Ebook

Tips: Memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda.

Ditulis pada 26 November 2008 – 7:29 am | oleh syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? saya harap anda semua sihat dan ceria.

Baiklah… sekarang saya ingin berikan anda panduan, bagaimana anda dapat memaksimumkan keuntungan pelaburan emas dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Walaupun emas nie memang dijamin boleh menguntungkan pembelinya dalam jangka masa panjang; apa kata kita belajar cara-cara mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek ataupun jangkamasa sederhana? Saya tahu ramai peminat emas kat sini nak tahu cammana nak buat untung dalam jangka masa pendek betul tak?

 Tips ini sesuai dilakukan dengan akaun Public Bank Gold Investment Account (PBGIA).

Sifat harga emas.

Mula-mula sekali, kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend samada harga menaik atau harganya menurun.

Mari kita lihat graf harga emas dibawah. Nampak tak? harga emas naik… then turun…. lepas tu naik balik… lepas tu turun…  then naik balik…


gambar: harga pasaran emas (klik untuk besarkan)

Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Anda cuma perlu baca dan fahami artikel ini, lepas tu mulakan langkah membeli emas anda dan membuat keuntungan 🙂

Beberapa istilah penting.

Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support dan resistance.

Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.
Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

Bagaimana mengetahui samada trend harga menaik atau menurun?

Jawapan, senang ajer… kat jutawanemas nie ada sifu yang terrer buat analisis teknikal. Paling famous saudara tupai dengan gldsnpr lah… ramai pengunjung yang menuntut ilmu dengan diorang nie. Jadi kalau nak bersembang-sembang dengan mereka, rajin-rajinlah mengintai kat blog nie.

tupai dan gldsnpr selalu melepak-lepak kat chatbox sembang-sembang emas. gldsnpr pula mempunyai topik analisa teknikal di forum jutawanemas.com (Klik di sini untuk melawat forum gldsnpr)

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menaik. 


gambar: trend harga menaik (Klik untuk besarkan)

Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram.

Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.

Jadi, jumlah modal anda ialah RM17,167.98

Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram.

Anda telah untung sebanyak RM8.03/gram! Bestnyer…
Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je)
(Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak jual semua ke?

Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:

RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram

Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17 gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34.

Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.

Best tak?

Kesimpulan:

Dalam trend harga menaik, jangan jual semua emas anda.
Jual keuntungan sahaja. 

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menurun. 

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Anda telah membuat keuntungan maksima!

Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.


Gambar: Trend harga menurun (klik untuk besarkan)

Apa nak buat?

Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je.

Profit daripada jualan anda ambil, modal pulak anda transferkan kedalam akaun simpanan Public Bank.

Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula kembali.

Penantian suatu penyiksaan, tapi once harga target dah sampai.. maka kita start beli balik emas GIA.

Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses diatas. InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

Teknik membeli emas GIA.

Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga.
2. Teknik hentam perabis: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu.

Yang mana satu terbaik? erm… kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera 🙂

Ok, itu ajer yang saya nak kongsikan dengan anda. Jika anda hendak mengetahui masa terbaik membeli emas, jangkaan kenaikan harga emas, maka rajin-rajinlah datang ke blog ini dan tengok kat ruangan sembang-sembang emas. Tak pun pergi kat forum gldsnpr.

Jika ada komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika ada soalan boleh dikemukakan di forum.

Kongsikan ilmu pelaburan emas ini dengan rakan-rakan anda. Ceritakan pasal blog jutawanemas ini pada mereka. Mereka pasti berterima kasih kepada anda. 

Bacaan berkaitan:

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas Part 1
Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank
Bagaimana membuka akaun simpanan Public bank GIA

.

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas