tidak ada penyelidikan yang jitu hehhee. Tapi apa boleh buat… persepi orang telah dijajah untuk menyatakan bahawa emas adalah perhiasan dan kertas adalah wang besarrrrr punyaaaaa!!!. Kalau khalifah islam terakhir tidak digulingkan tentu harga seekor kambing dalam 1 dinar (91.6 yeee) dan harga seekorr ayam dalam 1 dirham (99.9 yeee)

  28. By vikes on Jan 17, 2010 | Reply

    interesting article dalam The Star semalam

    ………..I don’t see how gold can become a really attractive investment. Over its very long run since 1971, the yield on gold averaged 2% annually. Stocks were up 8% per annum by contrast. I do know some who look at buying gold as an insurance policy. As I see it, investors in gold are in it for the excitement of making money. The recent increasing involvement of commodity traders and private investors in gold points to continuing volatility and speculation……..

    full article at :
    http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/16/business/5482184&sec=business

  29. By Danga on Jan 18, 2010 | Reply

    Nak beli emas pon masih gunakan ringgit msia,jual emas pon dpt ringgit juga …

  30. By amir on Jan 19, 2010 | Reply

    Salam,

    Saya sokong pendapat niksawo & mddy770. Dinar emas pada asalnya bukan komoditi untuk diniagakan, dijualbelikan dengan wang kertas tp dinar emas itu sendiri adalah WANG. Alat pertukaran (medium of exchange) yang sangat adil. Tengok kesan tekanan inflasi, nilai matawang semakin susut, harga barang melambung naik sebab barang itu dinilai dari kaca mata wang kertas tp jika dilihat dari kaca mata emas/dinar.harganya tak berubah walau dah beribu tahun berlalu. Bersama kita berjuang untuk mengembalikan dinar dalam mualamat islam bukan untuk keuntungan (dalam RM) semata-mata. saudara semua blh rujuk SEJARAH MATAWANG WANG KERTAS dan HUKUMnya dari http://www.dirham2dinar.com (bahagian artikel) . bersama kita bebaskan ekonomi orang islam dari penjajahan sistem ekonomi YAHUDI…TAKBIR!!!!!!!!!

  31. By amir on Jan 19, 2010 | Reply

    Saudara fahmi,

    Tuan boleh rujuk http://www.dirham2dinar.com kalau tuan berminat nak beli dinar muslim/dinar kohalal sekitar sg.petani/kulim. design corak dinar kohalal sama macam dinar muslim cuma perkataan dinar ditulis dalam BM. dinar muslim tulis dalam bahasa arab.harga pun sama rasanya.

  32. By shahirul on Jan 19, 2010 | Reply

    aslmkum en syukur…boleh saya tahu keadaan emas sekarang paras menaik atau menurun?

  33. By mustafakamaljebah on Jan 20, 2010 | Reply

    Tak perlu lagi dinar sebagai matawang kerana Ringgit Malaysia sudah dijamin dengan emas! Mendapat pendapatan Ringgit Malaysia yg banyak memang dikenakan zakat pendapatan kerana Ringgit Malaysia dijamin dgn emas!
    Mereka yg mau dinar dijadikan matawang hanya muslihat mereke yg berkepentingan peribadi semata2! Mereka tokeh emas!

  34. By Muhamad Nizam on Jan 20, 2010 | Reply

    Assalamualaikum

    Saya ingin berkongsi pandangan dengan semua. Saya kurang bersetuju pendapat saudara Mustafa Kamal bahawa Ringgit Malaysia dijamin Emas, Setelah perjanjian Bretton Wood Agreement dimansuhkan, tiada lagi matawang di dunia bersandarkan Emas. Tiada lagi US Dollar backed by gold . Jika kuasa besar dunia tidak lagi bersandarkan emas, ini bermakna RM kita juga sudah lama tidak bersandarkan emas almost 38years.

    Mustafa wrote:Mereka yg mau dinar dijadikan matawang hanya muslihat mereke yg berkepentingan peribadi semata2! Mereka tokeh emas

    Saudara Mustafa, siapa kata mereka yang ingin mengembalikan dinar ini ialah tokeh emas. Saya ingin menyangkal kenyataan ini. Dinar Emas ini adalah matawang sunnah. Tidak saya nafikan ada di antara mereka yang menjadikan dinar ini untuk kepentingan peribadi.

    Tetapi jgn menghukum semua. Tidak adil, Ramai org islam di luar sana yang nampak mengapa perlunya kita kembali kepada dinar dan dirham. Saya sendiri telah menjalankan kajian penggunaan dinar emas sebagai tabungan haji, simpanan dan pelaburan. Hasilnya sangat menakjubkan.

    Wallahua’lam

  35. By mddy770 on Jan 20, 2010 | Reply

    Salam

    Dari embun berbintangkan kilau
    tabir bergema diseluruh dunia
    emas… oh emas bernilainya engkau
    siapa yang dapat dialah punya

    sedih melihat bangsa palestin
    apakan daya gigitan nyamuk dalaman
    bersungguh yahudi sanggup bertahan
    kerana legenda emasnya Nabi Sulaiman

    Berbadan kuning berwajah tiada
    tapi engkau buat orang senang
    walau bertamadun majunya bangsa
    kerana emas oh tuhan… sanggup berperang

  36. By mustafakamaljebah on Jan 20, 2010 | Reply

    To Muhamad Nizam & Others
    Memang benar US Dolar skg tk dijamin dgn emas lagi.Tapi mengatakan Ringgit Malaysia tk dijamin dgn emas sejak 38 thn dulu hanya andaian anda semata2 kerana anda gagal memberi sebarang bukti menyokong hujah anda tu.Adakan anda dapat pengesahan dari pihak berkuasa spt Bank Negara atau dari Kerajaan Malaysia tentang perkara ni?Melainkan anda telah dapat pengesahan perkara tersebut dari Bank Negara dan/atau dari Kerajaan Malaysia,anda hanya memberikan berita palsu semata2.
    Walau pun dinar emas adalah matawang sunnah spt kata anda tapi tk la sampai kita diwajibkan menjadikannya sebagai matawang pula.Cukupla sekadar emas penjamin matawang dunia spt Ringgit Malaysia (RM)
    Mereka yg mau menjadikan dinar sebagai matawang hanya muslihat mereka yg memegang emas/tokeh emas supaya emas dapat pasaran yg meluas supaya harga emas sentiasa tinggi!

  37. By Muhamad Nizam on Jan 20, 2010 | Reply

    Salam saudara Mustafa

    Saya adalah bekas staff Bank Negara, Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan. Saya bukan memberi andaian saudara. Tapi inilah realiti sebenar. Saudara bukak account Bank Negara, Money in circulation (Ringgit yang kita pakai ni) dalam kategori asset atau liabilities.???

    Money in circulation berada dalam liabilities saudara.

    Dahulunya wang kertas adalah sebaik emas kerana disandarkan pada emas. Maknanya dgn wang kertas kita boleh tebus emas. Tapi wang kertas hari ini telah menjadi surat hutang. Sbb itu duit kita dalam liabiliti. Cuba saudara kaji balik sejarah bretton wood agreement.

    Kalau benarlah ringgit ini disandarkan pada nilai emas, mengapa kerajaan terpaksa maintain reserve ne yg semakin merosot?

    Saya berminat untuk berjumpa saudara. Byk kenyataan saudara yang saya tidak setuju sekali.

  38. By pejul on Jan 20, 2010 | Reply

    sdr nizam, so bg saudara.. tak yah beli emas ni ke mcm mane? baik ke tak baik beli emas nie.. kasi terang skit sdara ni blah mane.. konfius plak i

  39. By Muhamad Nizam on Jan 21, 2010 | Reply

    Salam and terima kasih di atas persoalan itu saudara Pejul.

    saya tidak menyebelahi mana2. Tetapi secara peribadi saya menyatakan pendirian saya berdasarkan fakta dan pengalaman saya berada di BNM sendiri sebelum ini.

    Untuk makluman semua, saya menyokong anda semua membeli emas sebagai kaedah untuk menyimpan mahupun pelaburan. Saya telah membuat kajian dan Insya Allah dalam proses menghasilkan sebuah buku mengenai pelaburan Saham Vs Emas.

    Emas adalah instrument terbaik sebagai pemampan inflasi. Saya tidak terkejut bila ada diantara rakan2 yang tidak tahu bahawa Ringgit yang digunakan hari ini tidak bersandarkan emas lagi. Jika betul Ringgit masih bersandarkan emas, saudara boleh ke Bank dan tukarkan Ringgit dengan Emas. Inilah yang telah berlaku satu ketika dahulu. Tapi hari ini, itu semua telah menjadi sejarah. Nilai wang tidak lagi bersandarkan pada emas.

    Cuba kita pikirkan, apabila Soros attack ringgit, kenapa kita mengalami kejatuhan matawang yang teruk sedangkan harga emas ketika itu naik. Yang masih saya ingat ialah Tun Dr Mahathir dalam tv menganjurkan rakyat yg ada emas utk menderma kepada kerajaan sebagai usaha untuk menstabilkan ringgit kembali.Orang yg pertama menderma ialah isteri beliau iaitu Tun Dr Siti Hasmah.

    Tahukah anda semua, bahawa setiap Bank Negara di dunia perlu melaporkan jumlah rizab simpanan mereka dalam emas kepada IMF? dan tahukah anda bahawa Bank Negara tidak boleh sesuka hati menaikkan rizab simpanan emas tanpa mendapat lampu hijau dari IMF?

    Oleh itu, bg kawan2 yg sedang menyimpan emas , teruskan.Emas adalah kekayaan sebenar. Bagi mereka yg merasakan ringgit itu bersandarkan emas, terus menyimpan dalam ringgit.

    Keputusan di tangan anda. Anda semua berhak menyatakan pandangan dan pendirian.

  40. By mustafakamaljebah on Jan 21, 2010 | Reply

    To Muhamad Nizam & Others
    Dengan Ringgit Malaysia (RM) kita boleh beli emas bukan saja di Malaysia tapi diseluruh dunia! Inilah bukti nyata Ringgit Malaysia mempunyai nilai kerana telah dijamin dengan emas!
    Tak perlulah kita berdebat panjang lebar kerananya,jika benar kata2 anda Ringgit Malaysia tk dijamin dgn emas lagi kemukakan bukti jgn beri andaian anda semata2.Kemukakan pada saya SURAT RASMI DARI BNM/KERAJAAN MALAYSIA yg mengesahkan Ringgit Malaysia tk dijamin dgn emas! Until then,anda hanya beri andaian semata2!

  41. By mddy770 on Jan 21, 2010 | Reply

    Salam semua

    Kumpul emas adik beladik
    simpan pulak dalam buluh
    sekalang laman bijak celik
    tu aaaa… jalan terang masih bersuluh

    dengan emas olang melaram
    apa cerita tu anak mami laya
    iyaaah… mahu berbudi luncai talak faham
    kasi biar luncai turjun dengan labunya

  42. By aman on Jan 21, 2010 | Reply

    Berdasarkan website

    http://moneymuseum.bnm.gov.my/index.php?ch=11&pg=52&ac=89

    “The ringgit is money, because:

    It is a store of value (we hold cash or deposit of ringgit in banks as our savings – the value of the ringgit is backed by gold AND foreign exchange held by Bank Negara Malaysia)”

    Bermakna, ringgit disokong oleh kedua-duanya sekali. Emas and tukaran asing.
    Apa maksudnya? Agaknya begini.

    Jika keadaan extreme, kata 50% emas – 50% USD. Maka RM 1 disokong oleh RM0.50 emas dan RM0.50 tukaran asing. Jika America bankrupt, maka, secara langsung nilai RM 1 kita sekarang hanyalah bernilai RM0.50.

    Bagaimana pula jika 10%emas dan 90% tukaran asing?

    Berdasarkan sejarah, potensi kerajaan untuk tumbang (atau matawang menyusut) adalah lebih besar berbanding untuk potensi nilai emas hilang.

    Nampaknyer, kita tak boleh nafikan keperluan menyimpan emas. Cuma, sederhanalah dalam apa-apa tindakan termasuk pelaburan.

    Agaknyer la…..

  43. By Muhamad Nizam on Jan 21, 2010 | Reply

    Saudara Mustafa wrote:Dengan Ringgit Malaysia (RM) kita boleh beli emas bukan saja di Malaysia tapi diseluruh dunia! Inilah bukti nyata Ringgit Malaysia mempunyai nilai kerana telah dijamin dengan emas!

    Silap tu saudara. Cuba tgk duit kertas, kan ada tulis wang kertas ini sah diperakukan dengan nilai . Maknanya duit kertas itu telah diberi nilai oleh kerajaan. Memang betul dengan RM skang saudara boleh beli emas kononnya RM dijamin nilai emas.

    Kalau begitu mengapa harga untuk 1 ounce kijang emas pada tahun 2005 xsama dgn harga hari ini???? Inflasikah jawapan saudara?

    Saya rasa saudara mungkin bukan datang dari latar belakang finance. Sila rujuk sejarah brettton wood agreement.

    Saudara asyik mintak surat dari BNM sahaja. Apakata saudara pergi sendiri dan tanya pegawai BNM sendiri. KAlau benar duit ini bersandarkan emas, tolong jelaskan mengapa ia dalam kategori liabiliti negara. Sepatutnya duit kita ni dalam asset sbb backed by gold.
    Tau sbb apa dalam liability?Sbb duit kita dicetak dan dikira sebagai hutang.

    Saya tidak pernah membuat ANDAIAN semata mata.

    Terpulang pada anda semua. Saya menghormati pandangan semua

    Salam.

  44. By amir on Jan 21, 2010 | Reply

    salam semua,

    Saya menyokong kenyataan saudara nizam. wang kertas hanyalah surat hutang semata-mata, hanyalah kertas yg diberi nilai (sah diperlakukan dengan nilai ….) semata-mata oleh kerajaan dan ia jadi bernilai sbb rakyat percaya ianya ada nilai. Wang kertas hanya bernilai atas dasar orang percaya yang ianya bernilai. Kalau tak percaya, cuba koyak sikit duit kertas tu atau cacatkan sikit (bakar @ potong sikit) wang kertas tu dan pergi beli barang kat kedai, agak2 tuan kedai tu nak terima tak? Andai kata berlaku perang kat Malaysia atau ditimpa bencana besar (gempa bumi dll), agak2 kat mana nilai RM kita tu?

    Saudara Mustafa wrote: Dengan Ringgit Malaysia (RM) kita boleh beli emas bukan saja di Malaysia tapi diseluruh dunia! Inilah bukti nyata Ringgit Malaysia mempunyai nilai kerana telah dijamin dengan emas!

    Salah tu saudara, cuba sdr pegi kedai emas kt oversea, jepun ke korea ke..diaorang taknak pun duit kertas (RM) tu sbb RM takde nilai kat sana. Saya cadangkan anda buat literature sikit berkenaan sejarah matawang kertas, sejarah bretton wood, pengertian Riba,sejarah kejatuhan khalifah othmaniah dan kaitannya dengan sistem kewangan moden. semua ni saling berkait.

    Sedar tak sedar, yahudi sedang menguasai dunia sekarang. Siapa yang berdiri di belakang IMF? Kenapa Central Bank di negara2 di seluruh dunia perlu merujuk kepada IMF untuk menambah rizab emas? Saya cadangkan anda semua baca buku (rujuk link dibawah) ni, baca dari awal sampai habis,

    http://www.imranhosein.org/media/books/dinarbook.pdf

    Sdr. Nizam, saya berminat untuk menghubungi dan bertukar pendapat dengan sdr.

    Wassalam

  45. By sam on Jan 21, 2010 | Reply

    Wang kertas adalah sbhgn dari alat sistem kapitalis.. kapitalis ciptaan yahudi untuk mhancurkan ekonomi dunia, depa dok sibuk kumpul emas dgn menaburkan dollar US ke negara2 yg memiliki emas, perak, minyak dan sebagainya.. fikir2kan laa wahai umat

  46. By mustafakamaljebah on Jan 21, 2010 | Reply

    To Muhamad Nizam & Others
    Mengapa kita kena percaya kata2 anda Ringgit Malaysia tk dijamin dgn emas lagi? Hanya kerana anda berkata begitu kita kena percaya Ringgit Malaysia tk lagi dijamin dgn emas walhal anda gagal membuktikan perkara tersebut! Mana bukti SURAT BNM/KERAJAAN MALAYSIA yg mengesahkan Ringgit Malaysia tidak lagi dijamin dgn emas? Anda gagal mengemukakan surat tersebut walau pun telah diminta berbuat demikian kerana anda hanya pandai buat andaian kosong semata2!
    Anda cuba tegakkan benang basah saja!

  47. By reimei on Jan 21, 2010 | Reply

    To all, including mustakamaljebah..

    The Articles of Agreement of the IMF prohibited the use
    of gold as money.
    3
    It did so by prohibiting any link between
    gold and paper currencies other than the US dollar. Art. 4
    Section 2(b) of the Articles of Agreement stated: “exchange
    arrangements may include (i) the maintenance by a member of
    a value for its currency in terms of the special drawing right or
    another denominator, other than gold, selected by the member,
    or (ii) cooperative arrangements by which members maintain
    40
    the value of their currencies in relation to the value of the
    currency or currencies of other members, or (iii) other exchange
    arrangements of a member’s choice.”

    In April 2002, US Congressman Ron Paul sent the
    following letter to both the US Treasury Department and the
    Federal Reserve Bank (which, incidentally, is a privately owned
    bank) asking why the IMF prohibits gold-backed currencies for
    its member states:

    Dear Sirs:
    I am writing regarding Article 4, Section 2b of the
    International Monetary Fund (IMF)’s Articles of Agreement. As
    you may be aware, this language prohibits countries who are
    members of the IMF from linking their currency to gold. Thus,
    the IMF is forbidding countries suffering from an erratic
    monetary policy from adopting the most effective means of
    stabilizing their currency. This policy could delay a country’s
    recovery from an economic crisis and retard economic growth,
    thus furthering economic and political instability.

    I would greatly appreciate an explanation from both the
    Treasury and the Federal Reserve of the reasons the United
    States has continued to acquiesce in this misguided policy.
    Please contact Mr. Norman Singleton, my legislative director, if
    you require any further information regarding this request.
    Thank you for your cooperation in this matter.

    Ron Paul
    U.S. House of Representatives

    Cited from ImranHosein-dinarbook.

  48. By sam on Jan 21, 2010 | Reply

    duit rm kira hanya diletak kepercayaan ke atasnya bahawa ia bernilai, ia langsung tak bersandarkan pd emas.. klu bersandar dgn nilai emas dah berduyun2 org serbu BNM utk tukar duit kertas RM pada emas..

  49. By mustafakamaljebah on Jan 21, 2010 | Reply

    To Amir & Others
    Anda membangkit perkara yg remeh-temeh je..
    Wng kertas yg rosak kerana koyak,terbakar.dll mmg la tk laku..tu perkara yg difahami oleh semua org…
    Kalu p overseas dan nk beli emas tukar la Ringgit Malaysia 2 ke matawang negera tersebut pas 2 beli la emas banyak2 ok..
    Mengapa perkara yg mudah ni anda tk dapat selesaikan?

  50. By sam on Jan 21, 2010 | Reply

    good info reimei..
    hakikatnya semua itu dilakukan hanya semata2 untuk melindungi ekonomi kapitalis itu sendiri.. serta menyelamatkan kewangan billionaire dan trilionaire mereka..

  51. By amir on Jan 21, 2010 | Reply

    Salam.

    Sdr. mustafa, tuan tak habis2 nak minta surat rasmi BNM dan mengatakan RM dijamin dengan emas. Pada pendapat saya, orang yang membuat andaian adalah TUAN sendiri. Sekian.

    Wallahua’alam.

  52. By mustafakamaljebah on Jan 21, 2010 | Reply

    To Reimei,Sam,Amir & Others
    Kita tk perlu lagi berdebat lagi samada Ringgit Malaysia dijamin dgn emas atau tidak.Kemukakan saja bukti SURAT RASMI BNM/KERAJAAN MALAYSIA yg mengesahkan Ringgit Malaysia tk dijamin dgn emas jika benar dakwaan anda! Jika anda mampu mengemukakan surat rasmi tersebut maka benarlah kata2 anda tu tapi jika sebaliknya anda hanyalah penipu yg melindungi kepentingan sendiri kerana anda memiliki emas/peniaga emas yg hanya mahukan pasaran meluas emas supaya harga emas sentiasa tinggi!

  53. By Muhamad Nizam on Jan 21, 2010 | Reply

    Salam saudara Amir,

    saya setuju dgn saudara. Walau apa pun fakta yg diberikan, saudara mustafa still nak surat BNM. Terpulanglah.

    Kalau semua duit bersandarkan emas, kita boleh beli barang di Jepun pakai ringgit. Tuan tahu mengapa? Ini kerana wang kertas itu sebaik gold. People will accept it. Tetapi sbb tiada lagi sandaran emas, maka kita terpaksa menukar Ringgit kepada Yen. So apa basis yg menentukan Ringgit diniagakan lagi tinggi dari Yen atau sebaliknya. Adakah ini bersandarkan emas? Kerana wang kertas itu tidak disandarkan dengan emas, maka spekulasi nilai wang kertas mudah berlaku.

    Saudara Amir, saya boleh dihubungi di

    nizam@jentayuemastrading.com

  54. By amir on Jan 21, 2010 | Reply

    To Sdr. Mustafa,

    Terpulang la samada Tuan mahu percaya atau tidak. Kami pun tidak berminat nak paksa Tuan untuk percaya dakwaan kami. Jika Tuan nak tuduh kami ni tokeh emas ke, pihak yang berkepentingan ke, terpulang la, Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kami. Jika Tuan begitu mengagungkan RM tuan tu, simpan je la banyak2. Semoga tuan beroleh berkat dan bahagia denganya. Tapi ingat la satu hadis Rasulullah;

    “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai & boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham.”

    Sekali lagi, jika Tuan nak kata/percaya hadis ni hadis sahih ke, hadis palsu ke, terpulang la. Jangan minta surat rasmi lagi sudah!!!

    To all, just for your info (refer link di bawah)!

    http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=83&Itemid=95

  55. By sam on Jan 21, 2010 | Reply

    betul tu saudara muhamad nizam..
    lgpun hanya yahudi laknatullah jer yg x suka bangsa lain beli/kumpul emas.. depa dok kumpul emas sumbat pie masuk bank kat US dan europe sana.. sbb apa?? coz bank depa yg punya.. spekulasi matawang sapa bikin.. Soros.. Sapa soros?? yahudi keparat..

  56. By Anonymous on Jan 21, 2010 | Reply

    Sekilas sejarah mata wang Malaysia

    1899 Matawang kertas pertama diterbitkan oleh Kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak

    1906 Kerajaan menyandarkan matawang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Tiap 1 dolar selat setara dengan 2 sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang mas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Dengan demikian tiap keping wang mas setara dengan 20 sterling. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada Kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya.

    1954 Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (logam) yang kemudiannya diganti dolar Malaya.

    1958 Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk pencetakan mata wang.

    1967 Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia menggantikan dolar.

    1975 Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama.

    1998 Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.8 untuk setiap 1 USD.

  57. By Muhamad Nizam on Jan 21, 2010 | Reply

    Saya setuju saudara sam. Perancangan yahudi sgt hebat. Sbb tu dlm protocol Zion ada mengatakan bahawa utk takluk dunia, mereka kena pastikan emas dipisah dari wang ringgit. Abandon the gold but create more and more credit.

    Sbb tu kita kena simpan emas. Gunakan dinar emas dlm transaksi dan membayar zakat. Ini tidak, komen mereka yang nak mengembalikan dinar. Ini bukan saya kata, saya ni insan biasa. Tp hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, akan tiba satu masa dimana tidak ada satu pun berguna, simpanlah dinar dan dirham..

    Mana ada kata simpanlah USD dan Ringgit.

    Yang kedua, kita ni sentiasa lupa. Masa british jajah kita, kita pakai duit mereka. Lepas tu jepun jajah, kita pakai matawang pisang. Bila jepun surrender, british masuk balik and pakai balik duit british. Persoalannya, duit jepun tu jadi apa? Buat bakar sampah jer sbb xder nilai. Jepun cetak wang pisang tu. Jepun yg bagi value. Skang biler British masuk, British yg bagi value. Tiada sandaran emas

    Sejarah dah jelas menunjukkan, tapi kita masih lg leka dan alpa.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jan 19, 2010: Sekitar Perjalanan Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas – 16 Januari 2010 | Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas, gold saving, gold saving passbook.

Sorry, comments for this entry are closed at this time.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook