Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian?
Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya. Raya dah semakin dekat. Mood raya pun dah melekat.. bestnyer..
Jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Saya doakan kesemua pembaca saya semakin kaya dan semakin berjaya dengan emas.
Baiklah, pada 6/8/2012 saya telah menulis artikel bertajuk “Apakah sebab anda melabur dan menyimpan emas“ .
Saya telah berikan contoh 5 sebab dan saya anjurkan peraduan Kongsikan sebab anda melabur dan menyimpan emas.
Banyak sekali komen yang saya terima dan kesemuanya menarik-menarik belaka. Cuba anda lawati dan baca komen-komen yang diletakkan di ruangan komen.
Baiklah, sekarang saya akan berkongsi dengan anda tentang soalan-soalan yang perlu ditanya kepada diri anda sebelum membuat pelaburan emas.
Terdapat 6 soalan kesemuanya.
Soalan-soalan ini saya petik daripada buku Azizi Ali “Masa Untuk Emas : Bagaimana untuk melabur dalam emas dengan tepat dan mengelakkan kesilapan-kesilapan yang besar” (gambar atas).
Sebelum itu mari kita berkenalan dengan beliau. Siapakah Azizi Ali?
Gambar: Azizi Ali, lawati blog beliau di http://www.beahappymillionaire.com/
Beliau merupakan seorang penulis, penceramah dan jurulatih kewangan #1 di Malaysia.
Beliau telah menulis lebih 30 buah buku, bercakap kepada lebih 200,000 orang peserta dan sering muncul di media massa – semuanya dalam subjek kewangan dan penjanaan kekayaan.
Sebahagian daripada buku-buku tulisan Azizi Ali.
Kalau tuan-tuan nak jadi jutawan cepat, inilah orang yang boleh menjadi mentor anda (klik sini)
Sebelum membuat sesuatu pelaburan, anda perlu bertanya diri anda 6 soalan. Jawapan yang anda perolehi akan mendorong anda membuat keputusan yang lebih baik kerana ia membolehkan anda menilai pelaburan dari segi logik bukan menggunakan tekaan, mengikut emosi atau membuat keputusan dengan sesuka hati.
Jawapan pendek, tentulah nak buat untung. Tapi anda perlu bertanya diri anda dengan lebih mendalam. Apakah sebab anda melabur di dalam emas? Artikel saya “Apakah sebab anda melabur dan menyimpan emas” mungkin boleh membantu anda menjawab soalan ini.
Berapa lama anda boleh menyimpan wang di dalam pelaburan emas? setahun? Dua tahun? tiga tahun? 5 tahun? Selama-lamanya?
Gambar: Harga emas naik di dalam jangka masa panjang.
Untuk emas, sekiranya anda boleh menyimpan selama 2 tahun keatas, maka anda mampu menanggung risiko yang lebih tinggi kerana faktor masa berpihak kepada anda.
Sebaliknya jika anda hanya mempunyai masa beberapa bulan maka pelaburan emas dilihat kurang sesuai dengan anda. Ini kerana faktor masa tidak berpihak kepada anda.
Gambar: Harga emas boleh turun di dalam jangkamasa pendek.
Setiap pelaburan yang anda jalankan perlulah sesuai dengan kedudukan kewangan anda.
Kadang-kadang anda mungkin terlalu teruja dan membuat pelaburan emas yang tidak sepadan dengan kedudukan kewangan anda. Contohnya, jika anda pelabur hartanah, anda membeli hartanah yang terlalu mahal. Sewa yang diterima adalah lebih kecil daripada bayaran pinjaman bank menyebabkan anda menanggung masalah aliran tunai yang negatif. Walaupun anda boleh membuat bayaran bulanan namun ia akan menjadi bebanan kerana anda perlu memantau setiap sen belanjawan anda.
Kalau dalam emas pula, anda buat pinjaman dan kesemuanya dilaburkan ke dalam emas (dengan andaian harga emas sentiasa naik). Namun anda masih perlu membayar pinjaman tiap-tiap bulan. Kalau harga emas lambat naik maka anda kena cari jalan untuk membayar pinjaman tersebut. Takkan nak terus jual emas kot?
Kemudian, kalau anda terjebak dengan skim pembelian emas secara 30:70 ( bayar 30 peratus nilai emas, bakinya melalui pajakan emas di Ar-Rahnu), maka anda boleh rugi sekiranya harga emas tak naik. Ini kerana anda masih lagi perlu membayar upah simpan kat Ar-Rahnu.
Pastikan setiap pelaburan emas yang anda lakukan membolehkan anda tidur malam dengan nyenyak.
Jangan invest sampai tak boleh tidur.
Contohnya kalau beli emas berkilo-kilo tapi simpan kat rumah, confirm tak boleh tidur sebab risau. Jadi anda perlu sewa safe deposit box atau beli emas menggunakan akaun simpanan emas sahaja.
Apabila harga emas naik adakah emas tersebut mudah untuk dijual kembali? bagaimana dengan reputasi penjual? Ada jaminan belian balik tan?
Bagaimana dengan susutnilai emas ketika mereka membeli balik? Besar tak susutnilai tersebut?
Beli emas memang senang. Bayar ajer. Tapi ketika nak jual semula nanti adakah mudah? Apakah syarat-syarat yang mungkin dikenakan oleh penjual?
Contohnya kalau emas fizikal yang dijual oleh bank contohnya syiling Kijang Emas, UOB, Kuwait Finance House, Al-Rajhi Bank maka syaratnya ialah plastik tak boleh dibuka, tak boleh calar, goris, bengkok. Resit asal perlu ada. Ini anda kena tahu. Mana tahu kalau lipas makan resit anda dan bank tak nak terima sebab resit takder. Tak ker naya tu. Memang ler salah lipas tu… tapi bank nak terima ke?
Kalau kat kedai emas seperti Poh Kong, saya dimaklumkan kalau buka plastik @ hilang resit belian maka boleh ditolak sehingga 25% – 30%. Pergh!!
Adakah ada jaminan belian balik? Sebagai contoh Public Gold menawarkan jaminan belian semula pada harga belian balik walaupun emas mereka calar, goris, bengkok asalkan berat sama. Kalau hilang sijil ketulenan pun mereka tolak RM10 sahaja.
Itu dia pembaca sekalian kaedah ‘soal dan jawab’ Ianya mudah, senang dan paling penting ia membawa keputusan yang lebih baik berbanding melabur tanpa berfikir panjang. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua jenis pelaburan, bukan sekadar emas.
Jika anda berminat mendapatkan buku ini, anda boleh cari kat kedai-kedai buku terkemuka contohnya Popular dan MPH. Saya beli buku ini kat Popular bookstore.
Baiklah, itu sahaja buat kali ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Syukor Hashim
Admin jutawanemas.com