Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Gold Bar Public Gold Mencipta Rekod “The Malaysia Book Of Record”

Ditulis pada 23 April 2009 – 7:54 am | by syukor |


tn_malaysia_book_of_recordAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda sihat sejahtera adanya…

Saya nie baru nak sihat. Rupanya sekarang musim demam.. batuk.. selsema dan sebagainya… kalau anda belum kena.. Alhamdulillah.. kalau baru kena…harap bersabar.. kalau dah pulih.. syukur pada Ilahi :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin bercerita satu pencapaian pertama di Malaysia oleh Public Gold.

Untuk pengetahuan anda Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record” sebagai:

1. Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya.

Gold bar yang diiktiraf adalah 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Tahniah saya ucapkan kepada Public Gold kerana berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia book of Record (klik sini utk melihat gambar sijil)

Mengapa pengiktirafan ketulenan emas penting?

Untuk pengetahuan anda, gold bar yang berjenama kesemuanya diiktiraf oleh Certified Assayer.

Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Setelah assayer menjalankan ujikaji terhadap logam berkenaan dan berpuas hati dengan ketulenan berkenaan, maka assayer tersebut akan menandatangani sijil pengesahan ketulenan emas berkenaan.

Contohnya gold bar yang terkenal dan berjenama seperti PAMP Suisse akan mempunyai “Assay Certificate“.

Ini adalah contoh gold bar yang disahkan ketulenannya oleh “Certified Assayer

lady_fortuna
PAMP Suisse lady Fortuna

pamp_tembam
PAMP Suisse dengan pink certificate

credit_suisse
Gold bar Credit Suisse

public_gold_100gram
Sijil ketulenan gold bar Public gold

Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.

Teknik Assay Emas

Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh assayer untuk menguji ketulenan emas contohnya Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (bahasa ringkas Fire Assay) dan Induction Couple Plasma, icp-oes or icp-ms.

Untuk gold bar Public Gold, teknik yang digunakan adalah  Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (Fire Assay).

fire_assay

Dalam kaedah ini, sampel gold bar akan diambil, dimasukkan ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga  1064° C (suhu dimana emas akan melebur).

Kemudian emas yang melebur ini akan diuji ketulenannya dengan proses-proses tertentu.

(saya tak boleh cerita dengan details sebab teknikal sangat). Tapi anda boleh baca tentang fire assay (kat sini)

Tips: Bagaimana kita boleh menguji ketulenan emas?

Bagi orang biasa cara termudah untuk kita mengetahui ketulenan emas ialah dengan menggunakan mesin precious metal tester. Biasanya mesin ini ada di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro bank atau mana-mana Ar-Rahnu.

precious_metal_tester
Gambar precious metal tester

Contohnya jika anda membeli emas Public Gold dan mahu menguji ketulenannya,

pg_gold_bar_50gram
Gold bar Public Gold 50 gram

Mudah ajer.. bawa gold bar tersebut ke Ar-Rahnu, kemudian cakap macam nie:

“Saya bercadang nak gadai emas nie.. boleh tak encik tolong kira berapa saya boleh dapat?” jadi, pegawai Ar-Rahnu tadi akan uji emas anda dan beritahu ketulenan emas tersebut dan berapa jumlah yang akan anda dapat. Lepas tu kalau tak nak gadai.. just ucap terima kasih dan cakap… “terima kasih ye.. nanti saya fikir dulu…”

Kalau boleh elakkan daripada cakap macam nie:

“Encik, saya nie baru beli emas nie.. entah tulen.. entah tidak…boleh tak encik tolong test emas nie.. tengok tulen ke tak tulen?”

Kalau cakap macam tu.. most likely pegawai Ar-Rahnu akan keberatan nak uji sebab anda bukan nak gadai kat diorang.

Buang masa diorang ajer…

Kesimpulannya.

First sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Public Gold kerana telah mendapat pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Record. Dengan pencapaian ini, ia sedikit sebanyak menaikkan nama Public Gold sebagai pengeluar gold bar yang berkualiti.

Bagi rakyat Malaysia, ia sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa gold bar Public gold adalah setanding dengan gold bar terkemuka yang lain seperti PAMP Suisse. Jika anda berminat mendapatkan emas Public Gold, anda boleh menghubungi agen Public Gold yang berhampiran dengan tempat anda (klik sini)

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold dan menjual gold bar dan dinar keluaran mereka, sila baca kat sini.

Jika ada soalan, anda boleh letakkan di forum jutawanemas.com atau hubungi saya melalui melalui online form ini (klik)

Ok then… Selamat membuat pelaburan emas.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 23 Responses to “Gold Bar Public Gold Mencipta Rekod “The Malaysia Book Of Record””

  2. By cikgurazali on Apr 23, 2009 | Reply

    Laaa.. ingat ke tuan admin dah jadi assayer..nama pun sama :) .Semoga berjaya.

    reply: hehehe.. nama nak sama. tapi orang nyer lain-lain :)

  3. By Along on Apr 23, 2009 | Reply

    wow!congrats!
    harap lepas ni ade comp malay plak yang masuk MBOR.. :)

    reply: InsyaAllah… :)

  4. By mohdhazren on Apr 23, 2009 | Reply

    InsyaAllah …
    pasti boleh …
    mari kita kembalikan kegemilangan Islam ….
    Islam untuk semua …. Islam for all human ….
    Semoga kita tidak leka dengan kesenangan hidup di dunia dan lalai untuk beramal bagi bekalan untuk di akhirat …
    Ya Allah … lindungan kami dari segala dugaan yang mendatang …
    kepadaMu tempat kami bermohon …
    Amin …

    Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Ali Imran: ayat 14]

    reply: terima kasih atas ingatan…

  5. By olass on Apr 23, 2009 | Reply

    nmpknya dah 2 post admin tksihat..mybe hikmah utk kesihatan lbh baik lepas2 ni..semoga admin cepat baik..nampaknya juga bertmbah la keyakinan org ramai utk mula dan terus membeli emas…sian pd mereka yg mmg nk mula melakukan simpanan atau pelaburan emas ini, tp tercari-cari point2 kekuatan utk tngkatkan keyakinan agar pembelian yg bakal dibuat tk silap..bgusla klu company jual emas tambahkan selling point yg benar sebegini..tahniah.
    selling point benar bertambah=keyakinan pngguna bertambah=situasi menang menang..

    reply: Ya lah olass… banyak hari tak sihat.. so kena ingat tuhan banyak2.
    Bagimereka yang mencari-cari peluang pelaburan emas.. ini adalah satu lagi peluang.

  6. By Iyyad on Apr 23, 2009 | Reply

    erm. nk tanya. saper2 yg boleh jawab.. nape harga emas PG dan Pamp (Etika Emas) utuk 100gm tak sama. walhal beratnya adalah sama.. jauh lak tu beza nyer…. sy skang ni teng dok pening pikir nk melabur emas dgn etika emas ke nk beli bar PG

    reply: Emas PG mahal kerana dijual pada rate pajak bank rakyat + 5% brokerage fee. Tarikan adalah pada pulangan bulanan.
    Emas PG nie jual pada 2% atas international market. Simpan sendiri.. takder pulangan bulanan. Paling selamat.

  7. By Anonymous on Apr 23, 2009 | Reply

    Tahniah buat PG ….semoga dengan anugerah ini keyakinan ketulenan emas yang dikeluarkan oleh PG ini bertambah dan banyak ler….pelabur pelabur membeli emas dengan yakin…dengan syarikat Public Gold nih…….

    p.s .salam admin …terima kasih atas info ini ……..gambar no 1 Pamp suisse dan 2 Pamp Suisee pink certificate x nampak gold barnya …dah masuk ahrahnu ke …. ? hehehehe

    reply: hehehe… Pamp suisse pink dah kena jual. Lady fortuna kena pajak :)

  8. By nazemas on Apr 23, 2009 | Reply

    untuk pamp emas y etika jual tu berdasarkan rate BR, tu yang mahal berbanding PG, tu belum termasuk 5% tok premium, y tu adalah program emas etika, setiap bulan diberi rm300, tapi emas PG nie tak de kene mengena ngan progam emas seperti etika emas wat…just beli je emas PG tu n simpan… kite y pengang… so fikir2la mana yang sesuai nak invest….

    reply: Ya betul tu… Etika Emas adalah skim. Public Gold pulak cuma beli, simpan sendiri dan jual bila harga naik.

  9. By abang97 on Apr 23, 2009 | Reply

    tahniah untuk public gold dan tq untuk admin yang telah membuka minda saya tentang emas ini.amin….

    reply: Baguslah abang97.. semoga ilmu yang diperolehi dikongsikan bersama orang lain…

  10. By noor on Apr 23, 2009 | Reply

    terima kasih tuan admin krn meningkatkan lg keinginan utk tmbah koleksi emas sy…
    sebenar2nye sy ni krg brminat ngan plburan emas ni, tp sejak sy tgk tv9″ nasi lemak kopi o” …..
    adala.. sy trdengar pengacara die bercerita psal emas dgn tokey habib jewel…
    masa tu bln 7 thn 2008….
    saya dengar die kata ramalan drpd bloomberg.. akan dtg hrg emas akan meningkat 5 KALI GANDA…..
    jadi seminggu lps tu sya memberanikan diri untuk meminjam duit dr abah sebyk rm10k…..
    sya pun pgi kdai emas bli la… gelang 6 urat brharga rm9500.

    sya pun melaram la pkai gelang tukar2…
    bln 2 thn 2009 sy bru dpt internet ni… bru sy tau rupenye plburan emas bukan hny brg kemas shj….byk lg bntuk n saiznye….

    reply: Well Noor, tahniah sebab telah datang ke blog ini, sebenarnya ilmu pelaburan emas adalah cukup besar. Bukan sekadar membeli gelang sahaja. Baca blog nie sampai habis.. insyaAllah akan tahu…

  11. By noor on Apr 23, 2009 | Reply

    smbung lg ye…
    byk info yg sy dpt melalui web jutawan emas ni… terima ksih en syukor yg tlh byk menyumbang ilmu emas ni kat sni…
    awal bln 4 lpas sy dh tmbhkan koleksi sy dgn membeli dinar pg 1dinar n 5dinar….

    en syukor teruskan usaha anda …lpas ni makin ramai org yg akan mencari emas fizikal……

    TERIMA KASIH…..

    reply: Terima kasih atas penghargaan sedari :)

  12. By suasa on Apr 23, 2009 | Reply

    alhamdulillah………banyak dah sedar tentang kepentingan dalam pelaburan emas….nih……

    reply: Baguslah tu suasa… dengan ilmu yang ada tu.. kongsikan dengan orang lain pulak ye!

  13. By nesloais on Apr 23, 2009 | Reply

    dlm sijil MBOR tu just ckp utk gold bar shj.. dinar emas PG camne plak… tak dpt cert juga ker.. hehehe..

    reply: Sebenarnya dinar dah pun ada assay cert. Cuma tak masuk MBOR jer…

  14. By atie on Apr 23, 2009 | Reply

    salam. Adakah ini bermakna bhw PG jg bertaraf international dan laku di seluruh dunia? Sy pernah mendengar dr seorang kawan bhw PG hanya sah diperlaku di dalam malaysia saja, even in Singapor pun tak laku. betul ke?

    reply: hehehe… pandai betul kawan atie tu ek…
    sebenarnya emas apa pun laku diseluruh dunia… asalkan tulen.. emas adalah wang yang tiada sempadan. kat mana pun laku.
    Setahu saya PG akan bukak cawangan di Singapore nanti. Tarikh tepat saya tak sure…

  15. By SepulTura on Apr 24, 2009 | Reply

    Tahniah pd PG dan ejen-2… makin masyuklah semua ye pasni!

    Ada satu soklan nie… kawan saya ada beli bbrp keping gold dinar PG. Dia dah pi 2 cwgn ar rahnu bank rakyat utk cuba gadai. Tapi tester derang tak dapat detect ketulenan 20k (916) dinar nie… so tak dapat nak gadai. Maybe tuan admin blh komen tentang nie…

    Sesapa nak emas pamp suisse lady fortuna blh kontek saya – 5% below market price… akusepul@gmail.com

    reply: Well, kalau tak dapat, cuba test pegi tempat lain pulak macam Agro bank ke… test kat sana plak.

  16. By fitflex on Apr 24, 2009 | Reply

    salam otai2 semua.
    nak tanya area png nie mana lg bleh dapat stok gold bar & gold coin?
    sy cari gold selain dinar kelantan dan dinar pg sbb dua dua tu sy dah ada.saja cari nak buat koleksi…

    reply: Kat Public Gold and UOB bank.

  17. By abrablog on May 30, 2009 | Reply

    ehm..cam berminat je nak beli emas gold bar tu..

  18. By rahman on Aug 19, 2009 | Reply

    Saya nak beli gold bar. bagaimana adakah saya perlu pergi terus ke Public Bank. tengok agen di sarawak masih belum ada lagi.

  19. By khairul on Aug 20, 2009 | Reply

    Gold Bar tiada djual di Public Bank…yang ada hanya GIA…perlu diingat Public Bank dan Public Gold adalah dua entiti yang berlainan.
    http://emas999-gold24k.blogspot.com/

  20. By rahman on Aug 20, 2009 | Reply

    so bagaimana cara saya hendak membeli gold bar.

    reply: Baca kat ini: http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

  21. By fairoz mfairoz87 on Aug 27, 2009 | Reply

    haha,tp klw xda duet cmna nk bli ye x

  22. By Zuhdi Abdullah on Oct 6, 2009 | Reply

    Terima kasih pada Tuan Admin yang sudi berkongsi ilmu berguna mengenai pelaburan emas.

    Saya tak pernah sedar kepentingan pelaburan emas dan hanya menyimpan wang di ASB sahaja selama ini.

    Kini saya sedar pelaburan terbaik adalah emas. Tahniah Tuan Admin, saya akan sebarkan ilmu dan blog ini kepada rakan-rakan saya yang lain. Mudah mudahan mereka juga mendapat manfaat.

    Jasa baik tuan dalam mewujudkan blog ini dan berkongsi ilmu amat saya hargai. Saya tak pernah jumpa orang yang sanggup berkongsi ilmu sebegini secara ‘free’ dan ‘detail’ melainkan menyuruh orang ramai membeli ebook mereka sahaja untuk mendapatkan ilmu tanpa orang ramai mengetahui samada buku itu bermanfaat atau tidak.

  23. By hasan daud on Oct 21, 2009 | Reply

    Askm. Saya ingin ucap jutaan trima kash kpd tuan admin krna banyk membri pngthuan brguna tengtng plburan emas di kota bharu tempoh hari . smuga dngan pengtahuan yng saya dapat pda saminr trsbut dan dari blog sadara yng saya baca insyaalah akan dapt menambhkan lagi pngtahuan saya dalm bidng berkaitn. slamt maju jaya.

  24. By kak lin on Oct 24, 2009 | Reply

    tahniah en syukor & nazim krn telah memberi guideline yg detail utk akak menceburi perniagaan emas ini…malah ilmu yg akak terima ini tak akan akak persiakan tambahan pulak sejak jadi agen minggu lepas, dah ada sorang dua yang order…

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook