Ebook

Tambahkan Ilmu Pelaburan Emas Anda Dengan Melanggan Newsletter Casey Research, Goldsilver.com dan Livegoldprices.com

Ditulis pada 8 June 2011 – 9:37 am | oleh syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya. Maklumlah, sekarang musim cuti sekolah, mungkin ada yang mengambil kesempatan bercuti-cuti bersama keluarga ­čÖé

Dalam jangka masa terdekat saya akan keluarkan jadual seminar bulan 6. Bulan nie saya akan buat seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold dan juga Seminar Analisis Teknikal untuk pasaran emas. Nantikan posting terbaru saya.

Baiklah, salah satu cara terpantas mendapat ilmu mengenai pelaburan emas dan perak serta isu-isu semasa mengenai dunia pelaburan adalah dengan melanggan newsletter yang berkaitan. Kebanyakan newsletter ini ditulis oleh individu berpengalaman atau firma penyelidikan.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa newsletter FREE yang boleh membantu meningkatkan lagi ilmu anda mengenai pelaburan emas dan perak. Ia juga membolehkan anda mengetahui isu-isu semasa yang boleh mempengaruhi harga emas dan perak dunia.

Saya sudah lama subscribe newsletter ini dan mendapat manfaat yang sangat banyak daripadanya. Justeru, anda pun boleh mendapat manfaat yang sama dengan melanggan newsletter ini.

3 FREE newsletter yang ingin saya syorkan kepada anda ialah:

1. Casey Research (caseyresearch.com)
2. Goldsilver.com (goldsilver.com)
3. Shaun Connell (LiveGoldPrices.com)

Newsletter Casey Research.

Casey Research merupakan sebuah firma penyelidikan dan analisis. Mereka membuat analisa mengenai peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan untuk pelanggan newsletter mereka. Apa yang menarik Casey Research mempunyai newsletter yang dikhaskan untuk pelaburan emas dan perak yang dinamakan Big Gold.

Casey research menawarkan newsletter percuma dan juga berbayar. 3 newsletter percuma mereka yang terkenal adalah:

1. Casey’s Daily Despatch
2. Conversations with Casey
3. Ed Steer’s Gold & Silver Daily


Newsletter FREE daripada Casey Research.

Ketiga-tiganya newsletter ini sangat bermanfaat. Anda boleh mendapat banyak input-input semasa mengenai pelaburan, pasaran kewangan dan isu-isu semasa dunia. Untuk melanggan newsletter ini, sila klik sini http://www.caseyresearch.com/free-publications

Setelah melanggan newsletter ini, anda akan mendapat update di dalam email anda.

Newsletter www.goldsilver.com

Newsletter kedua yang ingin saya syorkan ialah daripada Michael Maloney www.goldsilver.com 

Beliau merupakan penulis buku Guide to Investing in Gold and Silver


Mike Maloney dan buku tulisannya.

Beliau seorang pelabur yang berpengalaman dan menumpukan perhatian kepada pelaburan emas dan perak. Jika anda mengunjungi kedai buku seperti MPH, Popular atau Kinokuniya maka anda boleh membeli buku ini. Sangat best!


Langgan newsletter goldsilver.com sekarang.

Anda boleh melanggan newsletter beliau dengan melawati link ini http://goldsilver.com/join-our-newsletter/

Setiap kali beliau menghantar newsletter maka anda akan mendapatnya secara PERCUMA di dalam email anda.

Newsletter Shaun Connell (LiveGoldPrices.com)

Satu lagi newsletter yang saya syorkan adalah daripada Shaun Connell, beliau merupakan seorang pelabur dan menumpukan kepada pelaburan emas dan perak secara fizikal.


Website livegoldprices.com

Untuk melanggan newsletter ini, anda boleh lawati website beliau di sini www.livegoldprices.com

Cadangan daripada saya.

Jika anda mendapat newsletter yang menarik dan bermanfaat, saya cadangkan kepada anda untuk mengambil tindakan berikut:

1. Cetak artikel tersebut dan failkan untuk bacaan lanjut.
2. Copy dan paste ke dalam bentuk Microsoft word dan simpan kat dalam komputer.


Artikel yang menarik perlu dicetak dan disimpan untuk memudahkan rujukan.

Lagi satu, jangan lupa melanggan newsletter daripada blog jutawanemas.com. Ianya FREE. Anda akan mendapat update setiap kali saya menulis artikel terbaru. Jadi anda boleh mengetahui tarikh seminar dan isu-isu semasa mengenai pelaburan emas. Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.


Langgan newsletter blog jutawanemas.com untuk mendapat update. FREE ajer.

Kesimpulan.

Jika anda ingin mendapat ilmu pelaburan emas dengan pantas, anda perlu banyak membaca. Samada membaca blog ini sampai habis atau pun membeli buku-buku yang berkaitan pelaburan emas.┬áNamun cara paling mudah dan cepat untuk mengetahui ┬ápaling mudah ialah dengan membeli ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas(klik sini)

Mari kita kongsikan ilmu emas ini dengan rakan-rakan anda. Klik ikon facebook dibawah. InsyaAllah akan membawa manfaat kepada rakan-rakan anda.

.

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas