Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Saya sekarang sihat ajer.. dan sibuk macam biasa. Kalau anda ada contact saya dan saya terlewat reply, tolong ingatkan saya ek..
Maklumlah saya tengah menanti cahaya mata yang baru. InsyaAllah hujung bulan depan dapat sorang lagi baby, so sibuk banyak lah… kerja office lagi, business, family, reading dan blogging.
Pergh…
Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat keistimewaan emas sebagai penyimpan nilai @ kekayaan yang terunggul.
Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.
Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:
1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi
Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.
Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga
Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..
Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang (baca sini)
Kisah rantai emas emak saya.
Saya ingin berkongsi satu cerita menarik berkenaan rantai emas mak saya.
Dalam cerita ini kita akan dapat lihat bagaimana nilai emas semakin meningkat dari masa ke semasa. Jika ditambah dengan kreativiti maka keuntungan yang dijana oleh emas ini sangat berbaloi.
Ceritanya macam nie…
Pada tahun 1980, ayah saya berikan hadiah seutas rantai emas kat mak.
Pada waktu tu nilai rantai emas tersebut ialah RM4000.00
Pada tahun 1990 ketika menunaikan haji di Mekah, emak saya belikan buah rantai (yang bulat tu) dengan harga RM1000.
Jadi, harga rantai emas tersebut ialah RM5000.00
Pada tahun 2005, emak saya memerlukan wang untuk membeli tanah pusaka arwah datuknya kat Langkawi.
Jadi untuk mendapat wang dengan cepat, emak pergi gadaikan rantai emas tersebut kat Ar-Rahn Bank Rakyat.
Mak saya terkejut apabila Ar-Rahn offer RM11,000 untuk rantai tersebut (lebih dari 2 kali ganda harga rantai tersebut).
So, dari tahun 2005 sehingga 2008 mak saya start pajak rantai tersebut. Daripada hasil gadaian tersebut, mak saya membayar kepada adik-beradiknya
(yang berkongsi nama dalam geran tanah pusaka tersebut).
Bila cukup tempoh gadaian maka mak saya pergi tebus balik rantai tersebut.
Lepas tu, gadai semula, dapat duit dan bayar kat adik-beradik yang lain.
Dengan menggunakan teknik pajak dan rolling duit pajakan, emak saya berjaya membeli tanah pusaka seluas 2 relung dengan harga RM50,000

Inilah tanahnyer…
hehehe.. kreatif kan?
Kenapa emak saya menggunakan teknik gadaian?
First sekali, emak saya nie suri rumah sepenuh masa. Jadi memang takde income bulanan.
Tak boleh nak buat personal loan lah jawabnya…
Duit kebanyakannya diberi oleh saya dan adik yang telah bekerja. Abah pun kasik juga.
Kedua, mak saya tahu bahawa emas boleh digadai untuk mendapat cash. So, bila Ar-Rahn offer RM11,000.. memang seronoklah mak saya
Jadi, memang untung simpan emas fizikal nie. Boleh pakai kalau nak nampak cantik, boleh gadai kalau nak pakai duit. Tak seperti pelaburan emas atas kertas seperti Public Bank GIA dan Maybank GSPA.
Dalam jangkamasa panjang memang boleh nampak kenaikan harganya.
Jika ditambah dengan financial intelligent, maka lebih besar pulangannya.
Kesimpulannya:
1. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.
Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung.
2. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.
3. Kekadang, ada peluang yang datang kat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.
4. Bagaimana boleh buat untung dengan pajak emas? hehehe.. cerita diatas
adalah salah satu contoh ajer… yang lain kena fikir sendiri lah ek…
Anda ada kisah menarik yang ingin dikongsi kat sini? Sila berikan komen anda.
Saya pasti ramai lagi pembaca yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.
Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membeli gold bar dan dinar emas Public Gold. Anda boleh tengok agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda (klik sini)
So, apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com Anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

19 Responses to “Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan.”
By olass on Jun 29, 2009 | Reply
Selamat menunggu kelahiran cahaya mata..semoga anak bertambah, emas pun bertambah..
reply: Terima kasih olass
By ojah on Jun 29, 2009 | Reply
hmmm.. mmg jenis tak pakai emas tapi kena start beli barang kemas la ini macam.. pakai baru tak kena zakat emas.. huhu.. gd story
reply: well, kalau nak buat pelaburan tak perlu beli barang kemas. beli jongkong emas dan syiling emas. zakat akan kena apabila cukup syaratnya.
By Bayi 3 pound on Jun 29, 2009 | Reply
Salam
Semoga Allah kurniakan kesalamatan atas Sdr n isteri n baby yang bakal datang. Masa ni lagi banyak suami n isteri kena mnegaji n berdoa semuga Allah merahmati kedua ibubapa n baby.
Beli PG 100gm/or 200gm n letak kat BR AR ok ke? Lepas tu repeat proses tu guna duit AR tu? Any comment
reply: Terima kasih banyak-banyak sedara
By Bayi 3 pound on Jun 29, 2009 | Reply
Ok
Sudah posting2 lepas n dah paham caranye nak buat duit cara yang saya tanya tu. Nanti bila nak lelong mungkin boleh contact sdr syukor.
reply: Kalau dah faham baguslah…
kalau nak lelong boleh contact saya. no problem.
By ajis on Jun 29, 2009 | Reply
Salam en.syukor
Ada berita tak best laa…
SPread utk emas dinar kelantan dah meningkat! lebihkurang 10%!!
Aritu masa sy jual….terkejut saya!
reply: Haah.. dah 9%+ spread Dinar Emas Kelantan.
Memang kurang best sket.
By mamu on Jul 3, 2009 | Reply
salam en syukor ,
pengkongsian yang menarik dan berguna….
****
mak en syukor kelihatan muda lagi ….
berapa umurnya ? en syukor pula ??
reply: Hehehe.. terima kasih atas penghargaan tersebut.
Mak saya umur 47. Saya plak 31 tahun.
By juruukur on Jul 4, 2009 | Reply
shk ishk .. best trade mas nii ekk.. sekarang nii.. main kilo-kilo.. pasni kita beli main tan tan
aku order 1 tan mas bole…? ha ha ha
banyak info emas aku blaja.. teruskan usaha bro
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
reply: hehehe. terima kasih atas sokongan
By RKMJ Safiudin on Jul 5, 2009 | Reply
terima kasih atas informasi yang diberikan.
saya kira masih ramai yang tidak mengetahuinya…..
reply: Sama-sama. terima kasih atas sokongan. saya amat menghargainya.
ilmu ini perlu dikongsikan bersama-sama orang lain. beritahu mereka pasal blog jutawanemas nie..
By fahmi on Jul 6, 2009 | Reply
Salam en shukor. Sudah lama saya mengikuti blog en shukor ni. Terima kasih saya ucapkan kerana berkongsi ilmu especially pasal emas ni. Setelah membaca kesemua posting en shukor, skng saya bercadang utk membeli emas.
Kes saya skng, saya ada dlm rm1000. Adakah patut saya kumpul lg rm1000++ (nk ckupkan RM2000++) utk beli 20gram public gold @ beli public dinar dalam 2 dinar. Mane lebih bagus?
reply: Beli gold bar lebih bagus.
By Cyza on Jul 8, 2009 | Reply
First time masuk blog ni dan saya dah belajar satu ilmu baru. Terima kasih. Sekarang saya perlu jadi subscriber pulak dan teruskan ilu pembelajaran tentang rahsia dan teknik memanipulasi emas…
reply: Terima kasih atas sokongan. semoga ilmu ini akan memberi keuntungan kepada kita semua
By Eisha on Aug 4, 2009 | Reply
Salam En. Shukor,
Alhamdullilah sy bertemu blog ini yang byk memberi manfaat. Sy ni bkn jenis yg suka brg kemas sbb apa yang dipakai semuanya asyik hilang. Tapi.. sejak terbaca pelaburan emas ni, berminat la pulak nak beli public gold tu. Cuma nak bg clear sikit b/mana caranya… Adakah slps kita beli PG cth 20g or 40g, then kita pajakkan kat ar rahnu dan diulang proses beli ? Dan satu lagi, dgn cara yang kita buka akaun emas dgn Public Bank. Yang mana satu lebih baik samaada beli emas fizikal atau melalui akaun PB
Terima kasih.
By psycotraderz on Aug 5, 2009 | Reply
salam…alhamdulillah dpt blog nih harini…saya br nk blaja ttg emas ni..soalan saya tuan admin:waktu harga emas cam skrg ni sesuai ke utk beli PG..?
By taufik on Aug 5, 2009 | Reply
mcm admin ckp, waktu terbaik beli emas masa ade duit
By azmanor on Aug 18, 2009 | Reply
seingat sya Tuan Admin bagi tau simpan/beli emas fizikal lagi bagus..tq
reply: Haah, paling bagus emas fizikal.
By Abgzan on Aug 21, 2009 | Reply
Setuju dgn simpan emas utk simpan nilai kekayaan….tapi labur dalam hartanah pon tak kurang hebatnyer
Dan jugak pelaburan2 lain yg legal di Malaysia ni…
saya ada menceburi pelbagai jenis pelaburan dan ada saaya ceritakan dalam blog saya…..juga saya sisipkan kisah suka duka saya dalam pelaburan saya ada ceritakan dalam blog saya yang merangkumi pelbagai jenis pelaburan, daripada hartanah, emas, stock market, unit trust, forex sampailah kepada home renovation ….
kalau u all rajin, lawatilah blogku:
http://kakilabur.blogspot.com
Wassalaam
By cendol on Sep 2, 2009 | Reply
salam ramadhan. sy teruja utk mengetahui lebih lanjut pelaburan emas secara terus. saya berjinak membeli 1 biji GB pada 20.5.2008 dr etika emas pd harga modal rm10838-5% modal harga semasa rm102.96/gram selama 6 bln . selepas tamat tempoh 6 bln, sy menjual blk dgn harga semasa 20.11.2008 ialah rm100.98/gram. memg rugi la waktu tu etika tolak 2% =rm9896.04 rugi rm941.96 d tambah diskaun/hibah rm300x6 bln=rm1800. bersih untung blk modal asal RM10838 – RM11696.04. = RM858.04. untuk makluman sy mula berminat melabur semula dlm skim berkenaan pd 15.11.2008 dgn modal berharga RM103.11/gram beli 300 GB bagi 2 dgn mber bg modal waktu tu sy anggap harga memang murah la. 1 biji RM10311-5% harga sebenar market b.rakyat RM97.95/gram sblum minyak naik rm2.70. dipendekkan cite dh 1 thn genap 16hb sept 2009 ni. Alkisah BNM serbu lak EEE ni terbengkalai lah emas sy kt b.rkyt tp sempat jual 100 gram pd tamat tempoh 15.5.2009 pd harga RM12076. tggl 2 biji yg sebenarnya tergantung kt b. rkyt. nmpk gaya telan air liur lak jgk sementara nk tggu 16.9.2009 ni. Jadi kesimpulanya apa pendapat tuan admin.??? adakah patut sy kluar modal upah simpan smbung 6 bln lg sementara tggu harga benar2 melambung dlm jangka 6 bln akan dtg 25% lg sepertimana sy alami 1 thn lalu kenaikan emas. minta komen yg bernas. Sy jugak ada membeli 100 gram lg pd 17.11.2008 dgn harga RM112.55?gram utk simpan sendiri hingga skrng. pada pendapat tuan dimana sy boleh jual pd harga semasa yg tertinggi nanti. ALHAMDULLILAH dgn izin ALLAH sy telah membayar zakar Emas pd bln ramadan ini di JAb Agama Johor pd 02.09.2009 jam 16.23pm tadi sepertimana nawaitu sy genap tempoh haul setahun GB sy yg 1 biji dulu beli (15.09.2008-16.09.2009) kadar sepatutnya sy byr ialah RM315.10(100 gram). sy menghitung mengikut harga akhir 28.08.2009 yg lalu RM126.04 anggaran saja. sekiranya genap pd 16hb ni sekiranya dpt sama tuan admin dan kwn2 dapat memberikan harga sebenar emas 999.9 dipasaran dunia siala jelaskan agar sy dpt melangsaikan lebihan baki zakat berkenaan.. walaupun lapang dada sy selepas mebyar zakat berkenaan tetapi terdetik jgk dlm benak gelora hati memikirkan lebihan baki zakat berkenaan dan yg paling bimbang emas d BR ni . sama2 la tuan2 dan puan2 doakan. sesungguh dlm kita memikirkan keuntungan pelaburan emas zakat jgn diabaikan kerana masih ada lg bhg emas yg patut dirasai oleh pihak yg sepatutnya merasainya dan memerlukan. sesungguh nya EMAS itu adalah 1 jasad yg berzikir dan berdamping dgn yg mengambilnya. Badi jgk bila pegang emas ni.. Bagi sy kalo dah x dpt jgk emas tu maka sebenar ALLAH dh tentukan rezeki sy hanya setakat begitu. SAya Redha..
By hani zunnur on Jan 29, 2010 | Reply
bagus….syukor..!!!!!!!
By madi on Feb 1, 2010 | Reply
salam saudara Syukor,saya nak tanya satu soalan,sekarang ni saya membuka akaun simpanan wang emas sebanyak RM 10k,mana lebih sesuai akaun simpanan emas atau syiling emas kijang yg ada di cawangan Maybank.