Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Peluang Keemasan Untuk Anda Menjadi Agen Public Gold

Ditulis pada 10 March 2009 – 3:17 am | by syukor |


Nota admin: Jika anda telah memahami peluang perniagaan emas
Public Gold dan ingin menjadi agen, anda boleh lihat langkah seterusnya
iaitu mengisi borang agen dan membuat pembelian stok.(klik sini)
2. Anda boleh download presentation saya mengenai Peluang Perniagaan
Emas Public Gold (pdf file). Klik untuk download (klik)
________________________________________________________________________

peluang_keemasan_menjadi_agenAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? Harap sihat sejahtera adanya… saya kat sini sihat dan bertambah teruja… mengapa saya teruja ye?

Sebenarnya ada satu perkara yang sangat mengembirakan yang perlu saya kongsikan bersama anda.

Saya gembira kerana Public Gold kini telah menawarkan peluang kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan.

Ini membolehkan anda mendapat keuntungan melalui perniagaan emas tanpa memerlukan modal yang besar.

Dengan kata lain anda boleh menjadi pelabur + berniaga emas :)

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, saya ada menulis artikel berkenaan Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Anda boleh baca artikel tersebut disini (klik sini) .

Namun ketika itu modal yang diperlukan adalah tinggi, iaitu sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat menjadi menceburi business emas walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM38 xxx
(bergantung kepada harga emas semasa)

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima.

Sekarang, dengan modal RM38 xxx++ anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.

RM38 xxx++ tersebut anda akan mendapat 7 jenis produk Public Gold iaitu:

1. Gold Bar 20 gram x 1 keping
2. Gold Bar 50 gram  x 1 keping
3. Gold goin 50 gram x 1 keping
4. Gold Bar 100 gram x 1 keping
5. 1 Dinar x 1 keping
6. 5 Dinar x 1 keping
7. 10 Dinar x 1 keping

Selain itu anda akan mendapat aksesori-aksesori ini:

1. Kotak kayu untuk mengisi emas (gambar bawah)
2. T-shirt Public Gold
3. Profil Korporat Public Gold
4. DVD Korporat Public Gold

p/s: RM38 xxx  itu tak fixed. Kos menjadi agen bergantung kepada harga emas. Kalau harga emas turun maka kos jadi agen pun akan berkurangan. Kalau emas naik, maka kos jadi agen pun akan naik.

set_lengkap_public_gold
Dengan 3x K ++ anda akan mendapat set lengkap gold bar dan dinar.
termasuk 50 gram gold coin.

Kalau anda nak tahu harga sebenar jadi agen, anda boleh buat pengiraan sendiri berdasarkan harga emas kat website www.publicgold.com.my dan juga www.publicdinar.com.my

pg_price

public_dinar_price

Pendapat saya.

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan Public Gold.

Emas pelaburan memang senang dijual. Very hot item :)


Gold Bar 20 gram,  50 gram dan gold coin 50 gram

 dinar_specs1
Dinar Emas 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:

1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
    pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
    Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
    beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order
    daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.

pamplet
Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Faedah menjadi Agen – Komisyen jualan.

Dalam surat tawaran Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5%  untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan).

Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).

Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan. Strategi ini telah saya ajarkan kepada pembaca jutawanemas yang menjadi agen.

Seronok bila dapat bantu orang buat duit nie…

Selain itu, saya akan memberikan teknik-teknik lain untuk memaksimakan keuntungan perniagaan emas anda.

Target Jualan Bulanan.

Updated – Sekarang tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.

Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Hehehe… memang best :)

Bagi agen yang baru dilantik, terdapat target jualan bulanan iaitu RM20,000 sebulan. Ini untuk memastikan agen-agen yang dilantik memberikan komitmen di dalam business ini, bukan semata-mata hendak membeli emas dengan harga diskaun. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh Mr. branson, CEO Public Gold.

Bagi saya, sales RM20,000 sebulan memang mudah tercapai. Kalau sales tak sampai RM20,000 maka komisyen kena hold. Bila jualan dah mencecah RM20,000 then semua komisyen akan dibayar.

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.

Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya dengan menghantar pertanyaan (klik sini) ataupun letakkan di bahagian komen.

Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Kalau nak berbincang mengenai perkara ini dalam forum, saya amat mengalu-alukan. Banyak benda kita boleh berkongsi di sana.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

______________________________________________________________

adobe_pdf_icon

 

p/s: Anda boleh download presentation saya mengenai
Peluang Perniagaan Emas Public Gold (pdf file).
Klik sini untuk download (klik)
 p.p.s: Jika anda telah memahami peluang perniagaan emas
Public Gold dan ingin menjadi agen, anda boleh lihat langkah seterusnya
iaitu mengisi borang agen dan membuat pembelian stok.(klik sini)
_______________________________________________________________________
Join the forum discussion on this post - (24) Posts

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 92 Responses to “Peluang Keemasan Untuk Anda Menjadi Agen Public Gold”

  2. By suasa on Mar 10, 2009 | Reply

    Asalamualaikum…W.B.T

    Tahniah buat admin dengan usaha dan langkah yang diambil .Jutaan terima kasih diatas daya usaha menunjukkan jalan bagi memulakan usaha dalam perniagaan dan pelaburan emas PG . Bravo !!!

    reply: Sama-sama.. ambillah peluang ini sementara masih ada :)

  3. By zulfaizuddin on Mar 10, 2009 | Reply

    Tahniah Admin. Promosi ini dapat meningkatkan penyertaan Bumiputra dalam industri emas.

    reply: Ya, betul tu…

  4. By ec on Mar 10, 2009 | Reply

    salam.
    Tuan admin,adakah PG ini dikeluarkan atau berkaitan dengan urusniaga publicbank.

    reply: Tidak, syarikat Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public bank.

  5. By Wazir on Mar 10, 2009 | Reply

    En. Admin,

    Macam mana beli mendeala gold bar nie. Tempat sy ni takdak jual mendeala nie. Bleh YM tak?

    reply: Tengok kat sini (senarai agen)
    http://www.publicgold.com.my/content/view/49/81/lang,english/

  6. By idris on Mar 10, 2009 | Reply

    apa yg kita dapat dengan modal rm30,000 tu??

    reply: Dapat emas yang bernilai RM30,000

  7. By En Dlie on Mar 11, 2009 | Reply

    Saya memang menunggu peluang ini… bukan nak join jadi agen, tp sy harapkan ada di kalangan pelawat disini dari shah alam join jadi agen.. sebab saya nk beli dari dia..

    atau kalau admin kenal sape2 yg jadi agen di shah alam ni, boleh inform saya tak?

    reply: Sila refer kat sini:
    http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

  8. By nm on Mar 12, 2009 | Reply

    kalau saya jadi agen kt johor ni, agak2 ade tak pembelinya…. takut gak bila nak jadi ahli, xda pembelinya pulak…camne

    reply: Emas nie memang orang beli. Sebab ia adalah emas.

  9. By cikjune on Mar 12, 2009 | Reply

    kalau nm buat marketing beserta menyampaikan ilmu tentang emas mesti la ada pembelinya…Insya Allah…..

  10. By pms on Mar 13, 2009 | Reply

    klu x sampai target 20k sbulan camne?

    reply: PG akan hold komisyen sampai sales mencecah RM20K then baru dia bayar.

  11. By feza on Mar 13, 2009 | Reply

    encik syukor,
    apa pra syarat lain2 yg dikenakan utk kita jd ejen public gold nih???
    sila jelaskan, if any. thnxs.

    reply: 1. Modal 30K
    2. Target sales RM20k sebulan

  12. By idris on Mar 14, 2009 | Reply

    dengan modal rm30k tu, apa yg kt dapat.. bleh sesiapa jwb???

    reply: Dapat emas bernilai RM30k.

  13. By NURULIMANNASUHA on Mar 14, 2009 | Reply

    salam, tuan admin
    sy nak tnya…
    klau kat selangor ni kat mane sy bleh bli emas public gold.
    klau nak jdi agen rasanye tak mampu la kot…

    reply: Refer kat sini : http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

  14. By Al QUDS on Mar 14, 2009 | Reply

    en Idris,
    dengan 30K, kite akan dapat emas ikut amaun tu dengan harga mase tu. jenis emas boleh pilih.dan dapat pemplet

  15. By auni on Mar 14, 2009 | Reply

    blh sapa2 jawab kalau tak sampai target 20k sebulan mcm mn?
    2. Mcm mn nak jd agen public gold ni?
    3. Public Gold ni bt pemilihan mcm mn dlm melantik agen diorang adakah asal ada 30k jer, mohon jd agen trus dpt?

    reply: Jika dan ada modal RM30k, sms saya at 013-3819901. saya akan tolong.
    Kalau ada modal jer dah boleh start.

  16. By yufan on Apr 24, 2009 | Reply

    apa pandangan saudara tentang skim pembelian emas oleh etika emas sdn bhd.

    dimana beli 100 gm harga RM 12500 kemudian dapat lagi 100gm dr syrikt dan pajak kat ar-rahnu kemudian dpat RM 300 sebulan selama 6 bulan ?

    reply: Ini adalah skim pelaburan emas. Cuba tengok kat forum. Banyak info pasal etika emas. saya malas nak komen.

  17. By Liza on May 5, 2009 | Reply

    Saya Liza dari JB. Nak beli tapi x tau kat mana? skrg ni sesuai utk beli emas ke? Ada call agen di johor tapi asyik engage jer……

    reply: Refer kat sini
    http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

    kalau engage, cuba call lagi ataupun sms.

  18. By cikjune on May 5, 2009 | Reply

    hai liza boleh tengok link nie kalau nak beli …agent dekat batu pahat dan muar ….http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

  19. By deena on May 17, 2009 | Reply

    Rasa teringin lak nak jadi agen PG ni! Soalan saya,1) klu kita tak dapat touch monthly sales 20K tu cmne? Adakah kelayakan kita sbg agen akan ditamatkan? 2) Perlukah mempunyai kedai? 3) Boleh ke nak buat pengeluaran guna simpnan kwsp kita? 4) Since klu jdi agen, nama kita akan di published, takut lak terdedah pd bahaya rompakan dsbnya. Hrp En.Shukor @ sapa2 tolong komen soalan saya ini.

    reply: Kalau tak cecah, diorang hold komisyen dulu.. sehingga mencecah RM20k sales, baru diorang bayar komisyen. Kelayakan tak akan ditamatkan.
    2. Tak perlu. Kalau nak bukak pun boleh.
    3. tak boleh
    4. kalau tak nak PG publish nama pun boleh.

  20. By qistinaR on May 21, 2009 | Reply

    Ha, betul cakap deena tu. kalau org ramai tau kite ni agen, agak2 jd sasaran perompak ke pulak? Camana nak simpan stok kite supaya selamat.

    reply: Kalau ada masalah nak simpan, cuba cari peti simpanan kat bank. sewa murah jer.. RM100 ++ setahun. simpan kat situ. Bab perompak nie… saya rasa diorang nie tak mengenal mangsa. so samada anda agen PG ker.. orang biasa ke.. semua orang kena hati2 dan berwaspada.

  21. By zaidi on Jun 9, 2009 | Reply

    salam,sy nak tanya ni?macamna nak promosikan,sekiranya sy menjadi agen PG?sale 20k sebulan berapa comisen sy dapat?apakah strategi yg terbaik utk melariskan jualan?apakah akan terjadi pd 30k yg dlaburkan sekiranya tidak ada jualan selamanya?mf psl byk tnya..

    reply: Kalau nak promosi, kena cakap dengan orang ramai tentang emas.. kalau tak cakap cammana orang nak beli. So, kesimpulannya, cakap dengan orang ramai. Kalau sale RM20k sebulan, komisyen RM300. Kalau tiada jualan, maka anda cuma ada emas ajelah dalam tangan.. kalau nak duit jualkan pada saya atau jual balik kat PG ok :)

  22. By dzul on Jun 9, 2009 | Reply

    saya nak tanye…
    public gold hanya accept jualan semula emas public gold je ke?
    kalo kijang emas or emas pamp suisse or others boleh tak?

    reply: Public Gold boleh terima emas lain. Tapi kena gi jual kat opis diorang di Penang.

  23. By krulhaz on Jun 10, 2009 | Reply

    so jadi agent ni dgn modal 30k,kita bole dapt emas 20g,50g,100g,1dinar,5,dinar dan 10 dinar tertakluk pada harga emas time tu la..kalo x achieve target bulanan 20k,emas tu tetap milik kita kan coz kita umpama beli emas tu cuma jadi agent ni nk tambahkan pendapatan lagi dgn di beri komisen..kalo xde org beli bole la jual balik kat agent lain or jual pada public gold terus..boleh gak ikut strategi 1 dan 2 yg di syorkan en.syukor tu..betul tak tuan tanah????maaf jika salah tlg perbetulkan..

    reply: Ya, betul tu.. cuma nak tambah sket.. kalau jualan tak sampai RM20k sebulan, komisyen akan ditahan sehinggalah jualan mencapai RM20k, then semua komisyen akan dibayar kepada agen.

  24. By krulhaz on Jun 10, 2009 | Reply

    tuan tanah,,saya berminat hendak jadi agent public gold ni di sarawak…boleh bantu bagaimana hendak mendapat komisen 5%-6% bulanan melalui strategi en.shukor…??jadi tok guru saya..hehehehe

    reply: Boleh, no hal.. tolong sms nama kat saya 013-3819901

  25. By bomohsiam on Jun 13, 2009 | Reply

    adakah PG ini MLM company??

    reply: Tidak, nie trading company.. beli dan jual emas shj.

  26. By khairi on Jun 17, 2009 | Reply

    berminat nak jadi agen, sekira tagret rm20k xtercapai mcm mana?

    reply: Komisyen akan kena hold. bila jualan mencecah RM20k baru keseluruhan komisyen akan dibayar.

  27. By Mat Yuih on Jun 17, 2009 | Reply

    A’kum,
    Berminat nak jadi ejen PG tapi I kat qatar. Kalau just bank in kat U bole ? then U tlg trade la amacam ? I nih buta kayu skit pasal emas nih…Pls advise en shukor ..

    reply: Boleh, InsyaAllah.. emelkan details pada saya. Tq

  28. By SepulTura on Jun 17, 2009 | Reply

    Adakah rm20k monthly tu kalau beli dr investor dan jual kpd orang lain plak blh masuk dlm sales tu? Atau rm20k tu mesti beli stok drpd company?

    reply: RM20k tu ialah order stok daripada company.

  29. By nizar on Jun 18, 2009 | Reply

    Saya berminat nak jadi agen tapi tak pandai dalam urusniaga emas. Ada tak kursus bisnes emas nanti jika dah jadi agen. tq

    reply: Kursus formal tu tak ada, tapi saya memang akan ajarkan cara berniaga emas.

  30. By simpunkpark on Jun 24, 2009 | Reply

    salam semua…
    bila beli emas PG nak jual semula kepada dealer pun boleh ker?kalau dealer tak mau terima macam mana?

  31. By AbgFirez on Jun 26, 2009 | Reply

    Sy berminat jugak ni en shukor. Stkt rm30k tu, sy mampu lg utk join. Pertanyaan saya, kalau saya beli lebih dari satu slot boleh cth rm30k x 5, so total rm150k?

    reply: AbgFirez boleh beli RM150k, no problem. Tolong email atau sms saya at 013-3819901. Saya akan bantu register AbgFirez utk jadi agen. tq

  32. By cikjune on Jun 27, 2009 | Reply

    saudara nizar … nanti admin sendiri bagi product knowledge kalau jadi agen

    reply: Ya, betul tu.. InsyaAllah saya akan ajarkan ilmu utk buat biz emas nie..

  33. By Razali on Jun 27, 2009 | Reply

    Assalamulaikum. Saya tertarik juga dengan biz ni tapi tak tau macamana nak menguruskannya. Kalau saudara boleh beri sedikit tip atau apa-apa panduan

  34. By Khadijah on Jun 28, 2009 | Reply

    Assalamualaikum…

    Saya yang email to admin semalam. Saya dah baca hampir semua blog dan sangat berminat dengan pelaburan emas ni. Saya berminat untuk jadi agen tapi tak cukup modal. Saya di JB dan bila saya lihat agen di JB ada seorang. Adakah kuota tertentu untuk jadi agen maksudnya sampai modal saya cukup saya masih boleh jadi agen ke? Saya perlu daftar perniagaan ke just cukup dengan surat tawaran daripada PG? Saya di JB so kalau nak belajar dgan admin untuk jual emas ni kene ke Melaka ke atau boleh communicate melalui email? Terima kasih.

  35. By NizamJB on Jul 20, 2009 | Reply

    Salam semua,

    Biler jadi agen or dealer PG ni, ade dpt any authorization card atau anything tak utk prove that kiter nie memang dealer PG yg berdaftar?

  36. By amira on Jul 25, 2009 | Reply

    salam..sy berminat untuk melabur dalam emas ni ttpi sy xtahu caranya, skrg sy br mengumpul maklumat berkenaan pelaburan emas.saya nk mtk jasa baik en memberikan info yang lebih kepada saya,sy mohon dihtr menerusi email sy…kalau sy ingin membelinya dengan en sndiri mcmmn?bgmn nk jadi agen?terima ksih

  37. By Pokding on Jul 28, 2009 | Reply

    Jika nak jual balik emas ke Public Gold adakah kita mesti pergi sendiri ke pejabatnya di Penang?

    reply: Tak perlu. boleh jual balik dengan agen.

  38. By rich on Aug 2, 2009 | Reply

    saya nak tanya, kalau saya tak nak jadi agen, tapi nak beli emas dalam 10k untuk simpanan dlm bentuk gold bar, atau coin, adakah
    saya dpt harga yang rendah, beli di opis PG kat penang la. dan dlm
    2 atau 3 tahun, sekiranya harga emas naik dan saya jual semula pad PG, adakah harga ikut semasa..

    reply: Belian agen akan dapat 1.5% komisyen. Lepas 2-3 tahun, kalau nak jual memang akan ikut harga semasa.

  39. By dagang emas on Aug 2, 2009 | Reply

    tak jual pada ejen PG balik dgn harga semasa….susah2 call jer jutawanemas en shukor..dia bole beli….

    reply: haah, betul tu :)

  40. By joe on Aug 5, 2009 | Reply

    en saye nak tanye kalau saya jd egen bemakna saya perlukan modal dalam 30k betul tak, jd kalau saye x dapat nak buat sale pastu saye biarkan selama 6 bulan kemudian saya nak jual balik dan pada ketika itu harga emas naik , soalan saye 0.3% tu ikut harga pasaran atau harga masa saye beli 6 bulan lepas?

    reply: Ikut harga pasaran

  41. By em on Aug 5, 2009 | Reply

    apa beza kijang emas, dinar kelantan dengan public gold……kalau bank negara ada kijang emas, kenapa kita nak beli public gold.
    tq

    reply: Kesemua tu adalah emas pelaburan. Kalau maybank kehabisan kijang emas, maka public gold boleh jadi pengganti.

  42. By wie on Aug 6, 2009 | Reply

    susah nya nk cari save box kat bank,kalu ada tau bank mana bg tau le

  43. By khairul on Aug 6, 2009 | Reply

    Cuba baca kat sini…

    http://emas999-gold24k.blogspot.com/2009/08/emas-fizikal-public-gold-atau-emas.html

    ada penerangan yang agak jelas tu, tq

  44. By NizamJB on Aug 6, 2009 | Reply

    salam wie,

    Cuba kamu survey di Public Bank di kawasan tempat keje atau rumah kamu. PB tawarkan safe deposit box berukuran 3x5x24 inci pada harga rm100 setahun. Namun, kter perlu letak deposit sebyk rm 200.

    Kemudian, saya google di internet dan dpt tau yg Maybank pun ade sediakan khidmat SDB di cawangan tertentu pada harga Rm 80 setahun utk saiz yg sama.

  45. By Yus on Aug 18, 2009 | Reply

    Salam En syukur,

    Saya nak tanya beberapa soalan;
    1. Nk jadi agen PG kena bayar 30K , dapat stok emas terus kpd agen atau disimpan oleh PG ( atau macam deposit )
    reply: Bayar RM30k, agen akan dapat stok utk diorang start berniaga.

    2. Klu dh jadi agen klu x de sell lps 20K , bal 10K tu jual emas balik ke PG boleh ke.
    reply: Boleh

    3. Klu semua 30K emas jual balik kpd PG boleh ke tidak
    reply: Boleh jual kat PG balik. jual kat saya pun boleh.

    4. cara Jual beli emas dalam bentuk cash ke dan bagaimana nak deal bg emas yg puluhan ribu (50K keatas) kn nk bawa cash , byk tu..
    reply: Terpulang. kalau pembeli sanggup bank in then dia bank in dulu, nanti amik gold kemudian. kalau nak cash on delivery then deal kat kaunter bank ajerlah.

  46. By asraz on Aug 19, 2009 | Reply

    hurm…menurut satu blog ni…saya petik apa yg dlm blog tu ye..

    “…Minggu lepas, 12hb Ogos. *** gi ke Agro Bank cawangan Tanah Merah, Kelantan untuk gadai goldbar tuuut *** yang 20g. Lama gak la tunggu, sebab de ornag tgh gadai. Ar-rahnu Agro Bank kat situ pakai 1kaunter jer. Sampai la giliran ***, masak dalam 2 tunjuk la goldbar tuuuut + sijil + resit. Dia pn belek2 la goldbar *** tu.

    Dia pun cakap, Agro bank tak terima goldbar. Sebab dapat notis dari HQ. HQ bgtau, kadang2 ade besi kt dalam. Salut tebal, kikis pn masih emas. Tak nampak besi. Dan banyak gak sebab dia. Tak dapat la *** nak gadai hari tu. Pastu dia cadangkan g Bank Rakyat. *** g Agro pn sebab nk dpatkan contoh resit gadai diorang…”

    Haa…yg bintang tu nama org tu la…yg tuuut tu nama jenis gold bar tu…hurm betul ke ada kes besi dlm gold bar? Kalau xde ribut, masakan pokok bergoyang…ada sesapa leh confirmkan? Especially friends yg keje kat Agro?

  47. By taufik on Aug 19, 2009 | Reply

    aik… mcm pernah baca jer ayat 2.. hehehehe. staff 2 perempuan. dia ckp xtrima. fik mls nk soal byk hr 2.. sb kejar masa. nk g btn, dia ckp xleh trima. xkn nk gadoh sb dia ckp notis dr HQ. dia ckp mungkin luar kelantan yg mcm 2.. Bila fik ty, kt ar-rahnu 2 pernah ke jd mcm 2. dia ckp xda.. siap cadangkan g BR lg.

  48. By asraz on Aug 19, 2009 | Reply

    hehehe…xleh dedah sgt fik…nnt kot org tu marah sbb x minta izin….hehehe…harap x marah ye fik…

  49. By taufik on Aug 19, 2009 | Reply

    xda la… mana de mrh.. kongsi info

  50. By Yus on Aug 20, 2009 | Reply

    Terima kasih atas reply saudara sukri.
    satu lagi pertanyaan, klu kita jual balik semua emas 30k tu kat PG, 1.5% komisyen x dapat ye..betul tak?

    reply: Komisyen 1.5% cuma akan dapat bila kita buat order dengan PG. kalau kita jual then akan dapat 0.3% ajer.

  51. By Yus on Aug 25, 2009 | Reply

    Jadi ,klu dah start order RM30k untuk jadi agen, maka dah dapat le 1.5% komisyen (RM450) , tak gitu ?

  52. By suhaimi on Aug 27, 2009 | Reply

    saya nak tanya, saya berada di sarawak, kalau saya jadi ejen bagaimana nak dapat stok barang..melalui pos ke? kalau nak jual balik macam mana ..pos juga ke?

  53. By comel on Aug 28, 2009 | Reply

    hii…salam pkenalan….interesting jga benefit bla jd agent pg….ada satu soalan,…kiranya ada yg nak jd agent ttp tiada modal pmulaan utk mjd agent sbnyk 30k,pihak pg ada cara bagaimana nak dptkn modal sbyk tu?

  54. By mbahrin4u mbahrin4u on Sep 5, 2009 | Reply

    as-Salamualaikum, utk jadi agen PG jual emas ni perlu apa2 lesen tak utk individu atau company.. emas ni bukan barang yang dikawal oleh kerajaan ke untuk urusan jual beli. Bole info dari segi perundangan takut kena seize BNegara atau ditangkap pulak? Bgmana nak mensahihkan emas PG ni memang betul2 emas, semua benda orang bole buat sekarang ni, apalagi aproval document. Saya ni minat juga nak jadi agen tapi saya kena clear dulu byk benda, mohon bantuan saudara syukor ya. Tksh.

  55. By sham on Sep 9, 2009 | Reply

    bila dah jadi agen PG, kena simpan cash banyak tak untuk beli balik
    gold bar or coins dari pelanggan ? TQ

  56. By shawn on Sep 28, 2009 | Reply

    bagus PG bg peluang camni.. cumenye tang “Target Jualan Bulanan” tu x berapa kena. tak patuh syariah rasanya.

    dan 1 lagi, untuk 30k yg kita bayar tu, kita mmg akan dapat emas bernilai RM30k tepat ke? kalau yg terkurang 2 3 gram tuh mcm mana? (terlebih takpe hehehe…)

  57. By pelajar u on Oct 4, 2009 | Reply

    tahniah! info yang menarik tentang bisnes emas

  58. By pelajar u on Oct 4, 2009 | Reply

    tahniah! http://pelajar-u-buat-duit.blogspot.com/

  59. By Zubair Al Awwam on Oct 7, 2009 | Reply

    Petang tadi gi PG Caw. Bandar Sunway, PJ. Beli 2 kpg 1 Dinar dan 1 kpg 5 Dinar. Beza harga daripada semalam lbh RM100.00 . Branson ada offer untuk jadi Agent.

    Ni tengah study cari maklumat kat internet. Branson kata boleh buat part-time since saya dah ada kerja tetap (gomen). Modal cadang nak ambil Personal loan di Bank Rakyat…

    Ni tengah fikir-fikirkan…… ok ke jadi agent ni……

  60. By Al Awwam on Oct 8, 2009 | Reply

    Pembetulan, Beza harga 2 kpg 1 dinar dan 1 kpg 5 dinar dalam masa satu hari semalam ialah RM22. Harga tengah naik sekarang…..

  61. By Abg Andak on Oct 15, 2009 | Reply

    Menarik…tanya sikit ..kalau dah dah Beli PG ni..bole ke kita jual ke gadai kat tempat lain selain kat PG atau agen..diaorang bole terima ke?

  62. By Abg Andak on Oct 15, 2009 | Reply

    Cont’s…maksud i ..bank ke kedai pajak gadai ke bole terima ke kalau kita jual kan selain dr PG…mcm u bgtau kalau calar , bengkok PG bole ambil balik..tp Bank2 dan Kedai pajak ni nape tak bole ambil?

  63. By Abg Foto on Nov 11, 2009 | Reply

    Assalamu’alaikum……..sy ada 2 soalan yg perlu d rungkaikan, minta bantuan sifu!

    1) Sy bminat nak jd agen PG, klu sy bli dgn nilai RM30k, sementara nak cr pembeli, klu lambat dpt pembeli sy pajak’n dlu kat ar-rahnu, duitnye sy masukkan kat GIA & tunggu harga emas naik then sy tebus balik utk djual kat pembeli utk dpt k’untungan bganda.
    Rasenye cara mcm 2 bleh ke digunapakai, minta tunjuk ajar dr sifu!

    2) Kawan sy ada masuk etika emas, dia bli 100g & dcagarkan kat BR + 200g etika emas punya. duit cagaran yg dia dpt lebih kurang 21k but masalah skang duit tu etika pegang & dia x dpt ape2 (mengaga jer) so klu dia nak dpt’n emas 2 dia kena byr kat BR jumlah yg dia cagar’n, so dia minta tlg sy & kami buat pjanjian sy bantu dia sbanyak 18K & dia + lebih kurang 3k (upah bank dia tanggung), bila dpt emas 2 sy ambil 200g & dia ambil 100g. sy sedar buat masa ni bank x terima dah emas keluaran etika emas, sy tfikir jika ada nilai keuntungan sy nak jual jer kat kedai emas @ tempat2 yg bleh mbeli dgn nilai yg bleh mdtgkan keuntungan. prektikal kah cara sy mbantu kwn sy ni. Minta tunjuk ajar sifu!

    * klu nak penjelasan lanjut bleh call sy di talian 014-2244994 (jika x myusahkan)

  64. By wanis on Dec 1, 2009 | Reply

    saya nak tanya, ejen akan terima emas pembeli ikut harga belian semasa oleh syarikat sahaja atau mengikut harga yang pembeli sendiri tetapkan mengikut berapa dia nak jual ketika itu?

  65. By william on Dec 7, 2009 | Reply

    salam…..nk tny skit….apa yg sy dpt info 3 syarikat emas yang berdaftar iaitu etika emas,bestino n 1 lg sy xigt telah disiasat oleh BNM.. so camne dgn public gold???apa yg sy dpt info lg dr BNM & SC byk syarikat2 emas akan disiasat kerana pengambilan deposit dan jual beli emas xsah..so camne dgn pblc gold??sy masih risau kerana skrg macam2 pelaburan yg menyalahgunakan skim pelaburan sperti ini…

  66. By shamsul Anuar on Dec 13, 2009 | Reply

    en. jutawan. kalu dah takder org nak beli emas en. jutawan tu, sy boleh beli. berapa banyak yg en. jutawan ader boleh jual pada sy.
    http://www.goldcrestpavilion.com

  67. By myza on Dec 21, 2009 | Reply

    salam
    sy nk tanya..memandangkan modal menjadi agen agak besar (40K++)..jadi, klu sy dan suami berkongsi modal dn menjadi agen boleh tak? adakah nama utk menjadi agen hanya seorang? atau boleh kedua2nya?

  68. By cikjune on Dec 21, 2009 | Reply

    myza boleh…takde hal….

  69. By myza on Dec 22, 2009 | Reply

    maksudnya? kedua2 boleh meltakkan nama sbgai agen walaupun modal d kongsi bersama?

  70. By nazz on Dec 26, 2009 | Reply

    tengah nak fahamkan cara2 jual beli emas ni…pening jugakan…
    bukan apa modal ngam2 je, so nak fahamkan betul2 la bagi cepat sikit dpt untung.

  71. By Rahsia.my on Dec 27, 2009 | Reply

    Saya baru nak join bisnes emas ni.. Ilmu belum cukup. Cari cari sifu-sifu kat sini yang boleh bagi tunjuk ajar.

  72. By kavi on Dec 29, 2009 | Reply

    AGAKNYE BILE per oz NAIK USD 2500???

    reply: kata James, dalam 3 tahun lagi.

  73. By adexz on Jan 12, 2010 | Reply

    Slam En Syukur.. sy berminat nk jadi agen PG nie.. brapa ye price to be an agent skrg?.. juga nk minta pendapat En, mana lebih elok?.. jadi agent with cash or with OD bank buat masa skrg.. ?

    reply: well, modal dalam 39k ++ sekarang. kalau nak cepat cash pun ok.

  74. By nazz on Jan 19, 2010 | Reply

    en syukor,
    macamana kita nak sah kan yg agent tu adalah agent yg sah?
    adakah mereka ada id card @ bagaimana? kalau saya nak beli melalui en.syukor sendiri boleh x? saya berada di s.alam.
    bukan apa takut tertipu lak..saya nak beli emas dlm masa terdekat ni. sebab kalau x silap saya harga emas turunkan?

  75. By bdkbarublaja on Jan 20, 2010 | Reply

    Salam.. Apa komen tuan ttg kes ini :

    By asraz on Aug 19, 2009 | Reply

    hurm…menurut satu blog ni…saya petik apa yg dlm blog tu ye..

    “…Minggu lepas, 12hb Ogos. *** gi ke Agro Bank cawangan Tanah Merah, Kelantan untuk gadai goldbar tuuut *** yang 20g. Lama gak la tunggu, sebab de ornag tgh gadai. Ar-rahnu Agro Bank kat situ pakai 1kaunter jer. Sampai la giliran ***, masak dalam 2 tunjuk la goldbar tuuuut + sijil + resit. Dia pn belek2 la goldbar *** tu.

    Dia pun cakap, Agro bank tak terima goldbar. Sebab dapat notis dari HQ. HQ bgtau, kadang2 ade besi kt dalam. Salut tebal, kikis pn masih emas. Tak nampak besi. Dan banyak gak sebab dia. Tak dapat la *** nak gadai hari tu. Pastu dia cadangkan g Bank Rakyat. *** g Agro pn sebab nk dpatkan contoh resit gadai diorang…”

    Haa…yg bintang tu nama org tu la…yg tuuut tu nama jenis gold bar tu…hurm betul ke ada kes besi dlm gold bar? Kalau xde ribut, masakan pokok bergoyang…ada sesapa leh confirmkan? Especially friends yg keje kat Agro?

    By taufik on Aug 19, 2009 | Reply

    aik… mcm pernah baca jer ayat 2.. hehehehe. staff 2 perempuan. dia ckp xtrima. fik mls nk soal byk hr 2.. sb kejar masa. nk g btn, dia ckp xleh trima. xkn nk gadoh sb dia ckp notis dr HQ. dia ckp mungkin luar kelantan yg mcm 2.. Bila fik ty, kt ar-rahnu 2 pernah ke jd mcm 2. dia ckp xda.. siap cadangkan g BR lg.

    By asraz on Aug 19, 2009 | Reply

    hehehe…xleh dedah sgt fik…nnt kot org tu marah sbb x minta izin….hehehe…harap x marah ye fik…

    By taufik on Aug 19, 2009 | Reply

    xda la… mana de mrh.. kongsi info

    reply: Emas jika disalut dengan logam lain akan menghasilkan ketumpatan yang berbeza. Mudah utk dikenalpasti menggunakan densimeter. Bukan semua staff Ar-Rahnu bijak emas. Sebab itulah kekadang mereka cakap benda tak berapa tepat.

  76. By salsabiela on Jan 23, 2010 | Reply

    salam En. Shukor ,dah baca soal jawab kat sini jadi nak tau juga orang yang selalu berminat beli emas ni biasanya orang yang macam mana? sebab kalau perempuan bukan ke mereka suka barang kemas?? minat gak nak jadi egent tapi bab2 jual dan promosi nih malu sikit. tak pandai jawab kalau kena komen atau bila dibanding2kan.

  77. By apis on Jan 23, 2010 | Reply

    salam, pasal tak pandai jawab kalau kena komen tak jadi masalah, yang penting barang yang promote tue barang emas pure punyer,foresure satu dunia tahu yang barang emas nie tinggi nilainya..yang tak nampak peluang rugilah..

  78. By apis on Jan 23, 2010 | Reply

    kawe nak jadi agent gok, tapi le nie dok tunggu loan approve..confirm buat pelaburan emas, skarang nie pun tengah betapa pasal ilmu2 yang relate dengan emas, asalkan dapat profit..

  79. By mddy770 on Jan 24, 2010 | Reply

    salam semua

    kawan ramai lelaki dan perempuan
    pasti untung kalau ada berkereta
    tak perlu ada malu dan segan
    anggap aje macam temuduga kerja

    berniga jangan seorang diri
    kalau tak susah hendak meniti
    yang paling penting intro diri
    baru orang tahu cari nanti

    kesempurnaan diri tak pada semua
    alasan malu tak pakai lagi
    sambil cakap keluar seketul dua
    nafsu memegang sudah tentu pasti

    jangan susah peningkan kepala
    kepala botak badan tak berjaga
    tak pandai cakap tak apa
    lama-lama kan berborak juga

    banyak jual komisen dapat
    pasti best hidupnya realiti
    percayalah… kalau dah terpikat
    kecil besar orang sanggup membeli

  80. By Hafizul on Jan 24, 2010 | Reply

    Salam tuan syukor.. alhamdulillah saya telah rasmi menjadi agen public gold utk kawasan kuching, sarawak dan sekitarnya.. terima kasih atas panduan website anda ini..

  81. By maznah on Jan 27, 2010 | Reply

    Assalamu’alaikum,

    Buat pertama kali, saya dan suami berminat dalam business ni. Insya Allah, rasanya ingin menghadiri seminar jika diadakan lagi. kalau boleh masa yang terdekat. Agak agak bile ye? nak cuba juga. terima kasih.

  82. By X-men on Feb 8, 2010 | Reply

    menda buleh sette tu Bro,
    tukarkan ketul emas PG kepada barang kemas lar ,
    bleh dipajak atau dijual diseluruh dunia.
    Ada tokey emas dah sanggup buat,
    jadi nak takut apa lagi ?
    selain dari itu , kita kena bijak juga untuk pelbagaikan koleksi emas , belilah dari pelbagai syarikat/kedai emas , untuk jangka masa panjang, apa – apa emas pun akan memberi pulangan yang berbaloi,
    aku sendiri pun ada beli barang kemas , walaupun spreadnya tinggi…
    lagipun manalah tahu lepas ni, aku nak guna wang tunai , aku pajak jer barang kemas tu…

    aku terjebak dengan emas secara serius pun sebab website ini dan agen PG yang menjual bukan semata – mata untuk untung , malah dia yang bagi tahu aku , bila masa yang sesuai untuk beli emas.
    amacam ?
    bersungguh – sungguh tak aku cerita ?

  83. By mddy770 on Feb 8, 2010 | Reply

    Salam semua

    Saudara xmen… ante punya celita ada selikit lendah dari ana punya celita la… ana ada selikit kopi ante punya celita la tapi ana ada kasi up selikit itut modify la u punya celita pasai ana sudah ada itut depan selikit jalan la.
    pssssst ante jagan cakap sama olanng lain. ini secret ana. ana ada simpang all 400 g anapunya emas dalam pasu termasuk pg tapi bukan buku pb. ana punya bini sudah syak ana sudah kahwin lain pasai ana punya bini sudah tarak nampak barang emas same itut pg dalan lumah. tapi ana memang cekap cover ana cakap ana sudah simpang dalan itut bank 1 mingung dapat 6 linggit heee.. pasai itut pasu ala tanam cili atas sana… sudak besah punyaaaa… kasi dalan 2 ambik dalan mingung. ana punya pelang sudah 10 tahun ana mahu pecah mahu lelong kasi jual maybe ambik lumah balu or keleta balu or tanah balu or olang balu
    apacam… ala leal ka ana punya celita

  84. By ebizz on Feb 8, 2010 | Reply

    macam-macam cerita orang pasal emas nih….ambo beli, sipe mah buruk jah….kalu ada ore nok ambo jual….walaupun mah buruk… tapi nilainya sama dgn mah baru tambahan pula tiada kos-kos terlibat sepeerti kos tukang emas dan kos kedai emas.

    simpan emas sokmo, buruk pun tak po. emas pilihan hanya 916.

  85. By hanya air on Feb 10, 2010 | Reply

    katalah saya dah jadi agen PG, dan emas-emas tu saya jualkan kat kedai ar-rahnu. dia terima tak? kalau terima, adakah diguna pakai harga pasaran ?

  86. By SYAHIRAM on Feb 25, 2010 | Reply

    SAYA MEMPUNYAI MODAL SEBANYAK RM 5,000.00 BOLEH TAK NAK BUAT PELABURAN DENGAN PUBLIC GOLD?

    Reply admin: Of coz boleh. sedara boleh beli gold bar 20 gram dan 1 dinar.

  87. By hakimi on Feb 28, 2010 | Reply

    saya berminat juga nak jadi agen public gold tapi tak tahu macam mana nak jual jongkong dan siling emas ni.
    Tapi kalau rantai dan gelang emas sure makcik-makcik beli punya.

    reply: ok, kalau nak jadi agen. sila sms saya at 013-3819901. Saya akan kasik training cammana nak buat business emas nie. Senang ajer.

  88. By lee on Mar 1, 2010 | Reply

    Saya minat juga tentang pelaburan emas ne. Nak tanya adakah ianya sah di sisi undang negara kita?

    reply admin: Ya, sudah tentu sah. Kalau tak sah buat apa saya tulis blog pasal pelaburan emas. Tapi kena ingat, pelaburan emas bukanlah masuk skim2 yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat. So saudara kena baca blog nie sampai habis.

  89. By kot on Mar 2, 2010 | Reply

    askm en.syukur.mcmn untuk mencapai jualan rm20k tu.kalu x capai ape kita dapat.

    reply: kalau tak capai target then tak dapat komisyen. itu ajer.

  90. By cikguAyu on Mar 13, 2010 | Reply

    utk org Kuantan @ yg sewaktu dengannya..sape2 yg berminat nak beli dinar emas..boleh call saya…stock available…sape cepat dia dapat…0129539753

  91. By nabil on Apr 5, 2010 | Reply

    salam,boleh saya tahu
    tak,sekarang saya ada emas serbuk,beratnya 100g…
    PG boleh terima ka?

    teply: Cuba saudara telefon opis pg kat penang and tanya terus dengan mereka.

  92. By kifly alh on Apr 14, 2010 | Reply

    ASALAMUALAIKUM WBTH, NAK TANYA EN.SYUKUR MENGAPA HARGA MAS SEKARANG I NI TAK IKUT ANTARABANGSA SEPERTI DULU.CONTOH, KALAU DULU KITCO USD 1155 PUBLIC 50gm sell 6922 dan we buy 6541 tapi skrg usd 1155 we sell6670 dan we buy 6303 perbezaan harga yang amat ketara sekali,siapa beli emas MASA harga mahal dulu lambat lah nak nak pulang modal, ini bukan melibatkan public gold saja malah emas kijang, uob, gspa ,dan gia . TLG BERI PENJELASAN.

    reply: Harga emas di malaysia dinilai dalam USD. So exchange rate USD-RM turut memainkan peranan terhadap harga emas.
    Jadi bila USD lemah berbanding RM maka harga emas turun. Jika US menguat maka harga emas naik.
    Sekarang USD lemah. Exchange rate 1USD = RM3.2410 sahaja.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 2, 2009: Beli Emas Sekarang- Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/Oz | Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas, gold saving, gold saving passbook.

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook