Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar? Saya harap anda semua ceria-ceria belaka.
Nampaknya tahun 2008 akan meninggalkan kita. Tahun 2009 pula akan datang. Selamat datang tahun 2009!
Bagi saya, semoga tahun 2009 akan memberikan lebih banyak ilmu yang berguna dan bermanfaat dan boleh dikongsikan di blog ini 🙂
Setiap kali tiba hujung tahun, salah satu perkara yang hangat dibincangkan ialah berkenaan pulangan ASB betul tak? Dekat bahagian sembang-sembang emas nie pun saya tengok ASB nie ada dibincangkan. Maklumlah… peram duit kat situ dekat setahun… then bila hujung tahun… tunggu pengumuman berapa dividen ngan bonus…
Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua, bagaimana membuat pelaburan jangka masa panjang menggunakan kombinasi pelaburan ASB dan juga emas. InsyaAllah, akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.
Memandangkan teknik ini saya sendiri telah mencubanya, maka ada baiknya saya berkongsi dengan anda semua. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.
Setelah setahun menunggu akhirnya diumumkan… dividen ASB bagi tahun 2008 ialah 7 sen manakala bonus pulak 1.75 sen seunit. Alhamdulillah… tapi bagaimana prestasi pelaburan ASB tahun-tahun sebelumnya?
Jadual dibawah menunjukkan pulangan ASB daripada tahun 1991-2008. Bagi pelaburan yang dijamin oleh kerajaan, ASB memang sesuai bagi pelabur yang ingin pulangan yang menarik dengan risiko yang paling minimum untuk jangka masa panjang.
Sejarah pulangan dividen dan bonus ASB 1991-2008
First sekali, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus .
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
Jadi ia sedikit sebanyak melegakan hati pelabur yang risau status pelaburan ASB ini.
Saya mendapati ASB mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:
1. Termasuk di dalam pelaburan kategori selamat
2. Pelaburan dijamin kerajaan
3. Rate pulangan yang tinggi berbanding fixed deposit
4. Bank sanggup memberikan pinjaman ASB sehingga maksima RM200,000
5. Ada bank yang menawarkan skim pinjaman ASB secara Islamik
6. Pinjaman ASB boleh disertakan perlindungan insurans (macam MRTA),
jadi kalau sesuatu tragedi terjadi, maka loan tersebut tidak perlu dibayar
dan menjadi milik kita sepenuhnya.
Secara ringkasnya, untuk mendapat simpanan ASB yang maksimum anda perlu:
1. Buat personal loan dalam lingkungan RM30,000
(sebagai leverage untuk membayar ABS loan selama setahun)
2. Buat ASB loan RM200,000 kat Maybank Islamic
3. Balance personal loan dilaburkan di dalam Public Bank GIA untuk
menjana keuntungan tambahan.
Berdasarkan pengiraan saya, mengambil pinjaman untuk pelaburan ASB adalah baik.
Ini kerana ia adalah pinjaman yang mengkayakan peminjam.
Memang ada faktor risiko, tetapi memandangkan faktor pulangan tahun sebelum-sebelumnya, adalah berbaloi untuk mengambil risiko ini. Ini kerana risikonya adalah rendah.
Maybank Islamic ada menawarkan pinjaman ASB. Cuba tengok gambar kat bawah.
Kalau anda buat pinjaman maksimum RM200,000 selama 20 tahun maka bayaran bulanan ialah RM1406.00 sebulan.
Dalam setahun anda kena bayar RM16,872.00
Pinjaman ASB Maybank Islamic (klik untuk besarkan)
Selepas setahun, ASB akan memberikan dividen dan bonus. Jadi dividen dan bonus tu boleh rolling untuk bayar loan daripada tahun ke-2 dan seterusnya… sehingga 20 tahun.
Andaian yang dibuat ialah pulangan ASB adalah di sekitar 9.00 peratus setahun.
Jawapan: Guna personal loan 🙂
Saya sendiri pun asalnya takder modal RM16 872.00. Jadi saya buat personal loan RM30,000 dengan Bank Rakyat.
Tempoh 10 tahun. Kena bayar RM394.00 sebulan.
Lepas tolak kos pinjaman, saya terima bersih around RM28,000. Daripada jumlah tu saya dah reserved duit bayaran setahun ASB dalam akaun.
Dengan kata lain, saya tak perlu membayar RM1406.00 sebulan untuk ASB loan, tetapi hanya membayar RM394.00 sebulan untuk personal loan.
Jadi, personal loan menjadi leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar di dalam ASB loan RM200,000.00
Bakinya RM10,000 ++ tu saya cadangkan anda simpan kat Public Bank GIA. Kalau anda main strategi beli waktu murah, jual waktu tinggi, insyaAllah keuntungan melebihi 10%.
Untuk maklumat lanjut tentang strategi tersebut, refer kat posting nie. https://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-emas-gia-anda/
Pada tahun 2006 saya try buat loan ASB sebanyak RM100,000.
Tiap-tiap bulan kena bayar RM630.00 selama 20 tahun.
Dividen dan bonus 2006 dapat RM7501.82 memang boleh cover bayar loan tahun depan.. kena topup RM58.18 aje.
Statement ASB tahun 2006 (RM100,000)
Lepas tu.. pada tahun 2007 saya tambah lagi ASB loan menjadi RM200,000.
Installment bulanan pulak RM1362.00 sebulan untuk tempoh 20 tahun.
Selepas setahun, pulangan ASB pada tahun 2007 ialah RM15,135.96
Jadi untuk tahun 2008, saya cuma kena topup lagi RM1208.04 (bersamaan RM100.67 sebulan).
Statement ASB tahun 2007 (RM200,000)
Dengan melabur baki personal loan ke dalam emas, saya boleh generate keuntungan RM1208.04 nie.
Dengan mengulang-ulang proses ini selama 20 tahun, maka ASB loan RM200,000 itu akan menjadi milik anda sepenuhnya 🙂
hehehehe…. best tak?
Setelah mengemaskini akaun ASB, saya dapati dividen dan bonus tahun 2008 ialah RM15,527.33 🙂
Erm.. memang best..
Loan nak bayar tahun nie ialah RM16,344.00
Jadi saya kena top-up lagi RM816.67 bersamaan RM68.05 sebulan untuk cover ASB loan nie sepanjang tahun 2009.
Ok, that’s a very good investment.
1. Berdasarkan jadual pulangan ASB diatas, didapati pulangan ASB mampu cover
sebahagian besar duit loan ASB anda.
2. Dengan menggunakan strategi ASB + pelaburan emas, anda boleh menjana
keuntungan tambahan untuk cover sebahagian lagi installment loan tersebut.
3. Duit ASB nie boleh guna untuk cover pendidikan anak-anak, atau
bayar hutang rumah sekali gus setelah 20 tahun
4. Dengan menggunakan strategi personal loan sebagai leverage,
anda boleh memiliki pelaburan ASB semaksimum RM200,000
5. Kemudahan pinjaman ASB Islamik dan personal loan berkonsep Islam
memudahkan orang Islam membuat pelaburan ini.
6. Pinjaman ASB nie baik untuk memenuhi matlamat kewangan jangka panjang
contohnya untuk pendidikan anak-anak, melangsaikan hutang rumah
sekali gus.
7. Dengan perlindungan insurans, amount yang dipinjam tidak perlu dibayar sekiranya
terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada peminjam contohnya
kematian dan kecacatan kekal
1. Membuat pinjaman untuk pelaburan adalah sesuatu yang berisiko.
Tidak semua orang sesuai untuk mengambil risiko pinjaman untuk pelaburan
2. Prestasi ASB boleh berubah-ubah. Mungkin ada risiko pulangan rendah
3. Pinjaman ASB akan ditukar dalam bentuk sijil dan disimpan oleh pihak bank
4. Jika gagal membayar installment, maka bank akan menjual sijil ASB
Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin membincangkan perkara ini secara lanjut, sila buka topik di forum jutawanemas.com. Saya akan membantu menjawab persoalan anda.
Sama-samalah kita menjana kekayaan 🙂
Disclaimer: Posting ini bukanlah merupakan nasihat pelaburan. Cuma ikhlas nak berkongsi maklumat semata-mata. Anda dinasihatkan membuat pengiraan dengan teliti sebelum mengambil keputusan untuk mengambil loan ABS. Pendapatan ASB pada masa lepas tidak menjamin pendapatan pada masa hadapan. .