Ebook

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas Part 1

Ditulis pada 22 September 2008 – 6:33 am | by syukor |


Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya pasti anda semua ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan melalui aktiviti jual beli emas.

Memandangkan terdapat banyak cara membuat keuntungan daripada business emas nie, maka saya kupas topik ini kepada beberapa bahagian. Ini ialah bahagian pertama artikel ini.

Untuk pengetahuan anda, berapa banyak pendapatan yang anda akan perolehi daripada aktiviti trading emas ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

1. Ilmu pengetahuan anda berkenaan emas
2. Modal yang anda ada
3. Networking anda (berapa ramai supplier, buyer dan investor yang anda kenal)
4. Kejujuran/trustworthy (sejauh mana orang percaya kat anda)

Ok, sekarang kita lihat antara kaedah buat duit dalam trading emas nie:

Kaedah Pertama:

Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.


Emas fizikal pilihan; syiling emas, Dinar dan gold Bar.

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya, PAMP Suisse gold bar kemudian simpan.

Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas dan mendapat keuntungan.

Contoh bagi Kijang Emas:

Berdasarkan kepada jadual diatas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan :)

Kebaikan:
1. anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi :)

Kelemahan:
1. Kalau anda nak pakai kaedah beli harga rendah dan jual harga tinggi utk jangkamasa pendek, maka tak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas nie produk yang hot. Selalu out of stock. So takut nanti bila nak beli balik stok dah tak ada.

 

Kaedah kedua:

Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli syiling emas 1Oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas dari UOB Bank atau Dinar Emas.

 

Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak :)

Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan.

Untuk maklumat lanjut, sila refer posting saya yang bertajuk:
Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?

 

Kaedah ketiga:

Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia
(spot gold + exchange rate bank + untung bank).

Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.

Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.

hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:

Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

 

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram


Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!

Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008
(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka

anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27


Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!

Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
(RM10.28 x 300 gram = RM3084)

Kalah dividen setahun ASB betul tak? :)

Jika anda nak tahu harga semasa Gold Investment Account Public Bank
klik sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Kebaikan:
1. Takder masalah stok abis. Mudah dibeli dan dijual balik kat bank.
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia, so anda mudah nak pergi beli
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang emas akan naik harga, so cepat atau lambat anda tetap akan untung.

Kelemahan:
1. Kena pandai baca timing, bila nak beli dan bila nak jual. Anda kena peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan. Once anda dah mahir timing.. hehehe.. anda akan kaya (err.. tengok modal jugak lah..)

Ok, itu sahaja untuk part 1.

Diharap anda bersabar menunggu artikel part 2: Keuntungan lumayan melalui trading emas. Tekniknya lebih sofistikated.

Ok then, selamat berpuasa. Hari raya dah dekat :)
Jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Terima kasih atas sokongan anda.

p/s: Jika anda suka membaca artikel blog jutawanemas.com ini,
harap dapat subscribe newsletter jutawanemas.com
anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 94 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 56 Responses to “Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas Part 1”

  2. By amir on Sep 22, 2008 | Reply

    nak tambah satu point lagi, pros & cons emas fizikal berbanding akaun emas:

    keselamatan:

    emas fizikal – anda simpan sendiri, kalau hilang / kena rompak kira nasib badan la… (aku dah pernah kena rompak sekali.)

    akaun emas – bank tolong simpan (dia cover balik kos simpan tu drpd beza harga dia beli & harga dia jual, ada bank mmg charge kos simpanan)…

    kesesuaian beli utk emergency (perang, perang saudara, ekonomi meleset, dsb):

    emas fizikal – anda yg simpan so kalau terdesak boleh trade utk dpt benda lain, pada masa yg sama duit kertas mungkin dah susut nilai gila2 sampai secupak beras pun RM1 juta (cth: zimbabwe)

    akaun emas: kalau setakat ekonomi meleset sedikit, bank still boleh diharap lagi utk pulangkan simpanan emas kita (dlm bentuk fizikal atau nilai ringgit). kalau ekonomi meleset teruk, ataupun perang meletus, bank2 muflis, sayonara la emas kita tu…

    ps: malaysia muda lagi, tak pernah la berlaku teruk sgt mcm kat atas tu, tp kat US, europe dsb mmg dah pernah jadi.

    reply: terima kasih atas makluman. satu ilmu yang baik untuk dikongsi bersama-sama.

  3. By Taufique on Oct 1, 2008 | Reply

    btw, public bank's gold rates are better than maybank's gold savings passbook rates. Maybank is too expensive. for example

    today's selling price : maybank 106.04, public bank 101.58 per gm.

    reply: Yup, that's correct :)

  4. By gold on Oct 5, 2008 | Reply

    Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

    Nampak lebih menarik dari segi keuntungannya jauh lebih besar berbanding kita buat cagaran seperti 1x100g sebulan baru dapat dapat RM300.

    reply: Kalau harga emas naik, memang untung lebih besar… macam program cagaran etika emas tu, kira pulangan dier fixed. pilihlah yang mana satu idaman kalbu :)

  5. By nuzilan on Oct 13, 2008 | Reply

    asm..

    saya nak tanya. ada kawan beritahu kat kelantan ada satu bank atau organisasi yg menjalankan perniagaan jual beli emas ni betul ke? kat mana tu ada contact tak? saya org kelantan so senang sikit kalau boleh buat urusan kat kelantan jer..

    tq

    Betul: Namanya Permodalan Kelantan Berhad, buat bisnes dinar emas kelantan.

    Baca kat sini: <a href="http://jutawanemas.com/v1/?p=146” target=”_blank”>http://jutawanemas.com/v1/?p=146

  6. By Tok.Ou on Oct 14, 2008 | Reply

    Blog ni banyak maklumat la…nanti nak beli ni…

    Ni ada maklumat tentang BULUHMAS

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&a

    reply: Buluhmas nie dah masuk kategori skim cepat kaya. itu yang kena ngan bank negara tu.

  7. By OrangTua on Oct 16, 2008 | Reply

    Itu hari ada promosi beli dari Dinar Emas. Lepas tu call promotor, tapi tak jawab2. Kaedah simpan yg syarikat tu promote macam boleh buat duit. Dah nak buat loan bank, tapi sebab tak follow up dgn promotor (Advisor), terus sejuk.

    Apa nasihat anda?

    reply: Banyak cara beli emas nie. Baca semua info dalam blog ini, then pilihlah yang mana satu berkenan. Selamat membeli emas :)

  8. By dynn on Oct 16, 2008 | Reply

    Pelaburan emas yg disarankan disini tak de kena mengena dengan skim cepat kaya.

    Sebab tu kena faham antara skim cepat kaya dengan pelaburan yg sebenarnya.

    Bukan senang nak senang…tapi nak susah senang jer.

  9. By Jabreh Kangit on Oct 25, 2008 | Reply

    A.salam ww.

    Saya tidak ada pengetahuan langsung mengenai pelaburan khususnya Gold Investment Account (GIA). Oleh itu, tolong jawan soalan-soalan berikut untuk membantu saya memahami sedikit apa itu GIA?

    1. Kita beli bila harga emas rendah dan jual bila harganya naik. Berapa kali kita boleh membeli dan menjual dalam seminggu? Atau sebulan ?

    reply: Kita boleh beli dan jual tak kira masa, asalkan waktu tu Public Bank beroperasi.

    2. Tolong terangkan sedikit sebanyak bagaimana jual beli emas dilakukan?

    i. Adakah saya jualbeli di kaunter bank? Bagaimana? Adakah bila saya beli, duit saya dimasukkan di bank dan bila saya jual, wang saya di bank itu dikeluarkan? Begitu ke cara jual beli emas ni? Tolong jelaskan sedikit.

    reply: Bila anda membeli emas, anda bayar duit kepada staff kaunter dan nilai pembelian akan direkodkan ke dalam buku GIA anda. Apabila jual emas pula, maka anda akan dibayar cash oleh staff kaunter bank.

  10. By azam575 on Oct 27, 2008 | Reply

    Salam,

    bro Jabreh… hehehe.. aku dah bukak GIA nie.. dah dekat 95gram aku dah labur hehehehe :D … aku apply teknik MM forex hehehehe :D

    Tunggu emas naik…. kalau turun …. masuk lagi :D .. InsyaLLAH tak MC mcm forex…

    Skang nie tengah dok buat DD pasal Public Gold House…. harap tuan punay blog bleh tolong siasat

  11. By deena on Oct 28, 2008 | Reply

    Alhamdullilah, setelah sekian lama mencari peluang & setelah sekian kalinya rugi, akhirnya saya nampak sinar baru dlm biz jual beli emas ini. T.Kasih atas ilmu yg dikongsi. Skrg tak sabar2 nak keluarkan duit ASB tapi kena tngu hubby dulu sbb takut nak amik cash sorang2 kat bank. Pas tu nak g ke Public Bank. T.Kasih sekali lagi.

    reply: Tahniah sebab mulakan pelaburan emas anda,

    harap bersabar.. dan sampaikan salam kat hubby u :)

  12. By Jabreh on Oct 29, 2008 | Reply

    Tolong jawap soalan-soalan berikut:-

    1. Business GIA ni, boleh ke jualbeli melalui internet? Maksud saya di Public bank tu ada ke kemudahan jualbeli emas melalui internet? Kalau ada, bagaimana?

    reply: Tak ader :(

    2. Dalam Jual beli emas ni ada ke berlaku loss atau MC seperti dalam trading forex..?

    reply: Tak ader jugak :)

  13. By Master Zen on Oct 29, 2008 | Reply

    Pn Deena,

    Wang simpanan ASB tu ngapa tak di OD kan dulu? Nanti pasti akan lebih menarik… ASB-OD-Emas-ASB. Ish, memang syok!

    Bro Jabreh,

    Saya cuba jawab ye:

    1. Tiada transaksi internet pd masa skrg. Nak beli kena pi kaunter.

    2. Tiada MC di sini. Jgn lupa kita invest emas!

    reply: Terima kasih atas maklumat

  14. By zawiah on Oct 30, 2008 | Reply

    yerpp…langkah yg betul master zen…

    duit buat duit…

  15. By nurul on Nov 1, 2008 | Reply

    saya byk melabur dlm unit trust public mutual…dah 2 tahun…apa yg dpt sakit jiwa bila makin hari makin turun rege dia…saya dah masuk gak GIA ni tapi sekit je la sbb modal yg ade terhad. skrg ni saya cuma berharap harga PM naik balik sama harga saya beli dan nak jualkan semuanya…dan labur semua dalam GIA…nak tunggu naik tu ler…seksa jiwa raga ni…

  16. By SYAH on Nov 3, 2008 | Reply

    ramai org salah anggap..

    ms unit trust tgh meletup dulu ramai yg sanggup melabur walaupun harga/modalnya mahal..

    sebenarnya x rugi pn masuk unit trust skrg..

    time harga tgh rendah nie laa kita boleh beli byk utk dapatkan unit yg besar..

    semasa ekonomi meleset nie sape yg ada byk cash dia laa paling berkuasa dan beruntung sbb berpeluang beli saham2 atau apa shj pelaburan yg berpotensi di masa2 depan dgn banyak dan harga yg murah..

    ekonomi x selamanya meleset satu ms dia akan naik jgk..

    masa tu sape yg melabur ms ekonomi gawat nie akan tsenyum dgn tindakan menentang arus yg dh dibuat..

    jgn menyesal dgn pelaburan yg dh dibuat hanya masa yg akan tentukan saat kebangkitannya..

    reply: Apa sahaja pelaburan akan mendatangkan keuntungan jika anda ada ilmu mengenainya. Ini termasuklah saham, unit trust dan juga precious metal. Cuma untuk memaksimakan keuntungan pelabur kena tengok situasi semasa. Yang penting sekali, jadilah pelabur berilmu :)

  17. By im on Dec 16, 2008 | Reply

    Saya ada terbaca pandangan Ustaz Zaharuddin mengenai GIA ni. Ada keraguan dari hukum syara'. Klu beli yg physical gold tu ok kot. Apa pandangan sahabat semua? Saya cuma nak pastikan yg rezeki kita tu tak syubahah.

    reply: Public Bank GIA ialah perbankan konvensional. Lagipun tak dapat emas fizikal. so better tinggalkan. beli ajer emas fizikal.

  18. By azam on Dec 23, 2008 | Reply

    klu nk jual emas sye nk beli….916 segrm rm78

    hari nie la….

  19. By dian on Dec 24, 2008 | Reply

    kalu sdr azam nak beli 78 saya sanggup beli 80…..

  20. By John F.Robo on Jan 28, 2009 | Reply

    Salam Emas dahsyat,

    Brapa harga emas di malaysia per gram ? di Indonesia sekitar Rp.250.000,- (dua ratus lima puluh ribu rupiah.

    Pertanyaan .

    Harga emas dunia kan cuma usd.890/ons. Mengapa di Indonesia emas sangat tinggi harganya ?

    terima kasih atas jawabannya.

    John

    surabaya/indonesia

  21. By SepulTura on Jan 28, 2009 | Reply

    Bapak John,

    Kalau harga di Indonesia Rp. 250k saya pikir begitu murah bukannya tinggi…. Skrg harga emas di toko emas di sini sekitar rm111 (~Rp. 333k) untuk emas 916. Jika begini saya mahu ke sanalah borong emas! Hahaha…

  22. By azlan on Feb 26, 2009 | Reply

    solan sy sesuai ke beli emas pada masa ini harga 118

  23. By akmalun nisa on Feb 26, 2009 | Reply

    salam..saya nk tanya..

    kalo simpan kijang emas or other gold bar kena zakat emas x??

    kalo ada dlm 1 Oz kena x??

    kalo kena, 1thn dlm brapa % kena zakat??

  24. By Will on Feb 28, 2009 | Reply

    Master Zen,Zawiah

    Tolong terang cara ASB-OD-EMAS-ASB.

    Sy baru nak cebur bab2 mlabur ni.

    Kenalan, musykil nak tahu,adakah RM10 will be levied klu semasa ptengahn tahun, balance acc dalam GIA falls below 10g but at year end sy kekalkan above 10g.?

  25. By hisam on Mar 14, 2009 | Reply

    nak tanya..

    kalau guna acc GIA, setiap hari kena pergi ke bank untuk buat urusniaga ke? maksudnya.. bila harga tinggi jer.. cepat-cepat ke bank untuk jual, masa harga rendah jer kita cepat-cepat ke bank utk beli emas.

    bagaimana kalau beli dan simpan jer? pastu top-up dan biarkan jer…

    tolong bantu saya..

  26. By tuan guru on Mar 14, 2009 | Reply

    nampak gayanya cam tulah bro. tapi kita tgk pergerakan harga emas tu kat laman web public bank lu dah 2 hari harga naik maka juallah keuntungannya kalau dah 2 hari asyik turun je belilah. sy cadangkan ambl masa sikit utk berada kat p bank tu utk monitor harga emas tp jag biarkan aje emas tu kat situ sbb gia x de dividen

  27. By tuan guru on Mar 14, 2009 | Reply

    nk menceburi bidang ni kena ada disiplin dan komitmen yang tinggi

  28. By lochoe on Mar 16, 2009 | Reply

    sesiapa yang dah melabur dengan emas fizikal, samada mana2 bank, ar-rahnu, jika berminat untuk menjual emas untuk mendapatkan tunai dengan segera, boleh hubungi hafizjewel.com (0123349940), kami membeli emas fizikal pada harga tertinggi, anda juga boleh layari laman web http://www.hafizjewel.com

  29. By hisam on Mar 24, 2009 | Reply

    terima kasih tuan guru…

  30. By Mohamad Daud b. Baha on May 11, 2009 | Reply

    Assalamualaikum,

    Soalan saya:

    Penyimpan membuka akaun simpanan emas dengan membayar kepada bank (contohnya) RM98 x 5 gm emas = RM490.00

    Apabila ia menjual semula emas kepada bank, bank akan bayar penyimpan (contoh) RM95 x 5 gm emas = RM475.00

    Bagaimanakah perbezaan harga ini memberi keuntungan kepada penyimpan?

    Sekian, terima kasih.

    reply: Untuk mendapat keuntungan, kita kena beli pada harga rendah.. tunggu sehingga harga emas naik tinggi then baru jual. Kalau jual dibawah kos membeli memang sah rugi.

    Kalau beli pada harga RM98.00 / gram, maka jual ketika harga naik menjadi RM118.00 / gram. Then baru dapat untung RM20 segram.

  31. By eye on May 11, 2009 | Reply

    jual time harga murah mana nk dapat untung en. muhamad daud eh…jual la time harga belian bank lebih mahal dari harga masa kita beli, baru la dpt untung..

    sekian adanya..

    reply: Terima kasih atas jawapan

  32. By vieya on May 16, 2009 | Reply

    saya nak tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk pembelian emas ni kat public bank sekarang?

  33. By bobking on May 24, 2009 | Reply

    Salam semua,

    Saya nak tau berapa agaknya caj yang bank kenakan terhadap pelabur untuk urusan jual dan beli nih.

  34. By Anonymous on Jul 24, 2009 | Reply

    bila masa sesuai nk beli pelaburan emas kt public bank.. skrang ni di kira harga murah ke x?

  35. By taufiq_tambak on Jul 29, 2009 | Reply

    salam….mcmne nak menjadikan pelaburan emas ni supaya mendapat profit monthly?

    reply: well, boleh dapat profit monthly kalau jadi agen Public Gold.

  36. By taufik on Jul 29, 2009 | Reply

    nk senang bt sale la taufiq_tambak, xpn msk skim pelaburan

  37. By julia on Aug 5, 2009 | Reply

    Salam,

    Pada 4/8/2009 saya dapat harga emas di Public bank RM109….pada jangkaan dan kajian encik, adakah ianya akan turun dlm masa terdekat ini atau harganya akan terus naik lagi…?

    Sekian,

    Terima kasih.

  38. By bintang on Aug 7, 2009 | Reply

    kalo buat simpanan emas ni kene zakat tak ??

    reply: Kalau cukup berat dan haul, kena bayar zakat. refer kat sini:
    <a href="http://www.zakatpahang.my/InfoZakatTaksirEmasPerak.aspx
    ” target=”_blank”>http://www.zakatpahang.my/InfoZakatTaksirEmasPerak.aspx

  39. By ZAKARIA on Aug 7, 2009 | Reply

    Encik Syukor, saya teringin melabur Emas di Public Bank . Adakah pada masa kini masa yg sesuai saya memulakan pelaburan tersebut? adakah harga semasa masih rendah?…harap dpt membantu. tq.

    reply: Ya, sesuai.. Emas nie pelaburan jangka panjang. So beli ajer then tungu….

  40. By rap on Aug 14, 2009 | Reply

    terima kasih kerana perkenalkan dunia baru untuk saya sertai mudah-mudahan dengan ilmu dari tuan dapat menambahkan rezeki saya sekeluarga .terima kasih sejkali lagi.

    reply: Sama-sama :)

  41. By emir on Aug 14, 2009 | Reply

    salam…

    Saya mau beli emas 500g, tapi tak tau nak pajak kat mana dh sebab BR dah tak terima. Ada sesapa bole kasi panduan. TQ

    reply: Bank Rakyat dah terima gold bar. Tapi kalau gold bar dari etika emas, geneva dan bestino tidak diterima. Public Gold punya diterima.

  42. By khairul on Aug 15, 2009 | Reply

    w'salam…emir! Kalau mcm tu kena turun K.Trganu dan beli emas Public Gold kat sini ( http://emas999-gold24k.blogspot.com/ ) laa sebab setahu saya BR caw Kuala Terengganu dah menerima semula gold wafers especially from Public Gold products, Pamp Suisse masih tak boleh…saya baru aje buat kat Ar-Rahnu BR tu minggu lepas…ok jer

    reply: Actually kat melaka pon BR terima gold bar public gold. cuma gold bar etika, bestino n geneva saja yang tak diterima.

  43. By sukri on Aug 16, 2009 | Reply

    pajak je kat agro bank..memang dorang terima pun.

    reply: Agro bank boleh.. koperasi YAPEIM boleh… erm.. banyak lagi tempat boleh pajak.

  44. By emir on Aug 17, 2009 | Reply

    salam…

    terima kasih pada tuan2 yg dh reply pos saya.

    boleh la saya bertindak skg…cuma satu kurang pasti,

    yg etika nh dia ada emas sendiri ke? Saya ada seketul emas Pamp,

    bole ke pajak kat BR?

    Nampaknya Public Gold la sasaran lepas nh sebab boleh pajak tanpa masalah…terima kasih semua…

    reply: Etika biasanya pakai PAMP suisse dam emirates gold. Bank dapat tahu melalui resit pembelian emas tu. kalau nak selamat beli pg ajer..

  45. By sukri on Aug 17, 2009 | Reply

    pajak kat agro bank lagi senang..bleh tebus barang satu2..cukup mudah urusan kat agro bank.

    reply: Mana-mana pun boleh, bank rakyat ke.. agro bank ker…

  46. By siputemas on Sep 8, 2009 | Reply

    Saya tertarik pada cadangan Master Zen pada 29th Oct 2008.

    Kenapa perlu keluarkan ASB utk beli emas?
    Biarkan jer la duit tu dalam ASB cuma convertkan jer ke OD. Kemudian beli la emas pakai duit OD. Dengan cara tersebut duit anda berada pada dua pelaburan berasingan iaitu ASB dan emas pada masa yg sama. Nak best lagi gadaikan emas tersebut dan tambah pelaburan emas GIA. Sudah ada 3 pelaburan serentak dengan modal yg sama. At least pada hujung tahun anda masih mampu dapat dividen ASB 7% – 9%. Mamang nampak sikit 7% – 9% dividen ASB. Tapi kalau anda biar diveden dalam akaun tanpa dikeluarkan, anda dapat saksikan compounded value.

    Nak belajar pasal OD ni sila la lawat ke blog asasteguh.com atau bebashutangputrajaya. Di sana ada banyak tip-tip kewangan utk anda belajar terutama pasal OD.

    siputemas.

    reply: Ya, saya bersetuju dengan cadangan sedara. Memang sangat kreatif. kalau sesiapa yang pandai main OD nie memang boleh tambahkan lagi keuntungan.

  47. By ardashah on Sep 15, 2009 | Reply

    skang sya tgk hga 1g=115.43 PB, ok ka bli? erm, sya ade rm3k lam tgn skang ni tp confuse yg mn 1 nk chose! br je nk b'jinak2 ngam emas sbnrnye ni…leh bg opinion x, yg mn da bez? thanx

  48. By mira on Oct 5, 2009 | Reply

    Kat mana kita boleh tengok trend of price of 1g gold Public Bank?

  49. By FaizalJohary on Nov 27, 2009 | Reply

    salam sjahtera sahabat2 sekalian ;)

    saya nak tahu bijakkah sekiranya saya mmbuka GIA(beli emas) sekarang (bulan nov 2009) dan bagaimana pergerakan harga emas ni?(naik/turun pada hujung tahun ini).

    sape2 pls jwb.

  50. By pendi_che on Dec 9, 2009 | Reply

    Assalamualaikum sdr Syukor, klau saya gadai kijang , dpt cash saya beli lagi kijang. dlm 6 bulan di tahun 2010, boleh jual ke & dpt cover upah simpan & juga untung. saya baru lagi dlm gold ni, mohon bantuan.terimakasih

  51. By faizal on Dec 23, 2009 | Reply

    hari nie, 22/12/2009, Public GIA harga jualan RM123.9. Berbaloikah

    utk dibeli

  52. By aryssa on Dec 27, 2009 | Reply

    salam..

    kalau nk jual, bnk beli emas kita dgn susut nilai atau x?

    minta penjelasan.

  53. By farouk on Feb 3, 2010 | Reply

    tuan sifu klu nk beli dk camner nk tahu ori ke palsu?

  54. By phineas181 on Jun 21, 2011 | Reply

    Salam. OD tu apa ye?

    Reply admin: OD = overdraf

  55. By sitiaishah710 on Jul 6, 2011 | Reply

    salam…sy nak tanya..saya baru je nk berjinak dgn emas ni…saya ada beli brg kemas n berhajat nk gadai kt arrahnu di RHB or Bank Rakyat..duit yg dapat tu beli emas lain pulak…betul ke konsep yg saya nk buat ni?harap dpt pndgan dari yg lebih arif…

  1. 2 Trackback(s)

  2. Oct 21, 2008: Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas, gold saving, gold saving passbook. » Blog Archive » Membuka akaun Public Bank Gold Investment Account (GIA)
  3. Nov 26, 2008: Tips: Memaksimakan keuntungan pelaburan emas GIA anda. | Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas, gold saving, gold saving passbook.

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan Newsletter blog Jutawanemas.com PERCUMA!

Saya@TV9 interview


Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas


Jutawanemas FB Page

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca