Tips: Membuat keuntungan dengan emas fizikal
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya… dan saya doakan agar financial IQ anda semakin bertambah…
Saya kat sini Alhamdulillah.. sihat tapi sibuk memanjang.
Minggu lepas sangat mencabar.. komputer kat office kena virus, komputer rumah kena virus.. jenuh pikir cammana nak clean virus.. 3-4 hari jugak buang masa cari penyelesaian.. akhirnya semuanya dah selesai.
Saya kembali ceria
Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.

Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.
So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.
Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat
Untuk pengetahuan anda semua, saya seringkali menerima soalan seperti berikut”
“En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)
Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:
“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”
Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?
Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?
Jawapannya.
Emas fizikal nie banyak keistimewaannya.
Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.

Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.
Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung.
Sebab boleh gi pajak.
GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.
Pajak memang sah tak boleh.
Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.
Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….
Membuat keuntungan dengan emas fizikal.
Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..
Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.
Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.
Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.
Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita

Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.

Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.
Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas
Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.
Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli
untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas
p/s: Kalau rasa susah nak paham teknik nie, sila baca details kat sini:
Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah.
Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1.
Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu.
So pastikan ada tunai di tangan, just in case.
Tips lain: Bagaimana nak tahu masa terbaik untuk membeli emas?
Kalau anda tak tahu timing membeli emas, jangan risau..
Senang ajer… rajin-rajinlah jenguk kat ruangan sembang-sembang emas.
Kat sini tempat peminat-peminat emas bercerita, buat ramalan harga, bersoal jawab dan berinteraksi.
Sebab tu kalau saya tak update blog nie pun anda kena datang jugak
Kat sini anda boleh datang bersembang atau tengok kaki-kaki emas bersembang kat sini.
Antara chartist yang glamour kat sini ialah Hafiz dan gldsnpr.
kalau tak sempat nak tengok diorang bersembang, anda boleh mengunjungi blog Hafiz kat sini untuk melihat analisis teknikal harga emas:
http://pampsuisse.blogspot.com/
Diorang nie murah ilmu. Orang yang murah ilmu nie murah rezeki.
Kesimpulan:
1. Beli emas fizikal nie tak rugi, walaupun harganya tinggi
2. Emas fizikal nie banyak kali lebih baik dari membeli emas melalui akaun GIA
atau Maybank GSPA.
3. Semakin tinggi ilmu anda, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi
( emas + ilmu = banyak duit)
4. Rajin-rajinlah jenguk blog nie… in case ada tips-tips dari cikgu-cikgu.
Jika anda ingin membeli emas fizikal, anda boleh beli kat sini (klik).
Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh lawati forum jutawanemas.
dan jika anda ingin menghubungi saya, anda boleh menggunakan form ini (klik).
Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada website ini.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

70 Responses to “Tips: Membuat keuntungan dengan emas fizikal”
By Ekmal on Jun 8, 2009 | Reply
As’salam
Saya nak tanyer bila jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu GIA account tu kita tutup kan or biar 2 g ajer dlm then repeat the process.
reply: Tinggalkan 2 gram. Nanti boleh repeat back the process.
By Ekmal on Jun 9, 2009 | Reply
okies Tq bro
By cik ti on Jun 9, 2009 | Reply
salam. pengiraan zakatnya mcmana pula? tq
reply: Zakat nie bila cukup haul setahun. Kalau tak cukup setahun simpan emas tak kena zakat.
By Mr kay on Jun 9, 2009 | Reply
semekom,
saya keliru ckit dengan huraian teknik 2, mcm mana kita boleh dapat untyung jika beli emas then pajak, dapat duit pinjaman beli emas lagi dan ulangi proses tersebut….sedangkan kita perlukan modal untuk tebus balik emas yang kita dah pajak tadi.
Minta penjelassannn…
reply: (Keuntungan = pendapatan jualan emas – modal)
Bila harga emas naik, maka pendapatan jualan emas akan lebih tinggi dari kos utk tebus emas.
Contohnya, jika modal utk tebus balik emas ialah RM10,000 dan kos simpan = RM130.
Tapi keuntungan jual emas pada harga tinggi ialah RM10,600
maka untung bersih ialah RM470.00
By tiram209 on Jun 9, 2009 | Reply
kita jual emas tue kat arrahnu ker…ker jual emas fizikal masa harga tinggi ker org lain?
reply: Jual kat orang lain. Kat Ar-Rahnu tak boleh jual emas. Pajak ajer..
By krulhaz on Jun 9, 2009 | Reply
salam en.syukor.harap boleh bagi penerangan kepada saya..ok.semalam (8/6/09)saya check kat website publicgold dan tengok price spot gold time tu usd959.00/oz ,then saya tgk emas 20g offer rm2293(rm114.65/g)…hari ni plak (9/6/09) saya check lagi website tu dan price spot gold time tu usd956.60 rendah dari semalam…tetapi harga emas 20g offer rm2320(rm116/g) jadi tinggi lak harga nye..sedangkan en.syukor ada ajar cara kira harga emas di convert ngan matawang kita then compare dengan bank offer..rate exchanged tak berubah usd1=rm3.584..kenapa offer emas tu tinggi pulak sedangkan price spot gold rendah drp semalam???kalo harga offer 20g tu hari ni tukar ke semalam punye xpe la bole saya terima lagi….bole tolong jelaskan?????
reply: Biasanya rate Public Gold biasanya bertukar setiap 20 minit. Dia tak bertukar setiap minit dan saat macam kitco.
Andaian saya ialah, mungkin waktu tersebut harga kitco dah turun tapi harga public gold belum diupdate lagi.
By krulhaz on Jun 9, 2009 | Reply
sebab tu saya nk tau sgt ni coz kalo camtu lebih baik beli emas kijang maybank dr public gold kalo camtu coz x ikut rate semasa…coz semalam(8/6/09) kijang emas 1oz=rm3551, hari ni (9/6/09) 1oz=rm3531..tapi publicgold terbalik pulak harga emas dunia turun tapi offer harga lebih tinggi dr semalam…macam maner ni en.shukor??
reply: Kijang Emas pun salah satu pelaburan emas fizikal terbaik. Boleh beli.. janji puas hati.
By Mr kay on Jun 9, 2009 | Reply
tima kasih prof shukor…..
Mcm 2 ke…tapi moral yang saya dapat biznes emas ni memang sesuai utk pelburan long term..pas ni bleh saya guna keuntungan daripada jualan ceramik(Asian ceramic Marketing) untuk beli kijang emas setiap bulan…
wokehhh….
reply: Wokeh… cun…
By tiram209 on Jun 10, 2009 | Reply
encik shukor,
saya nak tanya..saya ada brg kemas nilai lebih kurang RM25000. Tak pakai pun..sebab takut…banyak kes ragut lately..saya ingat nak pajak ker arrahnu bank rakyat. duit hasil dari pajakan tue..seeloknya beli GIA atau beli emas fizikal?
satu lagi, apa beza pajak dgn gadai? and then upah simpan tue dikira dari berat emas ker nilai emas? secara kasar kalau nilai emas 25K..berapa agaknya upah simpan tue yerk?
Berapa lama kita nak simpan brg kemas tue kat arrahnu supaya kita boleh memaksimakan keuntungan dari teknik nie?
reply: Teknik nie sesuai dibuat bila harga emas tengah rendah. Paling senang lepas pajak beli GIA. Kaau nak advance ske.. beli gold bar PG.
Kalau nilai gadaian RM25k, maka dapat pinjam RM16250. Upah simpan pula ialah RM0.75 untuk setiap RM100 nilai emas yang disimpan. So anggaran upah simpan ialah RM121.90 sebulan
By Anonymous on Jun 10, 2009 | Reply
terima kasih en syukor..long-term emas
reply: Sama-sama
By mengkudu on Jun 11, 2009 | Reply
Encik shukor,
Snap shot dr artikel saudara,
“Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.”
Nak tanya, lelong emas tu pada sapa? Pada Ar Rahnu ke? Ke macamana? Bukan ke emas fizikal masih dipegang oleh Ar Rahnu selagi tak ditebus???
reply:
1. Emas tu lelong pada pembeli baru, contohnya kalau sedara beli emas Public Gold, maka jual pada harga yang murah sedikit daripada harga website Public Gold. So tentu ramai yang minat.
2. Emas fizikal –> pajak –> dapat cash –> beli emas –>pajak –>dapat cash –> beli emas harga murah ( so kat tangan ada emas)
Bila harga naik pulak: emas kat tangan –> lelong –> dapat cash –> gi tebus emas kat Ar-Rahnu –> dapat emas –> lelong emas semula–> dapat cash –>tebus balik emas.
By eye on Jun 11, 2009 | Reply
aku rasa masih ramai yg keliru dgn pelaburan emas ni..rasanya ramai yg mengaitkan pelaburan emas dgn skim pelaburan emas (eg etika,afa etc) di mana mereka igt bila simpan emas kat arrahnu, mereka akan dpt pulangan bulanan sbyk sekian2…
tp ni pdpt aku la….yg aku dpt dr baca komen2 dr pembaca..& kat sembang emas…
sekian.
reply: Ya, betul tu… kita kena pandai bezakan antara pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya. Refer kat sini:
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pelaburan-emas-skim-pelaburan-emas-dan-skim-cepat-kaya/
By naem on Jun 11, 2009 | Reply
slm en shukor,
saya ada buat pengiraan sikit berkenaan dgn trik beli dan pajak ni. Nampak macam ada sikit kerugian..maybe wrong calculation.
boleh tak en shukor buat pengiraan yg untung tu di dalam artikel terbaru..
sekurang-kurangnya yang jelas akan lebih terang, yang terang akan tersingkap kebenaran..hehe
reply: Cuba naem emailkan pengiraan tu kat saya jap, saya nak nengok, admin@jutawanemas.com
By naem on Jun 11, 2009 | Reply
baik en syukor…insyaAllah esok siang saya emel kan….saya buat pengiraan pada excel di pejabat pagi td menggunakan anggaran tertentu..
tak bawa balik ke umah excel tu…mungkin pagi atau lepas jumaat saya emel kan
reply: Okies
By prince on Jun 12, 2009 | Reply
Salam En Syukor.
Apa pendapat en syukor tentang kenaikan spread dinar kelantan awal jun ini? Bagaimana pula dengan Public Dinar, ada tak kebarangkalian yang spread Public Dinar juga akan naik ? TQ.
reply: Kenaikan spread dinar emas kelantan memang akan mengurangkan keuntungan kepada pelabur… tapi nak buat cammana, harga emas nie bukan harga kawalan. So far Dinar Public Gold masih sama spread dier.. takder kenaikan.
By naem on Jun 12, 2009 | Reply
en shukor…saya dah hantarkan..tapi saya tulis dlam forum je…senang nak berbincang..calculation menggunakan excel dan saya tadi cuba bagi kemas skit kira2 tu
soalan dan excel ada di forum .ni link forum
http://jutawanemas.com/v1/forum/soal-jawab-mengenai-pelaburan-emas/membuat-keuntungan-dgn-emas-fizikal
By abangcorp on Jun 13, 2009 | Reply
bukan emas haram beli secara hutang ke
en syukor sendiri yg cakap
Reply: Untuk teknik ini, kita beli dengan bayar penuh dengan penjual emas. Kita tidak berhutang untuk membeli emas.
Untuk penerangan yang lebih lanjut sila refer kepada soalan dan jawapan saya:
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/buat-loan-bank-untuk-beli-emas-untung-ke/#comment-536
By akupalau on Jun 14, 2009 | Reply
Nak tanyer sama masa nak buat Ar Rahnu masa harga ni turun mcm skrg ker tinggi
reply: Kita pajak waktu harga emas turun. Kalau harga tinggi kita tunggu ajer sampai harga turun.
By ady on Jun 14, 2009 | Reply
pertanyaan mengenai ar rahnu
setelah kita pajak emas fizikal di ar rahnu, bagaimana kaedah pembayaran nilai pajakan dan upah sewa kepada ar rahnu?
1.kena bayar ‘upah simpan’ tiap2 bulan, bulan ke 6 (akhir) baru bayar semua jumlah pinjaman.
atau
2.kena bayar ‘upah sewa’ + ‘jumlah pinjaman’ tiap2 bulan.
reply: Biasanya orang tebus setelah tamat tempoh pajak ( 6 bulan) dengan membayar semua upah simpan dan nilai pinjaman. Kalau tak nak bayar pinjaman, perlu bayar upah simpan. kalau tak bayar emas akan dilelong.
By Shakir Md Taha on Jun 14, 2009 | Reply
Sdr.Syukur,saya dah dapat beberapa buah buku dalam Bahasa Indonesia yang menceritakan tentang dinar emas dan dirham perak.
reply: Baguslah.. selamat membaca. semoga akan memberi ilmu yang berguna sepada saudara Shakir.
By faiz on Jun 14, 2009 | Reply
Salam En.syukor
saya masih terlalu baru dalam dunia ne..tapi berkeinginan memiliki Public Gold Investment…waktu bila untuk saya membelinya..
reply: Jawapan paling mudah.. beli emas waktu ada duit.
Ada duit beli ajer.. jangan pikiq lama-lama
By Mr kay on Jun 16, 2009 | Reply
en syukor saya ada 2 soklan,
1)saya dah beli kijang mas 3484, stok masih berlambak lg di maybank kangar perlis…adakah saya beli pada waktu yg sesuai? sb saya xberapa mahir pasal turun naik harga emas nih…pada firasat en shukor adakah harga emas akan turun lg?
2) saya hanya menerima slip bayaran shj setelh beli kijang emas, adakah terdapat dokumen lain yg perlu diberi kpd saya oleh pihak bank?
minta penjelasann…..tq
reply:
1. Emas fizikal nie adalah pelaburan jangka panjang. Apapun harga yang dibeli anda tetap untung… jangan risau.
2. Tak ada, slip bayaran pun dah kira ok.
By mahfuzah on Jun 21, 2009 | Reply
En Shukor,
Saya baru bercadang nak beli emas. Tolong la bantu saya… camana caranya.
reply: Kalau nak beli gold bar public gold, sila refer agen yang berhmpiran:
http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/
By Gpang69 on Jun 23, 2009 | Reply
Salam,
Bro syukur, baru2 ni saya didatangi seseorang yg memperkenalkan Koperasi etika emas….saya memang dah lama dok cari peluang pelaburan ni…..mai pulak cerita pasai ni…so apa pendapat en. syukor pasai emas tika ni???
reply: Pasal Etika tu.. boleh check kat forum jutawanemas.
Pelaburan emas yang paling baik ialah simpan sendiri.
By SepulTura on Jun 23, 2009 | Reply
Bro Gpang69,
Pd saya bro buat pelaburan sendiri lg baik… atau meniaga jual beli emas. Ramai yg dah mula berkecimpung dgn perniagan nie… Cubalah survey-2 dlm web nie!
reply: Betul tu..
By kry on Jun 30, 2009 | Reply
assalalamualaikum dan salam sejahtera..
En. Syukor, kalau kita pajak emas di arrahnu, cukup 6 bulan kita perlu tebus dengan membayar upah simpan + nilai pinjaman 65% kan? katakan harga emas selepas 6 bulan tu naik dari harga asal semasa kita pajak. Boleh tak kita pajakkan semula emas tu dan nilai pinjaman baru tersebut digunakan untuk bayaran upah simpan+nilai pinjaman 65% awal pajakan. Bermakna lebihan keuntungan kita ambil….so tak perlulah kita keluar duit untuk tebus semula..kita cuma sambung pajakan tersebut dan ambil keuntungannya selepas 6 bulan atau bergantung kenaikan harga emas semasa…boleh kan begitu? minta penjelasan..
reply: Ya, boleh buat camtu jika harga emas naik.
By contactlens on Jul 1, 2009 | Reply
salam.nk tnny admin dan pakar2.saya ni baru belajar.
1)klu kita beli gold bar kt kedai emas utk pelaburan,nanti2 kena jual kt kedai sama jugak ke?xleh ke jual kat mana2 bank?
2)sama gak klu beli gold PG, klu saya beli dan simpan sendiri..later kena jual kt PG gak ke??xleh ke jual kat mana2 bank?
reply: Elakkan beli emas kat kedai emas sbb susutnilai sangat tinggi. Beli Kijang emas, UOB gold coin atau Public Gold gold bar.
Bank tak terima gold coin/bar dari luar. cuma yang diorang jual ajr diorang terima.
2. PG gold bar kena jual balik kat agen ataupun opis PG. bank tak terima.
By simpunkpark on Jul 1, 2009 | Reply
salam en syukor…
Alhamdulillah saya telah berjaya membeli 70g PG….saya teramat teruja untuk menjadi agen pulak…sebabnya bila saya tengok barisan berkilauan tersusun rapi di dalam kotak TERUS SAYA JATUH CINTA UNTUK JADI AGEN PG…INSYA’ALLAH
reply: Tahniah sebab dah mulakan pelaburan emas pertama anda
Kalau dah ready nak jadi agen Public Gold, sila sms saya at 013-3819901.
saya akan bantu. Tq
By Ahmad on Jul 2, 2009 | Reply
Saya pajak PG Dinar di ARRAHNU AGROBANK, bila tebus je.. Nampak ada kesan kena kikis.. Sungguh x beretika
reply: Ada tak saudara ahmad tanya kat pegawai agro bank tersebut kenapa ada kesan kisis? adakah sebab nak test ketulenan atau sengaja jer..
By din on Jul 5, 2009 | Reply
salam semua
boleh ke valuation of emas ni jadi kurang…meaning from emas 999 jadi emas 950…..let say memula pajak kat BR di value at 999, bila renew pajakan..value dia jadi 950…….
reply: Haah, kekadang mesin timbang dia bengong sket…
By CIKGU EKO on Jul 10, 2009 | Reply
salam…semua pelabur emas…..
dah cuba baru tau beli emas dan bersabar akan dapat untung juga…
reply: Beli dan tunggu akan untung.. kalau berniaga pun untung.
By mamat on Jul 11, 2009 | Reply
Nak tau pasal etika emas dan afagold, adakah 2 syarikat ini sah di sisi undang-undang dan mendapat kebenaran dr bank negara, bukan apa sbb saya juga berminat menyertai salah satu dr syarikat tersebut, antara 2 diatas mana yg terbaik utk disertai
reply: Jual beli emas tak perlu kebenaran bank negara. so far memang kedua company tu berdaftar dengan pendaftar syarikat.
By shahirul on Jul 11, 2009 | Reply
aslmkum sume…sy hendak tanya ,bgaimana nak dapatkan 1 set dinar emas utk sy buat hantaran khwin sy?harp saudara sume dpt membantu sy.sy org baru d sni
reply: Kaau nak beli kena cari agen yang berhampiran dengan anda. Klik sini
http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/
By syed on Jul 15, 2009 | Reply
hantar seberapa bnyk maklumat tentang emas dan cara pasaran kat saya boleh???????????????
reply: Banyak maklumat kat sini. Selak ajer..
By min on Jul 16, 2009 | Reply
saya tak faham teknik 2 tu…bila kita dah pajak macam mana nak jual pada org lain untuk dapatkan untung sedangkan emas tu bukan dalam tangan kita..so kita perlu tebus dulu emas tu supaya boleh dijual kan.
tapi semua wang sudah habis beli emas then emas dah dipajak.
nak tebus semula semua pajakan yg terkumpul mmg tak cukup la..boleh terang dgn lebuh detail tak teknik ni.
reply: Bila kita pajak then kita beli emas fizikal.
Bila harga naik, kita jual kembali emas fizikal tersebut. then akan dapat duit.. then tebus balik emas kat bank.. then jual balik..emas.. dapat duit..
then tebus balik..
By ownz on Jul 17, 2009 | Reply
salam.. saya budak baru nak blajar.. walaupun pening tapi mmg best..
By deylaila on Jul 19, 2009 | Reply
saya pun tak faham juga konsep pajak dan gadai,
tapi memang menarik juga, harapa lebih banyak dapat info berguna
By dian on Jul 20, 2009 | Reply
alhamdulillah .dan tahniah dapat orang baru
semuga rezeki bertambah melalui kelahiran orang baru.
By ashraflatif on Jul 23, 2009 | Reply
salam. saya juga budak baru belajar. sangat-sangat berminat tentang pelaburan emas
saya seorang pelajar dalam bidang kewangan islam. sedikit perkongsian yang boleh saya berikan:
walaupun emas tidak dizakatkan sebelum cukup haul (iaitu melebihi 85g selepas setahun hijriah), tetapi keuntungan hasil perniagaan emas dikenakan zakat.
zakat yang dikenakan disini bukan lagi zakat emas, tetapi zakat perniagaan yang dikenakan walaupun belum cukup haul.
perkara ini menjadi khilaf ulama dalam bidang muamalat. walau bagaimanapun, untuk ‘peace of mind’, saya memilih untuk membayar zakat, di samping belanja kawan-kawan makan hasil keuntungan berniaga emas.
moga bermanfaat, wallahu a’lam
By ping on Jul 27, 2009 | Reply
salam utk sumer pelabur emas…….
saya baru blajar pasal pelaburan emas ni…..nak tanya sikit….
kalo saya beli goldbar dan sukar utk simpan sendiri takut hilang atau takut d curi…bole tak bagi info kat mana bole simpan dgn selamat….ada ke tempat simpanan emas d bank ..kalo ada camner charges dia….
minta maaf sbb saya masih buta dlm pelaburan emas ini…
reply: Kalau takut nak sembunyikan emas kt rumah, boleh sewa peti simpanan kat bank. sewa dalam RM140 – RM180 setahun.
By Pokding on Jul 28, 2009 | Reply
Pabila kita membeli emas dgn harga yang tinggi camne nak buat untung…tak paham lah..konsep beli murah jual pada harga tinggi ok la…
reply: Beli emas pada harga tinggi dan jual balik pada harga yang lebih tinggi.
By rashid on Jul 29, 2009 | Reply
Salam..menarik jugak topik emas ni.Ada e-book Emas yang hilang.Adakah artikal yang ditulis diambil dari laman web Jutawan emas ni…
Terima kasih atas panduan diberi mengenai pelaburan emas.Modalnya besar tentu untungnya besar dan rugi pun besar.Harap lebih banyak info diberi untuk pelabur yang baru.
reply: Ada sebahagian content diambil dari website nie. Saya kasik kebenaran. kalau banyak ilmu memang akan banyak income.
By YAYA on Jul 30, 2009 | Reply
salam……..saya berminat dengan pelaburan emas ni….. tapi xtau cara mana yg paling bagus untuk bermula….ada ke siapa2 yg boleh bg suggestion yg bagus untuk sy……
reply: Cuba baca arikel terdahulu utk mendapatkan panduan.
By azmanor on Aug 4, 2009 | Reply
mmg kena cari duit tunai lain semasa nk tebus then baru blh jual emas yg dipajak tu….tq
By sukri on Aug 5, 2009 | Reply
simpan je kat pajak gadai ar-rahnu..
duit pun dapat,emas pun selamat.
dapat duit jangan plak joli..simpan duit tu untuk tebus balik atau beli emas tambah lagi.emas 100g bleh jadi 10kg kalau pandai pusing modal..hehehe..tak percaya???..try cuba dulu..tapi jangan tamak..
reply: Terima kasih atas komen sedara
By emir on Aug 6, 2009 | Reply
sekarang nh masih boleh ke main pajak2 nih?
reply: Ya, boleh.
By izno on Aug 18, 2009 | Reply
salam.
saudara shukur,bagaimana medapatkan link utk melihat harga emas arrahnu bnk rakyaat bagi tujuan pajakan.
reply: Takder link tu.. kalau nak tahu kena call ar-rahnu bank rakyat.
By izno on Aug 19, 2009 | Reply
sya dapat maklumat bahawa bnk rakyat buat pd masa ni tidak menerima gold bar utk wat pajakan..mungkin disebabkan kes etika ,selain dri bnk rakyat dimana lagi yg boleh kita wat pajak..
By khairul on Aug 20, 2009 | Reply
utk makluman izno BR caw Kuala Terengganu menerima gold bar Public Gold sahaja buat masa ni, lain-lain gold bar seperti Pamp Suisse masih belum diterima…dan semestinya ada kena mengena dgn kes etika
By khairul on Aug 20, 2009 | Reply
satu lagi izno…. Harga Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh terus klik kat sini…
http://emas999-gold24k.blogspot.com/2009/08/kemaskini-harga-emas-ar-rahnuaz-zahab.html dikemaskini hari2
reply: Okies.. thanks for the info khairul
By izno on Aug 20, 2009 | Reply
terima kasih en khairul atas maklumat tersebut.
By aziezah on Sep 27, 2009 | Reply
salam en.shukor
blh x tunjukkan saya cara pengiraan emas fizikal mengikut harga semasa cthnya berat rantai emas 31.00 gm.Sbb ramai yg bagi tau,kalu kita x pandai kira sendiri,ada peniaga emas yg ambil kesempatan menjual dgn harga yg mahal.Sekurang2nya dptlah kita tahu nilai sebenar emas yg nak dibeli itu,xlah kita dgr saja cakap peniaga tu…tq
reply: Senang ajer.. harga kedai emas biasanya ikut harga FGJAM. Tengok kat sini http://www.fgjam.org.my/
Kalau harga yang ditawarkan lebih rendah dari rate FGJAM then kira murah lah.. lepas tu kedai emas akan campur dengan workmanship cost. Jadi dapatlah harga total.
By adie on Oct 1, 2009 | Reply
salam tuan syukor,
saya masih mencari fakta sebenar tentang zakat emas.
zakat emas tu dikenakan sekiranya emas tersebut disimpan selama setahun.sedangkan duit emas tu kita belanjakan dan dibuat berniaga emas lain…
mcm mana kira zakat tuh?
By mama on Oct 1, 2009 | Reply
Salam adie n kwn2 semua,
mama rasa terpanggil utk jwb soalan adie n mama cuba jwb ringkas sj Zakat tujuan bersih harta yang kita ada.Ok adie ada emas bernilai rm1000 dan pajak pd br dan dapat pinjam rm650 sj tapi ada lagi emas nilainya rm350 pd br hak adie kan? Jadi rm 350 x 2.5% = rm8.75 adalah zakat yg perlu dikeluarkan.
Nilainya kecil tapi kita selalu terlupa dan bayangkan kalau emas adie ada nilai rm100000 di br, maka zakatnya rm35000 x 2.5% =rm875. Bila semakin banyak maka semakin sayanglah manusia kpd wang, maka jgn jadi hamba wang…..
By shamsul anuar on Oct 1, 2009 | Reply
assalamualaikum… Pengalaman saya, semakin banyak kita bersedekah dan mengeluarkan zakat maka semakin banyak lah rezeki yang Allah berikan. kadang2 rezeki tu datang tanpa disangka-sangka. Jadi jangan lah kita tamak dgn rezeki yang Allah berikan kepada kita.
By johnrocket on Oct 1, 2009 | Reply
salam lebaran sumer!
sy dah folo agk lame gk la site ni
so skng sy nk tye:
1) kalo start beli dgn org (e.g: hafis ke, dr tuan tanah sendiri ke) compare to beli direct (MBB, UOB, PG…)
2) ape risiko yg sy akan tanggung dgn perbuatan tersebut? dpt cert x?
tahniah bro shukor krn telah mbuka byk mata org ramai utk invest emas ni!
By azam on Oct 1, 2009 | Reply
salam
saya azam erm…pendapat saya mmg bagus klu kite simpan emas atau buat pelaburan
andai kata anda nk buat pelaburan emas dan anda mempunyai brg emas lama,emas patah,emas rosak boleh jual emas lama anda tu pada saya dan duit nya anda beli emas public gold ke untuk inves ok..
sebarang pertayaan atau urusniaga sila hubungi en azam 016-2752000
atau layari http://www.emaskajang.blogspot.com
sekian terima kasih…..salam
By Dein on Oct 28, 2009 | Reply
Nak tanya sikit..ade sape sape ke yg berminat nak lelong emas kat saya dalam 20 gram..sy berminat nak wat simpanan la…hubungi saya melaluii email syhjehan@yahoo.com
By zaidi on Nov 9, 2009 | Reply
saya nak tanye……. sekiranye harga emas naik bolek tak saya jual emas public gold dekat kedai emas?
By cikjune on Nov 9, 2009 | Reply
tak berbaloi zaidi..kena tolak tinggi sangat… jual jer kat mana2 agen PG yang berhampiran atau kat sy pun bleh…:)
By akma on Nov 13, 2009 | Reply
salam
cmne nk melabur emas ni?
brpe min die?
adakah lpas setakat glg emas di kaki?
By pendi_che on Dec 2, 2009 | Reply
Saya telah beli kijang emas pada hujung nov tadi. adakah untung kalau saya pajak kan ke ar rahnu , dan beli lagi kijang emas dgn duit 65% tu sedangkan harga sekarang agak tinggi ( 2 dis 09). saya cadang akan tebus balik selepas 6 bln+ upah simpan. atau saya masuk je duit tu dlm GPSA ? saya ada baca harga emas akan naik sekitar tahun depan 1500/ounce. Minta penjelasan tuan krn saya batu nak berjinak dengan emas ni. Tkasih & wasalam
By putramas on Dec 11, 2009 | Reply
Salam.. syukur ke hadrat Allah kerana masih ada lagi insan spTuan Syukur….semoga tuan di berkati,diredhoi n menempa kejayaan didunia dan diakhirat..amin…SESUNGGUHNYA ILMU YANG BAIK JIKA DIMANFAATKAN AKAN MEMBERI SYAFAAT KEPADA PEMILIKNYA…..
buat rakan2 seperjuangan semoga kita sama2 dapat merebut peluang keemasan ini…selagi ruang n peluang itu masih ada buat kita…
kepada Tuan Syukur…saya sebagai pendatang baru dalam perjuangan ini…ingin mohon tunjuk ajar n nasihat dari tn berkaitan perlaburan emas ini..jika ada kesudian tn…tq
By Ridwan on Dec 16, 2009 | Reply
Nak tanya, kalau kita ada emas ketul, yang ditemui dalam bumi kat mana nak jual dan berapa kadar harga pasaran?
By azmanor on Dec 16, 2009 | Reply
saudara ridwan ,
jual j kpd mana2 tauke2 emas yg berhampiran …. psal price nego la baik2 tq..
By MAX on Jan 15, 2010 | Reply
saya dah buka GIA, beli 40gram…boleh ke kalau jual 1 gram, 2 gram macam tu? maksudnya dalam GIA ada baki 38 gram…
thanks
By amly on Feb 7, 2010 | Reply
salam..en syukor…sy nk tanye skit semua bank rakyat ade ar-rahnu ke.dinar pun bole ar-rahnu ke
By amly on Feb 7, 2010 | Reply
salam…ar-ranu bank rakyat dan agro bank…mana yg ok..tlg ye kawan2