Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia (KFH Gold Account-i)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya
Saya kat sini Alhamdulillah..sihat dan ceria sahaja.
Sekarang saya agak sibuk menulis buku mengenai pelaburan emas.
Saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang lebih lengkap dan mantap bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas dan rahsia berniaga emas. InsyaAllah
Baiklah, untuk posting kali ini saya akan berkongsi tentang akaun simpanan emas Kuwait Finance House Gold Account (KFH Gold Account-i) serta pengalaman saya membuka akaun simpanan ini.
Pengenalan kepada Kuwait Finance House.

Kuwait Finance House cawangan KL – Etiqa Twins
Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH) adalah bank yang menawarkan perbankan Islam. KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah.
Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i.
Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1
Pengenalan kepada KFH Gold Account-i.

Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).
KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan.
Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:
1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini (klik sini)
Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.

Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi
Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0
Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.
(p/s: Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)

Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0
Harga Emas KFH Gold Account-i
Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.
Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/

Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.
Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya
Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak
Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.
Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL. Hehehe.. excited nak mencuba.
So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.

Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.
Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.
Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.
Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)
Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.
Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)
Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:
1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok
Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.
Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).
Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash
Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).
Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.
Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. (Klik sini)
So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.
Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
![]()
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.
Kesimpulannya.
First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.
Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.
Bagi mereka ingin melihat perkembangan harga emas, anda boleh nampak dengan jelas trend kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ini menjangkau 2.58 kali ganda (kenaikan harga 38.49% setahun).

Ini menyebabkan sebahagian daripada bank-bank tempatan dan bank asing di Malaysia bertindak menawarkan peluang membuat pelaburan emas samada melalui emas fizikal ataupun akaun simpanan pelaburan emas.
Pesanan saya.
Jika anda masih baru di dalam pelaburan emas dan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas, saya cadangkan anda untuk membaca semua artikel terdahulu saya di dalam blog ini (klik sini)
Jika anda merasakan yang pelaburan emas ini boleh menjana keuntungan untuk anda untuk masa hadapan, saya cadangkan anda untuk mendapatkan e-book saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”.
Info-info di dalam ebook ini dijamin akan membantu anda memahami pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan melalui emas dengan lebih cepat.
Jika berminat anda boleh dapatkannya disini (klik sini)
Selain itu, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas secara PERCUMA.
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini. Cuma masukkan emel anda ke dalam kotak di penjuru kanan blog ini. Mudah ajer…
Ok then. Selamat membuat pelaburan emas ![]()
.
.

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

6 Responses to “Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia (KFH Gold Account-i)”
By kamarudin on May 7, 2010 | Reply
Salam,
Terima kasih en.syukor, penerangan yg sangat komprehensif berkenaan KFH Gold Acc.-i berserta pengalaman sekali. Info sebegini sangat berguna sebelum kita membuat pertimbangan utk memulakan pelaburan emas. Kalau info kat news paper tu memang banyak yang menarik jer, yang sebaliknya tidak dimaklumkan. Tapi apa pun, KFH GA-i adalah yang terbaik setakat ini berbanding GSPA (Maybank) & GIA (PublicBank).
Seharusnya, yg berminat nak mulakan pelaburan emas & takut nak simpan emas sendiri, inilah alternatif yg perlu direbut. Tapi malangnya ada sesetengah masyarakat kita masih nak melabur kat skim, perniagaan, produk yg ntah apa2..asalkan dpt pulangan yg tinggi..sedih2..last skali..hangus…
Wasalam..
By sebol on May 13, 2010 | Reply
kalau begitu, dia punya 1gram termurah dipasaran.
keluarkan 4 gram setiap kali, maka dapat banyak 1 gram.
cuma, kau lupa tanya dia…
kalau kita jual 1gram itu kepada Abu , bolehkah Abu jual balk ke KFH kalau Abu takde akaun?
reply: Dah tanya aritu. Orang yang ada akaun sahaja boleh jual balik kpd KFH.
By aziz on Dec 22, 2010 | Reply
slm,
(lama dah tak post kat blog ni)
Betulke nak bukak akaun ni kena minima 10 g tapi sebelum tu kena bukak akaun saving dulu (minima rm20)?
reply: ya, kena bukak saving ac dulu.
By Azwan ariffin Azwan ariffin on Dec 31, 2010 | Reply
Katalah tergatal nak bukak jugak sarung tu dan KFH tak beli semula, berapa pulak harga yg kita boleh dapat utk emas ini kalau dijual di Public Gold?
reply: Biasanya 7% ke 8% dibawah harga we buy.
By AZMANOR72 on Jan 26, 2011 | Reply
salam ,
lebih baik beli yang takde sarung , blh pandang2 , blh pegang2 , blh gadai , blh jual kpd sesiapa saje yg nak beli ..he2………Tq
By khairulshahrizan on Aug 18, 2011 | Reply
Salam.
Kena ada saving acc dulu??? Basic Saving Acc or just Saving Acc.. Sbb kalau basic minimu deposit cuma RM20?
Kalau saya berniat nk bukak Gold Account nie, dengan harga emas sekarang plus dengan deposit untuk bukak acc, berapa RM yang saya perlukan??
TQ
Reply admin: Akaun basic RM20 sahaja + nilai 10 gram emas (harga semasa)