Menggunakan analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Terima kasih kepada sahabat saya, En Syukor yang bersungguh-sungguh “menubuhkan” website ini khas untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang pelaburan di dalam EMAS ini. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin membaca, begitu resourceful dan hensem sikit dari saya. heheh…

Baiklah. Saya akan menerangkan serba sedikit kepada anda berkaitan dengan bagaimana membuat analisis teknikal untuk menjangka pergerakan harga emas seterusnya, sama ada menaik (bullish) atau menurun (bearish). Kaedah yang saya gunakan sama dengan apa yang lakukan untuk menganalisis harga di dalam pasaran matawang (FOREX) dan saham (STOCK). Di harapkan dengan adanya analisis ini, ia akan dapat membantu anda semua membuat keputusan bilakah waktu yang sesuai untuk membeli emas, mendapatkan keuntungan dari spot gold dan mungkin menjual semula emas yang telah anda beli.

ok. kita mulakan dengan melihat kepada carta di bawah:

weekly gold price

Bagaimana? Familiar tak? Jika anda seorang pemain FOREX seperti saya, melihat kepada carta ini mungkin tidak menjadi satu masalah. Tetapi jika bukan, ianya hanya akan memeningkan kepala anda. Jangan risau, saya akan memudahkan kerja anda 🙂

Mula-mula, kita tengok indi yang paling basic sekali iaitu CANDLESTICK. Jika ianya berwarna biru beerti harga emas sedang menaik atau istilah nya BULLISH dan jika ianya berwarna merah , bererti ianya sedang turun atau BEARISH.

Dengan pengetahuan yang sedikit ini, bolehkah kita mngetahui harga emas untuk hari ini?? Boleh..nampak macam menaik kan? hehe..betul lah tu..BULLISH.

ok, sekarang kita da tahu ianya sedang menaik tetapi yang paling penting ialah naik sampai tahap mana? Apakah price yang akan di cecah oleh en. emas kita? bila pulak harga nya akan turun? semua info ini sangat berguna sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau membuat apa sahaje dengan emas anda. Buat waktu ini, saya menjangkakan harga emas still akan menaik sehingga ke USD983.57 sebelum turun sedikit. Jika harga nya tidak mencecah USD983.57 pun, harga nya akan berlegar-legar sekitar zon 947.88/983.57. Sebabnya? Indi STOCH sudah menunjukkan yang harga ini sudah OVERBOUGHT dan akan jatuh sedikit. Mudah kan?

Saya akan sambung di hari yang lain. Untuk maklumat mengenai FOREX, sila layari http://www.melakafx.com.

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.