Ebook

Pendaftaran Dibuka: Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas 11 Februari 2012.

Ditulis pada 21 January 2012 – 3:51 am | oleh syukor |


Nota admin:Jadual seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold untuk
bulan Februari 2012 sudah dikeluarkan. Anda boleh download jadual
seminar tersebut di dalam bentuk PDF (klik sini utk download)
________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya dan Shufaad doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira adanya 🙂

Baiklah, untuk tahun ini apakah matlamat pelaburan emas anda?

Jika anda berhasrat untuk memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas maka saya ucapkan tahniah!

Ini kerana artikel kali ini lebih menjurus kepada bagaimanakan cara memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas bagi tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Prestasi harga emas sepanjang tahun 2011.

Jika anda perhatikan graf harga emas untuk tahun 2011, anda dapati pergerakan harga emas sangat menarik.

Daripada awal tahun 2011 sehingga 6 September 2011 harga emas naik sehingga 30.51% ( garisan biru bertanda A).

Banyak tu 🙂


Gambar: Graf harga emas sepanjang tahun 2011.

Kemudian dari harga puncak tersebut harga emas telah mengalami penurunan sebanyak 17.2%  (garisan hitam)

Dengan kata lain, jika anda mengukur pencapaian tahunan emas maka tahun 2011 harga emas mencatat kenaikan sebanyak 13.31% sahaja (garisan hijau B)

Jadi apakah rahsia memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda?

Salah satu rahsia untuk memaksimakan pulangan adalah anda perlu menjadi pelabur aktif. Anda perlu peka terhadap pergerakan harga emas dan bersedia menjual emas anda apabila harganya mencecah ketinggian tertentu.

Sebagai contoh, dengan menggunakan garisan trendline anda boleh melihat garisan kenaikan harga emas dengan mudah.

Trendline dan historical price merupakan kaedah favourite saya bagi menentukan bilakah masa yang sesuai untuk membeli@memborong emas dan bilakah masa terbaik untuk menjual emas.


Gambar: Trendline dapat dilukis dengan mudah menggunakan perisian Meta Trader.

Untuk menjadi pelabur aktif, kemahiran analisis teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4 sangat penting.

Ia membantu anda menganalisis pergerakan harga emas dengan lebih mudah.

Ingin belajar kemahiran analisis teknikal?

Jika anda ingin mempelajari kemahiran analisis teknikal, anda boleh mendaftar untuk menyertai seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas yang akan dianjurkan pada 11 Februari 2012 (sabtu) di CITITEL Midvalley Hotel KL.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 11/2/2012 (Sabtu)
Tempat: Tingkat 5, Seminar room, Hotel Cititel Midvalley Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi – 5 petang.
Yuran penyertaan: RM300 untuk seorang peserta.
Contact person: Shufaad: 016-6447174
Special gift:Indicator Meta Trader 4 bernilai RM176 untuk setiap peserta
Bilangan tempat: 40 tinggal 25 tempat lagi.


Peserta-peserta seminar sedang belajar.

Siapa yang patut hadir ke seminar ini?

1. Mereka yang ingin mengetahui apakah itu pelaburan emas?
2. Mereka yang ingin tahu emas yang paling sesuai untuk pelaburan
2. Mereka yang tahu sikit-sikit pasal emas dan nak tahu dengan lebih banyak
3. Mereka yang ingin tahu bagaimana menjana keuntungan dengan emas.
4. Mereka yang ingin tahu mengenai teknik-teknik menganalisa harga emas dunia
5. Mereka yang ingin tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Pendek kata, kalau anda meminati emas, anda disarankan hadir ke seminar ini.

Best nie 🙂

Isi kandungan seminar ini:

Penceramah: Syukor Hashim

1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
2. Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia
3. Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas.
4. Bagaimana mengelak daripada terjerumus dengan skim pelaburan emas.

Penceramah: Noor Shufaad b. Md. Norani

1. Analisis Teknikal harga emas menggunakan Meta Trader 4.
2. Memulakan Program Meta Trader 4
3. Analisis pergerakan harga emas menggunakan tools dan indikator asas MT4

Pecahan topik kecil analisis teknikal:

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas.
  • Candlestick pattern dan formation.
  • Mencari Support dan Resistance menggunakan Fibonacci dan Price Action.
  • Membaca laporan pakar analisis teknikal harga emas.

Anda boleh membaca maklumat lanjut di dalam blog saudara shufaad di www.melakafx.com

Nak tengok video kelas analisis teknikal yang sebelum ini? Anda boleh klik video dibawah 🙂

Special requirement untuk peserta seminar:

1. Sila bawa laptop/notebook sendiri untuk topik analisis teknikal.
2. Sila bawa plug extension – in case anda perlukan kuasa elektrik untuk  notebook anda.
3. Internet disediakan, tapi kalau anda ada mobile broadband maka sila bawa ke seminar.
4. Sila download dan baca nota persediaan sebelum seminar (klik sini)
5. Sila install perisian Meta Trader 4 di dalam notebook anda dan customize.
6. Digalakkan anda bawa mouse/tetikus sebab ia memudahkan anda nanti.

Pembayaran yuran penyertaan.

Untuk hadir ke seminar ini, anda boleh bank in ke dalam akaun bank berikut:

1. Maybank 554110103311 Jutawanemas Consulting
2. CIMB 04050000216101 Jutawanemas Consulting
3. Public Bank 4500959623 Syukor bin Hashim

p/s: Sila bawa dan serahkan bukti pembayaran kepada staff kaunter pendaftaran pada hari seminar ie. slip bank in, ATM transfer, Cash deposit slip atau internet banking slip

Selepas bank in, apakah tindakan anda?

Selepas anda bank in, sila klik ikon online contact form dibawah dan masukkan butiran-butiran peserta dan bayaran:

Contohnya:

Selepas itu anda akan mendapat balasan email daripada saya mengatakan pendaftaran seminar anda berjaya.

Selepas itu, kita jumpa di seminar 🙂


Jumpa disana.

p/s: Dapatkan update daripada blog ini secara percuma. Langgan newsletter blog jutawanemas.com. Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
2. Berminar mengetahui rahsia pelaburan emas. Dapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” klik sini (klik)
3. Kongsikan ilmu emas dengan rakan-rakan fb anda. Klik ikon recommend kat bawah sana. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

.

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas