Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.
Assalamualaikum dan salah sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap semuanya sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009. Semoga tahun 2009 membawa lebih banyak rezeki kepada kita.
Untuk pengetahuan anda semua, apabila tirai 2009 dibuka, terdapat 2 berita menarik yang dipaparkan di akhbar tempatan berkenaan pelaburan emas. Satu berkenaan penipuan syarikat yang menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas dan yang kedua ialah berkenaan Etika Emas.
Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang: 53 pelabur berputih mata.
(Klik untuk baca kat Harian Metro Online)
Tajuk: Simpan emas lebih untung: Etika Emas tawar skim simpanan emas
yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan.
(Klik untuk baca kat Berita Harian Online)
Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:
Apakah itu:
1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.
Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan diantara ketiga-tiga perkara diatas.
Pelaburan emas.
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia.
Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.
Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:
1. Membeli emas fizikal
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)
Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan. Untuk maklumat lanjut sila refer posting ini:
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/anugerah-juara-pelaburan-emas-2008-musim-pertama/
Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.
Skim Pelaburan Emas.
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.
Untuk artikel ini, saya tak fokus kepada mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Kalau nak tahu, better saudara refer kat forum jutawanemas di sini:
http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/
Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.
Oh ya! Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen ataupun forum. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama.
Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:
Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.
4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.
9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko.
Nanti tak tidur lena lah jawabnya…
Faktor risiko.
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.
Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.
Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.
Anda boleh rugi besar
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.
.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.
3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.
4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.
5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan
6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.
Kesimpulan:
Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.
Dengan memahami 3 jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh joint dan yang mana satu perlu dielakkan.
Jika anda ada maklumat berkenaan syarikat yang menawarkan pelaburan emas, sila kongsikan di bahagian komen dan juga forum jutawanemas.com
Terima kasih.




Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

27 Responses to “Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.”
By mfb on Jan 9, 2009 | Reply
just nk tanya… kalau diikutkan penerangan yg tuan bagi mmg memerlukan pemerhatian yg lebih teliti sebelum menyertai mana2 skim yg melibatkan emas…. so bagaimana dengan skim E.E. adakah skim ini mempunyai risiko yg tinggi kepada pelabur?
reply: Pelaburan seperti etika emas ada risiko. Memandangkan ukuran ‘tinggi’ tersebut adalah relatif bagi setiap individu, jadi saya tak boleh letakkan kayu ukuran kat sini. Risiko bagi seseorang individu tak sama. Yang terbaik ialah mendapat gambaran keuntungan dan kerugian dari agen etika emas dan sesuaikan dengan diri anda.
By fitra on Jan 14, 2009 | Reply
terima kasih di atas penerngan saudara.
saya ingin memnta izin bagi menyiarkan artikel ini
di laman blog saya dgn tujuan perkongsian ilmu.
reply: Boleh, cuma tolong kasik kredit kepada blog jutawanemas.com
By Hamba Allah on Jan 14, 2009 | Reply
Salam..
daripada pemerhatian saya, mintak maaf ckp , jgn ade yg terase, just peringatan, klu bende ni jln betul syukur la..pelaburan dgn EE ni adalah sgt2 berisiko.
1) andai kate company ni lari, so sape nak kene beli balik emas yg dipajakan tu klu bukan kite sendiri.. sbb aggrement dgn ar-rahnu tu atas name kite kan..huhu.. dikantoikan..
2) syarikat EE ni mmg xsalah dalam menjual beli emas, yang salahnye adalah bile mengambil duit hasil pajakan secara x sah dr pembeli dan ini adalah salah disisi undang2..org putih panggil Illegal Deposit Taking and Money Laundering Activities. hehe.
ni aktanye..
Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.
3) mengikut kate ustaz yang aku ty, hukum mendapat keuntungan rm300 secara tetap adalah riba..so pandai2 la klu ingatkan agama..
EE kate diskaun, bg aku keuntungan..haha
silalah komen, aku ni baru belajar.
By DAN on Jan 15, 2009 | Reply
Hamba Allah,
1. Deposit taking = betul
2. Diskaun berjadual = keuntungan tetap pun betul.
Sebelum ini EEE panggil hibah dsb
By shamx on Jan 16, 2009 | Reply
salam semua “klu takut dilanda ombak…jngan berumah d tepi pantai”
dalam setiap usaha adalah lebih baik atas kemampuan kita…setiap benda yg kita buat pasti ada risiko nya..pandai-pandai lah kita mengorakn ya..belilah emas fizikal untuk kebaikan masa depan yang cermelang gemilang dan tak terbilang….ok…
By walcott on Jan 22, 2009 | Reply
asalamualaikum.
nak tanya skit.aritu saya ada telepon pihak bank negera sebab nak join EE ni,tp pihak bank tu ckp EE ni ade la komplain dr org ramai.saya pun x tahulah yanag EE ni slamat ke tak?
reply: Etika Emas sebenarnya menawarkan skim pelaburan emas. Namun utk membuat pelaburan emas yang sebenarnya, tak perlu joint etika emas. just beli emas pelaburan macam kijang emas, uob gold coin, public gold gold bar dan dinar emas. then simpan. tak perlu pening kepala pikir samada company cabut atau tidak.
By niksawo on Jan 23, 2009 | Reply
salam walcot, kes awak pernah saya tanya pada ejen E3. beliau ada tunjukkan salinan kebenaran dari BNM. nak confirm lagi pergi ofis mrk saja. tambahan sikit, bagi saya pula jika kompeni ni cabut, kita masih belum rugi sepenuhnya krn kita beli seketul tp mrk cagar dua ketul. jika bank lelong dgn kadar 2 ketul tu masih cover duit kita sbb emas ada had min. lelongannya. semasa kita beli ketulan emas tu sudah di akadkan tentang dis. berjadual tu selama 6 bulan. itu bukannya untung tetap. apa2 pun rujuk ejen terus supaya lepas beli baru terfikir itu ini. harap membantu…tk
reply: Untuk buat pelaburan emas yang sebenarnya, tak perlu joint etika emas. just beli emas pelaburan macam kijang emas, uob gold coin, public gold gold bar dan dinar emas. then simpan. tak perlu pening kepala pikir samada company cabut atau tidak.
By kancang-co on Feb 10, 2009 | Reply
encik syukor rasa unipay2u tu selamat ker cuba beri comment kat email sya
reply: unipay2u nie lebih kepada buat duit dengan cara mlm. Emas tu sebagai produk ajer… dari segi selamat saya tak tahu.
kalau minat mlm joint ler.. tapi kalau nak buat investment emas, tak payah guna unipay2u. beli ajer emas fizikal macam kijang, uob gold coin, public gold gold bar atau dinar.
By Anonymous on Feb 14, 2009 | Reply
huhuhu mcm2 emas dh i ader gia and passbook pun ader cuma nak tmbh cawangan jer hehehe tentang hrga emas akan dijangka naik smpi rm125 tu buatlah artikel and statistik huhuhu
reply: Tahniah sebab mulakan pelaburan emas anda. Pasal artikel tu refer kat sini http://jutawanemas.com/v1/documents/goldrush2008.pdf
By kancang-co on Feb 14, 2009 | Reply
sowi comment di atas i x bg nama hehehe thnks encik syukor for imformation about unipay2u
reply: Sama-sama
By kak ai on Feb 14, 2009 | Reply
En.syukur,kalau kita gadai Gold bar PG kat b.rakyat,dia bukak ke laminate tu? Saya dgr,kalau laminate tu dibuka,PG tak nak beli balik,betul ke? TQ
reply: Kalau gi gadai, memang bank rakyat akan buka cover plastik emas tu sebab diorang nak test ketulenan emas. Dan kalau jual balik kat Public Gold tanpa cover pun memang diorang akan beli balik. Kat mana kak ai dengar cerita nie?
By ec on Mar 10, 2009 | Reply
Salam.
Tuan admin,jika saya beli wang emas kenang-kenangan dalam kuantiti yang banyak seperti pertabalan Yang Di-Pertuaan Agong dan sebagainya adakah ia sama seperti pelaburan emas.
reply: Biasanya harga wang emas kenang-kenangan nie tinggi. kalau nak simpan buat kenang-kenangan boleh lah.. tapi kalau nak buat pelaburan maka kurang sesuai sebab susah nak jual balik.
By yb on May 7, 2009 | Reply
sekarang harga emas di Public bank RM105 boleh beli ke?
reply: Boleh.. beli ajer.. long term investment.
By makcik nak tau on May 13, 2009 | Reply
Tuan Puan yang lebih arif,
kalau sahabat saya minta tolong tebus emas lama 916 beratnya 64.62g, dengan harga RM5000 termasuk nilai pinjaman,upah simpan dan duit poket, berbaloi tak?
By Anonymous on May 13, 2009 | Reply
kalau nak minta saya tolong buleh , tapi kalau saya ambik le emas tu sbb saya yang tebus. kalau kawan awak nak balik sape nak tolong cam tu je. kita bayar/tebus balik dan dia ganti kemudian. hu hu rugi wooo. nilai rm yang dia bayar kemudian tu nilainya dah makin rendah bila dia bayar nanti.
By dian on May 13, 2009 | Reply
kalau saya tebus sebahagian (kongsi) boleh ke, he he harga tu ok gak, 0133422330
By makcik nak tau on May 13, 2009 | Reply
terima kasih atas pandangan, Tuan/Puan Anonymous,Dian
kiranya kalau tolong tebus dengn harga yang disebut dan dibandingkan dengan harga emas sekarang dan barang kemas kita yang simpan, tu kira oraitlah ye,
zaman keja kurangni, ada sahabat lagi yang minta perkara yang sama akan saya hubungi Dian.Terima Kasih.
By makcik nak tau on May 13, 2009 | Reply
cite tadi masalahnye, esok tempoh lesap
By contactlens on Jul 1, 2009 | Reply
salam.nk tnny admin dan pakar2.
1)klu kita beli gold bar kt kedai emas utk pelaburan,nanti2 kena jual kt kedai sama jugak ke?xleh ke jual kat mana2 bank?
2)sama gak klu beli gold PG, klu saya beli dan simpan sendiri..later kena jual kt PG gak ke??xleh ke jual kat mana2 bank?
reply: Kalau boleh jual kat kedai yang sama. tak pun kena check kedai mana yang offer lebih tinggi.
Bank tak beli emas. pajak gadai ader lah…
By mf on Jul 20, 2009 | Reply
Salam en syukor,
saya ada dengar syarikat mygold2u buat skim pelaburan emas di kedah.
Setiap bulan kita akan dpt 2.5% drp harga kita beli dan emas fizikal tu kita simpan sendiri. Setiap bulan kena renewal ikut harga semasa (harga sekarang ditetapkan RM130/gram). Syarikat mmg daftar dgn SSM.
Adakah berisiko pelaburan seperti ini atau ada pekara lain disebalik keuntungan tersebut? Terima kasih.
reply: Well, saya berpendapat harga emas yang dijual nie adalah tinggi. sebab tu syarikat boleh kasik 2.5%. Dengan duit tu syarikat boleh rolling beli emas pada harga murah dan jual pada harga yang tinggi. kira pembeli nie modalkan syarikat lah.. dari segi risiko, nampak minima sebab emas di tangan pembeli. cuma kalau syarikat tak nak beli balik emas mereka maka pelabur akan kerugian sebab kena jual kat tempat lain dan akan berlaku susutnilai yang tinggi.
By shimnaz abu rahas on Aug 8, 2009 | Reply
Salam en syukor,
Sudah lebih setahun sy buat jual beli syiling emas my gold2u dgn sebuah perniagaan di Kedah. Setiap kali jual beli dpt diskaun 2% (jual pd harga belian asal & beli syiling emas baru pd harga pasaran semasa). Emas pun dapat
Klu x nk jual semula emas pun xpe sbb kita dah beli. Setiap kali dapat emas sy akn buat ujian ketulenan di kedai emas yg berbeza-beza & ketulenan emas adalah 999.
Sy dah semak ssm. Ia perniagaan berdaftar. Sy pun byk recommend kwn2 utk join jual beli emas dgn perniagaan tersebut.
Apakah ini juga dikategorikan sbg skim cepat kaya?Terima kasih.
reply: Well, saya pun dah check profile mygold2u sdn bhd. Aktiviti syarikat dalam info SSM bukanlah membeli dan menjual emas. Walaupun dapat diskaun 2% sebulan tapi harga yang dijual adalah tinggi. cuma yang baiknya emas tu ada ditangan pembeli. so takder masalah apa kat sini. tentang skim cepat kaya plak, takder lah ciri-ciri skim cepat kaya kat company ni.
By Ina on Aug 10, 2009 | Reply
salam ,
Banyak benda sy belajar kat sni.Terima kasihlah kat En.Shukor dan kepada anda semua. Soalan dan jawapan banyak memberi ilmu kepada saya.
Dan setelah di kaji saya nak mula dengan GIA saving dulu sebab modal pun tak banyak,lagi pun nak belajar dulu untung dan rugi dan minat tentang emas nie…..
pagi nie 10/08/09 rate Public Bank Rm 109.88.
reply: Sama-sama
Selamat membuat pelaburan emas. kalau ada duit lebih then beli emas fizikal.
By ys yee on Aug 22, 2009 | Reply
salam en Shukor,
ni nak tanya boleh tak kita beli emas di Dinarius-Dirham Global S/B,
disambing emas kita dapat tiap-tiap bulan dapat diskaun 2% lagi. adakah syarikat ini daftar dgn ssm , sila beri tunjuk ajar tq
reply: Well, saya dah ajar cara-cara menyemak syarikat. sekarang nie saudara sendiri kena buat siasatan. saya tak perlu siasat syarikat ini kerana saya tak tertarik langsung dengan diskaun 2% nie. sebab harga yang dijual pastinya mahal. kalau dah boleh beli emas pada harga murah, buat apa nak beli mahal dan dapat diskaun?
By cendol on Aug 31, 2009 | Reply
SALAM RAMADAN, SY INGIN MEMINTA PENJELASAN PIHAK MODIRATOR, PADA 20HB MEI 2008 SETAHUN LALU SAYA TELAH MEMBELI GOLD BAR PD HARGA RM97.00/GRAM SBNYK 100GRM, D EE. JD SKRG FIZIKAL SY SIMPAN SENDIRI . SOALANNYA BRAPE HARGA EMAS TERKINI TRSBT & BRAPE TAX KALO JUAL BLK PD PIHAK KE3. BAGI SY KALO HARGA TIDAK MEMADAI ADALAH LBH ELOK SY SIMPAN TERUS LG 1 THN HINGGA KENAIKAN 25% /THN SY NIKMATI. SY TIDAK PASTI DAN ADAKAH MANA2 PIHAK BANK YG SEDIA MENERIMA SIMPANAN FIZIKAL GBAR DR BELIAN ETIKA NI KERANA SY TIDAK TERIKAT DGN PERJANJIAN SKIM YG D TWRKAN. FREE HAND PELABURN JANGKA PNJG SENDIRI SIMPAN… SEKIRANYA SY ADA AC COMPANY D AGRO BANK ADAKAH EMAS SY ITU ELOK SY CAGARKAN/PAJAK UTK ROLLING MODAL PERNIAGAAN SY. KEMUSKILANNYA SEMA PIHAK2 BANK NI DH TIDAK MAHU MENERIMA SIMPANAN DRP PIHAK YG SY BELI DAN SEDANG D SIASAT
BNM.
reply: Kalau tolak kepada pihak ketiga, boleh dapat dalam rm105 segram (tarikh 1/9/2009). saya cadangkan sedara simpan dulu utk jangkamasa panjang. mana tahu lepas setahun gold bar etika boleh masuk balik.
By zamri osman on Nov 11, 2009 | Reply
Mygold2u yang beli emas tu,syarikat yang stabil ke atau dia nak ambil peluang mcm skim cepat kaya.Nanti kita masuk Bank Negara serbu pulak
By Ali KB on Nov 12, 2009 | Reply
tuan/puan
saya menjual emas 916 lama/2nd hand dgn harga rm112/g .. boleh semak kat sini http://s851.photobucket.com/albums/ab80/emas2u/111109sudahpotong916/ .. boleh runding harga untuk beli semua sekali..total berat 69.99g .. call ali 013-2893627 ex-penang
By salman on Jan 31, 2010 | Reply
salam,
banyak manfaat dan ilmu dari soal jawab saudara…
cuma kurang tiada soal halal/haram..
kalau semua masyarakat melayu baca dan siasat sendiri, masalah tak timbul….