Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.
Saya disini.. Alhamdulillah sibuk banyak. Maklumlah bulan Ramadan nie.. banyak betul aktiviti yang dibuat sampai tak menang tangan.
Walau apapun, saya berdoa agar keberkatan bulan Ramadan akan memberikan limpah rahmat daripada Allah SWT kepada kita semua. Amin
Untuk pengetahuan anda semua , pada 27 Ogos 2009 lalu saya telah dijemput untuk membuat pembentangan kertas kerja di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar.
Seminar ini bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Seminar yang dianjurkan oleh Dinar Research Group – UKM ini bertujuan menyoroti sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman Uthmani serta membincangkan banyak aspek-aspek berkaitan kelemahan sistem wang fiat serta menyediakan pelan strategi bagi mengaplikasikan wang dinar bagi negara-negara Islam.
Institut Latihan Islam Malaysia – Bangi
Seminar seperti ini adalah majlis ilmu yang sangat berfaedah. Banyak ilmu yang boleh diperolehi melalui seminar ini. Jika ada seminar seumpama ini di masa hadapan, saya cadangkan anda mengambil peluang untuk menyertainya. InsyaAllah ilmu yang mencurah-curah datang akan memberikan kesan kepada anda.
Anda takkan tahu apakah ilmu yang akan meresap ke dalam jiwa anda apabila menghadiri majlis ilmu seperti ini.
Saya just nak berkongsi 1 kata-kata bestari:
“Knowledge is never a lialibility, always an asset”
Di dalam seminar ini, saya membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”.
Kertas kerja ini boleh dibaca di dalam buku prosiding seminar ini.
Kertas kerja saya di dalam buku prosiding seminar.
p/s: Anda boleh beli buku Prosiding Seminar Dinar 2009 dengan menghubungi 012-9332448 (En Safuan), 0193-610096 (Cik Najihah) atau 03-89215558 (Sekretariat SEDINAR 09). Harga termasuk bayaran pos: RM70 senaskhah
Pengalaman membentangkan kertas kerja dan berkongsi ilmu berkenaan pelaburan emas amat menyeronokkan.
Ini kerana saya telah mendedahkan kepada peserta seminar cara-cara pratikal untuk membuat pelaburan emas di Malaysia.
Ia sedikit sebanyak membantu para peserta memulakan pelaburan emas mereka dengan cara yang paling tepat.
Untuk pengetahuan anda sekalian, kebanyakan maklumat yang dibentangkan di seminar ini diambil daripada e-book saya iaitu “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas“.
Saya yakin kualiti maklumat yang terdapat di dalam ebook ini boleh membantu peserta seminar memahami:
1. Mengapa kita perlu menyimpan emas
2. Bagaimanakah cara membuat pelaburan emas di Malaysia
3. Perbezaan diantara pelaburan emas dan menyertai skim-skim pelaburan emas
Jika anda berminat mendapatkan ebook saya, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)
Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar ILIM dan seminar berkenaan 🙂
Gambar ketika sesi perasmian program seminar
Gambar saya bersama 2 pembentang kertas kerja yang lain.
Gambar saya membentangkan kertas kerja.
Semasa menerangkan kenaikan nilai emas dan kejatuhan nilai duit kertas
Gambar peserta-peserta seminar
Saya menerima sijil penghargaan dan cenderamata daripada penganjur.
Alhamdulillah, pengalaman membentangkan kertas kerja seminar di ILIM memberikan satu pengalaman baru.
InsyaAllah selepas ini saya akan membuat sesi seminar berkenaan pelaburan emas untuk orang ramai pula. Sekarang nie saya tengah study teknik-teknik memberikan latihan yang berkesan.
Selain itu, saya juga di dalam proses mengeluarkan buku berkenaan pelaburan emas.
Target tahun depan. Doakan saya ok!
1. Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan seminar yang penuh ilmu.
2. Kepada pembaca sekalian, cuba luangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu
seperti ini. Banyak manfaatnya.
3. Ilmu itu adalah aset bagi manusia. Menjadi orang yang mengetahui itu jauh
lebih baik dari menjadi orang yang tidak mengetahui.
4. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya.