Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank
Assalamualaikum dan salam ceria. Apa khabar semua pembaca?
Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga
Ramai yang bertanya kepada saya “Selain dari Bank Rakyat, di mana lagi saya boleh menggadaikan jongkong emas dan dinar emas saya?”
Ini kerana buat masa ini Bank Rakyat menghentikan seketika penerimaan jongkong emas dan syiling emas untuk digadaikan.
Jadi jawapan saya ialah “Kita boleh gadai kat Ar-Rahnu Agrobank”
Ini kerana Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.
Baiklah, untuk kali ini saya akan bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.
Kenapa Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan syiling emas?
Pegawai Bank Rakyat memaklumkan bahawa faktor utama mereka menghentikan penerimaan jongkong emas ialah kerana skim-skim pelaburan emas.
Skim-skim pelaburan emas ini menggunakan kemudahan Ar-Rahnu bagi menjalankan operasi mereka.
Pergh.. hebat betul penangan skim-skim pelaburan emas nie.
Jadi, bila Ar-Rahnu Bank Rakyat dah stop, maka pembeli gold bar dan dinar emas kena cari alternatif lain.
So, paling mudah ialah Ar-Rahnu Agrobank.

Agro Bank Jalan Hang Tuah, Melaka
Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?
Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:
Ia termasuk:
- 3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)
Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:
1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.
Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:
1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.

Jongkong emas Public Gold 20 gram

5 dinar dan 10 dinar
Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.
Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.
Best

Berat 5 Dinar – tepat

Berat 10 dinar – tepat

Berat 20 gram x 3 keping – tepat
Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.
Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.

Pengiraan.
Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.
Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:
Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram
Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 –> (ini adalah nilai emas)
Nilai pinjaman = 65% x RM7092
= RM4609.80 –> dibundarkan kepada RM4600.00Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00
Pengiraan upah simpan.
Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
|
Margin pinjaman |
Upah simpan sebulan |
| 50% ke bawah | RM0.50 / 100 |
| 50.1% sehingga 60% | RM0.60 / 100 |
| 60.1% sehingga 70% | RM0.75 / 100 |
Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:
(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14
Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.
No problem.
Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.
Bagaimana cara menebus kembali emas anda?
Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.
Bagi kes saya, emas yang saya pajak di Agrobank ini telah saya tebus pada 25/3/2010 (pajakan 21 hari sahaja).
Jadi saya cuma kena bayar upah simpan sebanyak RM53.19 + RM4600 (pinjaman)
Mudah sahaja

Slip bayaran untuk menebus emas yang dipajak.
.
Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.
Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:
1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.
Kesimpulan.
1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)
Ok then.. selamat membuat pelaburan emas
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com - anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini. Ianya PERCUMA. Masukkan e-mail anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
p.s.s: Jika anda masih baru dengan pelaburan emas. Anda boleh membaca artikel di dalam blog ini ataupun membeli ebook saya yang bertajuk "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"(klik sini). Ini cara terpantas untuk mendapat ilmu emas.
.

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

28 Responses to “Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank”
By nizman on Mar 26, 2010 | Reply
bagus ar-rahnu agro bank ni
reply: Haah, one of the best alternatif selain bank rakyat.
By wakaka on Mar 26, 2010 | Reply
Salam tuan,
Macam mana kalau tiada resit pembelian?
Yerlah,.kalau mcm kes beli emas kt tangan orang..
Adakah AgroBank akan terima utk dipajak?
reply: Sila refer kat agrobank tersebut. kalau kat melaka nie tak perlu resit pun.
By sham on Mar 27, 2010 | Reply
Semasa nak mengadai, ratenya tinggi atau rendah yg bagus. cth: Agro 119/g dan Yapeim=136/g……yg mana patut dipilih..tq
reply: Pilih yang rate tinggi, then tengok nilai pinjaman dan upah simpan.
By azman/jeman on Mar 27, 2010 | Reply
agro bank banting pun terima emas keluaran public gold ni….mereka tidak memerlukan resit pembelian, janji ada sijil ketulenan sudah cukup…tu yang best agro bank tu.
reply: Kat Melaka pun dia tak perlukan resit. just cert n gold.
By Hasbullah Pit on Mar 27, 2010 | Reply
Dah test emas takde cert dia terima tak?
reply: Tak test plak. semua emas saya ada cert.
By wan on Mar 27, 2010 | Reply
saya dah simpan di ar-rahnu yapiem…
saya pinjam rm5610…
upah simpan utk 6 bulan…rm388.80
lebih kurang je kot…
reply: Yapeim pun ok jugak.
By wan on Mar 27, 2010 | Reply
saya takut tengok trend harga emas sekarang
susut aje…
agak2 nye bila akan up balik?
reply: Skrg tengah up
By fateem on Mar 27, 2010 | Reply
saya pernah pajak gold bar kat Agro bank penang.dia tak minta resit pembelian langsung pun..tapi cert tu penting
reply: haah.. ada ar-rahnu yang tak perlu tengok resit. melaka pun sama. mudah jer ngan diorang nie.
By fir on Mar 28, 2010 | Reply
salam en syukor,
kalo saya nak pajak gold wafer dari maybank yg d withdraw dr akaun gspa dkat mana2 ar rahnu leh x? lg 1 ok x teknik neh, apa pndapat tuan kalo sy beli emas gspa, then jual dgan physical gold especially for 100g & 50g sebab kalo kuar byak caj murah brbanding dgan kuar byak2 utk gram kecik2, leh jd lg murah dr kijang emas utk 1 gram kalau d dividekan. tq.
reply: Saya tak paham soalan nie.. cuba cerita dengan ayat penuh, jangan guna ayat singkat.
By Dila on Mar 31, 2010 | Reply
TQ En. Syukor atas info ini…
Saya pun dah cuba di Agrobank Kuala Terengganu… semua urusan cepat…. tak banyak soal… ujian berat & ketulenan ~ 100% tepat… resit saya bawak, tapi dia tengok aje, dan bagi semula… certificate & goldbar aje dia pegang… tapi, Agrobank Kuala Terengganu cuma accept goldbar @ wafer 24k sahaja… dinar tak accept…
reply: Ermm.. macam2 karenah betul pegawai Agrobank nie.. tapi kat melaka no problem.. dinar pun ok.
By alia on Mar 31, 2010 | Reply
Salam
Berbaloi tak kalau kita gadai emas yg ada then duit tu masuk dlm ASB selama 6 bulan. Daripada emas tu terperap. Lepas 6 bln keluarkan balik emas tu. Saya try buat kira2 tapi last2 saya yg pening.
reply: Tak untung buat camtu sbb ASB punya pulangan dalam 8% ajer. Lebih baik gunakan utk beli emas dengan hasil pajakan tu.
By JAS TERENGGANU on Mar 31, 2010 | Reply
Saya dah gadai kat YaPEM Terengganu (cawangan Setiu dan Kuala Berang)… saya perlukan RM50K… jadi saya pergi 2 tempat yang berlainan..( ini semua setelah bacas email daripada Mahaguru Emas)… fakta yang saya dapat di YaPEM … satu nama hanya dibenarkan untuk dapat pinjaman/nilai pajak RM25K sahaja dengan YaPEM… so untuk dapatkan RM25K lg… daya gunakan nama orang lain (yang boleh dipercayai)… so saya dapat RM50K.. untuk itu saya telah sandarkan dalm 620g emas kat 2 tempat itu…. so dapatlah pusing duit buat modal… moga-moga BZ saya menjadi….
terima kasih En Syukur… Tolong doakan saya… he he !!!….
reply: Yapeim adalah salah satu alternatif terbaik kerana boleh dapat RM25k sekali gus. kalau agrobank boleh dapat 10k sehari jer..
Saya doakan sedara jas boleh rolling dan buat banyak untung. InsyaAllah kalau pandai rolling.. confirm untung
By Ibnu Syathari on Apr 1, 2010 | Reply
Hari ini saya keluarga sebahagian ASB dan beli PG 20g 4 keping..
baru2 nak jinak dengan PG nie…
reply: Tahniah sbb dah beli emas
By rizal on Apr 2, 2010 | Reply
en.syukor nak tanya sikit ni..kalo sya nk beli emas dgn en.syukor boleh ke antar kat umah saya nanti????
reply: Tengok tempat gak. kalau jauh sedara beli dengan agen berhampiran
By kakak on Apr 2, 2010 | Reply
saya prg arrahnu agrobank salak tinggi. dia tak tengok pun resit n cert. senang je dapat det, tapi yg lecehnya knp harganya murah sangat rm118 je.
reply: Rate utk gold bar n dinar memang rendah sedikit. kalau nak rate tinggi kena ke ar-rahnu YAPEIM
By ANUAR on Apr 3, 2010 | Reply
En. Jutawan Emas,
Memang Agrobank Terengganu tidak menerima Public Dinar dan hanya menerima Public Gold sahaja. Ini adalah bagi tujuan meminimakan risiko penipuan dan langkah2 keselamatan dimana Agrobank memiliki sebab2 yang tersendiri. Salah satunya ialah Public Dinar tidak memiliki no siri pada emas tersebut berbanding dengan Public Gold. Malahan kijang emas Bank Negara juga tidak diterima.
Sape2 yang berhajat@berminat untuk memiliki Public Gold TETAPI kekurangan modal. Insya-Allah saya boleh membantu dengan syarat anda memiliki duit permulaan (Harga We Sell – Pinjaman Ar-Rahnu) bagi membolehkan anda membuat langkah pertama walaupun kekurangan modal. Emas simpan di Ar-Rahnu Agrobank dan anda boleh membuat pinjaman.
* Pinjaman Ar-Rahnu
Emas 999 – 20gram = 60% X RM118.20 X 20gram
= RM1,418.20 dibundarkan RM1,400
* Tidak perlu saya perjelaskan lagi kelebihan Public Gold ini kerana banyak info yang boleh dibaca dalam http://www.jutawanemas.com ini.
* Hanya yang betul2 mempunyai kesungguhan untuk memiliki emas sahaja yang layak. Tidak kisah la samada untuk simpan sahaja atau berniaga.
* Kongsep win-win-win (anda untung, saya untung, Agrobank untung)
Sila sms@call
Anuar 013-971 3788
reply: erm… nampaknya orang kat K.Terengganu ada masalah sket dgn dinar lah. sebenarnya diorang tak perlu takut sbb boleh test. tapi nak buat cammana, kepala otak setiap pegawai berbeza-beza.
By nur on Apr 7, 2010 | Reply
En. Syukor, saya nak tanya, ar rahnu agro bank ni terima ke kalau kita nak gadai brg kemas macam rantai cincin semua tu? saya ingat nak gadai then nak beli gold bar. En. Syukor boleh suggest tak kat mana nak beli gold bar berkualiti and murah sikit?
reply: Ya, agrobank dan ar-rahnu bank rakyat menerima barang kemas. kalau nak beli gold bar, boleh beli gold bar public gold. tengok kat sini:
http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/
By suhairi on Apr 14, 2010 | Reply
salam…
kawan2 pakat beli emas skrg,harga tengah nak naik ni,saya baru beli 50gram dgn cik syukur ni..
reply: Terima kasih banyak-banyak
By Din on Apr 15, 2010 | Reply
mcm mana kalau sy buat investmt pakai GSPA tu..ok tk?
reply: Ok, tapi kalau boleh beli emas fizikal lagi ok.
By ragu-ragu on Apr 21, 2010 | Reply
salam en syukur.
sy nk btanye,
mane keuntungan nye proses gadaian ar-rahnu 2?
kn semase penebusan emas,wang pinjaman + upah simpan. di kene kn,
jd nmpk nye kite kene kluar kn duit kite ntok upah simpan?
x gitu?
sile btol kn jika slah.
reply: Ar-Rahnu adalah pinjaman berdasarkan sandaran emas kepada bank. Jawapan terhadap soalan tersebut adalah bergantung kepada bagaimana anda rolling duit pinjaman tersebut. Kalau duit pajak tu guna beli spot rim ke, berpoya-poya ke.. confirm lah rugi. Kalau duit pinjaman tu guna utk tujuan rolling business ke, invest kat benda lain ke yang boleh bagi untung lebih dari upah simpan maka anda akan untung. Mungkin untung besar, mungkin untung kecil bergantung kepada tahap kecerdikan anda.
By Yana on Apr 23, 2010 | Reply
Salam,
Saya nak ceritakan pengalaman saya dengan ar-rahnu YPEIM Kapar. Saya berhasrat untuk ar-rahnu-kan barang kemas saya untuk tujuan modal beli dinar dan jongkong emas.
Sebelum saya mengambil keputusan untuk pergi ke ar-rahnu mana-mana, saya telah membuat survey untuk semua ar-rahnu di Malaysia ni di sebabkan barang-barang kemas saya ada yang coraknya beremas putih.
Di dapati hanya Ar-rahnu YPEIM sahaja yang terima barang kemas yang ada corak ber-emas putih tanpa ada susut nilai dari harga emas sebenar. Dan terbukti benar apa yg dikatakan pegawai nya apabila saya pergi ar-rahnukan emas saya semalam dan segalanya berjalan lancar.
Saya ada bertanya juga kepada pengurus cawangan tersebut mengenai samada mereka menerima jongkong emas atau tidak. Dukacita di maklumkan, mereka dah tak terima jongkong emas atas factor penipuan. Dinar mereka boleh terima dengan syarat ada resit pembelian, sijil, nama di atas IC sama dgn nama di resit pembelian dan pemilik itu sendiri yg hanya boleh gadaikan dinar tersebut.
Jadi pada sesiapa yg barang kemas nya ada corak- corak emas putih boleh la pergi Ar-rahnu YPIEM.
Semoga dengan tergadai nya barang kemas saya ni, bisnes emas kami berjalan dgn lancar.
Sekian
Yana (0126131132)
Puncak Alam.
reply: Terima kasih diatas perkongsian maklumat.
By ery on Jan 24, 2011 | Reply
salam,
nak mintak pandangan en syukur,
sy ade emas dalam 100k, jadi emas tu sy nak pajak kat ar-rahnu agro bank, lebih kurang dapt dalam 70k la. Duit tu sy wat utk perbelanjaan anak sekolah ke, renovate rumah ke…..mcm2 la ( tp bukan utk bisnes). Jadi soalan sy, sy x mampu nak byr sume pinjaman dalam masa 18bulan, tp sy hanya bayar upah simpan selama 6bulan+6bulan+6bulan. Dan sy nak sambung pinjaman sy untuk 18bulan lg. Boleh ke en syukur? dan kalau sy x mampu lg sy sambung lg.
kalau boleh la mcm mana dengan pembayaran balik pinjaman tu? adakah mengikut jumlah bayaran balik mengikut jumlah asal yg mula2 kte pinjam td? atau pihak agro bank wat jumlah pinjaman baru selepas 18bulan tu?
minta pandangan en syukur
tq.
By AZMANOR72 on Jan 26, 2011 | Reply
salam s/ri ery,
1) kenalpasti jumlah anggaran sebenar untuk renovation rumah/perbelanjaan peribadi dlm tempoh setahun , if duit masih lagi berbaki beli lagi emas.
2) setiap 6/8 bulan hanya perlu byr upah simpan sahaja then sambung tempoh gadaian.
3) sekiranya semasa tamat tempoh gadaian , tidak buat nilaian semula , maka upah simpan adalah sama sehingga pinjaman ini dijelaskan sepenuhnya.
Tq
0169864800
By luvgold on May 19, 2011 | Reply
hari nie saya tya kt bank rakyat,agro bank,YaPEIM,Arrahnu SKOMK..diorg ckp skrg nie diorg dh xtrima gold bar ataupun dinar…nmpak mcm bank dh xyakin dgn ketulenan emas gold bar nie termasuk dr public gold…ada kes penipuan ketulenan ke..
Reply admin: tak juga. Utk agrobank katanya allocation modal utk arrahnu dah habis
By annuar on May 20, 2011 | Reply
salam en syukor
saya ada masalah ttg goldbar yg telah dipajak kat agro, jd adakah selepas 6 bulan, saya perlu buat overlap shj dan bayar upah simpan atau tebus semua. berapa kali boleh overlap…
terimakasih
By mufakkir on May 23, 2011 | Reply
saya pun dgr mcm tue…ader kes penipuan ke?pastu kite nak pajak PG kat mane plak? mgkn admin boleh bagi info skit
By emas-intan on Jul 18, 2011 | Reply
agak2 bila agaknya bank2/arrahnu akan terima balik emas PG
By emas-intan on Jul 18, 2011 | Reply
ar rahnu bank islam terima emas jongkong/dinar PG. masaalahnya ar rahnu ini hanya terdapat di kelantan sahaja ia itu di pasir puteh dan kota bharu.
** dok kat perak x merasa la nak ar rahnu kan emas PG