Tambahkan Kepintaran Kewangan dan Kekayaan Anda.

Nota Admin: Saya dah selamat menghabiskan cuti-cuti Malaysia.
Terima kasih kepada mereka yang datang berjumpa, saya amat gembira.
Kalau dah berminat nak jadi tokey emas boleh SMS saya di 013-3819901.TQ
________________________________________________________________________

financial_iqAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Saya kat sini alhamdulillah.. sihat dan sibuk seperti biasa.

Sepanjang saya menulis blog jutawanemas nie, saya selalu menerima pertanyaan seperti berikut:

1. Macammana boleh untung dengan emas nie?
2. Kalau saya gadaikan emas, bagaimana
    saya boleh hasilkan keuntungan
3. Untung ke kalau saya beli emas sekarang?

Sebahagian daripada jawapan tersebut boleh diperolehi jika anda membaca artikel-artikel terdahulu (klik sini).

 Well, saya harap posting kali ini menjawab lebih banyak persoalan anda.

Jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Banyak mana keuntungan yang anda boleh generate daripada emas, samada sikit ker.. banyak ker.. adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan anda dan tindakan yang anda ambil setelah mengetahui maklumat tersebut.

Semakin banyak ilmu yang anda anda, maka makin banyaklah kreativiti dan keuntungan anda. Emas tu cumalah alat sahaja. Blog jutawanemas ini penyedia maklumat sahaja.

Saya ingin berkongsi maklumat mengenai sebuah buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki yang bertajuk “Increase Your Financial IQ – Get Smarter With Your Money”.

rich_dadRobert Kiyosaki merupakan pengarang yang terkenal dengan bukunya “Rich Dad Poor Dad” yang diterbitkan pada tahun 1997.

Kedua-dua buku nie sangat best…

Adalah penting bagi anda menambah kepintaran kewangan anda. Ini kerana dunia sekarang sangat mencabar dan tidak seperti dahulu. Justeru, anda perlu membaca buku “Increase Your Financial IQ – Get Smarter With Your Money”

Hanya orang yang mempunyai kepintaran kewangan mampu hidup mewah dan mengekalkan kekayaan. Bagi mereka yang tidak mempunyai kepintaran kewangan, mereka akan menghadapi masalah.

Fakta sejarah yang perlu diketahui.

Robert Kiyosaki menyatakan bahawa kebanyakan daripada masalah ekonomi global bermula daripada tahun 1971… apabila Presiden USA ketika itu Richard Nixon telah menamatkan standard emas daripada US dollar.

Ini bermakna US dollar tidak lagi boleh ditukar kepada emas. Ia 100% menjadi wang fiat (tidak disandarkan kepada aset nyata seperti emas dan perak).

21
Petikan daripada belakang buku Increase Your Financial IQ

Sejarah telah membuktikan, jika sesuatu kerajaan menamatkan standard emas ke atas matawang maka situasi haru biru akan berlaku. Ini kerana tanpa standard emas wang boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan. Maka banyak wang akan berada di dalam pasaran.

Akibatnya inflasi akan berlaku. Nilai wang akan merosot dan bila nilai wang merosot dengan banyak, maka rakyat akan menolak wang tersebut. (contohnya di Zimbabwe)

Inilah yang sedang berlaku kepada US dollar. Nilainya sedang menurun.

Kalau anda membaca mana-mana buku pasal sejarah wang, perkara nie ada dinyatakan. 

Selamat datang ke dunia wang fiat.

fiat_moneyUntuk pengetahuan anda semua, kita sekarang berada di dalam dunia wang fiat.

Welcome to fiat money world 🙂

Wang kertas @ fiat = juga dipanggil currency.

Di dalam istilah Bahasa Inggeris wang kertas dipanggil currency. Kata dasar untuk currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam bahasa mudah wang kertas perlu sentiasa bergerak.

Jika wang kertas berhenti bergerak, nilainya akan mula merosot.

Contoh paling mudah.. anda ambil RM10,000 dan letakkan di dalam almari. Biarkan selama 10 tahun. Tengok apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM10,000 itu akan merosot nilainya. Terjejas akibat inflasi.

Itu adalah kelemahan currency.

Contoh kedua. Anda ambil seketul jongkong emas bernilai RM10,000 dan letakkan kedalam almari. Biarkan 10 tahun. tengok apa yang terjadi? Sudah pasti harganya akan naik walaupun ia tak bergerak. Mana ada kena inflasi.

Itu adalah keistimewaan money.

Di dalam dunia wang  fiat, nilai wang semakin mengecil.

peningSemua orang tahu kuasa beli wang kertas semakin lama semakin mengecil.

Kononnya ini adalah inflasi.

Harga barangan makin meningkat. Hidup semakin susah. Ramai yang menjadi mangsa, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Ini kerana pendapatan mereka adalah kecil. Inflasi akan memberi tekanan yang tinggi kepada hidup golongan ini.

Wang yang sama setahun dahulu tidak mencukupi untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang sama. Kalau gaji naik pun, bukan menjadi semakin senang sebaliknya cuma mampu mengekalkan cara hidup yang sedia ada.

Memang pening kepala kalau jadi orang yang berpendapatan rendah. Betul tak?

Jadi, bila kita faham tentang dunia dan wang yang kita gunakan sekarang, kita boleh merangka strategi untuk berjaya dari segi kewangan.

Robert Kiyosaki memberitahu bahawa kegunaan currency adalah untuk mendapatkan aset-aset yang mempunyai nilai intrinsik seperti emas, perak, rumah, tanah dan perniagaan. Aset-aset ini pula biarlah yang boleh menjana aliran tunai dan juga naik dari segi nilai dalam jangka masa panjang.

Itu barulah dinamakan strategi mengumpul kekayaan 🙂

Apa nak buat?

Jika kita sedar bahawa wang kertas sentiasa susut nilainya, apa yang perlu kita lakukan?

Well, inilah pentingnya kepintaran kewangan. Inilah yang akan diajar oleh Robert Kiyosaki di dalam buku ini.

Isi kandungan buku nie lebih kurang macam nie:

Topik 1:  Apakah itu kepintaran kewangan?
Topik 2: 5 kepintaran kewangan
Topik 3: Membuat banyak wang
Topik 4: Melindungi wang anda
Topik 5: Rancang perbelanjaan anda
Topik 6: Leverage kan wang anda
Topik 7: Memperbaiki maklumat kewangan anda
Topik 8: Integriti wang
Topik 9: Membangunkan genius kewangan anda
Topik 10: Membangunkan IQ Kewangan anda

Jadi, saudara saudari sekalian. Cepat-cepat pergi kedai buku Popular ke.. MHP ke… dapatkan buku ini dan baca betul-betul betul. Saya gerenti anda akan mendapat ilmu yang sangat berguna.

Bagaimana saya menjana wang dengan ilmu emas?

Oklah, kat sini saya nak share sikit dengan anda. Bagaimana ilmu membantu saya generate income.

1. Jadi agen Public Gold. saya boleh dapat untung runcit dengan menjual emas
    Public Gold. Dapat komisyen. Tak perlu tunggu harga emas naik baru untung.
    Untung tetap dapat (baca sini).

2. Bercerita kepada orang lain tentang emas. Kemudian mereka akan tertarik
    untuk membeli emas. Ada yang nak jadi agen PG. Dapat insentif.

3. Beli emas Public Gold, pajak.. dapat duit.. beli emas Public Gold lagi..lagi..
    jual.. dapat komisyen.. untung komisyen beli emas lagi… jual lagi….
    repeat the cycle. Pergh banyak untung tu…

4. Beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi untuk mendapat untung kapital.

5. Dividen ASB yang berjumlah 15K + saya keluarkan untuk tambah stok emas
    Public Gold. Ia boleh generate lebih banyak untung (baca sini)

6. Tulis artikel pasal emas… dapat duit.. ini jer dah ribuan ringgit.
    Itu belum tulis buku lagi. Boleh dapat royalti.

7. Tulis artikel yang berguna untuk blog jutawanemas.com –
    dapat ribuan/ratusan pengunjung sehari. Then boleh jual iklan.

Inilah pendapatan hasil dari pengetahuan mengenai pelaburan emas saya.

Kalau saya boleh buat anda pun boleh juga.
 

Kepentingan berkongsi ilmu.

knowledge1Jika anda ada ilmu yang bermanfaat, kongsilah dengan orang lain. Kalau saya ada seringgit dan anda ada seringgit, kalau kita bertukar-tukar.. masing-masing cuma ada seringgit aje akhirnya.

Tapi kalau saya ada satu ilmu dan anda ada satu ilmu, kalau kita bertukar-tukar maka setiap seorang ada 2 ilmu.. kan cantik dan untung.

Kalau anda mahukan ilmu emas, anda kenalah rajin membaca. Kalau anda baca semua artikel saya dengan minat (kat sini), maka anda akan mendapat banyak ilmu. kalau anda baca sepintas lalu, ilmu yang dapat pun sepintas lalu. Kalau baca lompat-lompat, maka ilmu yang anda dapat pun ialah ilmu lompat-lompat.

Kemudian, anda tidak akan faham dan akan sms/tanya saya soalan-soalan yang sangat remeh. So baca lah ye…

Ok then selamat menimba ilmu dan membuat kekayaan 🙂

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.