Salam dan selamat tengah hari.
Saya baru balik lunch dengan En. Syukor td. Macam2 yang kami bincangkan berkaitan dengan emas ni. And as usual, mamat ni mmg sgt2 informatif….hehe.
Baiklah. kita sambung analisis kita untuk minggu ini. Minggu lepas harga emas turun banyak, sehingga ke paras usd917.29. Mulanya saya menjangkakan harga nya akan turun hanya ke paras usd962.78, tp ternyata silap. emm takpe. Nmpaknye selepas ini saya memasukkan lebih banyak parameter ke dalam analisis saya. ok!
semasa saya menulis artikel ini, harge emas semasa adalah pada paras usd930.20. Sedikit peningkatan daripada harga minggu lepas. Namun yang demikian, saya menjangkakan harga emas akan turun lagi sehingga ke paras usd905.02/22 (S1). Jika harga emas berjaya memecahkan aras ini, kemungkinan akan berlaku lagi penurunan sehingga ke paras usd880.53(S2) dan seterusnya usd845.12. tetapi sebelum harga boleh jatuh ke paras tersebut, 3 support line terdekat perlu di pecahkan terlebih dahulu iaitu usd924.54 (S1), usd922.16 (S2) dan 918.30(S3). Sehingga ketiga-tiga support ini dipecahkan, barulah saya boleh mengkonfirmkan yang harga emas betul2 jatuh 🙂
On the upside pulak, harga emas mestilah mampu memecahkan weekly pivot line iaitu pada aras usd940.43. selepas itu pula, ialah pada paras usd964.92 (R1), usd1000.33(R2) dan 1024.82(S3). Untuk jangkamas terdekat, harga mestilah mampu memecahkan paras usd932.26 (R1), usd934.64 (S2) dan usd938.50. Pokok nya, weekly pivot line (usd940.43) mestilah mampu dipecahkan dahulu sebelum sebarang kenaikan boleh di ambil kira.
kesimpulannya, untuk tempoh terdekat, saya lihat harga emas akan turun sedikit. tetapi secara jangka panjang, ia still akan naik.
sehingga berjumpa lagi!
p/s: untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan forex trading, sila layari http://www.melakafx.com