Untuk memaksimakan keuntungan, belajar berniaga emas!

jadi_dealer_public_goldApabila membeli emas, anda pasti mahukan keuntungan dengan cepat bukan?

Membeli emas akan menguntungkan anda di dalam jangka masa panjang.

Namun, ada lagi satu cara untuk untung cepat dengan emas, iaitu dengan menjadi agen/dealer Public Gold.

Ini kerana, anda akan mendapat banyak kelebihan.

Antaranya, agen boleh untung walaupun harga emas naik atau turun.

Kelebihan ini tidak akan anda perolehi jika anda sekadar menjadi penyimpan emas.

Saya akan huraikan dengan terperinci tentang kelebihan menjadi seorang dealer@agen Public Gold.

Syarat untuk menjadi dealer adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu membuat pembelian emas/perak fizikal sebanyak RM30,000 di dalam satu resit.
  2. Menyertai apa-apa promosi bulanan yang ditawarkan oleh Public Gold (contohnya belian RM10 ribu GAP layak menjadi dealer)
  3. Anda boleh hubungi saya di 013-2126999 untuk bertanya tentang promosi semasa.

Pembelian pertama akan melayakkan anda mendapat status dealer.

Pembelian kali kedua dan seterusnya, anda akan mendapat diskaun antara 1% sehingga 1.5% dari jumlah pembelian.

Apakah kelebihan menjadi agen Public Gold?

Kelebihan pertama: Diskaun 1% sehingga 1.5% untuk pembelian diri sendiri.

Public Gold akan mengira jumlah belian anda sepanjang bulan dan akan masukkan nilai diskaun belian ke dalam akaun bank anda pada 20 hb bulan berikutnya.

Contoh, katakan nilai pembelian anda sepanjang bulan Januari adalah sebanyak RM20,000 maka diskaun 1% (RM200) akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 20 hb Februari.

p/s: dah ler harga emas Public Gold lebih murah dari kedai emas. Anda dapat lagi diskaun. pergh!!! laagi untung!

Kelebihan kedua: Rebat 0.3% daripada harga emas, apabila anda menjual semula emas kepada Public Gold.

Agen Public Gold akan mendapat rebat sebanyak 0.3% setiap kali mereka menjual balik emas kepada Public Gold.

0.3

Contohnya, anda telah menjual balik emas 100 gram pada harga RM16,567.00

Public Gold akan memberikan rebat berjumlah 0.3% daripada nilai jualan anda iaitu RM16,567.00 iaitu RM49.70

Rebat ini akan dimasukkan kedalam akaun bank anda pada 20 hb bulan berikutnya.

Kelebihan ketiga: Komisyen jika anda memperkenalkan pelanggan baru kepada Public Gold.

Setiap kali agen MEMPERKENALKAN pelanggan baru kepada public gold, maka agen akan dapat komisyen 1% daripada nilai pembelian customer tersebut.

Setiap kali pelanggan tersebut membuat ulangan belian, maka agen yang memperkenalkan pelanggan tersebut tetap akan mendapat komisyen sebanyak 1%.

Agen tidak perlu menjual emas. Sekadar memperkenalkan pelanggan baru sahaja.

Di sinilah terletaknya kekuatan Public Gold.

Kerana pada tahap ini anda sudah mula menikmati pendapatan pasif (daripada komisyen pembelian customer anda)

Agen akan menikmati pendapatan pasif.

PASSIVE_INCOME

Contoh: Andaikan anda mempunyai 500 orang pelanggan dan mereka membeli emas/perak dengan jumlah RM100,000 pada bulan ini.

Maka anda akan mendapat komisyen 1% (RM1000) pada bulan depan.

Anda sudah menikmati pendapatan pasif dengan hanya memperkenalkan pelanggan baru kepada Public Gold.

Jika pelanggan anda berulang-ulang membeli emas, maka anda tetap akan mendapat komisyen 1% daripada pembelian mereka sehingga bila-bila.

Kelebihan keempat: Boleh membeli balik emas daripada pelanggan pada harga PG BUY.

Sebagai dealer, anda dikira sebagai wakil Public Gold.

Antara kelebihan besar menjadi wakil Public Gold adalah anda boleh beli balik emas pelanggan pada harga PG BUY.

buyback

Sebagai contoh, jika anda pelanggan yang ingin menjual emas 50 gram kepada anda, maka anda boleh membeli emas tersebut pada harga RM8613.00

Bayangkan lepas tu ada customer nak beli sekeping 50 gram. Anda boleh jual pada harga semasa RM9211.00.

Boleh untung RM598.00

Saya telah menjadi agen Public Gold. Ada tak sebarang latihan yang diberikan?

Ya sudah tentu ada.

Agen Public Gold boleh menghadiri beberapa latihan yang disediakan oleh pihak Public Gold.

Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan tentang cara membangunkan business Public Gold dengan betul.

Antara latihan yang disediakan adalah:

  1. SIP (Sales Incentive Program)
  2. Jutawanemas Leadership Training (JLT)
  3. PG1System meeting

p/s: Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang mentor dan speaker untuk program latihan agen Public Gold 🙂

Jadi, saya mempunyai pengalaman yang luas dalam membantu anda berjaya di dalam business ini.

Gambar-gambar SIP (Sales Incentive Program)

[Best_Wordpress_Gallery id=”10″ gal_title=”Sales Incentive Program (SIP)”]

Gambar-gambar Jutawanemas Leadership Training

[Best_Wordpress_Gallery id=”9″ gal_title=”Jutawanemas Leadership Training”]

Gambar-gambar di seminar PG1System

[Best_Wordpress_Gallery id=”11″ gal_title=”PG1System meeting”]

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.

Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya dengan menghantar pertanyaan (klik sini) atau sms saya di 013-2126999.

Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi pelabur + peniaga emas yang berjaya.

 

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.