Assalamualaikum dan salam ceria.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia selalu.
Baiklah, pada 2/8/2012 yang lalu saya telah menganjurkan satu pertandingan.
Syaratnya mudah sahaja. Anda cuma perlu download FREE preview ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”, kemudian baca ebook tersebut dan jawab 2 soalan mudah.
Peraduan ini terbuka kepada semua pembaca blog jutawanemas yang melanggan newsletter. Pembelian tidak diperlukan.
Ini adalah soalan-soalan yang ditanya (baca FREE preview confirm boleh jawab)
Soalan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana: __________
Soalan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana: _________
Untuk pertandingan ini, saya menerima 60 penyertaan dari seluruh Malaysia termasuk Brunei (terima kasih orang Brunei).
Setelah diteliti dan dinilai jawapan-jawapan tersebut maka saya telah memilih 4 orang pemenang.
Pemenang tempat pertama akan mendapat hadiah:
1 keping syiling 10 dirham Public Gold manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan menerima ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh”.
Setelah tamat tempoh penyertaan, kini tiba masanya untuk saya umumkan pemenang bagi peraduan ini:
Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana menyimpan emas bermaksud anda menarik kekayaan kepada anda. Harga emas meningkat (jangkamasa panjang) & tiada istilah rugi dalam emas. Ia tidak boleh dibinasakan & dimanipulasi, mudah dibahagikan kepada unit kecil tanpa menjejaskan nilainya.
Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana terdapat 1001 cara mendapatkan keuntungan dari emas selaras dengan fakta & ilmu berlandaskan Al-Quran. Dengan emas, saya boleh menjadi seorang penjual, pelabur, usahawan, penggadai & menjadi seorang yang berilmu dalam emas.
Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana menyimpan emas bermasud anda menarik kekayaan kepada anda. Dengan emas anda terpaksa kaya.
Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana saya ingin menyimpan harta yang terunggul maka emas boleh menjadi harta terbaik. Ia tidak boleh dibinasakan, ia bernilai untuk selama-lamanya, ia mudah dibahagikan dan ia merupakan harta yang paling mudah dicairkan kepada tunai.
Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana dengan menyimpan emas kita akan menjadi kaya. Emas merupakan salah satu aset yang tidak akan turun susutnilai berbanding matawang dan hanya dengan menyimpan, nilai emas akan sentiasa meningkat.
Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana ebook ni menceritakan mengenai pelaburan emas secara detail dan menyakinkan. Saya yakin bahawa pelaburan emas mampu membawa saya dan keluarga ke satu kehidupan yang baru.
Jawapan 1: Emas adalah magnet kekayaan kerana nilainya yang sentiasa meningkat di pasaran dengan syarat si penyimpan mempunyai ilmu.
Jawapan 2: Setelah membaca preview ebook ini, saya tertarik dengan pelaburan emas kerana mendapati begitu banyak pendapatan yang boleh dijana dengan mempunyai ilmu emas.
Tahniah diucapkan kepada Shazwani Elya, Munirah Husny, Khairul Ryzman dan Abdul Hakim. Saya akan hubungi anda melalui email atau sms untuk urusan penghantaran hadiah.
Bagi mereka yang tidak menang untuk peraduan kali ini, anda masih ada peluang kerana saya akan mengadakan pertandingan lagi di dalam jangkamasa terdekat.
Nantikan pengumumannya! 🙂