Salam sejahtera kepada semua pembaca blog jutawanemas.com
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan respon terhadap blog ini.
Saya gembira kerana ilmu yang dikongsi di blog ini dapat membantu anda semua mempelajari ilmu mengenai emas. Saya pasti ada dikalangan pembaca yang telah mengambil tindakan yang bijak dengan membeli dan menyimpan emas selepas membaca blog ini.
Saya selalu menerima sms atau panggilan telefon daripada pembaca blog ini, samada untuk meminta nasihat dan pandangan dan juga untuk membeli emas. Ada di kalangan pembaca blog ini yang menghantar sms meminta saya update blog ini dengan topik-topik tertentu.
Memandangkan topik emas dan pelaburan emas ini sangat besar dan ramai pembaca yang berminat untuk mengetahuinya, saya membuat keputusan untuk melancarkan forum jutawanemas.com selepas raya nanti. So kita beraya puas-puas dulu.. then lepas tu kita sambung aktiviti membuat duit dengan pelaburan emas ok!
Forum ini akan membolehkan kita semua berkongsi maklumat/ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelaburan emas. Saya pasti lebih ramai pembaca yang akan berkongsi dan memperolehi ilmu melalui perbincangan di forum.
So pembaca sekalian.. get ready … lepas habis demam raya, demam kuih raya dan demam sebab habis duit pasal raya… kita start berforum ok 🙂
by the way, saya memerlukan pandangan anda. Boleh tak anda jenguk-jenguk forum jutawanemas, belek-belek dan berikan komen anda. Mungkin ada topik yang perlu dimasukkan dan dikeluarkan… dan ada cadangan-cadangan tertentu… komen anda amat saya hargai.
Hm.. raya pun dah dekat. Semua orang sibuk betul tak? saya pun sibuk jugak… buat persiapan. Anda balik beraya kat mana tahun nie? Saya akan balik Pulau Langkawi. Kampung saya kat sana.. cuma kerja ajer kat Melaka. InsyaAllah hari sabtu lepas sahur jer terus driving balik…
So untuk pembaca yang beragama Islam, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kalau ada yang driving balik kampung jauh-jauh, selamat memandu..
Selamat menghabiskan duit raya utk mak ayah.. adik adik, anak sedara, anak jiran, anak kawan dan sebagainya.. hehehe.. setahun sekali habis burn duit betul tak 🙂
Nanti lepas raya kita discuss balik cammana nak buat income balik dengan pelaburan emas ok!
take care.
p/s: Jika anda suka membaca blog ini, anda boleh melanggan newsletter jutawanemas.com Anda akan menjadi orang pertama mendapat update. Terima kasih.