Sekitar Perjalanan Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas – 16 Januari 2010

Nota admin: Jika anda hendak melihat slide pembentangan saya untuk
seminar ini, anda boleh download dalam bentuk PDF. Ada kat bawah sana.
________________________________________________________________________

backdropAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Saya kat sini Alhamdulillah… lega banyak kerana Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas telah dijayakan dengan meriah.

Jadi, untuk artikel ini saya akan berkongsi dengan anda gambar-gambar di sepanjang perjalanan seminar ini.

Saya rasa ramai yang nak tengok gambar seminar nie betul tak?

Pengenalan.

Pada 16 Januari 2010, Public Gold telah menganjurkan seminar yang bertajuk Krisis Kewangan dan Peranan Emas. Ia telah diadakan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Anda boleh membaca artikel mengenai seminar ini disini (klik)

Sekitar Seminar ini.

First sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta seminar ini. Terkejut juga bila dapat tahu yang peserta seminar nie datang daripada seluruh pelusuk tanah air. Ada yang datang dari Kedah, Perak, Johor Bahru, Kelantan dan Terengganu dan lain-lain negeri lagi.

Masing-masing datang dengan niat untuk mendapat ilmu mengenai situasi ekonomi sekarang dan juga mengetahui tentang emas.

Kehadiran pula sangatlah ramai sehingga penuh dewan.

seminar_emas_kehadiran

Daripada jam 8.00 pagi peserta telah mula membanjiri dewan seminar.

Ilmu oh ilmu.

Kesemua peserta yang saya tanya mengakui bahawa seminar ini memberikan faedah yang besar kepada mereka.

Ini kerana ilmu yang mereka perolehi daripada seminar ini telah membuka minda mereka. Daripada tidak tahu, kesemua peserta seminar ini menjadi “celik emas”

Masing-masing berasa gembira dan berpuas hati. Jadi kalau anda merupakan peserta seminar ini, silalah berikan komen anda di bawah artikel ini.

Gambar-gambar seminar ini:

Ok, mari tengok gambar 🙂

seminar_emas_pendaftaran
Sekitar proses pendaftaran

seminar_emas_penceramah
Barisan penceramah – Saya, Prof. Dr. Ahamed Kameel, Louis Ng, Dr. Umar Ibrahim Vadillo dan Pn. Nik Mahani. Dato’ Salleh on the way.

seminar_emas_louis_ng
Louis Ng- Chairman Public Gold memberikan pembentangan.

seminar_emas_Prof_Umar_Vadillo
Prof. Umar Ibrahim Vadillo sedang membuat pembentangan.

seminar_emas_Dr_Ahamed_Kameel
Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera sedang membuat pembentangan.

seminar_emas_Nik_Mahani
Puan Nik Mahani sedang membentangkan kertas kerja.

seminar_emas_Dato_Salleh
Dato’ Mohd Salleh Abdul Majid membuat pembentangan.

seminar_emas_syukor_hashim
Saya membuat pembentangan.

seminar_emas_syukor_2
Semasa membuat pembentangan.

seminar_emas_hadirin_mendengar
Peserta seminar yang kusyuk mendengar…

seminar_emas_syukor
Selepas membuat pembentangan

seminar_emas_MC_pokli_n_nurul
Emcee Majlis – PokLi dan Nurul – sorang hensem sorang lagi comel.

Slide presentation saya.

Saya dapat request daripada beberapa peserta untuk mendapatkan slide presentation saya. Jadi saya letakkan kat sini (convert ke PDF). So kalau anda nak buat rujukan maka anda boleh download slide ini. Klik gambar pdf kat bawah nie.

adobe_pdf_icon
Presentation Syukor Hashim – Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (1.98 MB)

Kesimpulan.

1. Bagi yang hadir ke seminar ini, tahniah saya ucapkan. Semoga ilmu yang anda
   perolehi akan membuka minda anda mengenai kepentingan emas.
  Jika anda hadir ke seminar ini, silalah berikan komen anda.

2. Bagi yang tak dapat hadir seminar ini, seminar ini mungkin akan diadakan lagi
   setengah tahun dari sekarang. So standby lah ye 🙂

3. Selain itu, Public Gold juga mengadakan seminar peluang perniagaan emas
   Public Gold dari masa ke semasa. Untuk jadualnya anda kena refer kat blog nie.

4. Jangan lupa subscribe newsletter blog jutawanemas. Ianya PERCUMA.
    Anda hanya perlu masukkan emel anda kat kotak di penjuru kanan blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.