Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Keistimewaan Emas Sebagai Logam Terpilih

Ditulis pada 27 February 2009 – 9:06 am | by syukor |


seminar_gold_dinar_2009Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 21 Februari 2009 saya telah menghadiri Seminar Dinar Emas 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.

Tahniah saya ucapkan kepada persatuan berkenaan kerana mengajurkan program sedemikian rupa. Ianya bermanfaat dan bermaklumat. Harap-harap acara sebegini boleh dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Jika ada lagi seminar seperti ini. Anda kena hadir. Ilmu yang diperolehi tak ternilai harganya. Walaupun saya tahu banyak pasal emas, tapi seminar ini masih memberikan saya ilmu tambahan.

Untuk posting kali ini, saya cuma nak ambil petikan daripada salah seorang penceramah seminar berkenaan iaitu YB Dato’ Paduka Hj Husam Musa.

husam

Beliau menyebut “Emas adalah logam terpilih… yang dijadikan Allah dengan keistimewaannya yang tersendiri”.

Menarik betul ayat tersebut.

Saya sangat bersetuju dengan Dato’ Paduka Hj. Husam.

Emas adalah logam yang sangat istimewa. Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan
Emas adalah lambang kejayaan di akhirat

Emas sebagai lambang kekayaan.

gold-coins-images

Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia.

Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.

Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.

Emas itu lambang kecantikan.

bridaljewellery_13286

Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.

Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.

Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.

Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

Emas itu lambang kekuasaan.

 mahkota_emas

Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.

Amacam? Hebat tak emas?

Jadi, memang saya bersetuju dengan YB Dato’ Paduka Hj. Husam Musa.

Emas adalah logam terpilih.

 

Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga.

Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.

al-hajj-23-2
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

Memang logam terpilih emas ni :)

Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.

public_gold_bar_atas_tapak_tangan

Kalau tak percaya, cubalah buat :)

Jika anda berminat untuk mendapatkan gold bar diatas, anda boleh membelinya daripada saya. (Klik sini untuk maklumat lanjut)

Jika ada sebarang komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika mahu lebih banyak maklumat berkenaan pelaburan emas, lawati forum jutawanemas.

Mulakan pelaburan emas anda sekarang!

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 20 Responses to “Keistimewaan Emas Sebagai Logam Terpilih”

  2. By nizm on Feb 27, 2009 | Reply

    Syabas dan Tahniah buat Persatuan Mahasiswa Kelantan, Universiti Malaya (PMK-UM)!

    Selaku salah seorang dari peserta seminar tersebut, saya merasakan amat bersyukur kerana diberikan pendedahan (ilmu) berkaitan dengan “logam terpilih” ini, kerana selama ini saya (khasnya) merasakan wang kertas (ringgit) merupakan instrumen yang terbaik bagi melindungi hasil penat lelah (pendapatan) kita selama ini dari jatuh ke tangan kapitalis, tetapi kenyataannya adalah sebaliknya. Rupa-rupanya setiap saat duit kita dirompak tanpa kita sedari.

    Emas!, Ya! Emas adalah jawapan paling tepat bagi perlindungan yang kita mahukan ke atas pendapatan dan harta kita selama ini.

    Secara konklusinya, sekiranya ada lagi seminar seperti ini dijalankan di mana² adalah disarankan untuk kita turut sama menyertai, kerana terdapat pelbagai maklumat dan pendedahan yang tidak ternilai harganya. Asalkan kita benar² mahu berubah, jika tidak ia hanyalah sia-sia.

    reply: Ya, betul. Banyak ilmu yang kita perolehi, samada berkenaan emas ataupun pasal sistem kewangan yang bermasalah ini.

  3. By azienmat on Mar 1, 2009 | Reply

    En Syukor,
    sy ada kemuskilan sikit melabur dengan emas ini. sy ada simpanan 100,000 kat ASB, setiap tahun apabila dikemaskini pada hujung tahun, sy akan mendapat dividen. Dan dividen itulah keuntungan pelaburan sy. Kalau dividen itu sy tidak keluar pun dia akan berkembang lg bersama modal asal 100,000 itu, maka hujung tahun berikutnya akan berkembang dan berkembang lg. Begitulah tahun demi tahun keuntungan lumayan yg dikatakan pelaburan jangka masa panjang itu lebih teserlah lg.
    Kerana pelabur dapat melihat keuntungan mereka setiap tahun kerana adanya update itu.
    Tp pelaburan dengan emas bila masa update dan di mana pointnya pelabur mereka membuat keuntungan, apatah lg saudara mengatakan tempoh 7thn keuntungan purata sbnyk 20-25%.
    Apakah keuntungan hanyalah apabila kita menjual emas tersebut apabila harga naik shj, dan apabila harga turun kita tak boleh jual dulu. (sy dh bc tip yg dberikan)
    Rasanya tak keterlaluan sy sebutkan disini, klu sy beli emas bnilai 100,000 skg, dan 20thn akan dtg klu nilainya sama mcm skg maka sy jual pun sy dpt modal asalnya. Apakah ini bermakna emas juga terikat dengan spekulasi pasaran dan menghadapi risiko spt pasaran matawang dan barangan komoditi yg lain, tp risiko yg rendah?
    Tentang emas tanpa ragu sy akui kalau kita sorang collector tetap ada nilai dimasa depan samalah mcm simpan setem, kumpul duit lama dan penggemar barangan antik. Cuma bila disebutkan pada kiraan anda ia lebih menguntungkan dari ASB, itu yang pelayar keliru dan perlu penjelasan tanpa ada muslihat..
    melabur dlm ASB dan pelaburan emas perlu dijelaskan berbeza sifatnya, begitu jg pelaburan pasaran saham, unit trust2 dan takaful insurans dsbgainya.
    Syabas pada blog ini..

    reply:

    1. Dalam kes ASB anda diatas, anda merujuk kepada situasi compound interest dengan modal sebanyak RM100,000. Tapi dalam posting saya situasinya berbeza. Bukan compound interest, tapi menggunakan leverage personal loan utk buat loan ASB dan menggunakan dividen berkenaan utk melangsaikan bayaran bulanan. Memang kaedah ini tidak mendatangkan keuntungan compound interest.

    Ini kerana tak ramai orang yang ada RM100,000 cash in hand utk buat kaedah yang anda tuliskan. Dan tak ramai yang boleh bayar RM630++ sebulan selama 20 tahun secara tetap.

    2. Emas pula, jika disimpan dibawah bantal sahaja akan meningkatkan harganya 25% setahun (pengiraan purata 10 tahun). Jika seseorang pelabur itu bijak menggunakan emas yang dia ada, maka RM100,000 emas boleh dipajak sehingga 70% nilainya (dapat 70K). Jadi dengan RM70,000 tersebut boleh digunakan untuk melabur di dalam PBGIA utk mendapatkan keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi.

    Jadi ada 2 keuntungan yang dibuat disini iaitu kenaikan harga emas fizikal + keuntungan yang dijana oleh RM70,000 GIA.

    3. Keuntungan emas memang akan dapat bila beli rendah dan jual tinggi. Ini kerana emas adalah komoditi yang ada turun naik harga. Tapi dalam jangka masa panjang harganya akan naik.

    4. Kalau anda beli emas sekarang, nilai 20 tahun lagi tak akan sama. Sekarang adalah zaman kenaikan harga emas.

    5. Pasal collector. Anda merujuk kepada numismatic coin. Ia agak kompleks utk orang Malaysia. Better buat pelaburan emas yang simple. Beli emas pelaburan.

    6. Berkenaan emas yang lebih untung dari ASB. Itu adalah perspektif saya dan berdasarkan pengiraan yang boleh ditunjukkan. Bagi saya ASB pun menguntungkan kalau kita boleh buat compound interest, sebab itu saya sendiri ada buat ASB loan 200K. Cuma dividen ASB setahun sekali. Most of the time dia terperuk kat bank ajer.

    Cuma pada pendapat saya emas lebih menguntungkan kerana terdapat beberapa cara utk menggunakan emas bagi menjana pendapatan, bukan setakat simpan dan tunggu harga naik. Banyak atau sikit keuntungan lebih bergantung kepada ilmu yang pelabur ada. ASB dan emas hanyalah alat sahaja. Saya akan cuba buat perbandingan yang lebih baik antara pelaburan-pelaburan ini kerana emas, ASB, unit trust dll memang tak sama.

  4. By hery on Mar 1, 2009 | Reply

    sye ada syiling emas..tapi emak sye telah meletakkan pin yang boleh diletakkan pada baju..tapi pin tersebut adalah besi biasa je..adakah ini akn menurunkn harga emas tersebut..

    reply: Tak turun nilai, berat besi tu tak dikira kalau saudara pegi jual.

  5. By Anonymous on Mar 2, 2009 | Reply

    thx utk jawapan itu.. Sy amat berharap manfaatnya dpt diguna sebaik mungkin demi kesejahteraan umat..

    reply: InsyaAllah…

  6. By cGIera on Mar 2, 2009 | Reply

    Dlm melabur emas jgn lupa pelaburan akhirat kelak…..zakat mesti TUNAI…jgn sampai leka & alpa nikmat yg x seberapa jk dbandgkn apa yg bkl diperoleh di syurga kelak…mdh2hn ia dpt m’sucikn mana yg syubhah & mragukan dlm usaha kita utk m’gandakan rezeki smoga apa yg kita kmpul,simpan itu nnti ada BAROKAHnya….

    reply: Ya, betul tu.. terima kasih di atas ingatan saudara.

  7. By adol on Mar 4, 2009 | Reply

    wah, kaya.. ada pk gak nak beli emas, tapi modal besar la… biasa harga emas jatuh tinggi x?

  8. By zulfaizuddin on Mar 4, 2009 | Reply

    Baguslah cGIera sebab selalu memberi peringatan yang berguna. Harga emas kadang-kadang naik, kadang-kadang turun.tapi secara purata meningkat setiap tahun.

  9. By Al QUDS on Mar 4, 2009 | Reply

    berkenaan ASB dan emas,,,….
    sya lebih melihat jika ingin mendapatkan sesuatu keuntungan, kene lihat sumbernya, kemana ia digunakan dan sistemnya..yang perlu dititik beratkan ialah menepati syariah..ASB adalah tidak menepati sistem syariah kita. dikeluarkan oleh suruhanjaya sekuriti pada 12 feb 2009.. Dari aspek emas, sekiranya sistem dan proses jual beli itu menepati istilah dan syarat jual beli, ia jauh lebih baik dari melabur di ASB

  10. By zulfaizuddin on Mar 4, 2009 | Reply

    SC kata tidak menepati syariah. Majlis Fatwa kata harus. Jadi yang mana kena ikut?

  11. By as on Mar 4, 2009 | Reply

    Tu la…

    Asyik duk gaduh pasal GIA….

    Padahal ASB pun keliru.

    Ada yg berepndapat GIA jauh lebi baik dari Al wadiah dan ASB…hehe

  12. By amirul on Mar 5, 2009 | Reply

    bagi saya tergantung ilmu yg ada pada seseorang tu…bnyak ilmu yg dia ada maka bnyak la dia dapat untung dalam perniagaan emas.

  13. By alantanblog on Mar 5, 2009 | Reply

    Menarik jugak pelaburan emas ni….Kalau letak FD cuma 2% je….rugi

  14. By rizzmerr on Mar 6, 2009 | Reply

    besar tu modal azienmat dlm ASB smpai 100k..kalau aku memang
    dah perah habis modal tu bagi layan OD beli emas …pump GIA..pehhhh…

  15. By phinshah on Mar 6, 2009 | Reply

    Ni first time aku masuk dlam blog ni… pada pendangan tuan semua selain modal apa yang harus ada apabila melabur berasaskan kemas di piblic bank….. nak tau ni sbb tertarik dgn bisnis ni….

  16. By Along on Mar 7, 2009 | Reply

    Pada pendapat along..Selain Modal..Ilmu berkenaan pelaburan emas juga penting..along pon still blajar lagi tntang emas..tq’s

  17. By deen on Apr 30, 2009 | Reply

    salam en. syukor…
    saya ingin bertanye…selain dr mnjual logam emas niekn..ade lagi tak kmudahan lain yg disediakan oleh syarikat public gold…cntohnye macam mnjadi penaja bagi ssuatu prgram dinar emas ker…kalaulah ada elok sangat la..saya ada trfikir gk sblm2nie nak adakan 1 prgrm brkaitan dinar emas…pendedahan mengenai dinar emas..mcm ceramah atau seminar ker..cuma kalau ada penaja lagi elok..lgpun prgram dinar emas mungkin brbeza dgn prgrm2 seminar biasa..utk pngetahuan en. syukor saya studnt ipt..kalaulah prgram ini mndapat tajaan khususnya dr syarikat dinar emas itu sendiri elok sgtlah..dan mungkin harapan saya utk anjurkan prgrm trsebut akan lebih cerah..hrp respon dr en. syukor yea..:-) -nurudin

    reply: Public Gold memang berminat menaja/mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seumpama ini. Kalau nak dapat sponsor, just hantar surat dan proposal kepada mereka. Then follow up lah…

  18. By deen on May 1, 2009 | Reply

    ok trima ksh en. syukor utk pnjelasan tersebut….utk lbh spesifik lg blh sye tau dgn sape blh brunding pslnie..dan blh saya dapatkan alamat syarikat induk public gold utk urusan strusnya…seandainya ada pluang dan persetujuan prgram ini insyaallah akan dilaksanakan…

    reply: refer kat sini:
    http://www.publicgold.com.my/component/option,com_contact/Itemid,3/lang,english/
    Cakap dengan Branson Saw

  19. By zahari on Jun 8, 2009 | Reply

    Salam,sy nak tanye,kalo ler saya buat pinjaman bank max sebanyak 100K,bagaimana cara terbaik sy nak labur dalam emas,sy just dpt bulan 2k jadi ler…tp fixed ler

  20. By ahr999.9 on Jun 8, 2009 | Reply

    salam tuan…..kalu tuan berminat labur emas dalam koperasi etika emas bhd.koperasi bagi tuan 20% setahun fixed.+deviden…nak tahu selanjutnya tel.014-662 7999

  21. By Anonymous on Jun 8, 2009 | Reply

    pasal etika ni sila baca dlm forum dulu sblm wat keputusan

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook