Membeli Dinar Emas / Dinar emas Kelantan

Tahukah anda? Antara cara termudah membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli dinar emas. Memandangkan dinar emas memang dijual di Malaysia, maka saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana membuat pelaburan emas menggunakan dinar emas.

Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

1. Dinar Emas Kelantan
2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.

.

Gambar: Dinar Emas IGD dan Dinar Emas Kelantan

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram manakala

1 dirham merujuk kepada syiling perak tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram

.

1. Dinar Emas Kelantan.


Gambar Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
.

Dinar emas Kelantan telah dilancarkan pada 20 September 2006.

Laman web Dinar Emas Kelantan ialah http://www.dinarkel.com/

Antara saiz Dinar Emas yang dijual adalah:

– 2 Dinar
– 1 Dinar
– 1/2 Dinar
– 1/4 Dinar

Bagaimana nak beli Dinar Emas Kelantan?

Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan.

Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http://www.dinarkel.com/wtb.html

Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar emas kelantan di Ar-Rahn berikut.

Ar-Rahn Kajang
No. 10 Jalan Raja Harun
43000 Kajang
Selangor
Tel: 03-87361517
Fax: 03-87367552

Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26933433
Fax : 03-26933431

Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-60928441
Fax : 03-60928429

Bagaimana check harga dinar emas Kelantan?

Harga belian dan jualan dinar emas Kelantan boleh disemak
di laman web http://www.dinarkel.com/ .
Tengok kat penjuru kiri, bawah sikit, ada jadual seperti di bawah:

 

harga_dinar

Bagaimana menjual kembali dinar emas kelantan?

Jika anda hendak menjual semula dinar emas kelantan, anda boleh menjualnya di Ar-Rahn yang sama. Berdasarkan pengiraan saya pada laman web http://www.dinarkel.com/ didapati perbezaan antara harga belian dan jualan dinar emas kelantan adalah RM20 untuk 1 Dinar, RM10 untuk 1/2 Dinar dan RM5 untuk 1/4 Dinar.

.

2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.

Islamic Mint Sdn Bhd adalah salah sebuah institusi yang mengeluar dan mempromosikan dinar emas dan juga dirham. Laman web utama syarikat ini ialah http://www.islamicmint.com.my

Bagaimana membeli dinar emas Islamic Mint Sdn. bhd.?

Anda boleh membeli dinar emas Islamic Mint Sdn bhd. di institusi yang dinamakan wakala.

Terdapat banyak wakala di Malaysia yang menjual dinar emas nie.
Untuk senarai penjual dinar emas di tempat anda sila rujuk disini:

https://www.medinamarket.com/map.html

Nampaknya negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak ada wakala lagi, jadi susah sket kalau nak beli dinar emas 🙁

Pengalaman saya.

Untuk tujuan mendapatkan maklumat berkenaan dinar emas ini, Saya telah pergi ke wakala di Melaka iaitu Singgahsana Emas Sdn. Bhd. Lokasinya di G-09 Plaza Usahawan, Jalan Hang Tuah, Melaka. Nombor telefon ialah 06-2846572. Jadi saya ingin kongsikan pengalaman ini dengan anda.

Membeli dinar emas di wakala.

Harga dinar emas dijual mengikut harga emas harian, justeru ianya adalah berdasarkan pergerakan harga emas semasa. Dinar yang dijual pula adalah 1 dinar sahaja. Singahsana Emas tak jual 1/2 atau 1/4 dinar. Bayar cash.

Menjual balik dinar emas.

Dinar emas boleh dijual balik di wakala. Pihak wakala akan membeli balik dinar emas anda pada harga semasa -15% ke 17% . Perghh!!!!! tinggi betul.

Kebaikan membeli dinar emas

1. Pelaburan emas dengan kos yang agak murah. Memandangkan berat 1 dinar cuma 4.25 gram, maka harganya adalah sekitar RM400 ++ sekeping (pada 6 Julai 2008).
2. Senang untuk dibeli dan dijual di wakala atau Ar-Rahn
3. Memandangkan emas ini adalah emas fizikal, maka anda boleh gadaikan emas nie kalau nak gunakan wang sementara.
4. Harga belian balik antara RM20, RM10 dan RM5 bagi dinar emas Kelantan adalah rendah dan menarik

Kelemahan dinar emas

1. Dinar emas kelantan banyak dijual di Ar-Rahn sekitar Kelantan dan 3 cawangan di sekitar KL dan Selangor, jadi jika anda di negeri lain maka sukar sikit untuk membeli dan menjual dinar emas Kelantan.
2. Bagi dinar Islamic Mint sdn. Bhd pula, tak semua negeri mempunyai wakala, contohnya Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
2. Harga belian balik Dinar emas Islamic Mint Sdn bhd sekitar -15%-18% dari harga semasa menyebabkan ianya tidak begitu menarik.

Kesimpulan.

Dinar emas adalah satu cara termudah dan termurah membeli dan menyimpan emas. Saya amat menggalakkan anda membeli dan menyimpan dinar emas.

Kalau nak beli, cuba beli satu dinar bukan 1/2 atau 1/4 dinar.

.

p/s: Memandangkan harga belian balik yang tinggi (tolak 17% dari harga semasa) oleh wakala kat Melaka nie, saya tak jadi beli dinar. Saya beli dirham je… 🙂 sekeping RM10

.

Gambar depan Dirham (klik untuk besarkan)

Gambar belakang Dirham (klik untuk besarkan)

Jika ada sebarang komen emelkan kepada admin@jutawanemas.com

.

Bacaan berkaitan:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.


♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.