Membeli syiling Kijang Emas
Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?
Pada 9/6/2008 saya ada membeli syiling Kijang Emas ini (1Oz). Jadi saya ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda boleh membeli wang syiling Kijang Emas ini.
Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?
Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. utk bacaan lanjut, lihat di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emas
Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)
Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?
1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (tengok bawah)
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.
p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.
Gambar: Cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas
Apakah kebaikan membeli Kijang Emas ini?
1. harga yang agak rendah kerana terdapat dalam 3 saiz iaitu 1 troy ounce, 1/2 troy ounce dan 1/4 troy ounce. Syiling termahal pun cuma 1 Oz (31.10 gram, harga RM3000 ++). Tapi kalau nak tengok harga harian Kijang Emas, boleh lawati laman web Bank Negara malaysia di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
2. Syiling ini ketulenannya ialah 999 (24 Karat). Jadi mutu emasnya terbaik.
3. Anda boleh membeli syiling Kijang Emas ini di Maybank, tapi cawangan tertentu sahaja. Jangan lupa bawa IC. Di Melaka ia cuma dijual di Maybank Main, jalan Hang Tuah.
Untuk mengetahui cawangan-cawangan Maybank lain yang menjual Kijang Emas sila rujuk link ini:
http://www.maybank2u.com.my/promotions/goldcoin.shtml#
4. Syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank pada harga semasa ditolak antara 3.15% dan 3.20% (utk 1 Troy Ounce) . Ini boleh dikatakan rendah berbanding kedai emas yang biasanya menolak 10% – 15% daripada harga emas semasa. So dah untung.
5. Syiling ini boleh bawa ke pajak gadai kalau tak ada duit
anytime
Antara kelemahan membeli syiling Kijang Emas.
1. Kena bayar cash ( kalau kat kedai emas biasa boleh beli pakai kredit card)
2. Nak kena pergi Maybank awal-awal pagi. Kalau kat Melaka nie staff Maybank minta datang sebelum 12 tengahari.
3. Maybank punyalah sibuk… saya kena tunggu sejam, baru dapat beli.
4. Maybank staff akan beritahu yang syiling nie kena jaga elok-elok. tak boleh bengkok atau terguris sewaktu nak jual balik. kalau bengkok, mungkin Maybank tak akan beli balik. Lagi satu, jangan lupa bawa resit asal sewaktu anda membeli Kijang Emas ini sewaktu hendak menjual balik syiling ini.
Rasanya itu sahaja kelebihan/kelemahan yang saya dapat kenalpasti.
Sekarang, mari kita lihat harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008 ( dekat 7 tahun).
18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
sekarang 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Kenaikan 181.70% !!!
Purata kenaikan setahun : 25.95% !!!
Bandingkan dengan ASB ( Antara 8.5% ke 9.00 % setahun )
Amacam? nak beli emas tak??
By the way, ini gambar syiling Kijang Emas saya (Klik untuk besarkan)
a) Ini adalah Kijang Emas dalam bungkusannya:
2) Ini gambar Syiling Kijang Emas yang saya buka.
Bacaan berkaitan.
1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
3. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
4. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
5. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.
.
.








Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

120 Responses to “Membeli syiling Kijang Emas”
By anje on Jul 3, 2008 | Reply
ish..kalau beli emas kijang…pas tuh kita simpan…then tunggu harga naik la ya…tak leh ke kita p gadai ar-rahnu cam kita buat ngan etika-emas tuh
reply: Kijang Emas nie boleh digadai. Bank terima
By Anonymous on Jul 31, 2008 | Reply
Saya quote kan ayat En Syukor di atas
“Pada 9/6/2008 saya ada membeli syiling Kijang Emas ini. Ini kerana saya tak ada modal yang cukup utk beli lagi 100 gram emas kat Etika Emas Estet ”
DAN saya nak quote kan juga info En. Syukor dlm http://jutawanemas.com/v1/?p=206
“Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.”
Soalan saya…
Pada 9/6/2008 waktu En Syukor plan nak beli emas dari Etika tp tak cukup modal..kenapa En. Syukor tak buat loan utk teruskan niat membeli emas di Etika???Hati saya ni nak tau gak kenapa xbuat loan…kenapa…xde niat lain..cuma nak tau…
TQ
reply: Cuba baca posting saya kat sini http://jutawanemas.com/v1/?p=160 . Anda dapat lihat portfolio emas saya.
Saya dah buat loan utk beli emas kat etika 3 bulan yang lalu. so dah tak boleh buat loan lagi sbb dah max, sebab tu duit yang tinggal cuma cukup utk beli Kijang Emas sahaja
By mkrdr on Aug 9, 2008 | Reply
18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
sekarang 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Kenaikan 181.70% !!!
Purata kenaikan setahun : 25.95% !!!
maaf ye, nak tanya. Boleh saya tahu, macammana cara kira kenaikan tu? sebab 3048/1082 =2.817
Reply: Ok, pengiraannya macam nie.
Harga baru – Harga lama
= RM3048.00 – RM1082.00
= RM1966.00
Jadi kenaikan harga ialah RM1966.00
RM1966/RM1082 (harga lama) = 1.817
untuk dapat nilai kenaikan dalam peratus, kena darab 100
1.817 x 100 = 181.70%
By faisal on Aug 12, 2008 | Reply
Bagaimana sekiranya saya membeli emas syiling Kijang Emas atau Emas fizikal di UOB Bank dan gadaikannya pada gadai ar-rahnu seperti yang di buat oleh etika-emas. Adakah ianya menguntungkan?
jawapan: Ya. Menguntungkan. Bila gadai anda boleh dapat cash sehingga 65% daripada nilai emas. Boleh pinjam selama 6 bulan pulak tu. tapi jangan lupa tebus balik yek
By nmr on Aug 12, 2008 | Reply
sy telah dihadiahkan seseorg iaitu kijang emas nie..tpi bolehkah sy menjual nye pada masa hadapan sedangkan sy tidak ada resit pembelian kijang emas ni..
reply: Saya tak pasti. saya pun takder tanya Maybank pasal nie.
By syahrul on Aug 14, 2008 | Reply
Saya cuba utk membeli beberapa keping 1oz Kijang Emas arini, akan tetapi kesemua Maybank di area Lembah Klang telah kehabisan stok. During lunch break, pegi ke Maybank PJ. Teller kat sana cakap yang ada cuma 1/4oz jer skrg, dgr2 Bank Negara pon dah tak kuarkan lagi Kijang Emas nie..
Akan tetapi saya belajar satu perkara arini.
1oz Kijang Emas = RM2,921
1/2oz Kijang Emas = RM1,488, 1oz= RM2,976
1/4oz Kijang Emas = RM758, 1oz=RM3,032
Gold Saving Passbook, 1gm=RM93.62, 1oz=RM2,912.05
reply: Hmm.. nampaknya kijang emas nie memang terhangat di pasaran. Memang pun, kalau tengok analisis saya, kijang emas is first choice. second any gold coin dari UOB bank. then go for gold bar.
Walau apapun, saudara syahrul ada belajar sesuatu hari nie
By syahrul on Aug 15, 2008 | Reply
Lagi sekali saya belajar sesuatu arini. Masuk² keje trus bukak website nie: http://goldprice.org/live-gold-price.html
Jatuh lagi!! Terendah pada 0845 dengan harga USD788.97.
Bila difikirkan kembali, pelaburan emas yang saya buat bukan utk saya jadikan keuntungan jangka masa pendek, bukan saya berniat untuk trade gold day-to-day (bukan lagi kot).
Apa yang saya akan lakukan, saya akan biar jer emas tu, cukup bulan saya akan monitor kembali.. sama seperti saya buat utk Mutual Fund, let the agent remind me…
Kalu tiap² minit monitor, sakit jantung la saya.
By zaidi on Aug 15, 2008 | Reply
rileks bro, gua pun dah terasa gak beli emas time harga mahal, tapi takpe harga emas lama lama naik. pelaburan jangka panjang..
Bak kata orang lain, sesak sesak boleh buat pi gadai kat bank .
By el the man on Aug 24, 2008 | Reply
Saya tgh tulis blog tentang pelaburan emas, dan terserempak ngan blog anda. Cukup informative. Thanks and tahniah.
http://fyi-penang.blogspot.com/
reply: sama-sama. jangan lupa kongsikan maklumat berkenaan website ini kepada rakan-rakan anda. tq
By amiazmi on Oct 2, 2008 | Reply
great infos! saya ada intention nk beli emas fizikal tp bila memikirkan tempat simpanan yg selamat, saya jadi pening. aside from beli peti besi letak kat rumah, ada tempat2 lain tak yg saya boleh simpan emas fizikal dengan selamat?
reply: hehehe.. tebuk dinding.. simpan kat sana. lebih tersembunyi. kalau ada safe box nie, memang sah akan dijadikan target.
By lempoyang on Oct 14, 2008 | Reply
kalau modal rm5K,pe investment yang sesuai utk permulaan?
reply: Public Bank Gold Investment account atau Kijang Emas.
By nafi on Oct 14, 2008 | Reply
soalan saya , saya mahu beli emas RM 1ribu sahaja boleh tak
reply: Boleh beli Dinar Emas atau Kijang Emas 1/4 Oz
By shi on Oct 16, 2008 | Reply
By syahrul on Aug 14, 2008 | Reply
Akan tetapi saya belajar satu perkara arini.
1oz Kijang Emas = RM2,921
1/2oz Kijang Emas = RM1,488, 1oz= RM2,976
1/4oz Kijang Emas = RM758, 1oz=RM3,032
Gold Saving Passbook, 1gm=RM93.62, 1oz=RM2,912.05
reply: Hmm.. nampaknya kijang emas nie memang terhangat di pasaran. Memang pun, kalau tengok analisis saya, kijang emas is first choice. second any gold coin dari UOB bank. then go for gold bar.
Walau apapun, saudara syahrul ada belajar sesuatu hari nie
……………………………………………………………………………………………………………….
ok. saya nyer soalan..
lepas saya kira.. rasanya cm lebih murah beli Gold Saving Passbook.
ok.. cth tadi..
Gold Saving Passbook, 1gm=RM93.62
kijang emas 1oz =RM2,912.05 (1gm=93.635) ; 1oz=31.1gm
ok.. bukan ker lebih murah sikit leh Gold Saving tu…
hhmm… saya bg cth untuk 15/10/2008
GIA 1gm = RM RM 97.9600
Kijang Emas 1oz = RM3137 ( 1gm = RM100.868)
ha… kan untung beli GIA tu.. x gitu tuan tanah…???
tlg betulkan kalu saya silap yer…
reply: Memang GIA murah sikit, cuma bukan pilihan saya sebab ia bukan emas fizikal. Emas fizikal boleh dipajak utk dapat lebih banyak duit dan re-invest dalam GIA. GIA mana boleh pajak
By lempoyang on Oct 16, 2008 | Reply
katakan sy beli 1oz kijang emas+bukak Public GIA (20gm)..so pe langkah seterusnya utk dapatkan profit..
reply: Simpan utk jangkamasa panjang, contoh 3 tahun. sure profit
By dynn on Oct 16, 2008 | Reply
bila nak invest kena ada matlamat..sebab apa kita invest? sebab nak dapat untung la kan? tapi berapa banyak untung yg kita nak untung? kena spesifik… sebagai contoh aku nak invest dalam emas aku mesti nak untung 20% dari harga beli atau pun selagi tak sampai harga 1oz $1,000 aku tak akan jual…nampak tak?
jadi kita monitor price kijang emas dan price GIA …bila price dah cecah matlamat kita…kita pun jual lah…untung kita dapat invest la lagi…ulanglah proses tu.
ape-ape hal pun kena bersabar..setkan matlamat terlebih dahulu…kalau boleh tambah ilmu lagi…buat la research lagi…bila dah betul yakin…baru lah invest.
reply: Ya betul tu. terima kasih atas komen yang bernas ini
By lempoyang on Oct 24, 2008 | Reply
saya beli kijang emas ni..tp 1oz dh tkde..yg tgl 1/2oz dan 1/4 oz..so berbaloi tk kl beli 2 kepiing syiling 1/2 oz?sbb nk yg 1oz dah abih..yg 1/2 oz pun dh abih..
reply: 1/2 Oz pun ok gak. Boleh beli
By dynn on Oct 24, 2008 | Reply
kat mana hang beli kijang bro?? aku cari kat kl macam semua dah tak de.
reply: Aku beli kat Maybank Melaka Main.
By sothye on Oct 25, 2008 | Reply
dynn,
1oz je susah nak dpt.. 1/4oz ngan 1/2 oz tak brp susah kan?
Selalu aku amik stok kijang 1oz kat SSC Kuala Selangor.. Malangnya, Jumaat lepas (24/10/08) dah habis stok 1oz.. Ada orang borong.. 1/2 oz ngan 1/4 oz masih ada…
By dynn on Oct 25, 2008 | Reply
syukor,
belikan aku satu kijang emas 1oz boleh?
reply: Boleh, no problem. Nanti kalau ada kat Melaka nie aku roger ko
By dynn on Oct 25, 2008 | Reply
orait..ape2 hal nanti aku kita diskus.
By aida on Oct 26, 2008 | Reply
saya dah buka GIA… ingat kalau harga jatuh lagi selasa ni nak beli lagi…
apa pendapat saudara kalau saya pi gadai emas 916 saya kat bank rakyat… then saya ambik duit tu pi beli GIA… berbaloi ker tidak? harap dapat bagi pendapat. saya nih budak baru belajar…
By Wan on Nov 5, 2008 | Reply
Kalu kita beli kijang emas ni, pas tu jual… maknanya tak de lagi la emas kita…kena beli lain ke?
Kang nak beli lain hari, emas harga tinggi…kene jual sampai dia tinggi lagi ke?
reply: Jawapan untuk kedua soalan. iye, betul
By Saiful on Nov 10, 2008 | Reply
Wan,
Aku rasa kijang emas nie sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang sahaja .. sbb mcm ko ckp tadi beli then jual pada harga tinggi .. pastu nak beli balik x bleh dah sbb kita plak rugi .. jadi nya kijang emas nie untuk skli guna jer .. target brp tahun bleh tahan simpan emas tu then lepas jer jual bermakna setakat tu jer pelaburan nya.
By rompers on Nov 12, 2008 | Reply
kalau aku beli emas macam rantai or gelang tangan yang harga lebih kurang kijang emas ni boleh ke dikategorikan sebagai pelaburan? aku tengah cari mana pelaburan yang paling baik ni kalau boleh dapat buat backup time2 sesak..hehehehe
By lempoyang on Nov 13, 2008 | Reply
aslm,nk tny le..sy pnh beli kijang ni tp 1/2 oz le..tkde plak diberi sijil pembelian..yg ada resit je..so camne?boleh ke nnt nk jual tanpa ada sijil mcm ditunjukkan tuh?
By cyber on Nov 18, 2008 | Reply
Tahniah tuan..kalaulah makcik-makcik kat pendalaman Kelantan tau guna Internet….hehehe sure kita smua x sempat nak kenal KIJANG ne.
”Penyelamat S.C.K”
KijangCyber
wassalam
By PIKIR2kan on Nov 27, 2008 | Reply
Saya ada terfikir satu idea.. mcm nie, andai kata kat sini ada satu situasi.
Saya telah membeli kijang emas 1oz berharga RM3119.00 di Maybank. Then saya terus mengadaikan emas tersebut di ar-rahnu (dinyatakan ar-rahnu kita boleh dapat 65% lebih tinggi dari harga sebenar, RM3119.00×65%=RM2027.35) dan saya dapat RM3119.00+RM2027.35=RM5146.35. Disini dikatakan saya perlu menebus emas dalam masa 6 bulan. Ape terjadi jika saya tak ingin tebus?
Untuk mengkayakan diri,dengan bermodalkan RM5146.35 saya membeli semula kijang emas 10z+1/2oz+1/4oz mengikut harga semasa RM3119.00+RM1589.00+RM809.00=RM5517.00. (Saya hanya tambah sedikit dari modal sebanyak RM370.65 untuk menjadikan modal RM5517.00). Dengan emas fizikal di tangan, saya mengadaikan di ar-rahnu. Dengan 65% lebih tinggi dari RM5517.00 saya akan mendapat RM9103.05. Dengan bermodalkan RM3119.00, saya telah untung RM9103.05-3119.00 = 5984.05dalam masa 2 hari!!!!
Bagaimana??adakah ini boleh dilakukan??
Saya perlukan komen dari anda semua. Cuba kira baik-baik. Tak perlu tunggu lorg term.
reply: Kaedah tu tak boleh buat. Ini kerana bila kita gi pajak, kita cuma dapat nilai 65% dari nilai emas. Bukan 65% lebih tinggi dari nilai emas. So bila anda gadaikan emas bernilai RM3119, anda cuma dapat cash in hand RM2027.35 ajer. Kijang tu pulak kena masuk dalam peti simpanan bank.
By PIKIR2kan on Nov 27, 2008 | Reply
oh….baru saya faham….wakakaka
By tictoc on Dec 2, 2008 | Reply
tapi still untung juga kan? cuma beza nya hanya kalo jual terus dpt 65% drpd harga emas.kalo simpan utk long term dpt 65% lebih tinggi.
betul ke fahaman saya ni? minta tnjuk ajar tuan rumah..
By zane on Dec 16, 2008 | Reply
bagusla pelaburan kijang emas nie…aku dah lost byk kat saham..kalau tau dr dulu aku beli kijang emas..kat johor ada stok lagi tak?
By vegito on Dec 16, 2008 | Reply
kt johor mmg byk kijang 1oz ni….ni maybank staff yg bgtau aku.
By ajis on Dec 29, 2008 | Reply
slm!saya nakg kelantan ni,agak2 kijang mas ada lagi tak?entah2 semua makcik2 dah sapu! Tanya kat kaunter maybank ek? Kalu takda..kat bnm ada jual tak?
By che-mie on Jan 2, 2009 | Reply
blog yang bagus
kalau ada update tolong inform saya
terutama berkenaan emasssss
reply: Kalau nak senang che-mie subscribe saja newsletter jutawanemas.com kat atas sana. Kalau ada update dari blog nie, che-mie akan dapat melalui email
By kio on Jan 5, 2009 | Reply
klu gadai kat ar-rahnu boleh untung berapa sekiranya ada 1oz sekarang ni?
reply: Kalau gadai bukan dapat untung, tapi dapat pinjaman 65% – 70% dari nilai emas tersebut. Harga emas pula berubah setiap hari.
By masaituemas on Jan 6, 2009 | Reply
pertama kali sy bace blog ni,mata saya terus bersinar2,mmg seronok klu semua menjadi.tp tula mesti ader risikonyer.jd saya harap abg shukor dapt bg idea untuk sy.saya seorang pelajar ipta,yg membuat pnjman dr ptptn.jd mcam maner sy nak mulakn pelaburan emas ni.
reply: Untuk pelajar, saya tak galakkan membuat pinjaman untuk pelaburan. Tapi saya cadangkan agar saudara membeli dinar emas kelantan. harga tak mahal sangat, dalam RM400 bagi sedinar.
By kancang-co on Jan 9, 2009 | Reply
kalau gadai sebulan2 boleh tak? hehehe
reply: Boleh
By lemp on Jan 9, 2009 | Reply
admin,
semalam sy just tny kat bank rakyta ttg bape% kiter akan dapat loan kl kiter p gadai..dia mention berkuatkuasa thn ni hny 60% shj…tp tk pasti le kl hny bank rakyat tu shj..
By keza on Jan 9, 2009 | Reply
bro berapa paling minima harga kijang emas klu nk di beli ? dlm rm5k ada tak ? … berapa untung klu beli yg minima kijang emas?
reply: Kena refer kat laman wen Bank Negara Malaysia. Tengok link kat atas. RM5k nie memang cukup utk beli Kijang Emas 1 Oz.
By sha on Jan 9, 2009 | Reply
nak tanya berbaloi ker beli kijang emas nie 1/4oz?kalau nak gadai atau nak jual balik ada untungnya tak?
reply: Ya untung. Tapi jangkamasa panjang lah…
By ajis on Jan 9, 2009 | Reply
sheikh syukor, ana sudah beli kijang ni + dinar tapi rege mahal la..3.19k agak2 tahun ni naik tak? Lagi satu maybank kasi salinan slip byran je,no proper resit! Ok ke?
reply: sheikh ajis. Ente simpan kijang dan dinar tu lama-lama. Harga gerenti naik. Pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang.
By ajis on Jan 10, 2009 | Reply
Slm!
Saya dah pergi gadai kat arrhanu, kojuta…Dasyat dieorg nilai kijang saya rm3500 sedangkan saya beli rm3100++ je! Margin pinjaman dia kasi 80% Hebatkan! Tapi upah mahal sikit lk 12% setahun(kad kredit = 18% setahun). Dinar pun sama! Saya beli rm430, dieorg nilai rm450!
Saya galakkanlaa beli dinar atau emas ni(Nik Aziz sokong, Tun pun sokong). Terima kasih la tuan tanah atas perkongsian ilmu ini!
By Nur on Jan 13, 2009 | Reply
kijang emas ni leh jual balik kat specific maybank branch sahaja ke? leh x saya jual balik kat mane2 kedai emas..
By syarina on Jan 15, 2009 | Reply
skrng nie harga emas RM94.04…..sesuai ker beli syiling kijang emas tu sekarang nie???
mana yg lebih menarik..antara syiling kijang emas dan dinar kelantan??
reply: Harga RM94 tu kira ok jugak. boleh beli. tentang kijagn emas atau dinar kelantan, kedua-duanya menarik bagi saya.
By Ajis on Jan 16, 2009 | Reply
Cik Syarina,
Masa Emas Rm 97/98 aritu saya usha dekat MB sekitar KL…ada stok….tapi smlm, emas turun tggl yg 1/4 oz jer…hot item kijang ni (ala2 kijang dlm rimba…lompat sana, lompat sini!)
Thanks to owner of this site…..kalu tak, sy tak kenal apa itu kijang emas! Dinar emas kecik je… mcm duit 20 sen, kijang lagi sedap pegang! terasa kaya sekejap! hehe :p
By Uncang on Jan 16, 2009 | Reply
Alhamdulillah,dapat juga saya beli 3 ketul kijang emas 1oz arini.Perit +malu ari2 bertanya officer Maybank tu.Kengkawan bole try nasib kat Maybank MenaraKL.
reply: Tahniah..
By SYAH on Jan 19, 2009 | Reply
pembelian kijang emas perlu ada resit sebagai rujukan masa akn dtg.. bg mereka yg dh beli tu simpan2 jgk emas tu tp resitnya jgn pulak dibuang yea…
By API on Jan 22, 2009 | Reply
aku nak ty ni..
knp aku beli kijang emas ni xdpt pon resit macam yg kt atas tu ade sain2..?
aku cume dpt kertas bertulis harga mase beli tuje adela..
kertas tu mcm kertas borang nk masukkan duit dlm buku akaun je..
ssh betul la nk dpt 1oz kat miri ni.. mb ckp mmg xakan ade..die nk abiskan 1/2oz dan 1/4 oz dulu.. mcm ade sindiket org dlm je…hehe
By Syed on Jan 23, 2009 | Reply
salam kat resit pembelian kijang emas tu ada tulis harga masa kita beli tak?
By wantailo on Jan 23, 2009 | Reply
apo pasal aku beli kat bangsar tak dapat sijil ? tak mintak ic pon
selamba jer bank tuh jual lat aku cuma dia bagi resit biasa jer ? kang nak jual perlu ker sijil ?
By zupi on Jan 26, 2009 | Reply
salam bro..saya student…apabila gadai kat arrahnu….dapat 65% cash dari harga emas. Harga tu harga semasa kan….bayar balik untuk dapatkan syiling emas tu ikut harga mana?
By zupi on Jan 26, 2009 | Reply
kalau kita beli….setahun kita gadai..dapat duit…kita beli yang lain…kita gadai..n amik duit tu untuk tebus yang lama…boleh kan..kita rolling duit…
By berminat on Jan 29, 2009 | Reply
salam, saya berminat nk melabur emas ni.. kat terengganu rasanye ade x stok kijang emas?
By naji on Jan 29, 2009 | Reply
GIA is not an Islamic product, bukan dibawah Public Islamic Bank.
By Kuku on Jan 30, 2009 | Reply
Pasal GIA, saya tak berani komen tapi harap jgnla terlalu taksub dgn ‘label’ Islamik! tu…. Pada asasnya setiap jenis ‘perniagaan’ itu digalakkan…kecuali riba…..dan…
Mcm mana dgn produk dan b brg yg dijual oleh org ‘bukan’ islam…
Seperti juga konsep ilmu…setiap ilmu itu asalnya ‘islam’ tetapi digunakan juga istilah ilmu islam, ‘ilmuan islam’ dan sebagainya yg mempunyai maksud say a tujuan tertentu.
Ulamak telah mengambil inisiatif (dan berkewajipan) untuk mewujudkan perbankan Islam dan mengklasifikasikan ‘islamik’ bertujuan…….
By IFA on Feb 2, 2009 | Reply
kuku, maaf, jgn cpt melenting bila ditanya tntg hukum.Saya bertanya atas dasar kurang ilmu. wlubgmanapun saya ingin setiap sen saya diberkati. Bagi saya kalau betul dikatakan Public Bank menyimpan emasnya sendiri, mungkin gold bar tu dimiliki oleh ramai pemilik mengikut sebanyak mane timbangan itu dibeli. Cuma kita tdk memiliki secara fizikal. Saya ni mengarut ke?
By noname on Feb 2, 2009 | Reply
memang GIA di backing oleh gold so tak yah le kita nak bergaduh kalau nak confirmation boleh call saya dan akan saya bawa u ke main branch yang menyimpan gold untuk GIA a/c. just simple question untuk dijawab oleh sesiapa saja……….kalau GIA tak dibacking oleh gold if suddenly emas naik mendadak so public bank nak buat macam mana??????dan setahu saya public bank diterajui oleh cina dan diasaskan oleh cina mereka takkan nak rugi???????cuma ianya tak diwarwarkan saja…..kalau nak serang bank yang bertopengkan islam ada 2 dimalaysia nie kenapa terlepas pandang. kita sebagai bangsa melayu jangan cepat melatah tak tentu pasal kalau dimainkan sentimen agama….jangan kita jadi macam israil …….kalau kita terus menerus macam ini saya jamin malaysia akan jadi macam israil dalam mas 10 ke 20 tahun lagi…my 2 cent idea
By tentera_uhud on Feb 5, 2009 | Reply
sedara kuku harap x ckp sebarangan. tak tepat penggunaan perkataan ‘terlalu taksub’ pd produk islamic. mencari yg halal tu kewajipan kita semua.
utk nak pastikan sah akad jual beli, kita kena pegang(simpan) emas tu dulu. kalu yg jenis GIA ni, emas diorang pegang so wallahualam sah atau tidak jual beli jenis camni. maybe itu pasal la diorang tak isytihar islamic.
utk semua yg dah mula invest dkt emas ni jgn lupa byr zakat k
By Kuku on Feb 5, 2009 | Reply
Ok…saya mintak maaf tentera dan semua, saya bukan mksud begitu sebenarnya. Maksud saya takder ‘islamik’ belum tentu tak ikut syariat.
Mungkin dieorg(ulamak) sedang kaji GIA ni. Saya sendiri blum beli GIA,sy beli dinar dan kijang jer.
Dinar emas kelantan dijual beli dgn akad…..dan pabila ditanya sama ada laku ke jual balik? dieorg ckp: “Kita wajib beli” …terharu saya…Islam itu tinggi dan indah….
By nama on Feb 5, 2009 | Reply
Salam semua!
Jawapan hukum melabur dgn GIA dari JAKIM:
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
taip “kijang emas” dekat search..
By peruzz on Feb 25, 2009 | Reply
saya budak baru dalam bab2 melabur emas ni.. harap dapat tunjuk ajar dr otai2 emas semua
reply: Saudara boleh baca artikel terdahulu. InsyaAllah akan dapat ilmu pelaburan emas.
kat sini: http://jutawanemas.com/v1/artikel-terdahulu/
By semas on Mar 19, 2009 | Reply
boleh tanyer?
ader lg ke kijang emas ni kat maybank?
reply: Kekadang ader stok, kekadang takder. sila call maybank berkenaan.
By julie on Mar 20, 2009 | Reply
apa kah syarat- syarat untuk membuat loan bank
reply: Julie kena refer kat bank tersebut utk dapatkan syarat-syaratnya.
By romi on Apr 2, 2009 | Reply
abg ade byar zakat emas tak? apabila menyimpan emas ini??
By nurul najwa on Apr 2, 2009 | Reply
salam… 2 hari lepas saya dah pun pgi ar-rahnu tanjung malim.
Dpt duit sya pgi plak maybank nak bli kijang emas..
hampa sungguh impian sy sbb x dpt bli kijang tu…
staff situ kata penjualan utk hari ini (31.3.09) tak bleh sbb dah ujung bulan…
staff tu sruh dtg esok nye plak…
hri ni dah 2.4.09 sya masih blum beli lg kijang emas tu…
hampa sungguh…….
By shamsul on Apr 3, 2009 | Reply
Nurul Najwa… U dok Tg malim ke? Terkenang dulu2 naik bas mara dari Felda Gedangsa ke Tg Malim. PAstu Naik Bas Mogah p dating kat Sungai Bill. hehehe.
By kiro on May 18, 2009 | Reply
salam
sy newbie, jarang dpt online..
soalan sy, last yr sy beli 1oz mas syiling KE dgn harga RM3,112..
td sy check price bank beli 3,392. ini bmakna saya untung RM280 ker kalu sy jual skrg.? berbaloi ker stlh tunggu sthn..
kalu sy silap tlg btolkn.t kaseh.
By wanz on May 19, 2009 | Reply
lau saya ade 17K… ape yg perlu sy buat dlm pelaburan emas ni…??
By pokli on May 20, 2009 | Reply
KIJANG….UOB…KALAU KEMEK….ROSAK…..CALAR…PIHAK MAYBANK TAK TERIMA…..KALAU PUBLIC GOLD…..SURE TERIMA BALIK UTK JUAL ……….NAK TGK KOLEKSI EMAS…MASUK JE POKLI77.BLOGSPOT.COM
By wealo on May 25, 2009 | Reply
saya telah beli emas dari etika emas international. dalam 500g. habis semua simpanan saya. cuma saya nak tau boleh caya ke pelaburan yang dibuat oleh etika? saya sepatut tanya dulu sebelum melabur. risau saya takut lebur semua yang saya ada.
By Anonymous on May 25, 2009 | Reply
foreigner boleh beli kijang emas tak?
By Iyyad on May 27, 2009 | Reply
eerrr—- ada saper2 yg berminat nk dapatkan kijang emas ker kat sini.? sy berhajat nk jual kijang saya. sy ader 5 ekor kijang yg bersaiz 1/2oz dan seekor kijang yg bersaiz 1/4oz. jika ada sape2 yg berminat leh hub sy 019-3865166.
By sam on May 27, 2009 | Reply
1/2 dgn 1/4 oz je ker iyyad, 1 oz punye x ade ker??
selalunya 1 oz yg plg laris dan dapat permintaan tinggi…
1/2 oz besarnya mcm duit 20 sen je.. 1/4 oz plk mcm syiling 10 sen atau 5 sen..
By eye on May 27, 2009 | Reply
iyyad berada di mana?
By Iyyad on May 28, 2009 | Reply
saya di Putrajaya
By Iyyad on May 28, 2009 | Reply
saiz 1oz tu susah dapat. hari tu masa sy beli tak ada stok utk saiz 1oz tu. pihak bank kata stok tu akan ada jika ada org jual balik ke bank. buat masa ni BNM dah tak kuarkan stok 10z. kerana nak habiskan stok yg 1/2 dan 1/4 tu. saper yg berminat leh le helo2 kt sy.
By pokli on Jul 3, 2009 | Reply
saya pun ada 4 ekor kijang emas…kalau berminat call yer
nak beli dinar kelantan pun ada
public gold pun master dealer agen
admin
http://www.pokli77.blogspot.com
By sam on Jul 3, 2009 | Reply
pok li nk jual 4 oz kijang tu dgn harga semasa ke??
klu nk beli ape no contact nyer??
By ummu on Sep 11, 2009 | Reply
Nak tanya, company ni ada lesen utk niaga emas ke? Saya ada dengar ttg AFA gold, sama ke dgn company ni. Tq
By ainur1703 ainur1703 on Sep 16, 2009 | Reply
assalamualaikum en.shukor…
saya nk tanya sikit…
kalau kita beli emas melalui public bank,berapa lama kita harus tunggu untuk kita jual semula.1 tahun ble simpan?atau 2,3 tahun apa kesanya?
By mie on Oct 9, 2009 | Reply
nak tanya sekarang ni masa sesuai ke beli kijang emas sbb harga 3.7k sehingga 08/10/09. Rasa mcm tinggi sangat.
Minta En syukor yg berpengalaman dlm bidang ini jawab segera.
Thanks.
reply: Kalau ada duit beli ajer mie. tak payah pikir harga. kalau pikir harga nanti tak terjadi beli.
By azmanor on Oct 9, 2009 | Reply
sekarang ni musim org jual la saudra mie….
By azmanor on Oct 9, 2009 | Reply
company mane 2 cik ummu
By zainol on Oct 18, 2009 | Reply
Saya baru dalam bidang nak tau cam mane nak buat pelaburan emas ni.. nak tanya lah cam maen sebenarnya rate harga emas kijal anda berapa nak kene beli untuk layak..
terima kasih
By Umar on Oct 29, 2009 | Reply
Baru beli satu syiling 1oz semlm masa harga turun.. Ari ni dah mula naik.. =)
By am on Nov 11, 2009 | Reply
salam en shukor,sye tgk makin hari ke hari kijang emas sell ngan buy die smakin naik…
peh rugi nyee..sye takde sen en shukor..
ape kate en shukor buat loan untuk org2 sprti saye nih haa..ok tk?
By EMI on Nov 12, 2009 | Reply
NAJI ARAFAT KER NI?
By azhar on Nov 18, 2009 | Reply
utk sesape yg baru berjinak2 nak beli kijang emas 1Oz dgn harga 10% lebih murah dari harga jualan maybank, sila contact saya 0133696665..stok terhad, utk kawasan kl sahaja
By Ali KB on Nov 21, 2009 | Reply
salam brg kemas 916 baru RM125/gram upah tiada rm0…view at http://s851.photobucket.com/albums/ab80/emas2u/201109new916/ lokasi penang..self collection …ali kb 013-2893627
By gucil on Nov 24, 2009 | Reply
kijang mas amat ganau skali tapi mcm pange lagi bagus.
sbb pange m’punyai banyak fungsi bkn stkt dunia tap[i akhirat pun dapat
By Mohd Ridhuan b. Abdullah on Dec 7, 2009 | Reply
Assalamualaikum.saya kat area Kemaman,kat Kuantan ada jual dak Kijang Mas kat Kuantan.apa alamat maybank kat Kuantan yang jual benda Allah ni?
By angie on Dec 8, 2009 | Reply
Kat kuantan boleh dapat kijang mas di maybank main ofis kat Jalan teruntum belah Masjid Negeri. Kalo 1/2 oz & 1/4oz takde masalah. tapi selalu kehabisan stok 1oz je
By mustafakamaljebah on Dec 19, 2009 | Reply
Kijang emas tak sesuai wat pelaburan sebab spreadnya tinggi skg..6%..
Gold coin OUB sesual sebab spread tak tinggi..2++5 je..
By mustafakamaljebah on Dec 19, 2009 | Reply
Kijang emas Maybank tak sesuai wat perlaburan keran spreadnya yg tinggi skg..hampir 6%..
Gold Coin OUB sesuai wat pelaburan sebab spread rendah..2.++% je..
By faiz on Dec 27, 2009 | Reply
saya ni bru je nak menceburi bidang jual beli emas ni .. jadi saya nak tanya gold saving passbook tu bende ape?
lpas tu klau kite bli syiling kijang emas , katakan pada mase tu harga dye RM3000 ,lpas stahun harga syiling kijang emas adalah RM 4000. klau ikut ape yang di perkatakan klau nak jual balik kat bank , dye akan tolak 3-3.15% daripada harga RM3000 ke atau RM4000?? jadi brape harga yang bank akn beli????
By faiz on Dec 27, 2009 | Reply
laps tu macam mane pula dengan bayaran zakat emas???
By mddy770 on Dec 27, 2009 | Reply
Salam
gold saving passbook tu bende ape?
buku simpanan emas
syiling kijang emas
Pengeluar Bank Negara
Pengedar Maybank
lpas stahun harga syiling kijang emas adalah RM 4000
Bank negara jual RM4000
Bank negara beli RM3744
bayaran zakat emas
yang melebihi 85 gram selepas 1 tahun
By cGiera on Dec 27, 2009 | Reply
mddy 770 sila baca kesemua artikel admin nati seme ? u akn tjwb…
faiz; zakat emas sbyk 2.5% kena byr bila emas yg u simpan dah cukup haul @ melebihi 85g…tlg jwb bg phk admin…
By cGiera on Dec 27, 2009 | Reply
Faiz klu u nak jual blk kijang kat bank ia akn ikut hrga semasa cth u beli thn ni RM3000 thn dpn hrga kijang emas dah RM4500…di bank sana ade tctt kat board hrga emas jual n hrga emas beli…ktlah jual RM4500 n Beli RM4200…so phk bank akn beli kijang u tu ngan hrga beli RM4200….so kijang yg u beli RM3000 (2009) – RM4200 (2010) u dah dpt utg RM1200….hrp jelas…
By aman on Dec 29, 2009 | Reply
Harga emas tengah canteeeek…stabil rendah…
Sat tadi pie maybank, niat nak beli satu keping.
Pastu gatal mulut, tanya boleh pakai kad tak?
Dia cakap kalu pakai kad maybank, caj macam beli barang. Kalu pakai kad lain, caj macam kuar cash.
Terus sambar pat keping…..
By iyyad on Dec 30, 2009 | Reply
saya nk jual kesemua kijang yg ada. perlukan cash money. ada yg berminat sila cal tis num. 019-3865166. Sy ada 6 X (1/2oz) dan 1X(1/4oz)
By zura on Jan 15, 2010 | Reply
a’kum…. baru2 ni saya ada mendapat barang kemas dari nenek suami saya. Emas yg dimaksudkan ialah emas 999 seberat 38 gm. Berapakah nilai emas itu sekarang?
By kylisz on Jan 26, 2010 | Reply
mohon perhatian……..
kijang mas adalah simpan jngka pajang…
sama macam asb…..
asb kiter boleh kluar dan masuk duit,
kijang mas ni boleh jual tak selepas seminggu kiter beli…
atau ader tak tempoh minima untuk kiter jual balik selepas pembelian….????
By aidi on Feb 7, 2010 | Reply
asslmualaikm….
sya aidi, bru saje mmbeli kijang emas, sya nk tnya semasa pembelian kijang emas, adkah kita akn terus mendpt sijil pembelian pd hari kita membeli emas tersebut?.
coz, sya ada membeli kijang emas di maybank karamunsing, apabila sya tnya pegawai bank, dia ckp selepas jual emas baru dpt sijil pembelian,, btl ka?. pegawai bank hnya membri resit pembelian saja,. adakah emas nie bleh dijual balik tnpa sijil pembelian?
bukan apa, saya baru saje dlm bidang nie, membeli emas nie pown kwn yg ajak… so, xbrapa tau mengenai bnda nie…. sya hrp en dpt jelaskn dgn saya…
By peminat syiling kijang emas on Mar 15, 2010 | Reply
To aidi,
Belian kijang emas sekarang memang dapat resit je. Kes sama jugak kalau beli emas di UOB bank… Dapat resit je.
Resit tu boleh digunapakai bersama emas jika ingin dijual nanti
By haq on Apr 5, 2010 | Reply
tadi gi beli emas kijang.first time beli.. .tanye orang bank tu.. . .kalu jual balik kena syarat pape x..xlh calar k..xlh tu k xlh ni k..
then org bank tu ckp klu clar pun lh jual balik..janji kt maybank..
betul k skunk ni mas kijang klu nak jual balik dlm kdaan calar pun dorg terima..
reply: setahu saya kijang kalau calar maybank tak terima balik sbb susah nak jual balik kepada pembeli baru. kalau betul diorang terima, nanti cuba saudara toreh syiling tu kat depan mereka dan jual balik. toreh kaw-kaw sket…
pastu cerita pengalaman tu kat sini
By sudu emas on Apr 14, 2010 | Reply
adehh toreh kow2.. encik haq….ada sapa sini brani buat camtuh???..dengan syarat duit anda macam air…..masuk
By man30 on Apr 22, 2010 | Reply
salam..klu kita dah beli gold bar..cmner kita nak tau tgh2 ketul tu betul emas ker tak? ape bahan boleh guna pakai utk uji ketulanan gold bar tu? zaman sekarang kan byk brg tiruan..jd bagaimana cara utk kita mengenali?
reply: Beli dari bank, syarikat bertauliah atau kedai emas. Kalau nak test sendiri boleh bawak ke kedai emas or ar-rahnu.
By ebookemas . on Nov 10, 2010 | Reply
saudara syukor, berbaloi ke wat pinjaman bank rakyat rm100k untuk invest kat emas ni? apa saranan saudara sekiranya jumlah sebanyak itu hanya saya gunakan untuk melabur emas ni?
terima kasih
By AZMANOR72 on Nov 11, 2010 | Reply
sdr/i ebookemas
kalau dibanding kadar keuntungan yg dikenakan oleh bank dgn kadar kenaikan harga emas secara tahunan … pandangan saya berbaloi sekiranya duit tersebut digunakan utk pelaburan emas ini ….Tq