Happy Birthday Jutawanemas.com – Dari meja admin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?
Saya doakan anda semua sihat, ceria dan senyum selalu.
Saya kat sini sihat dan ceria… dan sibuk memanjang…
Untuk pengetahuan anda, pada 21/6/2009 – blog Jutawanemas telah mencecah usia setahun.
hehehe.. Happy Birthday Jutawanemas.
Pejam celik-pejam celik dah masuk setahun saya menulis pasal pelaburan emas. Kejap ajer rasanya.
Saya nampak blog jutawanemas telah berkembang daripada blog pasal pelaburan emas kepada sebuah komuniti peminat-peminat emas. Terima kasih kepada semua.
Sepanjang saya menulis blog nie saya berharap semua artikel kat sini akan membuka minda anda mengenai kepentingan menyimpan emas.
Itulah tujuan utama saya sebenarnya: berkongsi ilmu tentang emas.
Selain itu, saya berharap anda telah mendapat keuntungan daripada teknik-teknik yang saya tulis kat blog nie.
Dah untung banyak ke? Nanti jawab kat pool di bawah tu ek
Mengapa saya berkongsi maklumat ini?
Ilmu dan sejarah emas merupakan sesuatu yang sangat menarik.
Banyak ilmu-ilmu yang saya perolehi samada melalui pembacaan dan seminar memberikan pengetahuan yang tidak ternilai harganya.
Kalau saya simpan ilmu ini sendiri pun tak bagus… so baik kita kongsikan bersama-sama betul tak? Semua orang dapat manfaat.
Untuk pengetahuan anda semua, emas mempunyai sejarah yang sangat penting di dalam kehidupan manusia.
Selama ribuan tahun manusia telah menggunakan emas dan perak sebagai wang dan menikmati kemakmuran.
Sejarah juga menunjukkan bahawa sesebuah tamadun yang hebat dan berjaya akan menggunakan emas dan perak sebagai matawang.
Ini kerana wang merupakan elemen yang sangat penting bagi mengembangkan ekonomi sesebuah negara.
Dengan adanya wang maka perdagangan, sistem cukai, sistem gaji dan sistem hutang dapat dijalankan dengan mudah. Wang yang stabil membolehkan tamadun manusia berkembang.
Namun, apabila manusia lari dari sistem wang emas dan perak, contohnya menggunakan kertas sebagai wang, maka banyak masalah akan berlaku. Ini kerana wang kertas boleh dimanipulasikan.
Ia boleh dicetak sesuka hati. Akhirnya nilai wang kertas akan merosot.
Inilah realiti dunia kita sekarang.
Dunia wang kertas.
Di dalam dunia wang kertas, nilai wang semakin merosot. Tetapi nilai emas akan semakin melambung tinggi.
Oleh sebab itu, sekarang merupakan masa yang paling penting untuk kita menyimpan emas.

Carta: Nilai emas menaik, nilai USD semakin menurun.
Selain daripada menyimpan emas, aset yang paling bernilai untuk seseorang manusia pada masa kini ialah kepintaran kewangan. Dengan menambahkan kepintaran kewangan InsyaAllah anda akan berjaya dari segi kewangan.
Duit dan aset anda akan menjadi lebih banyak.
Kat mana nak dapat ilmu emas?
Selain daripada membaca artikel kat blog nie ataupun kat forum jutawanemas, kalau nak dapat ilmu, kena rajin membaca buku.
Namun kat Malaysia nie tak banyak buku-buku pasal emas. Susah betul nak dapat.
Jadi kebanyakan buku-buku mengenai pelaburan emas saya beli dari www.amazon.com - kedai buku online terbesar di dunia.
Jika anda berminat mendalami ilmu emas, saya recommend anda beli buku-buku kat sana.

Koleksi buku berkenaan emas, wang dan sistem kewangan saya.
Setiap pengarang mempunyai perspektif yang tersendiri.
Ada yang menulis dari sudut sejarah, ada yang menulis dari sudut kewangan, ada yang menulis dari sudut pelaburan, sudut keagamaan dan lain-lain lagi. Jadi, dengan membaca buku-buku ini, kita dapat melihat fungsi emas secara menyeluruh.
Bila kita dapat melihat fungsi emas secara menyeluruh, kita akan rasa emas nie sangat best.
Bagi yang sudah ada ilmu, maka rajin-rajinlah berkongsi ilmu dengan orang lain, semoga kita kan mendapat manfaat daripadanya.
Soalan: dah untung ke belum?
Ok, meh nak buat survey sket…bagi pembaca yang start buat pelaburan emas. Dah untung ke belum?
Sila berikan undian anda
Soalan: Boleh jadi jutawan ke dengan emas nie?
Samada emas nie akan menjadikan anda jutawan atau tidak, bergantung kepada ilmu dan tindakan anda.
Kalau anda buat pelaburan dengan beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.. untung jugak lah.. tapi sikit ajer.
Begitu juga kalau buat loan dan beli emas.
Tapi, kalau anda ambil peluang buat business emas, contohnya jadi agen Public Gold.. maka untung lebih lagi lah.. sebab jual emas dapat komisyen.. tak perlu tunggu harga tinggi baru untung.
Kalau anda jadi master agen Public Gold, buka kedai emas.. pergh.. lagi lah untung besar… memang sah jutawan emas nie
Nampak tak? nak untung besar, usaha pun kena besar lah…
Dari masa ke semasa saya akan terus berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan emas.
Semoga kita kaya bersama-sama. Amin.
Apa komen anda?
Ok, sempena setahun umur blog nie, saya perlukan feedback daripada pembaca semua.. mungkin ada cadangan bagaimana nak perbaiki blog nie. Semua cadangan anda saya akan nilai dan buat. InsyaAllah..
Semoga blog ini akan terus memberikan maklumat yang lebih berguna.
Terima kasih kepada semua pembaca dan pengiklan.
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada saya.

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

24 Responses to “Happy Birthday Jutawanemas.com – Dari meja admin”
By ahohel@halimdanga on Jun 22, 2009 | Reply
Tahniah….Buat ulangtahun yang pertama jutawanemas, Semoga Ilmu yang disumbangkan Dapat memberi manafaat buat semua, dan menjadi amal jariah saudara kerana membantu sesama insan dialam maya ini…tahniah sekali lagi.
reply: Terima kasih banyak-banyak ahohel
By noor on Jun 22, 2009 | Reply
Dah setahun yer… klau baby br nak belajar berjalan ni… jalan.. jatuh… jalan.. jatuh… biasa la.. namanye pun baby kan…….
Tapi jutawanemas ni walaupun setahun, bagi sesiapa yg melayarinya.. dah banyak sangat ilmu yang ditimba… drpd tak tau psal emas dah jadi tau, drpd duduk saje dh ada side income dan pelbagai lg kelebihan dgn kewujudan website ni..
Sempena setahun Jutawanemas ni sy ucapkan tahniah kpd En Syukor, semoga lpas ni lbih byk lg ilmu yang dicurahkan utk masyarakat di luar sana.. yang umumnya masih kurang pengetahuan psal emas ni… tahniah… tahniah.. tahniah…
reply: Terima kasih diatas komen noor. Saya amat menghargainya
By syukur on Jun 22, 2009 | Reply
tahniah tahniah.. semoga menjadi jutawan satu masa nanti insya’Allah..
reply: Terima kasih en. syukur. Nama pun dekat-dekat
By nizm on Jun 22, 2009 | Reply
tahniah! selamat ulangtahun jutawanemas.com
seiring dengan waktu yang melangkah pergi, kini sudah setahun umurnya. sungguhpun demikian, ilmu yang saya perolehi di sini tidak dapat untuk diungkapkan dengan kata² kerana ia adalah suatu ilmu yang sangat berharga. mana tidaknya, tatkala saya tercari² hala untuk melindungi harta punya saya dari dimamah usia (inflasi), nah terhidang di hijab mata antara jalan penyelesaiaan yang selama ini saya pandang sepi.
semoga abang syukor dan komuniti jutawanemas.com sama² berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam menabur jasa kepada marhein dan dunia Muslim khasnya akan kepentingan emas dan perak dalam kehidupan harian.
moga ia menjadi satu tapak permulaan kepada kejayaan masa depan.
salam maju jaya.
nizam
reply: Terima kasih diatas komen yang membina nizam
Semoga ilmu ini akan mendatangkan keuntungan untuk semua pembaca. Amin
By nusk on Jun 22, 2009 | Reply
tahniah! banyak info tentang emas saya peroleh di sini. Teruskan berkongsi
reply: Terima kasih nusk
By akupalau on Jun 22, 2009 | Reply
Congraz, Saya baru start nak buat business emas ni. So far alhamdulilah ok. Dgn website mcm jutawanemas ni BYK membantu saya dlm usaha saya tq.
reply: Alhamdulillah.. baguslah akupalau.. semoga mendapat untung lepas nie
By paklong97 on Jun 22, 2009 | Reply
tahniah!!!selamat ulang tahun pertama jutawanemas…sentiasa dekat dihati..tq
reply: Terima kasih banyak-banyak paklong
By dian on Jun 22, 2009 | Reply
tahniah kepada jutawanemas dan tuan tanah encik syukur. rupanya saya hanya kenal jutawanemas selepas 4 bulan dilahirkan.
walau bagaimana pun banyak yang dapat dikongsikan dan kenalan baru di sini. tahniah dan tahniah…… dian rakanemas anda
reply: Terima kasih abg dian
semoga kita mendapat lebih ramai kenalan disini.
By Bayi 3 pound on Jun 22, 2009 | Reply
Assalamualaikum
selamat ulangtahun jutawanemas. semoga Allah memberkati usaha menyebarkan ilmu ini (semoga Allah memberkati saudara Syukur kerana tak lokek berkongsi ilmu & juga penyumbang ilmu yang lain). Ada sahabat sya bertanya, ok ke jika melabur di Etikaemas ataupun AFAgold. saya tak leh nak jawab kerana tak labur kat sini. Ade yang dah invest kat sini tolong komen sikit.
Wassalam
reply: Terima kasih bayi 3 pound, semoga ilmu yang diperolehi disini akan dikongsikan bersama-sama orang lain. Pasal etika dan afa, mereka sebenarnya menawarkan skim pelaburan emas. Kalau nak tahu details sedara kena gi cari maklumat kat forum jutawanemas.
By taufik on Jun 22, 2009 | Reply
tahniah buat jutawanemas.com… kirannya fik kenal website ni ms umo 2bulan.. tp dah byk input.. tq abg syukur
reply: Sama-sama fik
By aurapositif on Jun 23, 2009 | Reply
Tahniah dgn ulangtahun pertama dan terima kasih kerana dgn bimbingan saudara, saya jadi tauke emas!
Segala jasa dan tunjuk ajar tak akan dilupakan selamanya.
Terima kasih.
reply: Sama-sama Jamal
By ff on Jun 23, 2009 | Reply
tahniah atas ulangtahun pertama jutawanemas ini. saya amat bersyukur sgt berjumpa dgn website ni. setiap hari ini laman wajib bagi saya. pelaburan saya dlm bentuk fizikal tak menguntungkan kerana saya tak pandai cari klien. dalam gia oklah.. tapi tak larat nak monitor.. so, saya masuk etikaemas. ok ke?
reply: Terima kasih zainol. Well, pelaburan emas nie sebaiknya ialah emas fizikal. Walaupun tak pandai cari client tapi better pegang emas fizikal. Pasal etika emas, saya rasa saudara kena gi tengok kat forum jutawanemas. banyak info kat sana.
By arif on Jun 23, 2009 | Reply
Assalamualaikum
Selamat Ulang Thn kpd Jutawanemas.Semoga diberkati Allah kpd komuniti emas semua, khasnya admin En Syukor. Cuma ingatan utk diri sendiri dan rakan semua, bila dah untung zakat jgn lupa..
reply: Sama-sama saudara arif. Sebenarnya kalau dah untung,bukan sekadar bayar zakat, tapi kena rajin bersedekah, belanja kawan-kawan makan, kasik kat mak dan ayah serta ‘beli’ ilmu.
By atie on Jun 23, 2009 | Reply
SELAMAT ULANGTAHUN dan semoga mendapat berkat. Sejak mengenali laman ini, setiap hari saya mesti gak kena jengok2 artikel atau at least baca chat members kat sini. Kalo sehari tak buka, rasa tak senang duduk. Tima kasih pada admin dan member2 yg sudi curah ilmu di ruangan chat JE.
reply: Terima kasih atie.. semoga atie akan berkongsi ilmu ini dengan orang lain
By zair on Jun 24, 2009 | Reply
tahniah n slmt ulangthn.. Bgi sya yg bru thu web ni n kaji2 psl input dlm jutwanemas ni rasa mcm byk betol ilmu yg boleh dpelajari.. Sya dh tertarik n klu bole hrp tjukajr en. Syukor mcm ner nk jdi ejen jual emas ni.. Sya locate kt kota d’sara n workin kt kl.. Apa pun tq dgn ilmu2 ni.. Semoga brjaya semua!
-Zair
reply: Sama-sama zair.. insyaAllah saya boleh tolong ajarkan, kalau dah redy utk jadi agen jual emas, sms saya at 013-3819901. saya akan bantu saudara. tq
By jun on Jun 24, 2009 | Reply
Selamat ulangtahun 1,tahniah atas kejayaan yang diperolehi…harap akan terus membantu kami yang minat dengan pelaburan emas..saya beli emas ni agak sama dengan saudara.. tapi tak kemana..saya nak cuba beli emas fizikal.. boleh bantu melalui email saya…publicnya dah beli dah ada untung sikit..SEMOGA SATU HARI ANDA AKAN MENJADI JUTAWAN EMAS DAN ILMU EMAS.SEMOGA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN PERJUANGAN SAUDARA.
reply: Terima kasih atas doa sedari.. pendapatan dalam biz emas nie bergantung kpada minat yang tinggi. kalau minat memang boleh berjaya
By ajez on Jun 24, 2009 | Reply
Salam bro syukur, pejam celik pejam celik kan, dah setahun dah, aku polo site ko ni since dr thn lepas lg masa tgh havoc ngn etika la, pbgia la, mbbgia la n lelain skim emas, Alhamdulillah berkat ilmu ko ngn otai2 lain mcm sniper dan sewaktu dgnnye, dpt gk la aku merase untung duit dr gia, tp lmbt sgt kan bro, bjnggut nk nunggu gia ni, so aku dh kuarkn smua modal aku, tiggl just 2gm je, kuikuikui. La ni aku tggu lubuk emas yg terbaik, nmpk mcm afa best tp hage dia kejam sgt, melampo2 dah la tu ikat 12 bln, KUEMAS x nk buat skim ke bro, kalau ada info bernas, share2 la mana au aku pun rase nk msuk kalau pulangannya hebat, ahaks.. salam
reply: hehehe.. tahniah ajez. palaing baik sekali ialah kita buat biz trading emas. income boleh dapat sangat tinggi. tak perlu bergantung kepada third party.. apapun.. stay tune dengan blog jutawanemas
By bahrain on Jun 25, 2009 | Reply
Salam En Syukor, sejak saya tahu pasal blog jutawan emas ni, setiap hari, setiap pagi mesti buka blog jutawanemas. macam dah jadi habit lak. saya baca semua artikel, tapi ada sesuatu yg tak pernah disentuh oleh En Syukor. Semua blog pasal emas, mesti nak suruh kita beli emas banyak2, tukar duit kertas kepada emas. masalahnya bila emas dah banyak macam mana nak simpan, takkan nak simpan bawah bantal jek ataupun macam cerita Ali Baba P.Ramlee tu buat lubabg dalam rumah utk simpan syiling emas..kalau boleh En Syukor berkongsi dengan semua pembaca macam mana cara nak simpan emas yg selamat, mungkin simpan di peti simpanan selamat di bank (tapi kene bayar sewa la) atau pun En Syukor ada cara lain yg lebih efifien dan selamat.
Lastly, terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan ilmu dengan pembaca. Teruskan usaha murni En Syukor tu.
reply: Terima kasih atas sokongan saudara Bahrain. Memang artikel pasal simpan emas tu saya tak tulis lagi.. sebab rujukan tak banyak lagi. Apapun cara terbaik ialah sembunyikan kat rumah kat tempat yang paling tak disangka. Ataupun simpan kat safe deposit box kat bank atau kat privat safe deposit box. memang kna bayar tapi berbaloi. peace of mind.
By cikfen on Jun 26, 2009 | Reply
saya tengah kumpul modal untuk membuat pelaburan emas. emas antara precious metal yang kalis inflasi dan boleh tak tolong ulas pelaburan emas dari sudut pandangan Islam?
repy: Dalam islam emas dan perak adalah wang. Simpan emas dan perak bermakna menyimpan wang yang sebenar.
By farid on Jun 26, 2009 | Reply
semoga blog ini terus berjaya dan memberi manfaat utk pencinta2 emas.. hehehehe..
reply: Terima kasih saudara farid
By Nuaraca on Jun 27, 2009 | Reply
tahniah dan selamat ulang tahun saya ucapkan pada jutawanemas.
walaupun saya x pernah post apa-apa dan masih baru di sini, saya banyak gak baca dan tahu banyak info dari laman nie. skrg dlm proses nak buka GIA dan mula simpan emas kecil-kecilan..:)
Reply: terima kasih Nuaraca
Tahniah sebab dah mulakan pelaburan emas anda. Semoga success.
By pokli on Jun 28, 2009 | Reply
salam,Tahniah,Terima kasih kerana kongsi ilmu emas.Saya dah follow ilmu emas daripada syukor.Alhamdulillah saya pun tak lama lagi akan jadi JUTAWAN EMAS seperti syukor.Semua step yang syukor ajar saya BELAJAR, IKUT, AMBIL TINDAKAN & BERJAYA….dulu semua yg Syukor ajar..spt GIA, Kijang Emas, UOB Coins, DInar Kelantan, Public Gold & Public Dinar….saya sekarang pun dah jadi MASTER DEALER dengan usaha En Syukor…terima kasih atas tunjuk ajarmu Sifoo.semoga kita sama-sama berjaya menjadi Jutawan Emas & Jutawan Hartanah…….
admin
PokLi
http://www.pokli77.blogspot.com
reply: Sama-sama PokLi.. sharing is caring
By pokli on Jun 28, 2009 | Reply
kesimpulannya Untuk berjaya seperti pokli kena jadi Agen Public Gold……Jual beli pokli pun sekarang dah main timbang kilo….:D..so apa lagi….cepatt ambil tindakan…….boleh baca blog pokli…….
TQ
Pokli
019 3516478
reply: Ya, saya recommend blog PokLi.. memang informative. Tahniah!
By zyrontyez on Sep 14, 2009 | Reply
salam tuan admin..happy belated besday for blog jutawan emas..memang x rugi saya beli e-book rahsia emas..dapat banyak info+ilmu berguna pasal emas..yang penting,saya dapat tau pasal blog ni=)..
reply: Terima kasih diatas komen saudara.Saya gembira saudara mendapat ilmu yang bermanfaat daripada ebook saya dan juga blog ini