Assalamualikum dan salam sejahtera,
Pembaca blog yang budiman, apa khabar?
Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya 🙂
Baiklah, sekarang saya nak cerita pasal kesan GST terhadap pelaburan emas.
Saya pasti anda semua tahu, mulai bulan April 2015, kerajaan akan melaksanakan GST.
Banyak barangan dan perkhidmatan yang tertakluk di bawah GST.
Jadi, kita rakyat Malaysia kena bayar 6% extra untuk barangan dan perkhidmatan yang tertakluk kepada GST.
Bagaimana dengan pembelian emas?
Jawapannya, ada emas yang anda kena bayar GST6% dan ada pula emas tak perlu bayar GST.
Untuk emas, ada yang kena GST dan ada yang dikecualikan daripada GST.
Contoh emas kena GST –> Barang kemas, dinar emas 916 dan apa-apa jenis jongkong emas keluaran tempatan, numismatic coin.
Gambar: Barang kemas kena GST 6%
Namun begitu, pengecualian GST diberikan kepada produk emas yang termasuk di dalam kategori Logam Berharga Pelaburan (Precious Investment Metals)
Definisi dan produk Precious Investment Metals ini agak panjang,
Anda boleh baca definisi di dalam PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN
(PEMBEKALAN DIKECUALIKAN) 2014
Download dokumen berikut kat sini www.treasury.gov.my/pdf/gst/gst_kecuali.pdf
 Petikan daripada PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN
(PEMBEKALAN DIKECUALIKAN) 20144. (1) Tertakluk kepada subbutiran (2), logam berharga pelaburan adalah
seperti yang berikut:(a) emas yang—
(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
3P.U. (A) 271
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;(b) perak yang—
(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;(c) platinum yang—
(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;(d) mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah
diperlakukan di negara asalnya, dan mempunyai ketulenan
sekurang-kurangnya 99.5%:(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
(viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;
Untuk maklumat penuh, saya sarankan anda download dokumen kat website Kastam DiRaja Malaysia.
Download kat sini www.treasury.gov.my/pdf/gst/gst_kecuali.pdf
Salah sebuah syarikat penjual emas terbesar di Malaysia yang bersedia menghadapi GST ialah Public Gold (klik sini)
Untuk tahun 2015, Public Gold telah bersiap sedia dengan jongkong emas yang TIDAK perlu bayar GST.
Ini kerana, Public Gold telah melantik Nadir Metal Refinery dari Turki untuk mencetak semua jongkong emas Public Gold mulai Disember 2014.
Nadir Metal Refinery merupakan ahli LBMA (London Bullion Market Association).
Ini membolehkan produk yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia.
Ini adalah website Nadir Metal Refinery http://www.nadirmetal.com.tr/kalite_e.htm
Kelebihan:
1. Jongkong Emas Public Gold yang dicetak oleh Nadir Metal kini di iktiraf di seluruh dunia.
2. Jongkong Emas Public Gold ini TIDAK DIKENAKAN GST.
3. Walaupun bersarung, jongkong ini boleh digadaikan di Arrahnu Pos Malaysia. Mereka terima!
Jadi, pelabur emas Public Gold tidak perlu risaukan kesan GST.
Ini adalah gambar sebenar jongkong emas Public Gold yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery.
Jongkong emas yang dikeluarkan adalah 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 500 gram.
Anda boleh membeli jongkong emas Public Gold serendah 1 gram sahaja.
Baca maklumat lanjut disini:
atau jika anda nak beli yang besar seperti 10 gram, baca caranya disini:
https://jutawanemas.com/v1/saya-nak-beli-emas/
Sekian, terima kasih.