Ilmu dan Emas
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat sejahtera.
Biasanya saya update artikel seminggu sekali, tapi minggu nie saya bercadang tulis 2 artikel. First artikel ini - Ilmu dan Emas dan artikel kedua berkenaan memajak emas fizikal di Ar-Rahnu dan sedikit analisa berkenaan melabur emas dengan duit dari Ar-Rahnu. Untung ke tak untung?
Ok, Saya ada satu soalan cepu emas.
Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya.
Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… sampai jadi billionaire
Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm…. bukan… bukan…
Jawapannya ialah ilmu
Ya, Jawapannya ialah ilmu + amal
Tujuan saya menulis artikel artikel kat jutawanemas.com nie sebenarnya ialah untuk berkongsi ilmu. Dulu anda tak tahu pasal pelaburan emas. Sekarang anda dah pun berilmu… dah pandai pun… kalau tak pandai lagi pun at least boleh tanya-tanya kat forum atau sembang-sembang emas betul tak?
Saya tak berikan anda emas. Tapi ilmu berkenaan emas dan pelaburan emas.
Saya selalu dapat soalan-soalan seperti ini..
“Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?”
Jawapan ikhlas saya ialah “Laburkan dalam ilmu pengetahuan” Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.
Contohnya..
jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.
Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah…
jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing…
jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex..
jika belajar ilmu perniagaan… anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan…
jika belajar ilmu penulisan… anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan…
Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”,
“Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,
“dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”
Wah! menarik betul pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita ya? Pendek tapi padat.
Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.
Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:
Manakah lebih baik, ilmu atau harta?
Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:
“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”
“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”
“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”
“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”
“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”
Pak Hamka pula berkata:
”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
Jadi, untuk pembaca jutawanemas.com sekalian, marilah sama-sama kita mencari ilmu yang bermanfaat dan kita kongsikan ilmu ini dengan sesiapa sahaja. Semoga kita mendapat manfaat dariNya.
Ok, sekarang mari kita buat undian. Meh sama-sama jawab dengan ikhlas
Jika anda ada ilmu, kongsikan ilmu anda dengan orang lain di forum jutawanemas.com. Jika anda ada komen atau nak tambah lagi.. letakkan di bahagian komen.
Terima kasih ye!



Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

14 Responses to “Ilmu dan Emas”
By wakdee on Nov 17, 2008 | Reply
Saya pilih segunung emas. Selepas saya dapat emas tu saya akan guna untuk biaya pembelajaran sehingga menggunung. Maknanya sekarang ni nak belajar kena ada duit. So sebab tu saya pilih emas. Dari emas tu saya boleh jadikan modal
By freeziy on Nov 18, 2008 | Reply
Assalamu’alaikum..
dah lama dok baca dan digest ilmu dalam site nie..baru hari ni tergerak nak post comment…
terima kasih yg menggunung kepada sykor & team krn wujudnya website yg amat2 berguna ini…
bagi saya, saya akan pilih segunung ilmu berbanding segunung emas kerana dgn segunung ilmu itu kita boleh menghasilkan bergunung gunung lagi timbunan emas sebab ilmu untuk melipat gandakan perolehan emas ada di dalam segunung ilmu itu..hehehe..
itu pendapat saya saja..kawan2 yg lain camne pulak ??..
By tina on Nov 18, 2008 | Reply
Nak 1/2 gunung ilmu, 1/2 gunung emas…
Dua2 pon penting untuk berjaya….
If dalam business/pelaburan;
Ilmu penting untuk uruskan ‘emas’
‘Emas’ penting supaya ilmu dapat diamalkan
emas a.k.a. modal
By naztreo on Nov 20, 2008 | Reply
semakin umur pakcik menjangkau 40-an ni………
pakcik hanya impikan bukan hanya segunung
malah bergunung2 ilmu……..
pakcik ingat pepatah cina ada berkata
jangan diberikan seekor ikan
hanya sebatang joran
dengan joran tu akan mendatangkan
sekapal ikan
begitu ler juga dengan Ilmu ni….
lagi banyak kita rasa macam dah tau
sebenarnya makin banyak kita tak tau
kalau nak dikira ilmu Allah tiada terkira
hanya sebagai perumpamaan untuk mudah difahami
celupkan jari kita di lautan yang besar
air yang beberapa titik dijari tu ler ilmu kita
yang lain semua ilmu Allah yang maha besar…
Subhanallah…
By mkrdr on Nov 23, 2008 | Reply
masa tulih artikel ni mesti harga emas tak naik2, stagnant. sebab tu bincang topik ilmu ngan emas lak ni kan kan
By niaa on Nov 25, 2008 | Reply
mula2 sblm bace abis2 entry di atas,
sy terus jawab vote 1/2 emas, 1/2 ilmu.
but after read tru your entry,
i change my mind…
saya pilih ilmu utk kesejahteraan dunia dan akhirat..
By jasmin on Nov 27, 2008 | Reply
saya nak kedua-duanya tapi lebih baik byk ilmu..sebab akan berkembang..harta kalau tak pandai kembangkan akan hilang.
By naztreo on Nov 27, 2008 | Reply
Alhamdulillah,
dengan sedikit ilmu yang ada
laa ni sedang menjana untung
dari PBGIA
thanks to administrator
By afisyamal on Nov 27, 2008 | Reply
nak blajo gak ilmu emas ni…bila masa yang sesuai yang start ye?
By deena on Nov 28, 2008 | Reply
Alhamdullilah, 30/10/08 ari tu beli emas dgn harga 89.35 segram, lama tunggu harga tak naik2, frust gak lak sikit. tapi mlm 24hb, sja2 check harga public bank, terkejut harga masa tu 90.8 (klu tak silap), jadi pagi esok awal2 lagi gi la public bank, dgn rasa terkejut sekali lagi staff bank kata harga masa tu 93.24. Rasa happy sgt sbb tak sangka untung RM1600 lebih. Yg jakun + happy tak terkata sgt pasal , itulah pengalaman pertama berurusan jualbeli emas. Skrg dok tunggu la pulak nak beli balik, tapi nak tunggu kot2 harga turun 85 segram. Anyway terima kasih byk2 pada geng2 semua kerana ilmu yg cukup berharga yg dikongsikan.
By bene08 on Dec 17, 2008 | Reply
akum
kedua-duanya semua orang tahu amat penting dalam kehidupan tapi seandainya perkara ini suatu kenyataan tentunya saya memilih segunung emas. kenapa? ilmu.,kepakaran,tenologi dan sebut apa saja . ……sudah pastinya berpaksikan wang dan harta. maka cepat-cepatlah merebut peluang untuk di tahap itu tq
By tupai merah on Jan 16, 2009 | Reply
..tgh tggu harga emas turun balik. sekarang RM96.75 agak tinggi gak
By zul404 on Jan 18, 2009 | Reply
sdr tupai… jumaat 16/1 price emas start naik balik. apa jangkaan sdr? how far can it go up…
By zyrontyez on Nov 14, 2009 | Reply
Saya pilih 3/4 gunung ilmu dan 1/4 gunung emas..
Ilmu untuk mentadbir emas@modal@duit..
Emas untuk dijanakan,ditambahnilai..
Payah jugak kalau ada ilmu je..Nak cari modal, xda..