Beli emas sekarang! Harga tengah cantik :)

Salam sejahtera kepada semua pembaca. First sekali saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.

Saya pernah membuat ramalan bahawa harga emas akan naik mulai Ogos 2008. Anda boleh refer kat posting saya kat sini. Namun apa yang telah berlaku ialah harga emas beransur-ansur turun daripada 4 Ogos 2008 daripada 890 USD / Oz kepada USD796.05 pada 4 September 2008.

Carta dari www.kitco.com menunjukkan penurunan harga spot gold.

Di Malaysia pula, Harga syiling Kijang Emas 1 Oz pada 4/8/2008 ialah RM3,143 dan harganya pada 4/9/2008 adalah RM2,918 (perbezaan RM225).

Dengan kata lain, harga emas sekarang masih lagi sangat menarik.

Jika anda mempunyai wang, bolehlah membeli emas sekarang.

Soalan.

Adakah anda perlu menunggu lagi sehingga harga turun lebih banyak lagi sebelum membeli?

Jawapan: Saya cadangkan anda jangan menunggu lagi. Kalau ada duit,  beli sahaja emas utk simpanan. Bukan apa, saya dengar banyak komen daripada pembaca blog ini yang mengatakan bahawa sukar mendapat Kijang Emas 1 Oz dan juga Dinar Emas Kelantan sekarang.

 
Gambar: Kijang Emas 1 Oz dan Dinar Emas Kelantan dikatakan sukar didapati sekarang.

 

Betul ker susah nak dapat?

Saya memerlukan respon pembaca semua. Jadi jika anda ada masalah mendapatkan emas-emas nie, sila kongsikan dengan pembaca lain di dalam blog ini. Sila letakkan komen anda.

Terima kasih.

.

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.