Untuk pengetahuan anda, POS Malaysia ada menyediakan kemudahan Ar-rahnu (pajak gadai Islam).
Anda boleh menggadaikan emas anda dan boleh mendapat pinjaman sehingga 75% daripada nilai emas.
Antara jenis emas yang diterima untuk gadaian adalah:
Anda boleh melawat laman web Ar-rahnu POS di sini http://www.pos.com.my/post-offices/pos-arrahnu/
Daripada pemerhatian saya, Ar-Rahnu POS mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Biasanya office mereka terletak di dalam pejabat Pos.
Anda boleh melihat cawangan-cawangan Ar-rahnu POS di sini http://www.pos.com.my/post-offices/pos-arrahnu/?outlets
Untuk menggadaikan emas di Ar-rahnu POS, anda hanya perlu membawa:
Saya sendiri telah banyak kali menggunakan perkhidmatan Ar-rahnu POS.
Ar-rahnu POS adalah pilihan pertama saya jika mahu membuat gadaian. Ini kerana mereka tidak membuka sarung plastik untuk emas Public Gold dan PAMP Suisse.
Berbeza dengan Ar-rahnu bank, mereka mahu membuka sarung plastik kerana mahu menguji emas dengan densimeter. Jadi, ini merugikan saya kerana ia akan merosakkan packaging emas tersebut.
Kemudian, servis yang diberikan adalah pantas dan mesra.
Kehadiran Pos Ar-rahnu memberikan kemudahan kepada penyimpan emas untuk mendapat tunai segera.
Jika anda memerlukan pinjaman jangka masa pendek, maka anda boleh menggunakan kemudahan Ar-rahnu POS.
Selain itu, jika anda mempunyai jongkong emas Public Gold yang bersarung, atau PAMP Suisse yang bersarung maka gadaian di Ar-rahnu POS amatlah digalakkan.
.