Ebook

Beli Emas Sekarang- Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/Oz

Ditulis pada 2 December 2009 – 2:46 am | by syukor |


front_coverAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Saya kat sini sihat dan ceria seperti biasa, cuma terlalu sibuk dengan seminar, training dan kerja.

Tapi Alhamdulillah saya dapat luangkan masa untuk menulis artikel ini dan berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian.

Penting nie.. panduan apa yang patut dibuat bila harga emas meningkat dengan banyak. Beli atau tak beli?

Tapi sebelum itu, mari kita lihat prestasi harga emas sekitar tahun 2009. Berapa banyak harga emas dah naik?

Mari kita lihat gambarajah di bawah :)

Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak  37%

Harga emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 / Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 / Oz

Sumber : www.lbma.org.uk (klik sini)

harga_emas_naik_37_peratus

Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun, anda pasti tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas yang tinggi nie :)

Bagi mereka yang masih ternanti-nanti, tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas murah, meh sini saya nak bagitau.

Persepsi harga emas masih mahal @ terlalu mahal.

Sejak awal saya menulis blog mengenai pelaburan emas, rata-rata persepsi orang ialah harga emas mahal. Apa saja harga emas, mesti orang cakap harga emas mahal.

Jarang saya jumpa orang cakap harga emas nie murah:

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal :P

Kesimpulannya, apa pun harga emas, orang akan cakap harga emas mahal.

So, tak perlu dengar cakap orang lah nampaknya… kalau didengar alamat tak beli emas lah jawabnya.

Bila masa nak beli emas?

Sebenarnya, waktu yang terbaik untuk membeli emas ialah waktu anda ada duit yang mencukupi.

Kalau duit dah cukup.. beli ajer dan simpan. Gerenti untung sebab harga emas masih berpotensi untuk bergerak naik mencecah 2500 USD/Oz.

hehehe.. banyak tu.. peluang menjana keuntungan masih terbuka luas.

Kenapa harga emas boleh mencecah USD2500/Oz?

cover_depanBaiklah, saya ingin berkongsi maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk: The Trader’s Great Gold Rush - Must Have Methods for Trading and Investing in the Gold Market.

Buku ini ditulis oleh James DiGeorgia.

Beliau merupakan pengasas Gold and Energy Advisor (www.goldandenergyadvisor.com) dan merupakan pakar di dalam bidang pelaburan emas dan komoditi.

Bagi saya buku ini adalah diantara buku yang terbaik mengenai pelaburan emas.

Memang sangat informatif. Bagi sesiapa yang betul-betul berminat mengenai pelaburan emas, buku ini patut dimiliki. Anda boleh beli buku ini kat www.amazon.com

buku_emas
Gambar: Petikan belakang buku ini.

james-digeorgiaDi dalam buku ini, James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:

1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya
    akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.
2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
3. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik
    (perang atau ketidakstabilan politik)
4. Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

.
Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″.

Mari kita lihat video dibawah.

Kesimpulannya:

1. Belilah emas sekarang. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini.

2. Jangan tunggu harga murah. Ada duit ajer terus beli emas.

3. Untuk kali kedua.. ada duit beli ajer emas

4. Untuk kali ketiga.. ada duit beli ajer emas

5. Kalau berminat membeli emas pelaburan Public Gold, sila klik sini (klik sini)

6. Jika ingin menjadi emas sebagai perniagaan, sila klik sini (klik sini)

7. Masih blur dengan pelaburan emas? Jika anda mahukan ilmu pelaburan emas, 
     anda boleh baca artikel terdahulu (klik) atau anda boleh beli ebook saya (klik)

8. Jika berminat mendengar seminar peluang perniagaan emas Public Gold
    tunggu pengumuman saya di dalam blog ini. Nanti saya letak.

9. Mahu menjadi orang pertama mendapat update blog ini? Jangan lupa 
    melanggan newsletter blog jutawanemas.com – ianya PERCUMA
    masukkan emel anda kedalam kotak di penjuru kanan blog ini.

10. Jika ingin membuat pertanya, sila hubungi saya melalui contact form (klik)

Ok then, selamat membuat pelaburan emas :)

.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 94 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 50 Responses to “Beli Emas Sekarang- Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/Oz”

  2. By ros on Dec 2, 2009 | Reply

    wah waktu tahjjud tu admin up date.kalau harga dah cecah 2500 usd berapa segram harga malaysia…

  3. By lunaticg on Dec 2, 2009 | Reply

    Salam admin.

    Terima Kasih atas post-post yang berguna dalam ni. Lebih sebulan juga lar saya baca ilmu-ilmu yang di kongsi sebelum berani join aktiviti merempit emas. "Harga emas mahal" memang menjadi nasihat daripada orang-orang yang tidak menceburi bidang emas ini kepada saya. 5 tahun dulu semasa "harga emas mahal", saya telah dinasihatkan untuk menukar simpanan kepada duit syiling emas. saya menolak kerana "harga emas mahal" dan saya tak tahu nak simpan emas tu kat mana. Sekarans, saya dah tahu.

    Terima kasih.

  4. By emaswarisan on Dec 2, 2009 | Reply

    harga emas akan jadi lebih 2x ganda dari sekarang…gandakan nilai wang kita..dalam tempoh masa yang tak pasti….jika ikut trend 2009 mcm tuan admin tulis tu…harga USD2500/oz akan berlaku pada hujung tahun 2011..

  5. By s.asyri on Dec 2, 2009 | Reply

    salam. saya masih baru dalam bidang ini. saya berpendapat agak terlewat jika kita cari ilmu dulu baru nak beli emas. sebab emas makin mahal. jadi beli emas dulu pastu slow2 mencari ilmu dgn otai2 kat sini.

  6. By niaa on Dec 2, 2009 | Reply

    saya mmg dah involve beli emas utk investment ni..

    tapi ada kemusykilan sket ni.

    saya paranoid sket bab nak simpan physical gold.

    (ada experience perompak pecah masuk rumah)

    mmg ada terfikir nak pajak di ar-rahnu..

    tapi kalau kes yg ar rahnu kena rompak tu, adakah kita diganti smula nilai current value the physical gold or pihak bank just ganti nilai pajakan 65% tu je?

  7. By mozahar on Dec 2, 2009 | Reply

    Salam Admin,

    Kalau dah harga tu mececah USD2500/oz, jadi apa kita nak buat? masih boleh simpan lagi atau terus jual ? harap dapat nasihat tuan Admin. Salam

  8. By Umarvellous on Dec 2, 2009 | Reply

    Salam En Syukor..

    Apa khabar? Harap sihat hendaknya..

    Saya inginkan pendapat Encik Syukor.. Mana lebih baik.. Beli emas saiz kecil setiap bulan atau kumpul duit dulu dan beli emas saiz besar?

  9. By Ariff on Dec 2, 2009 | Reply

    Umarvellous -> Pendapat saya beli emas, coin atau dinar saiz kecil, apabila kita memerlukan tunai (apabila perlu), pajak atau gadai kan saje. Saiz kecil lebih mudah untuk di liquidify kan. Tak banyak beza pun. 20g ikut spread 20g, 50g ikut spread 50g dan 100g ikut spread 100g. Sama juga dengan 1, 5 dan 10dinar. Semua nya ikut spread item. Just my 2cent. Wallahuallam.

  10. By Ariff on Dec 2, 2009 | Reply

    Jika ada lebihan tunai, beli ajer ikut minat emas mana yang kita mahukan. Aper yang penting, BELI IKUT KEMAMPUAN.

  11. By emaskini on Dec 2, 2009 | Reply

    mengikut pengalaman saya , ramai yang ambil sikap tunggu harga murah….mana ada emas murah…akhirnya tidak terbeli ….asyik tengok n tengok

  12. By mustafakamaljebah on Dec 3, 2009 | Reply

    emas mahal la sekarang..

    tunggu emas murah baru join beli la…

    hehehe..

  13. By Saif on Dec 3, 2009 | Reply

    Salam,,

    Untuk makluman kepada semua penggemar syiling emas, mulai hari ini 2/12/2009, Bank Negara telah menghentikan segala bentuk gadaian syiling emas di semua Bank Rakyat.. Gadaian tersebut termasuklah syiling emas kijang juga tidak di terima..

  14. By goldbc on Dec 3, 2009 | Reply

    Jika syiling dan ketul emas tak boleh gadai lagi, susahlah sikit nak dpt duit cash sekarang utk buat pusing modal, hanya beli dan simpan saja utk jangkamasa panjang kemudian jual kat kedai emas.

  15. By mabdra teganu on Dec 3, 2009 | Reply

    salam,

    setuju sangat dengan pendapat tuan admin…kenaikan harga emas sgt mendadak skrg…syukur alhamdulillah..saya ada beli PG bulan March lalu dan sudah meningkat hampir 30%. So saya tambah lagi pelaburan emas ini kerana saya yakin akan menjana keuntungan yg lebih dimasa akan datang…saya berpendapat once price hit usd2000 then usd 2500 adalah tidak mustahil sama sekali…selamat membeli emas..

  16. By Saif on Dec 3, 2009 | Reply

    Saya bersetuju dengan goldbc. Nampaknya emas coins dah tak boleh dirempitkan seperti dulu.. Saya menjangkakan Bank Negara akan kuatkuasakan arahan ini ke seluruh pusat perbankan yang melibatkan Arrahnu…

  17. By orgbaru on Dec 3, 2009 | Reply

    Sayapun setuju. Skrg saya dak kurangkan membeli coin & gold bar, saya beralih kpd barang kemas pula dimana ia senang utk digadaikan di bank/arrahnu.

  18. By Hasbullah Pit on Dec 3, 2009 | Reply

    Emas sepatutnya bebas daripada Bank Negara.

    Kita ramai2 boleh gadai emas sesama kita.

  19. By op on Dec 3, 2009 | Reply

    semalam bank rakyat tak terima 50 g. last-last pergi kat al-rahnu. al-hamdulillah dia orang terima.

  20. By op on Dec 3, 2009 | Reply

    masa terbaik utk beli-pajak-beli-pajak-gia. tunggu tengok apa yang akan jadi

  21. By Ariff on Dec 3, 2009 | Reply

    Beli lah dinar. Itu kan matawang. Kalau perbankan tak mau terima gold bar & coin lagi bagus. Suma urusan @ emas kita guna dinar sebagai matawang (exchange). Muamalat Islam. Tapi kebanyakan org kita merempit emas sbb nak tengok pasif fiat money tumbuh mcm cendawan ie: (profit a.k.a ROI).

  22. By warungemas on Dec 4, 2009 | Reply

    central bank rugi kalau rakyat byk simpan emas.. indirect tax melalui inflasi kurang.. sbbnya emas tak dapat dicukaikan.. :)

  23. By Radzi on Dec 4, 2009 | Reply

    Betul ke larangan gadaian tersebut……dan bila kuatkuasa…..dalam website bank negara tak de pun hal nie.

  24. By aku on Dec 4, 2009 | Reply

    salam,

    kenapa bank negara wat cam tu ek? yg pelik nya apa beza brg kemas ngn syiling emas & bar emas..sumer pun sama je emas..aku rasa mesti bank negara ni ader agenda tersembunyi wat camtu.. setahu aku BR untung ape.. dpt upah simpan.. ker ada org dlm bank negara x boleh tgok org malaysia ni nak hidup senang

  25. By Saif on Dec 4, 2009 | Reply

    En Radzi, perkara ni telah dilaksanakan oleh bank negara pada bulan lepas lagi.. Cuma ia diperluaskan ke seluruh institusi perbankan mulai hari rabu 2/12/1009 dalam pukul 2.00 petang.. Saya waktu tu sedang berada di Bank Rakyat Alor Setar tengah buat gadaian.. Diorang maklumkan pada saya…

  26. By fairuz on Dec 5, 2009 | Reply

    takpelah kalau arahan bank negara macam tu.. Tapi musykil nape org simpan kijang emas untungnya sedikit berbanding orang beli pamp suis, maple apatah lagi public gold.. Sebab ikut currency negara emas tu produce ke? PG bernasib baik sbb ikut USD. Tapi kalau kita tgk nugget ( Australia ) dan Pamp ( Switzerland ) harga diorang pun pecah rekod gak dalam sejarah. Percentage untung pun tinggi gak. Musykil kijang emas produced by BNM tak ikut rentak dunia

  27. By RETHAUDIN on Dec 5, 2009 | Reply

    Asssalamualaikum Sdr. Syukor Hashim,

    Sia ni dari KK,Sabah. Sia ni masih baru dlm bidang Emas. Sia dah baca article anda semua. Sia ingin bertanya dengan Sdr. Syukor, Sia nak beli Syiling Emas 1 t/oz Austrian Philharmonic (9999) , 1 t/oz Chinese Panda (9999), 2 t/oz American Buffalo (9999). Sia gak nak tanya sdr. syukor, sia nak beli Air-tite Gold Coin Holder kat Malaysia. Sia tak tahu alamat Kedai atau no telefon kedai.

    Sia tak nak komen banyak di sini kerana apa yang sdr. syukor tulis dlm artikel anda adalah benar. Tentang harga emas naik sehingga USD2500 oz mungkin dapat dicapai dalam masa beberapa tahun akan datang.

    Pada pendapat sia, terdapat kriteria dan penilaian kenapa ramai melihat harga emas menuju ke arah itu. Antaranya,

    1. Harga Emas sebenarnya di tekan oleh badan-badan kewangan utama dunia. Tindakan mereka ini disokong oleh Bank2 Pusat serata dunia. Mengikut analisis sia, harga emas semasa emas sekitar USD3000 t/oz. Contoh paling terkini ialah tindakan IMF menjual emas kepada India sebanyak 200 tan adalah bertujuan utk menurunkan harga emas supaya harga emas dapat dikawal julat kenaikan harga.

    2. Pakej Ransangan dan Menyelamat Ekonomi

    Ramai di luar sana, mungkin tidak tahu maksud sebenar rancangan ransangan dan menyelamat ekonomi oleh barat. Tujuan sebenar mrk ialah bukanlah menyelamat Bank2, Syarikat Insuran, Syarikat Gergasi. Jika benar mereka nak bantu ekonomi sudah semestinya

    syarikat2 yang muflis ni bernyawa semula dengan pakej ransangan. Tetapi sebaliknya berlaku, syarikat gergasi terus tertekan dan muflis. pembuangan pekerja beramai2. Bayangkan USD 700B pakej menyelamat oleh kerajaan Amerika. England Sendiri buat pakej yang sama. Negara2 EU pun bertindak sealiran. Kenapa? Fikir

    3. Penurunan Nilai Matawang

    Kenapa Amerika, England, dan EU buat pakej ransangan dan menyelamat ekonomi? jawapannya mereka nak kekalkan penggunaan matawang kertas USD, Pound, Euro. Jika mereka buat pakej ransangan ekonomi, maka Fed Reserve, BoE, ECB akan mencetak wang mrk dalam kuantiti yg banyak. Wan tersebut akan digunakan utk menyelamat. Rakyat gembira kerana bantuan dah tiba, hakikatnya terdapat rahsia tersembunyi dari tindakan mereka. Bekalan wang tunai yang banyak dalam pasaran matawang akan menjatuhkan nilai matawang mereka. Matawang yang rendah akan menyebabkan harga logam2 berharga seperti emas, perak dan platinum naik mendadak. Kenapa mereka bertindak begitu? Mereka nak tanam satu persepesi di dalam minda rakyat bhw emas, perak dan platinum adalah mahal. Akibatnya, rakyat tidak membeli emas krn harga yang mahal.

    4. Hutang Amerika yg besar

    Amerika mempunyai penduduk 300 juta lebih. Banyangkan setiap rakyat amerika berhutang USD1.6 juta sama tua, muda, kanak, bayi, lelaki, perempuan. Hutang yg besar ini dilihat sebagai satu ancaman kepada negara2 ekonomi baru seperti Russia, China, Brazil dan India.

    Hutang besar US tidak akan di ambil perhatian oleh mana2 pemimpin Amerika krn mereka sentiasa cetak duit hari2. Timbul persoalan, negara2 spt di atas menyoal amerika kenapa mereka biarkan nilai USD jatuh. Kejatuhan dollar memang di rancang oleh mereka. Tujuannya nak tunjuk pada rakyat bahawa logam2 berharga adalah mahal.

    Kesannya, negara2 diatas mula persoalkan peranan USD sebagai matawang dominan. kini mereka mula memulakan langkah perjanjian dua hala dengan negara dagangan mereka dengan tidak menggunakan matawang USD. Sebaliknya mereka menggunakan pelbagai cara antaranya Sistem Barter, guna matawang masing2, dan emas.

    Russia, China, India, France dan Jepun bersedia menggunakan cara2 di atas sebagai alternatif. Perubahan negara2 terbabit telah menyebabkan USD jatuh lagi. Emas terus bergaya naik mendadak beberapa minggu yang lalu.

  28. By 1 DINAR on Dec 5, 2009 | Reply

    klu da xleh nak pjak kan bro, ad alternatif lain x selain simpan mcm 2 aj. Maknenye care nak rolling modal

  29. By adi kuantan on Dec 10, 2009 | Reply

    Salam

    Kawan akhir tahun lepas aku jual semua 30 ekor kijang ..alamak hari ni kalau simpan senang2 dah dpt 43K.mana ada pelaboran blh dapat camtu dalam 10 bulan.

    nak cuba lagi duit dah kelain.

  30. By boyer on Dec 11, 2009 | Reply

    seminggu ni harga turun…harap naik sbb dah start melabur…xsempat nak untung…huhu

  31. By mustafakamaljebah on Dec 13, 2009 | Reply

    Jual emas masa harganya tinggi..

    Beli emas masa harganya rendah..

    that's the way should be…

    Beli emas pas pajak emas hanya mengakibatkan kos pelaburan emas kita meningkat tinggi..sebab bayar upah bank simpan emas kita…

  32. By mddy770 on Dec 13, 2009 | Reply

    salam

    makan dulu baunya….. tapi jangan tunggu lama-lama

    kejap lagi dia nak terbang tinggi lagi. mungkin 'mengteh' akhir bulan jan 2010 kot.

  33. By mie on Dec 14, 2009 | Reply

    Saya dah tengok interview James digoergia dlm laman web dia, jangkaan usd2500 dlm masa 18 bulan dan usd5000 dlm masa 21/2 tahun..itu adalah ramalan yg dia buat

  34. By abuaisy on Dec 14, 2009 | Reply

    salam , minggu lps sy buka GIA. sy msh baru dlm gold investment nie. tp agak takut biler tgk pattern gold tis week turun…..

  35. By anna on Dec 15, 2009 | Reply

    erm xpaham la ap yg encik rethaudin ckp..jd….kesimpulan dr yg encik ckp ap? maaf jahilsikit bab2 ekonomi n emas ni…

  36. By sham karim on Dec 16, 2009 | Reply

    Salam Syukor,

    berapa harga emas sekarang?

  37. By sham on Dec 16, 2009 | Reply

    harga tengok kat address ni

    http://jutawanemas.com/v1/harga-emas-di-malaysia/

  38. By mie on Jan 2, 2010 | Reply

    salam, saya tinggal di kelantan dan baru nak mula melabur emas. Saya nak tanya en. Sham, utk masa sekarang ni mana lebih baik saya beli dinar kelantan atau emas public gold

  39. By sham on Jan 2, 2010 | Reply

    Tahniah saya ucapkan kepada saudara/i mie kerana nak mula menyimpan emas.

    Ini pandangan peribadi saya sahaja.

    Kedua-duanya ok.

    Sekiranya kenaikan emas 25% setahun , maka kedua-duanya sepatutnya berlaku kenaikan yang sama. Tetapi yang membezakan pendapatan emas A dengan emas B . ialah spread bila anda menjualkan semula. Spread yang rendah adalah baik.

  40. By kyuketsuki on Jan 8, 2010 | Reply

    susah sgt jual je balik kat PG. sure nye diaorang beli.

    reply: Betul tu :)

  41. By Fadil on Jan 8, 2010 | Reply

    Salam,

    Untuk memaksimakan keuntungan dan mencari spread yg terendah boleh rujuk blog di bawah: http://ideabusiness-fadil.blogspot.com/search/lab

    reply: Terima kasih atas makluman.

  42. By rethaudin on Jan 10, 2010 | Reply

    Sia hanya bagi ulasan tentang jangkaan harga emas. Sebab2 yg sia beri tu merupakan faktor pendorong kepada kenaikan harga emas sehingga. Sdri anna,Kesimpulannya sangat mudah, jangkaan harga emas boleh menjangkau USD2500 t.oz mampu di capai dalam beberapa tahun akan datang atau mungkin lebih cepat dari yang dijangkakan.

    Faktor2 yang sia bagi di atas gak banyak bergantung kpd keadaan semasa dan dasar fiskal negara2 yg terlibat dan dasar kerajaan.

    reply: Kalau tengok video diatas, james meramalkan harga akan mencecah 2500 usd dalam masa 3 tahun lagi.

  43. By mustafakamaljebah on Feb 10, 2010 | Reply

    Semua propaganda org yg ada emas/tokeh emas dan ejen jual emas semata-mata sebab nk jual emas semata2..

    Propaganda adalah taktik pemasaran semata2…

    Ingat! tiada yg pasti kecuali mati!

  44. By wan on Feb 11, 2010 | Reply

    saya rasa lebih selamat gold saving account…dari emas fizikal…

    adakah betul?…saya budak baru belajar…

  45. By ummi_na on Feb 18, 2010 | Reply

    saya kurang paham dengan harga emas terkini yg ditunjukkan diatas.contohnya hari ni tulis naik

  46. By shafiq newbie on Feb 18, 2010 | Reply

    sekadar pandangan saya….saya dlu melabur emas dalam bentuk buku iaitu maybank dan public gold investment….saya study graf naik turun…mula2 tak paham la…tapi skrg agak faham skit….jadi saya nak kongsi trend emas turun naik….saya study 10 tahun graf emas…ape yang menarik ialah:

    1) emas selalu turun mendadak sebelum chinese new year dan pertengahan bulan 5 dan 6

    2) graf emas 2010 seakan pattern graf 2004 (andaian saya)

    3) kebarangkalian graf ni akan ikut pattern serupa selang 4-6 tahun

    4) harga pasaran emas selalu ditutup tinggi dan dibuka rendah

    Pengalaman:

    Saya mula menceburi emas fizikal pada bulan januari 2010….pada mulanya nak beli emas dan saya refer semula pattern graf dahulu dan dapati jangkaan emas turun sebelum chinese new year…jadi saye hold duit untuk beli emas…

    pada 5/2/09 saya nampak harga emas mula jatuh tetapi saya hold dulu

    pada 11/2/10 saya pilih untuk beli emas kijang di maybank 1/2 Oz….harga ketika itu 1/2 Oz RM 1988….saya beli masa tu kerana jangkaan emas akan naik keesokan hari iaitu 12/2/10

    pada 12/2/10 harga emas kijang naik mendadak ke paras RM2020….dan pada itu anggaran saya emas akan terus naik selepas raya cina dan kemungkinan akan jatuh sedikit tapi bukan paras yang rendah pada bulan februari…..

    jangkaan saya berdasarkan pattern graf dahulu dan alhamdulillah jangkaan saya 80 peratus tepat…..harapan saya agar anda juga study graf yang ada pada website tertentu…saya juga insan yang masih belajar dan terus belajar

    salam dari shafiq newbie

  47. By Anna on Feb 19, 2010 | Reply

    En.syukur,

    saya dh mula melabur dgn hanya membaca info berguna dari website encik ni. Terima kasih. Sangat membantu.

  48. By reimei on Feb 19, 2010 | Reply

    Alhamdulillah, Anna dah mula memiliki emas. Sebelum tu, banyaklah buat rujukan dan membaca lagi. Bacalah sedikit artikel kat http://gold2emas.blogspot.com/ mudah2an dpt tambah pengetahuan ttg emas.

  49. By sg_aliasm@yahoo.com. on Feb 19, 2010 | Reply

    salam en shukor,

    sy nak kan maklumat terkini tentang pelaburan emas. tq

  50. By jamal on Apr 8, 2014 | Reply

    harga emas jatuh dari tahun 2012 modal terbenam rugi beli mas ni , harga lambat naik fikir dahulu sebelum melabur yang untung public gold yang teruk orang baca emas kalis inflasi

  51. By syukor on Apr 8, 2014 | Reply

    En. Jamaludin, Kalau tuan membeli emas menggunakan strategi hit and run, maka tuan akan rasa modal terbenam. Dalam buku saya yang ditulis sejak tahun 2009 lagi, saya telah bercerita strategi pemurataan kos (cost averaging). Menggunakan strategi ini di dalam pelaburan emas adalah penting. sebab itu saya tulis buku, supaya pelabur boleh baca dan ambil tindakan. Saya melabur emas sejak tahun 2008 sehingga hari ini. Saya pernah beli emas ketika harga rendah, saya pernah beli emas ketika harga tinggi melangit. Pembelian secara konsisten ini menguntungkan saya dan sesiapa sahaja yang follow.

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan Newsletter blog Jutawanemas.com PERCUMA!

Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas

Ingin belajar ilmu emas PERCUMA? klik gambar.




Jutawanemas FB Page

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca