Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank :)
Nota Admin: Seminar peluang perniagaan emas Public Gold akan diadakan selepas raya di KL, Penang, Sungai Petani, Ipoh, Melaka dan JB. Saya akan umumkan tarikh, tempat dan masa di dalam blog ini nanti. Untuk menjadi orang pertama mendapat update tentang seminar ini, sila subscribe newsletter blog ini. Ianya FREE.
________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semasa menjalani ibadah puasa.
Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas Public Gold, PAMP Suisse, Dinar Emas Public Dinar dan juga jongkong-jongkong emas yang lain.
Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan.
Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia.
Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu
Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank.
Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.
Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang istimewa untuk gadaian jongkong emas.
Memang best sangat.

Gambar: Gold bar PAMP Suisse dan Public Gold
.
Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:
1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)
Huraian terperinci.
1. Margin pinjaman 70% diberikan walaupun ia gadaian pertama.
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut… hehehe money is only a tool to make more money.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.
p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)
p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.
4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)
5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)
Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.
Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:
.

Surat-surat gadaian saya di Ar-Rahnu Agrobank. Kalkulator tu untuk kira untung
Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai keistimewaan Ar-Rahnu.
Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?
1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba.
Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.
2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun
setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang
6 bulan lagi baru fikir bayar. Courts Mammoth pun kalah oooo…)
3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu
membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan
pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma
dibayar 6 bulan akan datang.
4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi
keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin
meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam)
Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!
5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong.
Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan
memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).
Kesimpulan.
Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank.
Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya.
Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru yang memerlukan kemudahan Ar-Rahnu iaitu pelabur emas.
Kepada pembeli jongkong emas, anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank.
Mereka akan menerima anda dengan tangan terbuka dan senyuman lebar
.
p/s: Jika anda ingin mengetahui mengenai pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh membeli ebook saya yang bertajuk Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
.
Saya jamin dengan membaca ebook ini anda akan mendapat ilmu dan boleh memulakan pelaburan emas yang menguntungkan. Sila klik link ini (klik sini)
.
2. Jika anda berminat menjadi belajar membuat perniagaan emas, anda boleh hadir ke seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold.
.
InsyaAllah saya akan buat seminar tersebut selepas raya di Kl, Penang, Sungai Petani, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Tunggu pengumumannya di blog ini nanti.
.
3. Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda di facebook, klik ikon FB recommend / syorkan kat bawah nie. Terima kasih.
.
4. Komen anda di dalam blog ini amat dialu-alukan. Kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah sana.
.



Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

7 Responses to “Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank :)”
By NabalYusoff on Aug 24, 2010 | Reply
Syukurr..Sgt Bagus Argo bank ni..boleh membantu usahawan2 emas dgn systm yg baru ni…Tahniah dan syabas pada argobank..!!
By pok_li on Aug 24, 2010 | Reply
tengok la no siri 100 g public gold tu
P000230
korang punya skrg berapa no siri????
masa tu berapa je harga….skrg…dah naik…best manipulasi nih
http://www.pokli.com
By rasyid on Aug 25, 2010 | Reply
Sebagai menurut permintaan En. Syukur, ingin saya kongsi maklumat iaitu ar-Rahnu Agrobank yang paling hot dan terbaik di Malaysia ialah cawangan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Ia ada 2 kaunter dengan orang pegawai yang cekap berbanding 1 di cawangan-cawangan ;ain. baru-baru ini, lebih 15 orang wakil ar-Rahnu Agrobank seluruh malaysia datang melawat dan belajar dari pengalaman mereka. masa cawangan lain guna harga rendah untuk bar dan dinar coin, cawangan ni sejak awal lagi dah guna rate yang tinggi.
reply: Ok, terima kasih atas makluman.
By AZMANOR72 on Sep 4, 2010 | Reply
salam saudara rashid,
agak2 nya berapa orang purata dalam sehari pelanggan kat ar rahnu agro bank cawangan nibong tebal tu yer….Tq
By isas on Nov 18, 2010 | Reply
salam,
katakan la saya mempunyai coin kijang emas maybank, boleh tak di gadaikan di ar rahnu agrobank?, terima kasih
reply admin: boleh.
By Born2Reign on Apr 8, 2011 | Reply
I notice that the Agrobank website doesn’t have this terms and rate anymore. Is it still applicable now?
Does the bank pawn silver for ar-rahnu? If not which bank does?
Thank you.
reply from admin: Yup, most of the term differ already. u need to call and ask them new term.
Silver currently not accepted by any arrahnu.
By luvgold on May 19, 2011 | Reply
skg agro bank xtrima gold bar atau dinar dr public gold kan…
Reply admin: ya betul, Arrahnu Agrobank stop terima jongkong emas buat masa nie.