Temui Dato’ Salleh Majid di Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas – 16 Januari 2010

Nota admin: Seminar ini telah selamat dijalankan. Terima kasih kepada
mereka yang hadir.
________________________________________________________________________

tn_seminar_adsAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya kat sini, macam biasa lah.. sibuk dengan membaca, research dan aktiviti seminar peluang perniagaan emas Public Gold.

Sambutan orang ramai terhadap seminar dari Putrajaya, Sungai Petani, Butterworth, Kota Bharu dan Kuala Terengganu sangat menggalakkan.

Klik sini kalau nak tengok gambar (klik). So, saya penat sikitlah sekarang nie.. tapi happy 🙂

Baiklah, untuk pengetahuan anda, salah satu daripada rancangan TV yang berjaya memberikan kesedaran mengenai kepentingan pelaburan emas ialah rancangan Bijak Wang yang ditayangkan di TV3 (tayangan  pada 7 November 2009)

Topiknya ialah pelaburan emas.

Panel istimewa yang diundang  bagi  menjelaskan topik ini ialah Dato’ Mohd Salleh Abdul Majid (www.sallehmajid.com).

dato_salleh_bijak_wang

Beliau merupakan bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (sekarang dipanggil Bursa Malaysia). Dato’ Salleh Majid telah menjadi presiden BSKL selama 19 tahun ( daripada tahun 1984 sehingga 2003).

Di dalam rancangan tersebut Dato’ Mohd Salleh menyebut harga emas telah mengalami kenaikan harga sebanyak 250% sejak 5 tahun lepas.

harga_emas_5_tahun

Harga emas pada 4/1/2005 = USD426.80/Oz
Harga emas pada 6/11/2009 = USD1095.00/Oz
sumber rujukan: http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Jadi, sekiranya pelabur boleh membuat perbandingan antara pulangan amanah saham/fixed deposit dengan emas maka emas dilihat lebih menguntungkan.

Walaupun pulangan daripada pelaburan emas adalah tinggi, namun kesedaran terhadap pelaburan emas di kalangan rakyat Malaysia masih begitu rendah.

Dato’ Salleh turut menceritakan mengenai emas pelaburan yang terbaik iaitu wafer/jongkong 999.9 dan waktu terbaik membeli emas ialah pada bila-bila masa sahaja. Tak perlu tunggu harga emas turun.

Pelabur juga perlu mempunyai ilmu yang betul bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian. Ini boleh terjadi jika seseorang menjual emas/barang kemas kepada kedai emas dan akan dipotong sehingga 40% daripada harga emas semasa.

Nak jumpa Dato’ Salleh Majid?

me_and_dato_salleh
Gambar saya dan Dato’ Salleh Majid

Untuk pengetahuan anda saya telah mendapat peluang berjumpa face to face dengan Dato’ Salleh Majid. Jadi saya ambil peluang ini untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pandangan mengenai masa depan emas, situasi ekonomi dunia dan juga pasaran saham.

Memandangkan Dato’ Salleh merupakan pakar di dalam bidang pelaburan dan juga saham, memang best dapat berjumpa beliau 🙂

Nanti saya akan tulis satu artikel pasal pengalaman saya berjumpa dengan Dato’ Salleh Majid.

Bila anda boleh berjumpa Dato’ Salleh Majid?

Anda berpeluang berjumpa beliau pada 16 Januari 2010 nanti. Ini kerana Dato’ Salleh Majid akan menjadi penceramah di dalam seminar yang dianjurkan oleh Public Gold.

seminar_ads

Tema seminar tersebut adalah: Krisis Kewangan dan Peranan Emas.

Dato’ Salleh Majid akan membuat pembentangan yang bertajuk  “Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan”

Anda akan berpeluang mendengar dan bersoal jawab dengan Dato’ Salleh.

Maklumat lanjut seminar ini adalah seperti berikut:

seminar_emas_ads

 

 

 

 

.

Bagi mereka yang minat mendapatkan ilmu mengenai emas. Saya nasihatkan anda menghadiri seminar ini.

Jika anda berminat menghadiri seminar ini, sila hubungi saya melalui contact form disini (klik sini) atau sms 013-2126999/013-3819901. Untuk maklumat pembayaran, sila rujuk kat cara-cara mendaftar seminar kat bawah.

Memandangkan tempat yang terhad kepada 500 tempat, maka sesiapa yang berminat perlu mengambil tindakan cepat untuk booking tempat.

Senarai penuh penceramah dan topik seminar.

Selain daripada Dato’ Salleh Majid, terdapat ramai lagi pakar-pakar yang akan turut hadir memberikan ceramah di dalam seminar ini.

Antaranya ialah:

dato_salleh
YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

 

dr_kameel
Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera
Faculti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 Dan Emas

 .
.

louis_ng

Louis Ng.
Pengerusi Eksekutif,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

 
.

nik_mahani
Nik Mahani Mohamed
Pengarah Eksekutif,
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini

 

syukor
Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com 
Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

 

 Cara-cara mendaftar seminar ini.

Jika anda berminat menyertai seminar ini, sila ambil langkah-langkah berikut:

1. Bank-in yuran pendaftaran RM50 ke dalam salah satu akaun berikut:

1. Maybank 554110101693 Jutawanemas Trading
2. CIMB 04060067201528 Syukor bin Hashim
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

2.  E-mailkan bukti pembayaran kepada admin@jutawanemas.com ataupun melalui
     contact form ini (klik sini) . Sertakan nama penuh, nombor telefon/email anda.

3. Selepas menerima bukti pembayaran, saya akan berikan pengesahan
    pendaftaran anda.

4. Selesai. Itu sahaja.

Kesimpulan:

1. Seminar yang julung kalinya dianjurkan ini sangat bermanfaat.
   Anda mesti menghadiri seminar ini jika berminat untuk mengetahui mengenai
   situasi ekonomi dunia dan juga peranan emas.

2. Bayaran RM50 nie memang sangat murah jika dibandingkan dengan jumlah
    ilmu yang anda akan perolehi. Berbaloi sangat.

3. Jika anda terlepas seminar nie… memang rugi sebab susah nak dapatkan
     penceramah-penceramah yang hebat-hebat ini ini dalam satu masa.

Ok then, semoga kita dapat berjumpa di dalam seminar ini 🙂

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.
Cuma masukkan emel anda ke dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
Ianya adalah FREE.
♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.