Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya…
Saya kat sini sibuk memanjang. Maklumlah baru dapat baby.. so asyik main ngan baby ajer sekarang nie..
Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin menyentuh satu isu yang agak sensasi iaitu skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang disiasat pihak berkuasa.
Sejak dari bulan Jun 2009 saya dapati banyak syarikat yang disyaki menawarkan skim-skim pelaburan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia.
Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.
Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)
Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti menyerbu Bestino Group
Etika Emas Estet dan Genneva dalam siasatan Bank Negara Malaysia.
Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas.
Mereka cuma menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas fizikal pada harga antarabangsa (klik sini).
The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.
Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta di dalam skim-skim cepat kaya.
Pergh! banyak tu.
RM845 juta wang pelabur hangus di dalam skim cepat kaya.
Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.
Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.
Laporan The Star – Skim pelaburan emas yang diragui kesahihannya.
Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:
1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu
Nak cepat untung – Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.
Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.
Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.
Apabila bercakap tentang ilmu pelaburan saya suka merujuk kata-kata daripada Warren Buffett (gambar).
Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia.
Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.
Beliau pernah menyebut:
“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)
Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.
Saya pernah menulis artikel berkenaan menulis artikel berkenaan pelaburan emas sebenar, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya pada 9 Januari 2009.
Anda boleh membacanya disini (klik sini)
Saya ada berikan panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
2. Cuba lawati forum-forum terkemuka seperti www.carigold.com
dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.
3. Sarch dalam Google – www.google.com maklumat syarikat tersebut.
Mudah sahaja.
1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia
di http://www.ssm.com.my/
2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat.
Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.
Biasanya saya beli pakai kad kredit.
3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti
maklumat-maklumat yang kritikal.
Antaranya:
1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan
Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.
Sebahagian profil syarikat pelaburan emas yang saya beli dari SSM
Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.
Jenis perniagaan: Dorman (tidak aktif)
Kekadang tu jenis perniagaan takder kena mengena dengan emas pun.
Ada syarikat pelaburan emas yang rugi.
Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata.
Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon.
Tapi akhirnya songlap duit pelabur (Harian Metro 3/1/2009)
Kisah pelabur tertipu -klik untuk besarkan.
Jika anda merupakan pelabur di dalam skim-skim ini dan menghadapi masalah, especially bagi kes-kes Ar-Rahnu dan risau kerugian besar jika kena emas anda kena lelong, sila hubungi saya melalui contact form ini (klik sini).
InsyaAllah saya akan berikan panduan menyelesaikan masalah anda.
Nyatakan bilangan gold bar yang dipajak, harga belian dan tarikh tamat kontrak pajakan.
Memandangkan setiap kes tak sama, jadi penyelesaian masalah setiap orang akan berbeza-beza.
1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.
2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.
3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi
kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.
4. Jika anda sudah melabur dan menghadapi masalah, especially kes Ar-Rahnu
Anda boleh menghubungi saya. Saya akan analisa situasi anda dan cuba berikan
panduan untuk menyelesaikan masalah anda. Hubungi saya dengan menggunakan
contact form (klik sini).
5. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan
tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat pelaburan emas di blog nie.
6. InsyaAllah saya akan keluarkan ebook berkenaan pelaburan emas. InsyaAllah akan
disiapkan pada bulan hadapan 🙂
Jika anda ada sebarang pengalaman terlibat dengan skim pelaburan emas yang telah gagal, apa kata anda kongsikan maklumat tersebut disini.
Pengalaman anda akan membantu orang lain agar berhati-hati dan berwaspada.
Juga, jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas.