Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya…
Saya pula baru menghabiskan cuti seminggu untuk pulang ke Langkawi. Terlalu banyak cerita-cerita gembira yang berlaku sewaktu saya pulang ke kampung, especially tentang emas.
Salah satu cerita yang paling menarik ialah berkenaan dinar emas Public Gold. Dah lama saya menunggu dinar emas nie… dari tahun lepas lagi. Akhirnya saya dimaklumkan bahawa dinar emas Public Gold telah dikeluarkan.
Jadi, dalam perjalanan balik ke Langkawi, saya singgah sebentar di pejabat Public Gold di Bukit Jambul, Pulau Pinang untuk melihat dinar emas yang telah siap.
Memang best!
Nampaknya bertambahlah lagi alternatif bagi kita untuk membeli emas pelaburan. Jadi disini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dinar emas keluaran Public Gold ini.
Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:
– 1 dinar
– 5 dinar
– 10 dinar.
Ini adalah spesifikasi dinar-dinar tersebut:
Kalau nak tengok gambar dinar emas Public Gold secara dekat, lihat gambar-gambar yang saya ambil nie 🙂
Gambar 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar (klik untuk besarkan)
Bagi setiap pembelian dinar emas Public Gold, anda akan mendapat sijil ketulenan.
Gambar: Sijil ketulenan dinar emas Public Gold
Harga dinar emas Public Gold dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah mengikut harga emas antarabangsa.
Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/
Gambar: Harga harian dinar Public Gold
Harga yang dipaparkan adalah harga bersih.
Tidak ada sebarang kos tambahan seperti minting dan delivery.
Jika anda berminat untuk membeli dinar emas ini maka anda boleh membaca kaedah jual belinya disini: http://www.publicdinar.com/content/view/49/81/
Salah satu cara membuat pelaburan emas dengan cara yang termudah ialah dengan membeli dinar emas. Ini kerana harga dinar emas agak murah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya cadangkan anda bermula dengan dinar emas.
Selain rupanya yang cantik, dinar emas mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia boleh digunakan sebagai mas kahwin, membayar zakat dengan lebih tepat, sebagai hadiah kepada orang tersayang serta penyimpan nilai yang unggul.
Jika anda mempunyai sebarang komen, sila letakkan di ruangan komen. Jika ingin berbincang dengan lebih lanjut, bolehlah mengunjungi forum jutawanemas.com
Ok then.. selamat membuat pelaburan emas 🙂