Ebook

Video Laporan Khas Pelaburan Emas oleh TV9.

Ditulis pada 24 September 2011 – 4:02 pm | oleh syukor |


Nota admin: Jadual seminar Peluang perniagaan emas bersama Public Gold
bulan Oktober. Sila klik sini (klik sini) 
(JB, Melaka, Seremban, Sunway, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar, SP, Ipoh)

————————————————————————————————-

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Baiklah, untuk kali ini saya ingin berkongsi klip berita TV9 berkenaan edisi khas mengenai Pelaburan Emas.

Memandangkan pelaburan emas telah mula menjadi trend yang hangat diperkatakan, wartawan dan pembaca berita TV9,  Saudara Amin Hayat Abd. Rahim (klik sini) telah membuat liputan mengenainya.

Untuk laporan khas pelaburan emas  ini, saya telah ditemuramah oleh beliau bagi mendapatkan beberapa maklumat mengenai pelaburan emas melalui Public Gold (www.publicgold.com.my)

Laporan khas ini telah disiarkan di dalam berita TV9 ketika awal bulan puasa yang lalu.

Kini anda boleh melihat laporan khas pelaburan emas ini melalui youtube video (klik butang play untuk mainkan video)

Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya berharap laporan khas ini boleh membantu anda mendapat info ringkas mengenai pelaburan emas.

Selain itu penting untuk anda mengenalpasti apakah itu pelaburan emas yang betul dan juga skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai topeng mereka.

Di dalam laporan khas ini juga, wartawan TV9 telah mendapat kenyataan berhubung pelaburan emas dari  Bank Negara Malaysia. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,  kita dimaklumkan bahawa mengenai 2 perkara penting mengenai perniagaan emas dan perak serta skim pelaburan emas:

1. Urusniaga emas dan perak BUKAN di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.
  (bermaksud, perniagaan emas dan perak tidak memerlukan sebarang kebenaran
@ kelulusan daripada BNM, jadi sesiapa sahaja bebas berniaga emas dan perak)



2.
Bagaimana pun jika urusniaga itu jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang pelabur dan diberikan pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal boleh diambil semula, ia BOLEH menyalahi undang-undang.

 

Jadi, saya berharap laporan khas pelaburan emas TV9 ini boleh membuka minda anda mengenai potensi lumayan di dalam pelaburan emas dan perbezaan pelaburan emas yang betul dan skim cepat kaya yang bertopengkan emas.

Jika ada membuat pelaburan emas dengan betul, pulangan lumayan menanti anda. Jika anda tersalah langkah, maka anda boleh rugi banyak.

Anda berminat mempelajari ilmu pelaburan emas secara mendalam?

Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas Dibongkarkan”

Di dalam ebook ini saya akan berkongsi ilmu dengan anda tentang:

1. Kenapa anda perlu menyimpan emas.
2. Apakah kekurangan wang kertas
3. Bagaimana cara membuat pelaburan emas di Malaysia
dengan tepat, selamat  dan paling menguntungkan.
4. Persiapan minda sebelum membuat pelaburan.
5. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan
sebelum membeli emas
6. Teknik-teknik memaksimakan keuntungan dengan emas.

Saya memberi jaminan 100% yang anda akan celik emas dan pandai membuat keuntungan dengan pelaburan emas selepas ini. (klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook saya)

Baiklah, itu sahaja. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas 🙂

 

 

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas