Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Ketahui Perkembangan Pelaburan Emas Dengan Google Alerts

Ditulis pada 12 February 2009 – 12:13 am | by syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya pasti semua pembaca blog ini merupakan peminat emas betul tak? Jadi kat sini saya ingin berkongsi satu maklumat yang sangat menarik.

Dengan ilmu ini anda boleh mendapatkan perkembangan semasa mengenai emas, pelaburan emas dan apa-apa sahaja mengenai emas.

Caranya ialah menggunakan perkhidmatan Google Alerts.

Google Alerts akan menghantar maklumat yang relevan mengenai topik pilihan anda ke e-mail anda.

Memandangkan Google merupakan search engine yang hebat, saya dapati kebanyakan maklumat yang dihantar adalah terkini, relevan dan menarik.

Bagaimana cara menggunakannya?

Caranya sangat mudah, anda cuma perlu mengunjungi laman web Google Alerts disini:

http://www.google.com/alerts

Kemudian, masukkan maklumat yang diperlukan ke dalam Search Terms: contohnya gold investment.


Gambar: Google Alerts: Gold Investment

Paling baik ialah carian di dalam Bahasa Inggeris kerana banyak maklumat mengenai pelaburan emas terdapat di dalam Bahasa Inggeris.

Untuk Type, anda boleh klik menu dan pilih samada comprehensive, News, Blogs, Web etc. Biasanya saya pilih comprehensive.

How often: pilih once a day

Lepas tu klik Create Alert.

Kemudian, Google akan menghantar verification email kepada e-mail anda.
Klik link tersebut.


Gambar: Confirmation e-mail dari Google

Selepas itu, setiap hari anda akan mendapat e-mail alert daripada Google berkenaan gold investment. Jika ada berita yang menarik perhatian anda, klik sahaja link di dalam email tersebut dan anda akan dapat membaca berita tersebut.


Gambar: Contoh alerts yang dihantar ke-email anda setiap hari

Kesimpulan.

Saya dah lama menggunakan perkhidmatan Google Alerts untuk mendapat maklumat terkini mengenai pelaburan emas.

Memang best.

Banyak info-info baru dan terkini dan relevan mengenai pelaburan emas akan dihantar ke email saya. Mudah dan menjimatkan masa saya. Kadang-kadang idea untuk menulis blog nie datang daripada Google Alerts nie :)

So, gunakan Google Alerts sekarang!

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 22 Responses to “Ketahui Perkembangan Pelaburan Emas Dengan Google Alerts”

  2. By dzuan on Feb 12, 2009 | Reply

    thanks admin sbab berkongsi ilmu.. ni bende baru yang orang mcm saya blm tau lg..

  3. By tester on Feb 13, 2009 | Reply

    Salam,
    Lambat info….
    GIA haram…..sbb dlm mumalat tu kurang 1 syarat…..iaitu emas xdpt tengok…..xpercaya…g tanya ustaz nazree chik dia salah sorang panel bank…nak tel dia? 0192201203.

  4. By tester on Feb 13, 2009 | Reply

    salam.PEMBETULAN.hukum haram adalah jwpn individu ustaz pd sy.apapn pkara ini masih SYUBHAH.so sesiapa yg mpunyai details GIA shj dgalakkn mbantu ustaz utk pengesahn.yg lain jgn telefon.. tgu hasil kajian..

  5. By dian on Feb 13, 2009 | Reply

    kalau ragu tinggalkan. penyelesaian dan pilihan yang anda ada beli fizikal gold. berminat hubungi dian 0133422330. lembah kelang
    harga lebih rendah ikut publicgold

  6. By noname on Feb 13, 2009 | Reply

    pilihan ditangan sendiri – fizikal u all boleh tengok dan gadai kalau sesak GIA dalam akaun bank so apa kata nabil lu pikir le sendiri

  7. By zetty on Feb 13, 2009 | Reply

    saya dapati kalau nak dapat lebih profit dalam gold investment kita kena buat kombinasi pelaburan iaitu income return dan capital gain baru berbaloi.

    reply: asalkan pelabur tahu apa yang dibuat, memang akan dapat lebih profit.

  8. By hery on Feb 13, 2009 | Reply

    SAYA ADA 600..ADMIN PE YANG BAGUS SAYA MELABUR SEKARANG..

    reply: Beli Dinar emas. Itu yang termurah dan termampu dangan budget sebanyak tu..

  9. By diswala on Feb 27, 2009 | Reply

    sy nak tnyer..
    ok ke if beli emas dgn price market skrg nie.??

  10. By ross on Mar 4, 2009 | Reply

    sy ada rm20K…nak labor kat mane? GIA ke Kijang Emas ke atau Etiqa Emas? Ble bantu bagi info mane satu yg berbaloi?

  11. By zulfaizuddin on Mar 4, 2009 | Reply

    Public GIA pun ok. Kijang emas pun ok. Etiqa no comment sebab saya tak join.

  12. By cGIera on Mar 4, 2009 | Reply

    diswala….klu ada duit bli je xyah t’agak2 hrga skrg kira ok mgkin akn trn lg sy bli PB gold pd 20/2/09 = RM2324 ari ni hrg RM2303….x rugi bli emas klu msh was2 lg cuba baca semua post comment n forum JE….bg ross lak elok ikut sbgaimana tuan admin kita syorkan guna GIA n beli emas fizikal…klu tkut nak tgung risiko jgn labur dlm syrkt…:-

  13. By ross on Mar 4, 2009 | Reply

    mmg confirm nak beli MBB GIA . Tapi ade member ajak beli Etiqa…dia kate bagus..Dah confused plak…sbb xsure mane satu yg lagi bagus..

  14. By zulfaizuddin on Mar 4, 2009 | Reply

    Beli Public Bank GIA harga lagi murah berbanding Maybank GIA.

  15. By ross on Mar 4, 2009 | Reply

    Public Bank GIA x halal according to Us Zaharuddin…so sy pilih MBB GIA…

  16. By cGIera on Mar 4, 2009 | Reply

    Ross….Klu kira hukum ikutkn kedua2nya bg sy msh juga syubhah, coz urusniaga ikut konvensional pnye sbb tulh sy lbh suka bli emas fizikal pnye…ada akad jual beli..xyah duk risau halal ke x…pandai2lh.. cumanya klu dah grk hati kata nak MBB GIA go on je la..psl etika lak klu rasa nak join elok ler join ckit2…sblm 2 selidik dlu btl2 jgn krn mber recommend nati klu jd ape2 hal x brtegur sapa lak…xnak lh camtu…klu nak lbh afdhal wat ler solat istikharah….x gitu…hehehe…adakalanye gerak hati 2 lbh baik dr dgr ckp org..

  17. By shamsul on Mar 4, 2009 | Reply

    ROSS… Kalu nak ikut hukum yang betul2 tuan guru yang selalu bg kuliah maghrib kat tmpt sy kata beli ikan kat pasar n brg2 kat pasaraya non muslim haram. Kalu beli kat kedai orang islam pun tapi yang membuatnya kilang non muslim pun dikira haram. Kalu nak beli sesuatu kena selidik dulu dari mana puncanya. Kalu nak beli ikan tu kena la tanya tauke ikan tu nelayan mana yang tangkap ikan?, agamanya apa?, baca bismillah tak masa tangkap ikan tu?… Kalu dah ikut syarat baru la bleh beli ikan yang halal. Kita ni bleh ke buat research detail mcm tu masa nak beli barang??? Sbb tu byk urusniaga yang diharuskan. Byk perbezaan pendapat dlm bab hukum ni. Terpulang pada individu nak ikut pendapat yang mana satu.

  18. By akun on Mar 4, 2009 | Reply

    salam..

    sy nk komen sket psl bab jual beli di pasaraya non muslim ni..pd pendapat sy,x haram berdasarkan hadis ni : “telah ijma’ seluruh umat islamkeharusan berurus niaga dgn ahli zimmah & lain-lain org kafir selagi mn urusniaga itu x jth dlm perkara haram. tp,umat islam haram menjual senjata kpd musuh Islam yg sdg memerangi Islam & x boleh jg membantu mereka menegakkan agama mereka..(syarah sohih muslim,AN-nawawi,11/40)

  19. By shamsul on Mar 5, 2009 | Reply

    salam akun… itulah antara sebab urusniaga yang hukum asalnya haram jadi harus.

  20. By diswala on Mar 5, 2009 | Reply

    cGIera : thx ya..insyallah harge trun sket la nak sambar gak…mg xsaba nak beli nie..

  21. By Ust Rafidi on Mar 5, 2009 | Reply

    Terus terang cakap, majoriti Ust – Ust . tak mendalami sistem ekonomi barat, bagaimana wang kertas tercipta ? Apakah hukum penciptaan wang kertas. Majoriti take for granted wang zaman nabi sama dengan wang zaman sekarang. Maka bercelarulah fatwa – fatwa yg melibatkan wang kertas ini khususnya jika melibatkan pembelian emas. Hukum asal , kalau ada emas (dinar) barulah boleh tukar dengan emas secara tunai (nampak depan mata). Hukum wang kertas ditukar dengan emas? Macamana pulak

  22. By ross on Mar 5, 2009 | Reply

    shukran cGIera. Sy setuju pendapat U…Sy skrg tengah survey etika….Insyaallah sy akan buat pemilihan yg betul utk keberkatan.

  23. By Aida on Aug 21, 2009 | Reply

    Slm,
    my fren told me that etiqa emas is good..is it true…beli jongkong emas?mcmane tu?i xpaham..boleh sesapa explain kat i?it would be better klu tuan bdn yg ade involved dlm etiqa emas ni…

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook