Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.
Saya kat sini Alhamdulillah sihat sahaja. Baru balik dari kunjungan ke Kelantan dan Terengganu.
Tujuan utama ke sana ialah untuk buat kajian mengenai industri emas, perak dan batu permata.
Saya telah meluangkan masa pusing-pusing sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Terengganu mencari kedai emas dan tokey emas 🙂
Memang best.
Kalau takder aral melintang, saya akan kongsikan dengan anda pengalaman saya disana.
Baiklah, untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat terkenal dengan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain iaitu www.kitco.com
Saya akan menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan maklumat dan servis yang ditawarkan oleh kitco. InsyaAllah pengetahuan anda mengenai emas, perak dan komoditi akan lebih mendalam selepas membaca artikel ini.
Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.
Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.
laman web kitco.com
Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:
1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)
Ok, mari kita lihat satu persatu ilmu-ilmu ini:
Setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? Contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.
Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco.
Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:
1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia
Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu.
1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran
Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.
Bila USD lemah maka harga emas naik.
Bila USD kuat maka harga emas turun.
Jadi, kalau ada orang bertanya kepada anda “Eh, kenapa harga emas naik or kenapa harga emas turun ye?” Maka anda tengok ajer kat kitco untuk jawapannyer 🙂
Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.
Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.
Anda boleh check kat sini.
Anda boleh melihat pergerakan harga emas harian, bulanan, tahunan, 3 tahun dan 10 tahun.
Contoh graf harga emas yang dipaparkan (harga tahunan)
Data yang diberikan sangat menarik dan bermanfaat. Jadi, jika anda melihat sendiri bagaimana kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, sudah pasti anda akan kagum dengan trend kenaikan harga emas ini 🙂
Jika anda mempunyai blog atau laman web dan berminat untuk meletakkan graf harga emas (macam kat blog jutawanemas nie) maka anda boleh menggunakan kod html yang disediakan oleh kitco.
Graf ini adalah percuma 🙂
Ini adalah contoh banner yang boleh anda gunakan.
contoh banner
contoh banner
Anda boleh ambil kod tersebut di sini dan copy paste ajer kat blog anda.
http://www.kitco.com/price/ (banner)
http://www.kitconet.com/ (carta)
Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di web kitco ialah forumnya.
Ini adalah link untuk ke forum kitco (https://www.kitcomm.com/index.php)
Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.
Saya sarankan anda untuk mengujungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.
1. Laman web kitco sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat mendapatkan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain.
2. Anda boleh melihat sendiri sejarah kenaikan harga emas kat kitco.
p/s: Jika anda masih baru mengenai pelaburan emas, sila baca semua artikel saya disini (klik sini)
2. Jika anda berminat untuk mendapatkan ilmu pelaburan emas di Malaysia dengan pantas, sila dapatkan ebook saya yang bertajuk "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" (klik sini)
3. Jika anda berminat untuk mendapatkan emas fizikal Public Gold untuk tujuan pelaburan, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran dengan tempat anda (klik sini)
4. Langganlah newsletter jutawanemas.com. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini. Ianya percuma. Selain itu anda akan menjadi orang yang pertama mendapat special offer saya :) Cuma masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
Ok then.. selamat membaca n selamat memburu ilmu 🙂
.