Peraduan “Kongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas dan Menangi sekeping 10 Dirham Public Gold.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya. Kita sudah berada di minggu terakhir bulan puasa. InsyaAllah minggu depan kita raya. Yes!

Saya doakan persiapan raya anda semuanya beres. Cuti raya dah diapply dan mood raya dah tersemai kat hati anda semua 🙂

Ok! Minggu lepas saya telah menganjurkan satu peraduan iaitu download FREE preview ebook saya, jawab soalan dan menangi hadiah 10 dirham Public Gold dan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan versi penuh.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Keputusan pun telah diumumkan dan pemenangnya telah pun menerima hadiah masing-masing 🙂  (klik sini)

Terima kasih kepada semua pembaca blog saya. Semoga anda semakin kaya dan berjaya dengan emas.

Baiklah, seperti yang dijanjikan, saya teruskan dengan peraduan buat kali kedua.

Peraduan ini saya namakan sebagai:

“Kongsikan Sebab Mengapa Anda Melabur dan Menyimpan Emas”

dan menangi hadiah lumayan!

Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:

1. Komen @ cerita yang paling menarik akan memenangi hadiah 1 x 10 Dirham Public Gold dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh.

2. Komen kedua dan ketiga terbaik akan memenangi ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”  versi penuh.

3. Tarikh peraduan bermula sekarang dan berakhir pada 15/8/2012

4. Keputusan hakim adalah muktamad.

Tempat pertama akan memenangi 1 x 10 Dirham Public Gold dan Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh

 

Komen kedua dan ketiga menarik akan memenangi Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas versi penuh

Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda mestilah melanggan newsletter blog jutawanemas.com
2. Anda baca artikel Apakah Sebab Anda Melabur dan Menyimpan Emas (klik sini)
3. Selepas baca artikel tersebut, sila jawab soalan undian (pool) di bawah artikel tersebut
4. Kemudian di ruangan komen di bawah artikel tersebut anda berikan komen/cerita/pengalaman peribadi  di ruangan komen
5. Komen anda dikira sebagai satu penyertaan.
6. Seorang pembaca cuma boleh menghantar 1 penyertaan/1 komen sahaja.
7. Setiap komen/penyertaan tidak melebihi 200 patah perkataan (amended on 13/8 12.24 tengahari)

Itu sahaja.

Apa tunggu lagi, sila ke artikel Apakah Sebab Anda Melabur dan Menyimpan Emas (klik sini), sertai undian dan berikan komen @ cerita terbaik anda sekarang!

 

Anda mungkin pemenang yang saya cari-cari!

 

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.