Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semuanya sentiasa sihat dan ceria adanya. Maklumlah kita sudah berada di penghujung Ramadan. Semoga amalan kita sentiasa diberkati Allah SWT.
Baiklah, semalam harga emas telah naik mendadak sebanyak 17 USD/Oz (menjadi USD 1249) sepanjang urusniaga pasaran NYMEX (New York Mercantile Exchange).
Ceria pelabur-pelabur emas semalam tengok harga emas naik banyak 🙂
Kalau nak tahu tentang NYMEX, (sila klik sini)
Gambar: Graf harga emas kat kitco (http://www.kitco.com/charts/livegold.html)
.
Bagi mereka yang belum lagi memulakan pelaburan emas anda, jangan la tunggu lama-lama.
Nanti bila harga melonjak terlalu tinggi, anda cuma boleh tengok ajer… dah terlepas kapal terbang.
Okie, sekarang saya ingin memberikan panduan mengenai persiapan minda dan 3 pelan tindakan sebelum memulakan pelaburan emas dan ketika sedang membuat pelaburan emas.
Topik ini terkandung di dalam Ebook Saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Edisi 2010” Saya copy paste kat sini untuk share dengan anda (klik sini).
Ramai lagi orang kat luar sana yang baca blog nie dah lama tetapi masih teragak-agak. Selepas membaca topik daripada e-book nie anda akan mendapat panduan untuk mengambil tindakan yang mantap.
————————–e-book copy paste start here——————————————————
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas.
Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.
Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsikan dibawah.
Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Bila minda sudah bersedia.. semuanya mudah belaka 🙂
.
First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan
sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan
proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa
yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam
jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.
Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas
bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.
Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim
pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan
pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka
(contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).
Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan
pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan
dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca
laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
Inilah dia pelan tindakan anda.
Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!
Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal 🙂
Gambar: Harga emas makin lama makin naik.
Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!
Langkah pertama – beli emas sekarang!
Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.
Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.
Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:
Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.
Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.
(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia)
di laman web: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 )
Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas.
Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.
Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:
(RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00
Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49%
Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.
p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.
TIPS! Bagaimana memaksimakan lagi keuntungan pelaburan emas anda menggunakan teknik pemurataan kos?
Untuk memaksimakan lagi keuntungan anda perlu menggunakan teknik ini:
(.. teknik ini diceritakan di dalam ebook saya, jika anda rasakan ilmu emas ini sangat menarik, apa kata anda dapatkan ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”
Saya jamin ilmu yang ada kat dalam ebook ini akan memudahkan anda membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan)
Kesimpulan:
1. Ilmu emas sangat menguntungkan jika dibuat dengan betul.
2. Ilmu pelaburan emas yang lengkap boleh diperolehi di dalam ebook saya
“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Edisi 2010”. (klik sini)
Anda boleh beli jika mahukan ilmu emas yang lengkap.
3. Setelah mendapat ilmu yang betul, anda perlu membuat tindakan.
4. Kongsikan ilmu pelaburan emas dengan rakan-rakan Facebook anda.
Klik ikon recommend/syorkan di bawah sana.
Mereka akan berterima kasih kepada anda.
Saya doakan anda yang bertindak akan kaya dan berjaya.
Selamat berpuasa dan bersedia untuk raya 🙂
Syukor Hashim
Admin Jutawanemas.com
.