Ebook

Faktor yang mempengaruhi harga emas dunia

Ditulis pada 25 August 2008 – 5:54 am | by syukor |


Pesanan: Jangan lupa melanggan newsletter JutawanEmas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat maklumat semasa
mengenai emas dan info pelaburan emas dari blog ini. 

Salam sejahtera untuk semua pembaca.

Sekarang saya ingin berkongsi satu topik yang menarik dan ramai pembaca blog jutawanemas meminta saya menulis mengenainya.

Tajuknya: Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas dunia?

 

Topik ini huraiannya sangat panjang, tapi saya ringkaskan untuk memberi kefahaman kepada anda semua.

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan emas di pasaran dunia.

Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.
Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/

Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di pasaran dunia. 

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).

Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Ok, Kalau anda ingin tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London)  dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Ok, itu sahaja maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi harga emas. Jika ada soalan, sila letakkan di bahagian komen atau ruangan sembang-sembang emas.

Jika anda berminat dengan bacaan mendalam, sila download fail PDF ini:

1. Gold Market Knowledge – Supply and demand (Download)
2. Gold Prices and Pricing (Download)

Rujukan laman web:

1. http://www.marketknowledge.gold.org/

Bacaan berkaitan membeli emas:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 94 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 9 Responses to “Faktor yang mempengaruhi harga emas dunia”

  2. By pjaya on Aug 25, 2008 | Reply

    Salam,

    Boleh tak tolong huraikan hubungkait kenaikan/kejatuhan nilai matawang dunia (US Dollar esp) terhadap harga emas di Malaysia.

    reply: Harga emas adalah berkadaran secara negatif dengan USD. Jika keyakinan pelabur terhadap USD tinggi maka harga emas akan menurun, jika keyakinan terhadap USD menurun maka harga emas akan meningkat.

  3. By billy joe on Aug 26, 2008 | Reply

    salam..

    takkan faktor kekukuhan dolar us & penurunan minyak dunia takde kene mengena langsung dgn harga emas semasa?

    reply: Harga komoditi memang ada hubungkait dengan USD. Bukan setakat emas sahaja. Nie boleh tulis satu lagi topik, tapi rasanya macam boring jer tajuk nie…

    Buat masa nie saya nak tumpukan pada pelaburan emas di Malaysia

  4. By Mirej08 on Aug 27, 2008 | Reply

    Salam,

    Melalui youtube, ade satu rancangan bussiness talk (mungkin rancangan dr US) membincangkan kaitan peningkatan mendadak emas pd awal tahun ini. Kalau tak silap sy youtube bertajuk 'US dollar v/s gold'. Kat situ ade membincangkan mengenai pemegang US dollar yg membeli emas secara panik dan mnyebabkan USD semakin melemah dan harga emas naik mendadak. Selain itu ade juga membincangkan mengenai permintaan rakyat India menjelang satu perayaan yg disambut setiap tahun antara pertengahan bulan April dan Mei. Just info utk kongsi bersama.

    Info yg bagus dr penulis, tanx. Pd pendapat sy jika dpt disentuh sekali mengenai kaitan dngn harga komoditi dan kaitan dngn faktor kelemahan sistem kapitalis sekarang pasti lebih menarik.

    Dalam Islam juga bnyk menyentuh mengenai emas. Sy juga tercari2 artikel2 mengenai perkara ini.

    reply: Salam Mirej08,

    Terima kasih atas cadangan saudara. Memang saya bercadang untuk menulis topik tersebut, tapi bukan dalam jangkamasa terdekat. Buat masa nie saya ingin tumpukan kepada topik-topik berkaitan pelaburan emas di Malaysia. Setelah itu, baru saya tulis topik yang agak berat macam topik diatas.

  5. By Hasbullah Pit on Aug 28, 2008 | Reply

    Salam kenalan Jutawan Emas

    reply: salam perkenalan en. Hasbullah. Orang Melaka ke?

  6. By Dazrul on Oct 4, 2008 | Reply

    Assalamualaikum,

    saya nak tanya tentang pengalaman penjualan kijang emas. kan kite boleh juat di maybank atau orang persendirian kan? Untuk kes jual kat individu ni, pernah x ade kes kene tipu ke kene rompak? Untung mungkin lebih, tapi risiko lebih tinggi. just nak tahu pengalaman orang lain je. terima kasih

    Reply: Emas kijang emas nie boleh dijual kat maybank atau orang persendirian. Tentang kena tipu atau rompak, saya tak pernah dengar lagi. tapi nasihat saya, kalau deal dengan emas nie.. berhati hati..

  7. By gurl on Mar 17, 2009 | Reply

    could somebody please help me.. i need to know all the categories of gold and briefly explain to me..i need the info..

    Thanks..

  8. By zulfaizuddin on Mar 17, 2009 | Reply

    Gurl,

    Currently there are 3 types of gold which are gold coins, gold bars and dinars. Both of them can be bought and sell at certain places e.g. UOB Bank, Public Gold and Ar-Rahn PKB

  9. By maya on May 6, 2009 | Reply

    Abg Syukor,

    terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).

    Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank.

    – kalau beli emas di Malaysia , harga ikut pasaran mana ? London ?

    – adakah pasaran di New York , Hong Kong dan Zurich berbeza-beza harganya ?

    – harga di kitco averange atau di NY aje ?

    Reply: Harga emas harian dibuka dipasaran London. Kemudian pergerakan harga bersambung ke pasaran seterusnya seperti New York, Hong Kong, Zurich. Teknologi yang digunakan untuk menentukan turun naik harga emas ialah melalui sistem ACCESS, iaitu sistem perdagangan yang menggunakan teknologi internet. Details baca kat sini:
    http://www.nymex.com/how_exchang_works.aspx?pg=3
    Kalau beli emas di Malaysia contohnya Public Bank, Maybank, Public Gold, Kijang Emas, memang akan berpandukan harga emas semasa. harga emas setiap pasaran adalah sama kerana berkai dengan sistem ACCESS nie. Kalau tak sama, susah diorang nak berurusan.

  10. By mariany on Sep 9, 2009 | Reply

    saya mau tanya,
    faktor yang mempengaruhi harga emas dunia tuh kurs dollar , bukan ?apa hubungannya diantara harga emas dunia dgn kurs dollar ?

    reply: Ya, harga emas berhubungan secara negatif dengan USD. kalau USD menguat maka harga emas turun, begitu sebaliknya.

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan Newsletter blog Jutawanemas.com PERCUMA!

Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas

Ingin belajar ilmu emas PERCUMA? klik gambar.




Jutawanemas FB Page

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca