Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Saya sekarang sihat ajer.. dan sibuk macam biasa. Kalau anda ada contact saya dan saya terlewat reply, tolong ingatkan saya ek..
Maklumlah saya tengah menanti cahaya mata yang baru. InsyaAllah hujung bulan depan dapat sorang lagi baby, so sibuk banyak lah… kerja office lagi, business, family, reading dan blogging.
Pergh… 😀
Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat keistimewaan emas sebagai penyimpan nilai @ kekayaan yang terunggul.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.
Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:
1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi
Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.
Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.
Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga
Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..
Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang (baca sini)
Saya ingin berkongsi satu cerita menarik berkenaan rantai emas mak saya.
Dalam cerita ini kita akan dapat lihat bagaimana nilai emas semakin meningkat dari masa ke semasa. Jika ditambah dengan kreativiti maka keuntungan yang dijana oleh emas ini sangat berbaloi.
Ceritanya macam nie…
Pada tahun 1980, ayah saya berikan hadiah seutas rantai emas kat mak.
Pada waktu tu nilai rantai emas tersebut ialah RM4000.00
Pada tahun 1990 ketika menunaikan haji di Mekah, emak saya belikan buah rantai (yang bulat tu) dengan harga RM1000.
Jadi, harga rantai emas tersebut ialah RM5000.00
Pada tahun 2005, emak saya memerlukan wang untuk membeli tanah pusaka arwah datuknya kat Langkawi.
Jadi untuk mendapat wang dengan cepat, emak pergi gadaikan rantai emas tersebut kat Ar-Rahn Bank Rakyat.
Mak saya terkejut apabila Ar-Rahn offer RM11,000 untuk rantai tersebut (lebih dari 2 kali ganda harga rantai tersebut).
So, dari tahun 2005 sehingga 2008 mak saya start pajak rantai tersebut. Daripada hasil gadaian tersebut, mak saya membayar kepada adik-beradiknya
(yang berkongsi nama dalam geran tanah pusaka tersebut).
Bila cukup tempoh gadaian maka mak saya pergi tebus balik rantai tersebut.
Lepas tu, gadai semula, dapat duit dan bayar kat adik-beradik yang lain.
Dengan menggunakan teknik pajak dan rolling duit pajakan, emak saya berjaya membeli tanah pusaka seluas 2 relung dengan harga RM50,000
Inilah tanahnyer…
hehehe.. kreatif kan?
First sekali, emak saya nie suri rumah sepenuh masa. Jadi memang takde income bulanan.
Tak boleh nak buat personal loan lah jawabnya…
Duit kebanyakannya diberi oleh saya dan adik yang telah bekerja. Abah pun kasik juga.
Kedua, mak saya tahu bahawa emas boleh digadai untuk mendapat cash. So, bila Ar-Rahn offer RM11,000.. memang seronoklah mak saya 🙂
Jadi, memang untung simpan emas fizikal nie. Boleh pakai kalau nak nampak cantik, boleh gadai kalau nak pakai duit. Tak seperti pelaburan emas atas kertas seperti Public Bank GIA dan Maybank GSPA.
Dalam jangkamasa panjang memang boleh nampak kenaikan harganya.
Jika ditambah dengan financial intelligent, maka lebih besar pulangannya.
1. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.
Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung.
2. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.
3. Kekadang, ada peluang yang datang kat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.
4. Bagaimana boleh buat untung dengan pajak emas? hehehe.. cerita diatas
adalah salah satu contoh ajer… yang lain kena fikir sendiri lah ek…
Anda ada kisah menarik yang ingin dikongsi kat sini? Sila berikan komen anda.
Saya pasti ramai lagi pembaca yang mempunyai pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.
Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, anda boleh membeli gold bar dan dinar emas Public Gold. Anda boleh tengok agen-agen Public Gold yang berhampiran dengan anda (klik sini)
So, apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang 🙂
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com Anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini.