Pernahkah anda melihat Dinar dan Dirham?
Dinar dan Dirham adalah matawang Islam.
Dinar diperbuat daripada Emas manakala Dirham pula diperbuat daripada Perak. Ini adalah contoh Dinar dan Dirham. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dari segi kegunaan dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional.
Video mengenai Emas . Menjelaskan kenapa anda patut menyimpan Emas 🙂